Utama Blog Halaman 960

KFC Dan Pizza Hut Perluas Khidmat Penghantaran Menerusi Kerjasama Foodpanda

QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands), mengumumkan kerjasama bersama foodpanda, penyedia perkhidmatan pesanan dan penghantaran makanan terkemuka di negara ini.

KERJASAMA berkenaan adalah sejajar dengan strategi keutamaan pelanggan QSR Brands bagi mewujudkan akses perkhidmatan yang lebih baik supaya para pelanggannya dapat menikmati hidangan KFC dan Pizza Hut dengan lebih mudah disamping memacu pertumbuhan yang menguntungkan buat kedua-dua jenama serta foodpanda.

Buat masa ini, terdapat lebih daripada 320 restoran KFC dan Pizza Hut di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penghantaran menerusi landasan masing-masing.

Memorandum Perjanjian (MoA) itu telah dimeterai menerusi pertukaran dokumen di antara Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif Divisyen Restoran, QSR Brands dan Sayantan Das, Pengarah Urusan, foodpanda Malaysia, sambal disaksikan Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim, Pengerusi QSR Brands, Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan QSR Brands, dan Jakob Angele, Ketua Pegawai Eksekutif, foodpanda Asia Pasifik.

Mohamed Azahari berkata, inisiatif kerjasama bersama foodpanda ini bakal memperlengkap perkhidmatan penghantaran KFC dan Pizza Hut sedia ada dan dijangka meningkatkan jumlah cawangan penghantaran KFC dan Pizza Hut di negara ini kepada kira-kira 480 menjelang akhir tahun 2018 dan seterusnya berkembang kepada kira-kira 730 menjelang akhir tahun 2019.

“Jalinan kerjasama dengan foodpanda merupakan sebuah langkah progresif bagi memperluas jaringan kami melalui usaha mempertingkat perkhidmatan penghantaran kedua-dua jenama restoran unggul QSR Brands, iaitu KFC dan Pizza Hut.

Ini bakal mewujudkan aliran pendapatan baharu kerana ianya merangkumi khidmat di cawangan penghantaran sedia ada kami selain turut menyediakan khidmat berkenaan kepada cawangan restoran biasa kami.

KFC dan Pizza Hut adalah jenama kegemaran rakyat Malaysia dan kami berusaha untuk memastikan para pelanggan sentiasa merasai pengalaman yang memuaskan apabila mereka memilih untuk menikmati hidangan kami, sama ada di restoran, bawa pulang mahupun penghantaran ke pintu rumah,” ujar beliau.

Sementara itu, Kamaruzzaman menyatakan bahawa kerjasama strategik adalah merupakan amalan dan usaha yang sentiasa di terima baik di dalam Kumpulan Johor Corporation yang pelbagai.

“Ini bakal mengukuhkan lagi kedudukan kepimpinan QSR Brands. Kerjasama yang sedemikian mampu memberikan kelebihan kepada syarikat ini ke atas pesaingnya, membolehkan ia memperluas kedudukan menerusi perkongsian manfaat rangkaian rakan kerjasama.”

QSR Brands bakal memainkan peranan menyeluruh bagi memastikan perkhidmatan penghantaran makanan halal oleh foodpanda akan disahkan patuh halal dari titik mula pengambilan pesanan hingga ke titik akhir penghantaran di pintu rumah, dalam jangka masa terdekat ini.

From left to right – Merrill Pereyra, CEO of Restaurant Division, QSR Brands; Sayantan Das, Managing Director of foodpanda Malaysia; Jakob Angele, Chief Executive Officer of foodpanda Asia Pacific; YB Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim, Chairman of QSR Brands; and Ybhg. Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Managing Director of QSR Brands

“Selain itu, kami berbesar hati untuk menyumbang kepada usaha patuh halal foodpanda dengan berkongsi kepakaran dan kaedah terbaik kami supaya menyediakan pelanggan lebih banyak pilihan makanan halal untuk penghantaran. QSR Brands adalah nama yang sangat dipercayai dari aspek jaminan halal sempurna yang diberikan kepada semua pelanggan kami,” tambah Mohamed Azahari.

Pelanggan boleh membuat pesanan penghantaran melalui saluran pelbagai KFC, Pizza Hut serta di platform foodpanda, memberikan fleksibiliti kepada mereka untuk menikmati hidangan lazat KFC dan Pizza Hut pada bila-bila masa, di mana saja dengan hanya beberapa klik.

Sayantan Das, Pengarah Urusan, foodpanda Malaysia berkata, komitmen foodpanda terhadap perkhidmatan penghantaran halal adalah landasan kepada kejayaan kami pada hari ini.

“Dengan QSR Brands sebagai rakan kongsi rasmi, kami bakal maju kehadapan bagi memenuhi kehendak dan keperluan makanan halal buat menghidangkan yang terbaik kepada 5 juta pengguna berdaftar kami menerusi khidmat penghantaran daripada 1,200 penunggang,” tambah Das.

Perkhidmatan foodpanda untuk KFC dan Pizza Hut akan mula dilancarkan secara berperingkat mulai September 2018 di kawasan Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Perkhidmatan ini juga akan menawarkan penghantaran 24 jam daripada restoran KFC 24-jam terpilih.

Indian Motorcycle: Be Legendary With America’s Iconic Ride

Harmony Fabulous Sdn Bhd, the sole distributor of the legendary American motorcycle brand Indian Motorcycle in Malaysia, has been creating a formidable presence in this side of the world since their appointment to exclusive distributorship in 2011.

AS America’s first motorcycle company, the Indian Motorcycle brand traces its history from 1901, when it produced America’s pioneer motorcycle and swiftly rose to become the best-selling motorcycle brand worldwide with the introduction of the first V-twin motorcycle in 1907.

Backed by an illustrious legacy of over 100 years, it is one of the most famous, innovative and versatile bikes in history, reimagined with expert craftsmanship in producing exquisite streamlined machines which elude a timeless classic style.

