Perodua tingkatkan rangkaian jualan dengan memindahkan lokasi cawangan Mid Valley ke lokasi baharu yang terletak di Menara MBMR, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur

PERODUA melalui pengedar jualan yang sah, DMM Sales Sdn Bhd, telah memindahkan bilik pamerannya di Mid Valley ke Menara MBMR, Jalan Syed Putra, dalam usaha menggandakan kapasiti jualannya dan pada masa sama memberi lebih kepuasan kepada pelanggan.

(from left to right): Aqil Tan Sri Ahmad Azizuddin, Chairman of Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd, Datuk Shigeharu Toda, Senior Managing Executive Officer of Daihatsu Motor Co Ltd, Jun Ikeda General Manager, First Motor Vehicle Division, Mitsui & Co Ltd, Dato’ Dr Zahari Husin, Managing Director of Perodua Sales Sdn Bhd

“Bilik pameran jualan baharu ini, yang seluas 6,900 kaki persegi, lebih besar dua kali ganda berbanding lokasi lama kami, memberikan ruang bilik pameran lebih luas dan selesa,” kata Pengerusi Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd, Aqil Tan Sri Ahmad Azizuddin.

Ditubuhkan pada 20 Januari 1995, DMM Sales Sdn Bhd adalah salah satu anak syarikat Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd. Ia merupakan pengedar terbesar Perodua dengan 17 bilik pameran, 13 pusat servis dan dua pusat badan & cat di seluruh Malaysia.

DMM Sales Sdn Bhd telah menyumbangkan sebanyak 10.6% secara purata kepada jualan tahunan Perodua sejak lima tahun lalu. Menara MBMR juga menempatkan MBM Resources Berhad, sebuah kumpulan syarikat automotif dengan pelbagai pelaburan dalam industri automotif dan juga pemegang saham perdagangan utama bagi Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd.

Upacara perasmian turut dihadiri Pegawai Eksekutif Urusan Kanan Daihatsu Motor Co Ltd, Datuk Shigeharu Toda dan Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin.

“Kami memuji komitmen yang ditunjukkan oleh DMM Sales Sdn Bhd terhadap Perodua dengan pembukaan bilik pameran jualan baharu ini.

“Dengan persaingan pasaran yang semakin meningkat, kami menghargai inisiatif seumpama ini, yang bukan sahaja akan memberi sumbangan positif kepada jualan kami tetapi juga akan menaiktaraf pengalaman pelanggan kami terhadap jenama Perodua,” kata Dato’ Dr Zahari.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan Perodua setakat 10 bulan pertama tahun 2018 telah mencapai 187,731 unit – peningkatan sebanyak 11% daripada 168,071 kenderaan yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Berdasarkan jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 502,244 unit dari Januari-Oktober 2018, bahagian pasaran Perodua berada pada 37.4%.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini