Alhamdulillah. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis selamat tiba dari Tanah Suci Mekah.
KETIBAAN beliau disambut oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang tiba awal menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sebaik keluar dari pesawat dan menjejakkan kaki di tanah air, Ahmad Zahid terus memperlihatkan wajah yang ceria dan bersemangat.
“Selamat pulang daripada Tanah Suci Mekah… alhamdulillah,” kedengaran suara-suara yang menyambut pemimpin nombor satu UMNO dan keluarga.
Ahmad Zahid dan keluarga antara jutaan jemaah Islam seluruh dunia yang menjadi tetamu Allah SWT mengerjakan rukun Islam kelima.
Ketibaan beliau, isteri serta keluarga turut disambut kepimpinan UMNO dan sanak saudara yang lain yang menunggu sejak jam 12 tengah hari.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk tiba kira-kira jam 2.45 petang kelihatan bersemangat dan sihat di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).