A contemporary yet classic interpretation of one of the motorcycling world’s most famous and coveted bikes, the Indian Scout are legendary bikes known to have conquered the infamous “Wall of Death” and carried the legendary “Indian Wrecking Crew” motorcycle race team to multiple victories.

Over the course of 30 years of countless innovations, racing wins, world records and industry firsts, the Scout earned its reputation as a versatile, multifaceted bike that appealed to just about every rider and every riding style, with superior handling, balance, performance and craftsmanship.

Scout Silver Smoke

Boasting advanced technologies, design and engineering innovations, the Indian Scout offers a breakthrough chassis design featuring a lightweight and rigid cast aluminum frame coupled with a low seat height for exceptional comfort, balance and manoeuvrability.

Powered by liquid-cooled 1133cc 100HP V-Twin engine with 6 speed transmission, the Indian Scout generates a peak torque of 97.7 Nm at 6,000 rpm – deeming it a powerful yet approachable beast.

Its low seat height, ease of handling and lightweight design makes the Indian Scout appealing to riders of various skill sets and abilities while the high horsepower and superior handling make it a bike that will thrill even the most experienced riders.

This iconic cruiser is also equipped with ABS for front and rear wheels, gear primary drive and equipped with a 12.5-litre fuel tank.

Another of Indian Motorcycle’s most iconic style is the Indian Chieftain Limited, which delivers a ride like no other as it is powered by the award-winning Thunder Stroke 111 V-Twin engine delivering 161.6 Nm of torque.

It also features ABS brakes, push-button power windshield, cruise control, remote locking hard saddlebags, keyless ignition and internally wired handlebars for the rider’s ultimate comfort.

The Chieftain Limited is also fitted with superior functionality such as Ride Command™, an industry-leading infotainment system with a seven-inch touchscreen and premium 100-watt of audio system.

Scout Willow Green

Exterior-wise, the Chieftain Limited further features an innovative cast aluminium frame, sleek nineteen-inch contrast-cut wheels and sawed-off open front fender.

From now until 31st August 2018, take advantage of the Merdeka Special tax holiday promotions, where fans of Indian Motorcyle can enjoy extra savings ahead of the Sales and Services Tax (SST) implementation.

Enjoy special limited-time-only rates for:

•    Indian Scout (model year 2016) in Smoke Silver colour:
RM79,000 on-the-road without insurance at 0% GST (Normal price: RM111,000)
•    Indian Scout (model year 2017) in Brilliant Blue colour:
RM88,000 on-the-road without insurance at 0% GST (Normal price: RM111,000)
•    Indian Scout (model year 2018) in Willow Green colour:
RM99,000 on-the-road without insurance at 0% GST (Normal price: RM111,000)
•    Indian Chieftain Limited (model year 2018) in Thunder Black Pearl Graphics:
RM204,000 on-the-road without insurance at 0% GST (Normal price: RM233,000)

Every purchase of either the Indian Scout or Indian Chieftain Limited come with a standard two-year warranty package with unlimited mileage, five times free service maintenance worth RM2,500 inclusive of labour charge, free vouchers worth RM3,000 and an exclusive gift.

View the entire Indian Motorcycle range along with accessories and apparel lines at the showroom at Naza Automall, Petaling Jaya from 9:00am to 7:00pm daily.

About Harmony Fabulous Sdn Bhd

Harmony Fabulous Sdn Bhd is the sole distributor of the legendary Indian Motorcycle brand in Malaysia since 2011. Today, the brand’s range of easy-riders is the fruition of a 117-year history of expert craftsmanship in producing exquisite, streamlined machines which elude a timeless classic style.

To date, numerous iconic Indian Motorcycle models have been made available in the Malaysia market, fulfilling motorcyclist enthusiasts’ demand in this region for the American cruisers.

For more information on Indian Motorcycle, contact their care line at 03-7953 2888. Visit and like their social media pages at Indian Motorcycle Malaysia (Facebook) and @indianmotormy (Instagram).

About Naza Group of Companies

The Naza Group of Companies began operations in 1975 as an importer of used cars by the late Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin. Fast forward to today, the Naza Group’s automotive business has expanded extensively to provide comprehensive end-to-end services with more than 100 points of sales.

The Naza Group now represents 10 international automotive brands as the importer and distributor for numerous international four-wheel and two-wheel marques including Ferrari, Maserati, Mercedes-Benz, Peugeot, Citroën, DS, Kia, Ducati, Indian Motorcycle and Vespa in Malaysia.

The Naza Automotive Manufacturing (NAM) plant, set up by the Naza Group in 2004, is now the regional manufacturing hub for Groupe PSA for the ASEAN market. The Naza Group also assembles and manufactures Naza’s own bikes for the local and regional markets.

The Group also established the Naza Automall as Malaysia’s ‘Largest Automotive Showroom’ – certified by the Malaysia Book of Records – displaying a wide variety of cars and motorbikes as the country’s premier ‘one-stop-centre’ lifestyle auto mall.

Over a span of 40 years, the Naza Group’s portfolio has diversified to encompass automotive franchises, property development, engineering & construction, manufacturing, asset management, telecommunications, agriculture, education, F&B, finance and insurance and transportation sectors.

AirAsia X Kini Terbang Ke Amritsar, India

AirAsia X chairman Tan Sri Rafidah Aziz joining the festivities on board the inaugural flight to Amritsar on 16 August 2018

AirAsia telah memulakan penerbangan sulungnya ke kota suci Amritsar di India, menambah satu lagi destinasi baharu yang menarik bagi rangkaian jarak jauhnya yang sedang berkembang pesat.

AIRASIA X, syarikat tambang rendah jarak jauh, menerusi penerbangan D7188 berlepas dari Kuala Lumpur dengan diraikan persembahan tarian Bhangra oleh pasukan “Fun Team” AirAsia sementara tetamu termasuk tetamu kehormat yang menaiki pesawat dihidangkan dengan sajian tradisi India, Laddu selain daripada hiburan dalam penerbangan.

Turut meraikan penerbangan sulung ialah Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz, Ketua Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail dan Ketua Komersial Kumpulan AirAsia X, Barry Klipp yang kemudian mengadakan sidang media khas bersama Menteri Pelancongan dan Hal Ehwal Kebudayaan Punjab Shri Navjot Singh Sidhu.

Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah berkata, “AirAsia adalah perintis bagi penerbangan jarak jauh dengan tambang yang berpatutan dan kami teruja dengan penambahan Amritsar kepada rangkaian kami yang sedang berkembang pesat.

AirAsia X chairman Tan Sri Rafidah Aziz joining the festivities on board the inaugural flight to Amritsar on 16 August 2018

Dengan lebih daripada 150,000 tempat duduk yang ditawarkan setahun, inilah masa yang terbaik untuk melawat destinasi terkemuka pelancongan dan  hab komersial dan kebudayaan berpusat di Punjab.”

Sejak 2008, AirAsia telah menerbangkan lebih daripada 19 juta tetamu merentasi 21 kota  di India, termasuk melebihi 300,000 tetamu melalui rangkaian jarak jauhnya ke New Delhi dan Jaipur.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata, “Kami teruja untuk membawa pengalaman AirAsia ke Amritsar buat julong kali.

Amritsar adalah signifikan buat pelancong, terima kasih kepada Harmandir Sahib (Kuil Emas) dan pelbagai tapak kebudayaan dan bersejarah di kota berkenaan.

Ekoran satu kajian semula rangkaian terkini, Amristar dan beberapa buah kota di India telah dikenalpasti antara yang kurang menerima perkhidmatan dari rantau Asia Pasifik, terutama dalam mendapat penerbangan jarak jauh yang berpatutan. Kami yakin dengan perkhidmatan baharu ini akan terbukti popular bagi pelancong dan tetamu domestik.”

Penerbangan D7188 dan D7189 pada waktu malam yang baharu berlepas dari Kuala Lumpur dan Amritsar menjadikan jumlah perkhidmatan Kumpulan AirAsia antara Malaysia dan India ke 85 kali seminggu.

Bagi menyambut perkhidmatan baharu ini, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua dari RM299*/INR5490* sehala ditawarkan dari 16 Ogos sehingga 26 Ogos 2018 bagi tempoh perjalanan antara 16 Ogos 2018 hingga 31 Januari 2019.

Tempat duduk Premium Flatbed yang telah meraih anugerah juga sedia untuk tempahan bagi promosi tambang termasuk semua dari RM699*/ INR12,900 *sehala.

Tetamu dari 15 buah kota termasuk Bali, Melbourne, Sydney, Singapura dan Bangkok akan dihubungkan (melalui Kuala Lumpur) ke Amritsar disamping laluan yang sedia ada ke New Delhi dan Jaipur menggunakan perkhidmatan Fly-Thru AirAsia,  menentukan pengalaman perjalanan udara dihubungkan dengan mudah dan lancar.

Bagi menempah perjalanan anda ke Amritsar, layari airasia.com Dapatkan maklumat terkini mengenai promosi dan aktiviti AirAsia melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Tambang termasuk semua adalah bagi perjalanan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat

Memperkenalkan BMW i8 Coupé Baharu, Revolusi Konsep ‘Supercar’

The New BMW i8 Coupé

BMW Malaysia memperkenalkan BMW i8 Coupe baru, iaitu model kereta Sport dengan Mobiliti Elektrik premium serta kombinasi kuasa yang ekstrem dan penggunaan tenaga efisien.

Model dengan teknologi kenderaan Hibrid Plug-In itu berciri seni bina kenderaan LifeDrive serba baharu yang akan dipasang untuk kesemua model BMW i baru kelak yang juga menerima penarafan Anugerah iF Design dan Anugerah Red Dot.

Ia adalah konsep rekaan pintar dengan struktur terbahagi daripada casis aluminium dan sel penumpang gentian karbon CFRP menawarkan pengendalian terbaik dengan keselesaan optimum untuk tempat duduk 2+2.

Bentuk BMW i8 ini dipadankan dengan bonet yang rata, ‘overhang’ pendek, jarak roda lebih panjang, kelebaran roda dan garis bumbung landai ke belakang yang ditonjolkan dengan set pintu gunting (scissor doors).

Teknologi aerodinamik disalurkan dengan kombinasi bonet rendah, sistem pengawal ‘flap’ udara, ‘air curtain’ pada bahagian bampar hadapan, ‘skirt’ sisi, air ‘ducts’ di antara lampu belakang dan bingkai bumbung serta roda aloi ringan bersaiz 20 inci.

Jentera yang mula dilancarkan pada 2015 ini dilengkapi enjin 1.5 liter tiga silinder dengan pengecas turbo suntikan terus dan pemasaan injap bolehubah Valvetronic menjana kuasa 231 hp dan daya kilas maksimum 320 Nm.

Teknologi dikuasakan BMW eDrive dengan drivetrain terdiri daripada motor elektrik pada gandar hadapan dan enjin pembakaran dalaman yang terletak di belakang.

Tenaga kenderaan ini disalurkan melalui pacuan roda belakang dan transmisi Steptronic enam kelajuan serta motor elektrik menggerakkan roda hadapan dengan kotak gear automatik dua kelajuan.

Output sistem kenderaan gabungan motor elektrik dan enjin mampu meningkatkan kuasa kepada 374 hp dan memecut dari sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 4.4 saat,

Penggunaan bahan api pula mencatatkan sekitar 1.8 liter untuk setiap 100 km dan 42g/km untuk emisi serta penggunaan kuasa elektrik 14.0kWj/100 km mampu menjangkau jarak sehingga 55km.

Ruang dalaman BMW i8 Coupe ini adalah kesinambungan daripada bahagian luaran terutama bahagian atas konsol yang bersambung pada panel instrumen dengan sudut 12 darjah ke arah pemandu.

Kokpit juga dilengkapi dengan Paparan Head-Up BMW yang boleh ditukar paparan ke mod sport seperti rev enjin (rpm), kedudukan gear serta lampu tukaran gear berfungsi secara manual.

