PROTON mencipta sejarah dengan menawarkan Proton X70 pada satu harga bagi satu negara yang mana pembeli kereta di Timur dan Barat Malaysia akan membayar harga sama untuk model yang sama

PROTON secara rasmi melancarkan Proton X70 pada majlis gilang-gemilang oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Butiran penuh SUV tersebut telah dikongsikan pada majlis itu termasuk harga jualan, pakej servis, pembiayaan dan waranti.

Proton X70 adalah model pertama yang dihasilkan bersama oleh PROTON dan Geely serta merupakan SUV premium pertama dikeluarkan oleh sebuah jenama automotif Malaysia.

Model ini juga telah membawa PROTON ke segmen pasaran baharu dan bertindak sebagai pemangkin untuk memberi nafas baharu kepada jenama.

Untuk menghasilkan Proton X70, PROTON dan Geely perlu bekerjasama dalam pelbagai peringkat. Ianya termasuklah dari pengaturan kerja antara kakitangan di China dan Malaysia, untuk membuat ujian dalam iklim panas dan lembap di Malaysia sehinggalah kolaborasi antara pembekal tempatan dan antarabangsa dengan tujuan untuk memastikan penghasilan produk yang sesuai dengan keperluan pembeli kereta di Malaysia dan ASEAN.

Dalam persediaan bagi pengenalan produk ini, PROTON telah memulakan pelan pemasaran komprehensif untuk mewujudkan keterujaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini di kalangan pembeli kereta iaitu menerusi pelbagai aktiviti, pelancaran portal tempahan dalam talian dan membuat penampilan awam di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIMS) 2018.

Unveiling of the car prices by Dr Li Chunrong (CEO of PROTON) and Dato’ Radzaif Mohamed (DCEO of PROTON).

Dengan lebih 10,000 tempahan yang diterima, ia menunjukkan satu permulaan yang baik, justeru, kami akan berusaha dengan lebih lagi untuk menghasilkan produk dan jenama seperti yang dijanjikan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

“Penyerahan Proton X70 akan bermula pada minggu-minggu akan datang kerana Syarikat mahu pelanggan mendapatkan kereta mereka secepat mungkin. Ada di antara mereka yang telah menunggu lebih dari enam bulan, dengan memberikan nama kepada pengedar sebelum tempahan dibuka secara rasmi, jadi, PROTON berterima kasih atas kesabaran dan kesetiaan mereka terhadap syarikat,” tambahnya.

Untuk meningkatkan pengalaman pemilikan Proton X70, pakej nilai tambahan istimewa telah diumumkan pada majlis pelancaran ini. Dinamakan sebagai pakej Xtra, pakej ini melibatkan empat perkara yang berbeza.

Pakej Servis Xtra menawarkan alat ganti dan kos pekerja secara percuma untuk servis yang pertama serta kos pekerja percuma untuk lima kali servis berjadual bagi 100,000km atau lima tahun.

Selain itu, terdapat juga Pakej Pembiayaan Rendah Xtra, yang menawarkan kadar faedah rendah bermula dari 2.34% p.a. untuk pembeli yang berkelayakan.

Tun Dr Mahathir Mohamed, Prime Minister of Malaysia

PROTON akan menjadi jenama automotif kebangsaan pertama menawarkan jaminan perbatuan tanpa had di mana Pakej Perlindungan Waranti Xtra akan melindungi Proton X70 selama lima tahun tanpa mengira jarak perbatuan.

Akhir sekali, untuk memastikan pemilik menikmati pengalaman sambungan premium, Pakej Data Xtra menawarkan data internet percuma selama lima tahun (dihadkan pada 1GB sebulan).

“Pakej Xtra yang diberi akan meningkatkan pengalaman para pemilik dengan menawarkan kemudahan, penjimatan untuk servis, pembiayaan serta data percuma.

PROTON juga akan mencipta sejarah dengan menawarkan Proton X70 pada satu harga bagi satu negara. Ini bermakna, pembeli kereta di Timur dan Barat Malaysia akan membayar harga yang sama untuk model yang sama, menjadikan PROTON jenama automotif pertama menawarkan tawaran sedemikian.

Harapan kami dengan langkah ini, PROTON membuktikan bahawa produk Malaysia boleh ditawarkan pada harga yang sama untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira lokasi tempat tinggal mereka,” kata Dr Li Chunrong.

Harga atas jalan tanpa insurans Proton X70:

Varian
1.8TGDi Standard 2WD AT RM99,800
1.8TGDi Executive 2WD AT RM109,800
1.8TGDi Executive AWD AT RM115,800
1.8TGDi Premium 2WD AT RM123,800
Valid for Peninsular Malaysia, Sabah & Sarawak

Maklumat pakej
Xtra Service Package – 5 times free labour service*
Xtra Low Financing Rate – Low interest rates starting from 2.34% per annum
Xtra Warranty Coverage – 5-year warranty with unlimited mileage
Xtra Data Package – 5-year Internet data plan (1GB per month)

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini