Utama Blog Halaman 997

Sharifah Sakinah Minta Maaf Kepada Janna Nick

Pelakon, Sharifah Sakinah meminta maaf kepada Janna Nick kerana mengheret nama pelakon itu dalam isu membabitkan kematian penyanyi kumpulan SHINee, Jonghyun.

SAKINAH menerusi IG Story miliknya menjelaskan Janna tidak terbabit dalam perkara itu sehingga menimbulkan kemarahan segelintir peminat tegar bintang sensasi Korea itu.

“Terdahulu saya nak minta maaf kepada Janna kerana tidak semena-semena namanya terjebak dalam isu ini. Dia tidak ada kena mengena langsung.

“Saya juga nak minta maaf kepada semua peminat K-Pop yang tersinggung mengenai video di IG Story saya baru-baru ini mengenai idola mereka,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, Sakinah juga akui tidak berniat untuk mempersendakan kematian penyanyi itu.

“Sejujurnya, saya tidak bermaksud untuk menjadikan perkara ini sebagai bahan jenaka. Sebaliknya, kami ketawa disebabkan warna perang rambut Janna ketika itu.

“Saya sekali minta maaf kepada semua yang tersinggung berkenaan video terbabit. Secara peribadi saya tidak akan sesekali menjadikan soal kematian sebagai bahan lawak terutama membabitkan mati disebabkan tekanan.

“Saya harap, isu ini tidak diperbesarkan lagi. Saya minta maaf,” katanya.

Terdahulu, video IG Story yang dimuat naik Sakinah itu mengundang amarah dan pelbagai reaksi peminat K-Pop sebelum disiarkan menerusi portal hiburan Koreaboo hari ini.

Video yang dimuat naik itu menunjukkan mereka sedang bergurau di sebuah salon sambil menyebut nama artis Korea itu.

Sehubungan itu, Janna sudah memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung ekoran tindakannya bersama Sakinah yang didakwa mempersendakan.

Jonghyun dilaporkan meninggal dunia pada 18 Disember lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya.

Tindakan Janna dan Sakinah itu mengundang amarah dan pelbagai reaksi peminat penyanyi itu seperti yang disiarkan sebuah portal hiburan Koreaboo hari ini.

Janna yang kini bercuti di Bali, Indonesia ketika dihubungi berkata, dia tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak malah tidak mengetahui mengenai kematian penyanyi itu.

“Saya malas nak panjangkan isu ini. Lagi pula saya tak sentuh langsung mengenai penyanyi berkenaan. Malah, sebelum ini saya juga sudah meminta maaf di Twitter.

“Namun, jika ada yang berasakan tindakan saya salah, sekali lagi saya nak minta maaf. Sejujurnya saya tak berniat nak mempersendakan sesiapa malah jauh sekali nak mengaitkan dengan sesiapa.

KIA Picanto Serba Baharu Dilengkapi Pelbagai Ciri Terkini

Creative

Sekiranya anda mahukan sebuah kereta kompak segmen A yang agak radikal Kia Picanto boleh dijadikan sebagai pilihan.

MODEL generasi ketiga, Kia Picanto adalah salah satu jenama bukan nasional yang menjadi pesaing kepada model kompak Perodua Axia. Model ini menawarkan pelbagai ciri terkini. Jom kita tengok 10 + 1 yang menarik tentang Kia Picanto Serba Baharu yang dilancarkan, semalam.

1. Enjin 1.2 liter
Enjin Kappa 1.2 MPI DOHC lebih senyap dan penggunaan bahan api serta tenaga yang efisien mampu menghamburkan kuasa 84 PS pada 6,000 rpm dan daya tork 122 Nm pada 4,000 rpm

2. Transmisi 4 Kelajuan
Kotal gear transmisi 4 kelajuan automatik lancar ketika meredah laluan di bandar atau di lebuh raya

3. Lampu LED
Lampu hadapan projektor dengan lampu nyalaan siang (DRL) serta lampu isyarat dan belakang daripada LED bagi kecerahan yang lebih baik.

4. Lima Warna
Pilihan 5 warna yang unik iaitu Pop Orange, Lime Light, Honey Bee, Clear White dan Titanium Silver.

5. Infotainmen termaju
Sistem hiburan dan maklumat Kia Picanto kini dipadankan dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci floating serta fungsi Apple CarPlay dan Android Auto selain ciri pengecaman suara dengan paparan kamera undur

6. Sambungan USB
Menerusi sistem ini juga terdapat sambungan USB, AUX dan Bluetooth serta membolehkan telefon pintar digunakan melalui ‘Head Unit’ untuk pandu arah perjalanan, panggilan, mesej dan muzik.

7. Ruang fleksibel
Ruang dalaman lebih fleksibel untuk bahagian kargo sehingga 1,010 liter melalui tempat duduk belakang boleh dilipat bagi memenuhi keperluan gaya hidup pemiliknya.

8. Casis padu
Casis Keluli Berketahanan Tinggi Termaju (AHSS) dan menawarkan enam beg udara pada bahagian hadapan serta sisi sebagai ciri keselamatan terbaik.

9. Roda stereng dan Push Start Button
Rekaan sporty dengan butang pelbagai fungsi bercirikan kenderaan premium serta push start button untuk sistem kemasukan tanpa kunci.

10. Harga berbaloi
Hanya satu varian ditawarkan pada harga RM49,888 (atas jalan tanpa insurans) dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan.

11. Body Kit NOVUS
Pakej S dan X Novus dengan tambahan harga RM3,500 atau RM5,600 untuk kit badan, logo Novus, solar tints, kerusi kulit dan perakam video digital -DVR

Kini ia sudah boleh mula ditempat di kesemua Pusat Pameran Naza Kia Malaysia Sdn Bhd di seluruh negara. Maklumat lanjut sila layari: www.kia.com/my/showroom/all-new-picanto

Touch ‘n Go Guna Platform Teknologi Alipay

Touch ‘n Go Sdn Bhd (TNGSB), anak syarikat CIMB Group Holdings Bhd telah menerima kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memperkenalkan dan mengendali perkhidmatan e-dompet mudah alih.

PERKHIDMATAN yang menggunakan platform teknologi Alipay, akan diuruskan oleh TNG Digital Sdn Bhd, sebuah syarikat usaha samanya dengan Ant Financial Group (Ant Financial).

Teknologi pembayaran Alipay daripada Ant Financial pada masa sekarang menyokong lebih daripada 450 juta pengguna di China.

E-dompet mudah alih ini akan  membolehkan rakyat Malaysia menikmati pengalaman  ekosistem pembayaran yang selamat, selesa dan lancar melalui penggunaan kod tindakan segera bagi membeli belah dalam talian, membuat pembayaran bil, runcit termasuk pemindahan dana dengan platform yang serupa.

Ketua Pegawai Eksekutif TNGSB, Syahrunizam Samsudin berkata, syarikat menjangkakan pelanggan semasanya yang terdiri daripada pengguna tol lebuh raya, transit dan tempat meletak  kenderaan akan mendaftar segera bagi menikmati tambahan dalam perkhidmatan berkenaan.

“Dalam  menyokong aspirasi kerajaan untuk mempercepatkan pembentukan ekosistem pembayaran digital yang kukuh dan selamat, kami amat teruja selepas menerima kelulusan bagi e-dompet ini.

“Pada hari ini, Touch ‘n Go merupakan peneraju nombor satu dalam pembayaran mikro dan kami berpendapat bahawa tawaran ini merupakan penambahan dalam usaha memperkukuhkan cadangan nilai kami, dan seterusnya, mengerakkan negara serta pelanggan kami ke alam digital pembayaran,” katanya.

TNGSB  memegang hak harta intelek  sistem Touch ‘n Go, kad pintar tanpa sentuhan di Malaysia. Syarikat tersebut dimiliki oleh CIMB, MTD Equiti Sdn Bhd dan PLUS Expressways Bhd.

Bosch Smart Cockpit Technology

Digital displays and voice-controlled assistants are revolutionizing driving

At CES 2018, in Las Vegas, Bosch is showcasing smart cockpit technology that lets drivers concentrate on driving. How digital displays and voice-controlled assistants are revolutionizing driving

    • Rediscovering the driving experience with HMI.
    • Smart command center: the driver controls car functions using voice commands and a touchscreen with haptic feedback.
    • Artificial intelligence in the cockpit: HMI thinks ahead and prioritizes information in real time.
    • A central cockpit computer controls the complete HMI.

FOR years, touchscreens, handwriting recognition, and gesture control have been gradually replacing conventional mechanical buttons and switches in the car – to the detriment of road safety.

After all, controlling the navigation system, the on-board computer menu, or the radio is a distraction. At CES 2018, in Las Vegas, Bosch is showcasing smart cockpit technology that lets drivers concentrate on driving.

Eyes can be kept where they should be: on the road. “We are uncluttering the cockpit. The more complex the technology in modern vehicles, the simpler and more intuitive control systems need to be,” says Dr Steffen Berns, the president of Bosch Car Multimedia.

Artificial intelligence helps transform the human-machine interface (HMI) into a command center that thinks ahead. “Initial functionalities with artificial intelligence feed valuable information into the HMI about the driver, the vehicle, and the surroundings. That enables proactive adjustment of displays and controls to any given driving situation,” Berns says.

Bosch also draws on this information for the development of automated driving. Here too, HMI is the core element that allows optimal interplay between people and vehicles.

Bosch unclutters vehicle cockpit

According to Allianz Center for Technology, 63 percent of drivers in Germany operate their navigation systems while driving, 61 percent switch through radio stations, and 43 percent browse through complicated menus on their on-board computers.

Distractions like these are among the most frequent causes of accidents. “Our job is to make HMI a reliable companion in every situation,” Berns says. At the heart of the HMI is a voice-controlled assistant that responds to natural speech and can even understand dialects. Thanks to natural language understanding (NLU), drivers can talk to the assistant Casey as they would with a passenger.

Another virtue of Casey is her ability to think ahead. Drawing on artificial intelligence, she can learn to predict likely destinations depending on the time of the day; or if she is asked to switch on the radio, she knows the driver’s preferences, such as listening to the news in the mornings and music in the evenings.

Digital displays make driving safer

We perceive 90 percent of our sensory input through our eyesight. That means that, as drivers, we have to have important information directly in our field of vision at the right time. Digital displays are taking over the cockpit.

Today, this means more than simply keeping an eye on speed, rpm, and driving range. Smart algorithms capable of learning filter and prioritize content. If the roads are slippery, drivers immediately get a warning signal directly in their field of vision, while less important information, such as the current radio station, is switched to another display.

Digital displays and voice-controlled assistants are revolutionizing driving

That helps keep the driver concentrated on the road. When it comes to operating infotainment, air conditioning, and radio, touchscreens and central controllers have a decisive drawback: the driver has to look to enter commands accurately. At a speed of 50 kph, the car will travel 30 meters while the driver’s eyes are taken off the road for two seconds; at 120 kph on the freeway, the distance increases to more than 60 meters – driving blind.

“Car displays with haptic feedback are going to catch on. They allow easier operation of all manner of functionalities – for example radio and phone functions – faster, simpler, and, most importantly, safer,” Berns says. The keys displayed on the touchscreen feel just like real buttons. The haptic display thus conveys the feeling that the user is adjusting the volume using a real slide control. As a result, drivers can keep their eyes on the road for longer.

Displays, infotainment, voice control: one consequence of the advanced cockpit technology is the increased demands on processing power, wiring, and the architecture of on-board networks. In current production vehicles, 5, 10, or as many as 15 electronic control units run displays and electronic devices.

More processing power is needed to show coordinated information on all displays. In the future, Bosch will run the entire HMI through a cockpit computer and will integrate more functionalities in a single central processor. That will enable the convergence and synchronization of the infotainment system, the instrument cluster, and other displays so that any given information can be orchestrated, managed, and displayed anywhere in the vehicle at any given time.

“It gives car drivers and passengers virtually unlimited possibilities for adjusting the air conditioning, controlling the navigation system, or changing radio stations, from anywhere in the vehicle,” Berns says.

In addition, reducing the number of control units also frees up valuable installation space, lowers vehicle weight, and shortens the time needed for the development of new vehicles. And, in the future, over-the-air updates will ensure that the cockpit computer and hence the entire HMI is kept up to date with the same simple process used for smartphones.

Honda Malaysia Catat Jualan Tertinggi Tahun Lalu

Honda Malaysia catat 109,511 unit jualan pada 2017 meningkat 19 peratus, merupakan rekod jualan tertinggi pernah dicapai dalam sejarahnya di Malaysia sejak penubuhannya pada 2003.

INI adalah kali pertama Honda Malaysia mencatatkan jualan melebihi 100,000 unit, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam jenama kenderaan bukan nasional di negara ini.