Ia turut dipasang Sistem Navigasi Profesional dengan mod ‘live’ dikawal menerusi iDrive pada skrin sesentuh bersaiz 8.8 inci serta gaya futuristik pada kemasan karbon papan pemuka dan Kawalan iDrive.

BMW i8 Coupe baru didatangkan dengan warna Putih Kristal bersama Kelabu Frozen atau warna Kelabu Donington serta pilihan BMW Individual dengan Hitam Amido atau Accaro bagi ruang dalaman.

Untuk pasaran Malaysia ia dijual pada harga RM1,310,800.00 dengan waranti pengeluar lima tahun tanpa had perbatuan serta Program Servis Berjadual Percuma.

Luaran jentera BMW i8 Coupé Baharu didatangkan dengan warna putih (Crystal White)
bersama sorotan warna kelabu (Frozen Grey), atau warna kelabu (Donington Grey)
istimewa BMW Individual yang baharu, dengan rekaan Black Amido atau Accaro pada
ruangan dalaman. BMW i8 Coupé Baharu ini boleh didapati melalui pengedar-pengedar BMW i yang bertauliah di seluruh negara bermula hari Selasa, 14 Ogos 2018.

Pembeli BMW i8 Coupé Baharu juga boleh menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi:

  • Waranti Perbatuan tanpa Had selama 5 Tahun oleh BMW serta Program
  • Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar selama 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk
    penawaran servis Run Flat Tyre
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Atas Talian oleh BMW

Sime Darby Property Muncul Pemenang Utama QLASSIC Award 2018

Sime Darby Property sinonim dengan pembangunan berkualiti menerima 13 anugerah High QLASSIC Achievement daripada CIDB Malaysia

SIME Darby Property sekali lagi muncul sebagai pemenang utama di acara tahunan QLASSIC Award 2018 anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia.

Pemaju hartanah itu berjaya merangkul 13 anugerah High QLASSIC Achievement yang mengiktiraf tahap kualiti pembangunannya. Sime Darby Property telah mendapat pengiktirafan tinggi bagi projek-projek di Bukit Jelutong, Elmina East, Bandar Bukit Raja, Saujana Impian, USJ Heights, Bandar Ainsdale, Nilai Impian, Chemara Hills dan Bandar Universiti Pagoh.

Projek – projek tersebut terdiri daripada pembangunan kediaman dan komersial. Sime Darby Property juga merupakan pemaju hartanah yang mendapat anugerah paling banyak di acara tersebut, merangkul 13 daripada 37 anugerah yang dipertandingkan.

Syarikat itu juga menerima empat anugerah khas iaitu tiga anugerah Best QLASSIC Achievement bagi kategori Kediaman dan Bukan Kediaman dan anugerah Best of the Best QLASSIC Achievement.

Ketua Pegawai Operasi bagi Operasi Perbandaran Sime Darby Property, Dato’ Wan Hashimi Albakri berkata, “Sime Darby Property begitu sinonim dengan pembangunan berkualiti dan diperkuatkan melalui penerimaan anugerah tertinggi daripada CIDB Malaysia.

Kami mengucapkan terima kasih kepada CIDB Malaysia bagi pengiktirafan ini dan kami akan terus menetapkan piawaian tertinggi untuk para pelanggan dan pemegang taruh kami.”

“Keputusan QLASSIC kami telah menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan jumlah kecacatan pembinaan semakin berkurangan.

 

Kesemua projek Sime Darby Property tertakluk kepada penilaian dalaman yang ketat sebelum melalui penilaian kualiti QLASSIC di peringkat akhir. Kami mengutamakan kualiti dan tidak jenuh berusaha untuk menyediakan produk-produk yang memenuhi jangkaan para
pelanggan kami.”

Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) adalah sistem atau kaedah untuk mengukur dan menilai kualiti mutu kerja pembinaan bangunan berdasarkan Standard Industri Pembinaan (CIS 7:2014).

QLASSIC membolehkan kualiti kerja antara projek pembinaan dapat dibandingkan secara objektif melalui sistem pemarkahan.

Lekas Highway Ride Draws 4,500 Participants Around The World

The fifth edition of LEKAS Highway Ride, the Malaysia’s No. 1 closed highway night cycling challenge continued to inspire 4,496 cyclists from the nation and across the world to take part in the annual event, regardless of age or ability.

THE RHB Shimano Highway Ride @ LEKAS, held on 18 August 2018 (Saturday), was a collaboration between RHB Banking Group and Shimano as the title sponsors, and Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (“LEKAS”, a subsidiary of IJM Corporation Berhad’s Toll Division) as the venue sponsor.

This year’s event attracted cycling enthusiasts from 24 countries across the world, including Australia, Brunei, Canada, Cambodia, China, France, Germany, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Italy, Japan, Netherlands, Norway, Philippines, Singapore, South Africa, Switzerland, Taiwan, Thailand, Turkey, United Kingdom and United States.

Deputy Secretary General from the Ministry of Works, Dato’ Abdul Razak Jaafar, flagged off the cyclists at the Kajang Selatan Toll Plaza, LEKAS E21.

The newly appointed Ambassador of the RHB SHIMANO Highway Ride, the Terengganu Cycling Team (TSG) led the way for the 120km route, setting the pace for the other cyclists.

The 120km route was flagged off at 8.00pm, followed by the 78km route at 8.15pm. There were 1,514 cyclists who took part in the 120km route while 2,724 cyclists undertook the 78km route.

The non-competitive rides have 100 cyclists under the 17km route for teenagers, 93 cyclists under the 12km route for children and 65 cyclists under the 17km for VIPs.

Dato’ Khairussaleh Ramli, Group Managing Director of RHB Banking Group said, “This year’s RHB SHIMANO Highway Ride @ LEKAS is back bigger and with greater impact.

The number of cycling enthusiasts, particularly in Malaysia has increased tremendously over the last couple of years.

We are pleased to see this event fast becoming a platform for cycling enthusiasts from all over the world to meet and share a common interest and inculcate healthy sporting activities, especially among youth.”

Eugene Koh, Director of Shimano said, “We are heartened to see all the faces of satisfaction after experiencing the unique opportunity of riding on a closed highway.

The growth of participants each year shows the increasing interest and passion in cycling sports in Malaysia and other countries.

This year, we brought TSG in as the event ambassador to inspire people, especially the younger generation, to engage in cycling which leads to a healthier lifestyle.

It is worth putting in all these efforts for the 5th consecutive year to contribute to the cycling culture and industry in Malaysia.”

LEKAS, a dual three-lane highway which connects Kajang, Selangor to Seremban, Negeri Sembilan had ensured a full road closure for the event, and a fully LED-lit highway circuit, allowing cyclists to enjoy a smooth and safe ride.

Both the 120km and 78 km race routes started and ended at Kajang Selatan Toll Plaza. This year, the 120km route was lengthened by 15km compared to the previous year, to intensify the challenge for the cyclists.

Wan Salwani Wan Yusoff, Chief of Operating Officer of LEKAS said, “We are thrilled to once again be involved in this unique community event where everyone gathers on their bikes to ride into the night on the LEKAS Highway that is closed and made safe just for them.

We look forward to inspiring people of all ages to not only turn out and enjoy the race festivities, but also to get cycling themselves. We have been supporting this event from the beginning since 2013 as we believe cycling is a fun, simple way for people to have a positive impact on their health and the communities in which they live.

Sports is a cornerstone of IJM’s corporate social responsibility initiative and mass sporting events like these allow us to make the best use of our infrastructure assets and to give back.”

Prior to the night cycling event, the organisers held a ‘Cycling and Sports Carnival’ at Atria Mall, Petaling Jaya in conjunction with the Race Pack Collection conducted from 11 to 12 August 2018.

This year’s carnival offered a number of activities for cycling enthusiasts, and also featured exhibitors who displayed the latest cycling and outdoor sports gear and equipment.

Albertt Leong, Race Director of GoSportz said, “After the success of the night cycling event this year and with the support that we will be receiving from our sponsors and event partners, I hope the challenge will keep growing into an inspiring cycling event over the coming years.”

The competitive rides for the cycling event featured the 120km and the 78km routes. Categories for the 120km route were the ‘Open’ (men/women aged 22 years and above), ‘Veteran’ (men aged 45 years and above) and the ‘Corporate/Open Team’ (men/women aged 22 years and above).

Categories for the 78km route were the ‘Open’ (men/women aged 22 years and above), ‘Veteran’ (men aged 45 years and above), and the ‘Young Adults’ (boys/girls between the ages of 17 and 21 years).

There was a special fun ride for teenagers (ages 13 to 16 years) and children (ages 10 to 12 years). These categories were fully sponsored by IJM, together with the first 100 participants of the Young Adult category, aiming to nurture new talents and promote cycling as a sport for all.

Results of the race are as follows:

Category Winner Time
120KM Men Open Mustazlee bin Ishak 2:58:24
120KM Veteran Men Open Tsen Seong Hoong 3:00:46
120KM Women Open Chelsie 3:01:54
120KM Corporate/Open Team Lekas Team 9:02:05
78KM Men Open Ng Yong Li 1:59:19
78KM Veteran Men Open Liew Kuan Lim 2:01:19
78KM Women Open Mariana Mohammad 2:01:22
78KM Young Adults (Boys) Muhammad Abdul Hisham 1:59:45
78KM Young Adults (Girls) Chan Mun Yi 2:47:58

 

The list of sponsors and supporters of the RHB Shimano Highway Ride @ LEKAS 2018 is as follows:-

Title Sponsors RHB Banking Group

Shimano

 

Venue Sponsor Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS)

 

Main Sponsors
  • IJM Corporation Berhad
  • Bike Science
  • IJM Land Berhad
  • Gigatera (M) Sdn Bhd
  • EV-Dynamic Sdn Bhd

 

Supporting Sponsors
  • Brother International (M) Sdn Bhd
  • ‘100 plus’
  • ‘Ice Mountain’
  • ‘Rocktape’
  • ‘Endurace’
  • Cycling Plus Malaysia
  • ‘Rudy Project’
  • Allianz General Insurance Company (M) Bhd
  • Ikram Paves Sdn Bhd
  • ‘Fitbit’
  • ‘Starbucks’
  • ‘Atria Mall’
  • ‘Dynasty Dragon’
  • ‘Thule’
  • ‘Frulato’
  • ‘Milo’

 

Supported by
  • Police Di-Raja Malaysia
  • Kementerian Kerja Raya
  • Lembaga Lebuhraya Malaysia

 

Sanctioned by
  • Malaysia Nation Cycling Federation

 

 

For more information, visit the event website www.lekashighwayride.my and Facebook pages www.facebook.com/LekasHighwayRide/ and www.facebook.com/GoSportzEvent/.

AirAsia Inks MoU With Malaysia Entrepreneurs’ Development Association (PUMM)

(From left) Tan Lay Seong, Deputy President of the Malaysia Entrepreneurs’ Development Association (PUMM) and Spencer Lee, AirAsia Malaysia Head of Commercial at the MoU signing ceremony held at AirAsia RedQ

AirAsia inks MoU with Malaysia Entrepreneurs’ Development Association (PUMM) to provide members of the association with more travel flexibility through AirAsia MyCorporate services.

THE MoU was signed at AirAsia RedQ by Spencer Lee, AirAsia Malaysia Head of Commercial and Tan Lay Seong, Deputy President of the Malaysia Entrepreneurs’ Development Association.

(From left) Tan Lay Seong, Deputy President of the Malaysia Entrepreneurs’ Development Association (PUMM) and Spencer Lee, AirAsia Malaysia Head of Commercial at the MoU signing ceremony held at AirAsia RedQ

Spencer Lee, AirAsia Malaysia Head of Commercial said, “With My Corporate, we are able to offer the right product to our corporate client’s needs and budgets.

We hope that the members of the Malaysia Entrepreneurs’ Development Association will be able to benefit from the MyCorporate service to minimize their business travel cost and have a seamless and enjoyable business trip with all the privileges offered.