Peratusan tertinggi jualan dikuasai Wilayah Tengah iaitu mencapai 47%, diikuti dengan Wilayah Selatan dan Wilayah Utara. Keseluruhan jualan pada tahun 2017 turut mencatatkan peningkatan sebanyak 19% berbanding 91,830 unit pada 2016.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB), Toichi Ishiyama berkata, tahun 2017 benar-benar luar biasa bagi HMSB. Pada awal 2017, kami telah mencabar diri kami untuk mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000 unit dan pada Mac tahun lalu, kami berjaya mencatatkan kejayaan tersendiri apabila berjaya mencapai 600,000 unit bagi pengeluaran pemasangan tempatan (CKD) dalam tempoh 14 tahun tertubuhnya Honda Malaysia.

“Akhir tahun 2017, berdasarkan data dalaman perkongsian pasaran, kami berjaya mencatatkan peningkatan sebanyak 19% dan 3.2 poin berbanding 2016. Malah buat pertama kali, kami berjaya melepasi angka 100,000 unit jualan serta kekal menduduki tangga pertama dalam segmen bukan nasional dan tempat kedua dalam keseluruhan TIV bagi industri automotif.

“Terima kasih diucapkan kepada semua para pelanggan yang sentiasa mempercayai dan menyokong kami,” kata Ishiyama.

Honda Malaysia juga berazam untuk memacu langkah lebih gemilang bagi tahun 2018 dengan pelbagai lagi produk yang menarik dalam perancangan.

Kia Grand Carnival Kini Dipasang Di Malaysia

Grand Carnival CKD

Naza Kia Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan model pemasangan tempatan (CKD) bagi kenderaan pelbagai guna (MPV) Kia Grand Carnival yang kini ditawarkan dalam dua varian, KX dan EX.

MODEL paling asas, KX dijual pada harga RM161,191.63, manakala model dengan spesifikasi lebih tinggi, EX, dijual pada harga RM180,667.99. Harga berkenaan merujuk kepada harga atas jalan tanpa insurans.

Kia Grand Carnival kini dilengkapi dengan lebih banyak ciri antaranya skrin sentuh 8 inci bagi sistem infotainmen (sebelum ini 4.3 inci) dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Pengguna kini boleh mencapai fungsi dalam telefon mereka seperti sistem tunjuk arah GPS, panggilan, mesej dan pemain multimedia lainnya.

Turut ditambah ialah capaian Bluetooth dengan kawalannya tersedia pada stereng. Ciri-ciri standard termasuk cermin pandang belakang electro-chromic, pengilap cermin aero-blade serta sistem kawalan pendingin hawa tiga-zon dengan ionizer (standard bagi EX) bagi model asas KX.

Seperti sebelum ini, varian KX datang dengan tempat duduk fabrik dua tona, manakala EX pula dengan tempat duduk kulit beige dua tona. Ketiga-tiga barisan tempat duduk mempunyai corong pendingin hawa tersendiri pada bahagian bumbung.

Tempat duduk barisan kedua boleh dilipat dalam nisbah 40:20:40, dan boleh disorong ke depan untuk memudahkan akses ke barisan ketiga. Tempat duduk ketiga pula boleh dilipat dalam nisbah 50:50. Ruang barangan yang tersedia ialah 359 liter dan boleh dilanjutkan kepada 2,718 liter dengan tempat duduk diturunkan.

Bagi aspek keselamatan pula, model ini dilengkapi dengan enam beg udara, sensor parkir di depan dan belakang, ESC, ABS dan Hill Assist Control adalah standard. ISOFIX pula terdapat dua dibarisan kedua dan satu di tempat duduk barisan ketiga.

Spesifikasi enjin masih menggunakan enjin berkuasa 2.2 liter empat-silinder CRDi turbodiesel dengan janaan kuasa sebanyak 190 hp pada 3,800 rpm dan 440 Nm tork dari 1,750 hingga 2,750 rpm. Ia digandingkan dengan sistem transmisi automatik enam-kelajuan.

Kia Grand Carnival didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan dari pengeluar, serta pakej kewangan “Value 5” dari Kia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang model ini sila layari laman web https://www.kia.com.

Uber Dan AirAsia Bekerjasama

Uber x AirAsia

Uber dan AirAsia menjalin kerjasama menyediakan perkhidmatan mudah, selesa dan seamless khusus kepada pengembara.