“In addition, we look forward to exploring the opportunities to work with the local entrepreneurs to feature their products on our e-marketplace, OURSHOP. The products could range from food and beverage to accessories or cosmetics, where guests are able to make their purchase before boarding and collect their items on board or at selected airports.

This will be a good platform for local brands to be known in Malaysia and Asean, subsequently giving a lift for the entrepreneurs business to reach the international market.”

Tan Lay Seong, Deputy President of the Malaysia Entrepreneurs’ Development Association said, “Majority of our members are businessman and entrepreneurs who travel frequently. AirAsia being one of the largest airline in Malaysia with its vast flight network connectivity, it plays an integral role in connecting us and our business within the region.

Their slogan ‘Everyone Can Fly’ is close to our heart and has realised many of our dreams. Services offered by AirAsia MyCorporate with the extra perks and flexibility will be an added value for our members.

This partnership is very beneficial to our members and we are honoured to be working closely with AirAsia.”

Under the MoU, more than 2,400 medium and small enterprises will be able to enjoy the privileges of AirAsia MyCorporate, such as flight-change flexibility, essential add-ons to provide extra comfort, more savings with low fares and earn up to 3x AirAsia BIG points.

MyCorporate is a suite of products exclusively made with the business traveller in mind. It consists of three bundle options, depending on the requirements of the traveller and the company budget – Fare Only, Corporate Lite and Corporate Full Flex.

Pengeluaran Perodua Myvi Baharu Terganggu Akibat Masalah Bekalan Vendor

Pengeluaran model paling laris Perodua, Myvi baharu, telah diberhentikan buat sementara waktu berikutan gangguan bekalan di salah satu vendornya, yang mengakibatkan kira-kira 3,000 pelanggan tidak dapat mendaftarkan Perodua Myvi baharu mereka sebelum akhir bulan ini.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato Dr Zahari Husin berkata, “Kami ingin memohon maaf kepada para pelanggan kami yang telah sabar menunggu kenderaan baru mereka,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada media, semalam.

Perodua Myvi 1.3 X Green

“Kami bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu ini dan sedang mengambil semua langkah
yang diperlukan untuk memastikan pengeluaran bermula semula secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata, keutamaan kini adalah untuk menyerahkan Perodua Myvi baharu kepada kira-kira 3,000 pelanggan yang pada asalnya dijadualkan menerima kenderaan mereka sebelum 1hb September.

“Kami amat memahami dan prihatin terhadap kekecewaan pelanggan kami yang terlibat. Oleh itu, kami sedang berusaha untuk memberikan pampasan yang sesuai dan akan menghubungi para pelanggan kami menerusi cawangan-cawangan kami di seluruh Malaysia tidak lama lagi,” katanya lagi.

Dr Zahari berkata, terdapat peningkatan dari segi permintaan terhadap kenderaan sejak kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikurangkan dari 6% hingga 0% berkuatkuasa 1hb Jun 2018, lebih awal daripada pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1hb September.

Setakat ini, lebih daripada 68,000 Perodua Myvi telah diserahkan kepada pemiliknya daripada
lebih 120,000 tempahan yang diterima sejak pelancarannya pada November 2017, menjadikan ia produk terlaris Perodua dari segi jualan untuk sepanjang tahun setakat ini.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato ‘Dr Zahari Husin

“Kami sedang berusaha keras untuk mengatasi gangguan bekalan ini dan memulakan semula
pengeluaran Myvi secepat mungkin. Walaupun begitu, pengeluaran model kami yang lain tetap beroperasi seperti biasa dan penghantaran bagi Axia, Bezza dan Alza masih terus berjalan seperti yang dijadualkan.

“Kami menjemput para pelanggan kami yang dihargai untuk bercakap dengan penasihat jualan kami yang sah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai model kami serta anggaran masa penghantaran Myvi mereka,” katanya.

Perodua telah menjual kira-kira 140,000 kenderaan antara Januari dan Julai tahun ini, dengan
peningkatan hampir 19% berbanding 118,600 yang dijual pada tempoh yang sama sebelumnya.

AirAsia Rai Penerbangan Sulung Dari Bangkok, Thailand Ke Kota Kinabalu

(Tiga dari Kiri) Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Mohamaddin Ketapi, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Christina Liew dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat di Majlis Ketibaan Penerbangan Sulung Bangkok-Kota Kinabalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Laluan unik itu, yang menandakan penerbangan pertama AirAsia Thailand ke Sabah, merupakan bukti komitmen AirAsia untuk mengembangkan hab Kota Kinabalu.

PENERBANGAN tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok telah disertai oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Mohamaddin Ketapi.

Ia juga draikan dengan pancuran air setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan disambut oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Christina Liew, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dan Ketua Komersial AirAsia Malaysia, Spencer Lee.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan penerbangan sulung dari Bangkok ke Kota Kinabalu.

“Setelah melancarkan penerbangan pertama kami ke Kota Kinabalu pada tahun 2002, dan telah menerbangkan lebih daripada 39 juta orang tetamu dari dan ke bandar ini. Kini, kami menghubungkan Kota Kinabalu ke 18 destinasi di rantau ini dengan 332 penerbangan mingguan.

“Kami berharap perkhidmatan terus antara Bangkok dan Kota Kinabalu ini akan memberi impak yang lebih positif, bukan hanya kepada sektor pelancongan dan ekonomi negeri, tetapi kepada masyarakat di Sabah juga.”

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan Persekutuan dan Negeri kerana menyokong model syarikat penerbangan kos rendah dan melibatkan pihak AirAsia untuk meningkatkan hubungan masuk dan keluar dari Sabah.”

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Mohamaddin Ketapi berkata, “Kerjasama untuk meningkatkan akses melalui udara ke Malaysia amat dialu-alukan dan saya berbesar hati kerana pihak AirAsia Thailand membuka laluannya ke Sabah.

Thailand adalah pasaran penting bagi Malaysia kerana ia berpotensi untuk berkembang kerana mereka juga amat berminat untuk melancong ke Malaysia dan pelbagai produk pelancongan di sini memenuhi keperluan mereka.

Sabah sudah pastinya menawarkan banyak tarikan kepada para pelancong Thailand. Selain hutan hujan, pulau dan pantai, Sabah juga merupakan syurga makanan laut. Justeru, saya berharap pemain industri di kedua-dua buah negara ini akan bekerjasama dengan AirAsia Thailand untuk mempromosikan Malaysia dan sebaliknya untuk mengekalkan laluan ini.”

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Christina Liew berkata, “Bagi pihak Kerajaan Negeri, kami mengalu-alukan penerbangan terus ke Bangkok oleh AirAsia Thailand.

KKIA kini dihubungkan ke 21 bandar antarabangsa, dan Bangkok merupakan hab yang sangat penting untuk kami. Ini kerana ia adalah salah satu hab AirAsia yang paling sibuk yang menghubungkan destinasi jarak jauh dari Amerika Syarikat, Eropah, Rusia, Timur Tengah dan India.

Selain menarik para pelancong muda dari Thailand yang juga merupakan penggemar makanan dan pengembara tegar, kami juga yakin dapat menarik perhatian komuniti ekspatriat yang berkhidmat di sana.”

Kumpulan AirAsia kini terbang dari Kota Kinabalu ke 9 destinasi antarabangsa (Bangkok, Singapura, Manila, Hong Kong, Guangzhou, Shenzhen, Hangzhou, Wuhan, dan Taipei) dan 8 destinasi domestik (Kuala Lumpur, Tawau, Sandakan, Miri, Kuching, Kota Bharu dan Johor Bahru).

AirAsia juga akan memulakan perkhidmatan laluan Kota Kinabalu – Macao bermula pada bulan November tahun ini.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Samsung Galaxy Note9: Telefon Pintar Berkeupayaan Tinggi Kini di Malaysia

2,000 orang meraikan pelancaran hebat untuk model terbaru dari Samsung dengan persembahan mantap oleh pasukan demo taekwondo terbaik dunia, K-Tigers

GALAXY Note9, kini telah tiba di Malaysia. Keterujaan jelas ketara di Arena Axiata, Bukit Jalil, di mana 2,000 orang hadir untuk menyaksikan pelancaran terbesar dan terunggul untuk telefon pintar Samsung.

Galaxy Note9 menggabungkan kuasa, produktiviti, ketahanan yang unggul, serta hiburan di dalam sebuah peranti. Dengan ciri-ciri pertahanan keselamatan yang kuat, peranti terbaru ini memenuhi setiap keperluan yang diingini.

Para pengguna kini sentiasa mencari telefon pintar yang berupaya melakukan segalanya – dari merakam gambar yang hebat, sehingga pengalaman permainan yang lancar, serta membuat pembentangan.

“Dengan ini, saya amat besar hati untuk mengumumkan bahawa kini anda mempunyai pilihan yang sempurna dengan Galaxy Note9,” kata Kim Yoon Soo, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

Ribuan hadirin telah menyaksikan pelancaran bersejarah Samsung Galaxy Note9 menjadi lebih teruja dengan penampilan K-Tigers, pasukan demo Taekwondo terkemuka dunia yang menambahkan kegamatan suasana.

Dengan pelancaran Galaxy Note9, Samsung terus mempamerkan legasi siri ini yang semakin digemari para pengguna.

Ciri-ciri seperti paparan Infiniti yang besar dan digemari ramai, produktiviti S Pen, dan ekosistem Galaxy, Note9 menawarkan pengalaman pengguna mudah alih secara optimum yang tidak didapati dengan peranti lain.

Prestasi Sepanjang Hari

Pengguna bergantung kepada telefon pintar untuk hampir semua perkara yang mereka lakukan – sepanjang hari, setiap hari.

Mereka memerlukan telefon yang dapat terus berfungsi tanpa perlu mencari soket untuk mengecas semula, menghapuskan gambar untuk mendapatkan ruang storan demi menyimpan gambar yang seterusnya, menunggu video mereka dimuat turun sebelum menaiki kapal terbang, atau menghadapi sela waktu ketika dalam permainan.

Mereka memerlukan telefon yang tidak menghampakan mereka, dan Galaxy Note9 boleh melakukannya.

•    Bateri Sepanjang Hari: Galaxy Note9 dilengkapi dengan bateri 4,000mAh, yang merupakan bateri terbesar yang pernah digunakan untuk telefon siri Galaxy di mana memberikan kuasa tahan lama bagi kegunaan sepanjang hari untuk berbual, menghantar pesanan teks, bermain dan menonton filem dari pagi hingga malam.
•    Simpan Lebih Banyak, Kurangkan Penghapusan: Galaxy Note9 boleh didapati dengan dua pilihan storan dalaman – pilih antara 128GB atau 512GB. Dengan keupayaan penggunaan kad SD mikro, peranti ini tersedia untuk storan 1TB , yang memberikan pengguna ketenangan fikiran kerana mereka mengetahui bahawa mereka sentiasa mempunyai ruangan yang mencukupi  untuk foto, video dan aplikasi kegemaran mereka.
•    Kelajuan dan Keupayaan: Galaxy Note9 merupakan telefon pintar berkeupayaan tinggi dengan pemprosesan 10nm yang termaju dan sokongan bagi kelajuan rangkaian terpantas yang terdapat di pasaran (sehingga 1.2 gigabit sesaat) untuk menstrim dan memuat turun tanpa menjejaskan kelajuan.

Peranti ini juga menyertakan sistem Water Carbon Cooling oleh Samsung yang merupakan pelopor dalam industri, dan algoritma pelaras prestasi berasaskan AI pada peranti untuk membawakan prestasi yang bukan sahaja berkeupayaan tinggi tetapi juga stabil.

Evolusi S Pen

S Pen merupakan ciri tersendiri dalam siri Note – yang membolehkan pengguna mencatat nota yang penting, dan membantu Samsung mengembangkan idea tentang perkara yang boleh dibuat oleh telefon pintar.