KERJASAMA itu bakal menyaksikan tawaran berinovasi seperti kod promosi dan diskaun serta usaha sama pemasaran dan integrasi teknologi.

Ketua Pegawai Perniagaan Asia Pasifik Uber, Brooks Entwistle berkata, pihaknya teruja bekerjasama dengan AirAsia untuk menawarkan apa yang pelanggannya inginkan.

Beliau berkata, Uber dan AirAsia berpeluang menyediakan perkhidmatan iaitu pelanggan menempah servis Uber ke lapangan terbang dan apabila mendarat ke destinasi pilihan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya sentiasa mencari perkhidmatan di luar dalam mencapai standard tertentu syarikat.

Dua syarikat itu bekerjasama membantu penumpang pulang ke rumah atau bergerak ke tempat kerja atau dari lapangan terbang di 52 bandar untuk 16 pasaran merentasi Asia Pasifik dan Amerika Syarikat.

AirAsia akan menampilkan ciri deeplink yang membolehkan pelanggan Uber menempah atau merancang perjalanan apabila tempahan atau daftar masuk penerbangan sudah mendapat pengesahan.

Malah, pengguna Uber yang baru juga dapat menikmati kod promosi secara percuma apabila mendaftar akaun serta menggunakan kod promosi AIRASIA.

Proton Tidak Iktiraf Transaksi Guna Mata Wang Kripto Bitcoin

Logo PROTON

Pengeluar kereta nasional, Proton ingin membuat penjelasan terhadap artikel-artikel yang tersebar di media sosial berkenaan penggunaan Bitcoin untuk pembelian kereta Proton.

PROTON tidak mengiktiraf transaksi atau tawaran sedemikian dan gambar yang tular di media sosial menunjukkan bahawa transaksi tersebut dimulakan secara bebas oleh sebuah pusat jualan PROTON.

Operasi oleh pusat jualan tersebut telah digantung sementara siasatan lanjut dilakukan.
PROTON mengalu-alukan kaedah inovatif untuk jualan kereta Proton untuk mengekalkan minat pelanggan kepada kereta kami, kata syarikat itu dalam kenyataannya.

Proton Ertiga

“Walau bagaimanapun, kami ingin mengingatkan rangkaian jualan agar berhati-hati serta memberi pertimbangan yang sewajarnya dalam menjalankan aktiviti promosi yang tidak mendapat pengesahan syarikat,” katanya lagi.

Mengenai PROTON

PROTON Holdings Berhad kini dimiliki oleh DRB-HICOM Berhad sebanyak 50.1% dan sebanyak 49.9% lagi oleh Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. Ditubuhkan pada tahun 1983, ia adalah satu-satunya pengeluar kereta OEM sepenuhnya yang lengkap dengan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Asia Tenggara dan telah ditubuhkan dengan tiga objektif dasar kebangsaan utama iaitu untuk menerajui pembangunan industri pembuatan komponen, untuk memperoleh dan meningkatkan teknologi serta kemahiran industri dalam industri pembuatan automotif dan untuk mengukuhkan daya saing
antarabangsa serta keupayaan perindustrian di Malaysia.

Akses Lebih Mudah Menerusi Pembukaan Persimpangan Bertingkat Elmina

Persimpangan Bertingkat Elmina kini dibuka, meningkatkan ketersambungan ke perbandaran City of Elmina

PERSIMPANGAN bertingkat Elmina dilancarkan semalam, menyediakan akses mudah dan meningkatkan ketersambungan ke perbandaran tersebut dan lokasi sekitar bagi para penduduk City of Elmina serta pengguna Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Persimpangan bertingkat Elmina dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada jam 10 malam tadi. Pembukaan persimpangan tersebut dapat direalisasikan setelah pembangunan infrastruktur jalanraya di City of Elmina siap, melibatkan pelaburan
sejumlah RM66 juta oleh Sime Darby Property.

Pelancaran persimpangan bertingkat itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh, disaksikan oleh Setiausaha Pembangunan dan Penswastaan Kementerian Kerja Raya Dato’ Embok Masek Md Taher, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas Dato’ Mohammad Azlan Abdullah dan Ketua Pegawai Operasi Sime Darby Property Dato’ Wan Hashimi Albakri Wan Ahmad Amin Jaffri.