Bermula dari alat untuk menulis dan melukis, kini ia memberikan lebih keupayaan dan kawalan kepada pengguna.

Kini dengan sokongan Bluetooth Low-Energy (BLE), S Pen ini mempersembahkan cara yang serba baru untuk menggunakan Note9 ini.

Dengan hanya satu klik, pengguna kini dapat merakam swafoto dan gambar berkumpulan, membentangkan slaid, menghentikan dan memainkan video, dan banyak fungsi lagi. Suatu hari nanti, pereka applikasi turut dapat menyepadukan fungsi BLE yang baru dan termaju S Pen ini ke dalam aplikasi masing-masing.

Kamera Pintar yang Menghasilkan Gambar Sempurna

Galaxy Note9 dihasilkan berasaskan teknologi kamera Samsung yang merupakan pelopor industri dengan keupayaan baru yang memudahkan penghasilan gambar yang sempurna.

•    Pengoptimum Latar Belakang: Kamera Galaxy Note9 merupakan kamera yang paling pintar dihasilkan oleh Samsung setakat ini. Ia menggunakan kepintaran untuk mengenal pasti elemen-elemen foto, seperti latar belakang dan subjek, diklasifikasi secara automatik dari salah satu daripada 20 kategori dan seterusnya dioptimakan secara serta-merta.
Hasilnya, imej yang mengagumkan dan tampak hidup dengan warna-warna yang terang dan kejelasan yang dinamik.
•    Pengesan Cela: Gambar yang dirakam pada kali pertama kadangkala hasilnya tidak seperti yang diharapkan, tetapi Galaxy Note9 akan mengingatkan pengguna sekiranya ada yang tidak kena supaya mereka boleh merakam gambar lain tanpa membiarkan detik tersebut berlalu begitu saja. Notifikasi serta-merta akan muncul sekiranya imej kabur, mata subjek tertutup, terdapat kesan kotoran pada lensa, atau terdapat pencahayaan belakang yang menjejaskan kualiti imej.
•    Kamera Premium: Dengan kombinasi unik ciri-ciri pintar yang termaju dan perkakasan pelopor premium, kamera Galaxy Note9 adalah yang terbaik di pasaran. Ia didatangkan dengan teknologi pengurangan gangguan yang termaju dan lensa Dual Aperture , yang melaraskan kepada cahaya seperti mata manusia. Kamera Galaxy Note9 yang termaju ini menghasilkan gambar yang amat jelas tanpa kira keadaan pencahayaan di sekelilingnya.

Pengalaman Premium: Biarpun Bekerja mahupun Bermain

Paparan Infinity Display merupakan elemen asas dalam warisan reka bentuk Samsung, dan Galaxy Note9 mempunyai paparan dari pinggir ke pinggir yang terbesar yang pernah dimuatkan pada Note.

Super AMOLED Infinity Display 6.4 inci membawakan pengalaman multimedia yang benar-benar mengasyikkan. Tambahan pula, Infinity Display Galaxy Note9 turut dilengkapi dengan pembesar suara stereo dengan penalaan oleh AKG, yang dapat membawakan audio Dolby Atmos® yang mengasyikkan untuk pengalaman yang seakan-akan hidup.

Peranti ini juga membawakan video mudah alih dengan paparan dan bunyi yang lebih baik. YouTube telah menamakan Galaxy Note9 sebagai Signature Device, yang berupaya membawakan pengalaman YouTube yang terbaik dalam tahap kelasnya.

Galaxy Note9 juga membawakan pengalaman seumpama PC dengan Samsung DeX. Pengguna boleh membuat pembentangan, mengedit foto, dan menonton rancangan kegemaran mereka pada skrin besar; segalanya dari telefon mereka melalui Samsung DeX dengan adapter HDMI yang mudah dibawa ke mana saja

Apabila disambungkan kepada monitor, Galaxy Note9 dapat berfungsi sebagai komputer meja maya dan menjadi skrin kedua dengan sepenuhnya. Sama ada membuat catatan dengan S Pen sambil menonton video, mahupun gunakan Galaxy Note9 sebagai trackpad untuk klik kanan, geser dan lepas, dan guna berbilang tetingkap pada monitor. Anda tentunya tidak pernah menjadi lebih produktif semudah sebegini.

Melangkaui Galaxy

Teknologi premium Galaxy yang standard dilengkapi dengan Note9: pengecasan pantas tanpa wayar, IP68 kalis air dan habuk dan perkhidmatan Samsung seperti Samsung Health dan Samsung Pay.

Di samping itu, Galaxy Note9 menampilkan platform keselamatan Knox bertaraf pertahanan yang diyakini dari Samsung serta pilihan keselamatan biometrik termasuklah imbasan cap jari, imbasan iris, dan keupayaan pengecaman wajah untuk memastikan keselamatan maklumat penting.

Peranti kebanggaan Samsung yang terbaru ini merupakan portal kepada ekosistem peranti dan perkhidmatan Samsung yang lengkap yang membawakan pelbagai kemungkinan kepada pengguna.

Contohnya, gunakan Galaxy Note9 dan SmartThings untuk mengawal peranti yang tersambung, atau gunakan Bixby, pembantu pintar yang disesuaikan mengikut pengguna untuk melakukan lebih banyak lagi. Juga dengan pelancaran Galaxy Note9, muzik dapat dinikmati dengan lebih mudah dengan Spotify, rakan niaga jangka panjang Samsung yang baru.

Ini menjadikan Spotify lebih mudah diakses untuk menyelaraskan dan memindahkan muzik, playlist, dan podcast dengan lancar pada Galaxy Note9, Galaxy Watch, dan produk Smart TV.

Samsung Galaxy Note9 akan berada di pasaran bermula 24 Ogos 2018 di Malaysia, pada harga yang disyorkan iaitu RM3,699 dan RM4,599 bagi model 128GB dan 512GB.

Peranti ini akan didatangkan dalam warna Midnight Black dan Metallic Copper dengan warna S Pen yang sepadan, dan Ocean Blue dengan S Pen berwarna kuning.

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy Note9, sila layari
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-note9/.

Post Menarik