Dato’ Wan Hashimi Albakri memberi penerangan kepada para dif kehormat mengenai ketersambungan yang tersedia di City of Elmina oleh Sime Darby Property

Persimpangan bertingkat Elmina, terletak di susur keluar 3504 GCCE, telah dibina oleh Prolintas dan siap sejak lebuhraya itu dibuka kepada orang ramai. Sime Darby Property telah membina jalanraya baharu yang menghubungkan perbandaran Denai Alam dan Bukit Subang ke Elmina West di City of Elmina, menuju ke persimpangan bertingkat Elmina dan seterusnya ke GCE, dengan kos kira-kira RM22 juta.

Pemaju hartanah itu juga telah melaburkan RM44 juta bagi pembinaan jalanraya menghubungkan Subang Bestari ke GCE melalui perbandaran Elmina East.

Wan Hashimi Albakri berkata, “Ketersambungan penuh adalah ciri utama di semua pembangunan Sime Darby Property dan merupakan kelebihan perbandaran-perbandaran kami, di samping ciri kelestarian dan kedudukan strategik. Ia berfungsi sebagai pemangkin bagi pertumbuhan perbandaran dan komuniti kami, serta meningkatkan tawaran nilai.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Prolintas atas usaha meningkatkan ketersambungan City of Elmina melalui Persimpangan Bertingkat Elmina. Kami juga bangga kerana dapat menyumbang kepada usaha tersebut melalui penyiapan rangkaian jalanraya di perbandaran kami.”

Di samping meningkatkan akses ke City of Elmina, persimpangan itu juga dapat membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di perbandaran Denai Alam dan Bukit Subang pada waktu puncak melalui penyebaran lalu lintas yang lebih baik.

Persimpangan bertingkat itu juga menghubungkan perbandaran Denai Alam, Bukit Subang, Elmina West dan Elmina East, membolehkan akses mudah dan pantas kepada penduduk untuk menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di setiap perbandaran yang berbeza.

Persimpangan Bertingkat Elmina Interchange, yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah LLM Datuk Ir. Haji Ismail Md. Salleh akan dibuka kepada orang ramai pada jam 10 malam tadi

City of Elmina adalah pembangunan perbandaran bertema seluas 5,000 ekar oleh Sime Darby Property dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sejumlah RM27 bilion, merangkumi perbandaran Denai Alam, Bukit Subang, Elmina East dan Elmina West.

Ciri-ciri utama City of Elmina termasuk Elmina Central Park seluas 300 ekar dan laluan berbasikal dan larian sepanjang 90 kilometer; antara yang terpanjang di negara ini. Terletak bersebelahan GCE, City of Elmina menawarkan ketersambungan dan aksesibiliti yang lancar.

Produk-produk hartanah yang bakal dilancarkan bagi tahun 2018 di City of Elmina termasuk kediaman dua tingkat dan unit kediaman semi-D di Denai Alam dan fasa kedua kediaman dua tingkat Elmina Green di Elmina West.

Perkembangan perihal aktiviti dan pembangunan Sime Darby Property boleh didapati melalui simedarbyproperty.com, Facebook (facebook.com/SimeDarbyProperty), Instagram (instagram.com/SimeDarbyProperty) dan Aplikasi Mudah Alih Sime Darby Property (boleh didapati di App Store dan Google Play).

 

RHB Opened 210th Branch In Southern Region

RHB Bank Berhad, Malaysia’s fourth largest fully integrated financial services group, officiated its 21st branch in the Southern Region with the opening of its branch in Bandar Penawar, the 210th nationwide.

WITH the opening of this new branch along Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, RHB is the sole provider of commercial banking services in this rapidly growing suburb in the eastern region of Johor.

“The opening of the Bandar Penawar Branch marks another milestone for the RHB Banking Group as we strengthen our footprint in the local market while offering our customers greater accessibility to reliable and value-added financial services. Our presence in this township is part of our strategy to enhance our network in the eastern region of the state of Johor. Through Bandar Penawar Branch, we will be able to bring our services and products closer to Johor’s key growth areas and serve  customers better,” said Dato’ Adissadikin Ali, Managing Director, RHB Islamic Bank.

The RHB Bandar Penawar Branch which started operations on January 1, is spearheaded by  Mohd Ali Basha and his team of seven personnel.

The branch is equipped with self-service terminals to facilitate banking transactions such as deposits and cash withdrawals. Additionally, the branch will also offer a wide range of products and services such as savings and investment accounts, home financing, auto loans, financial supply chain (FSC) offerings and SME loans.

Post Menarik