BMW Malaysia perkenal dua Stesen Pengecasan BMW i yang baharu di Ramada Plaza by Wyndham Melaka.

PENGURUS Besar Ramada Plaza by Wyndham Melaka, Klaus Sennik berkata, kemudahan Pengecasan BMW i Baharu di hotel ini mengutarakan inisiatif hotel untuk memperkayakan penawaran hospitaliti bagi para tetamu, sambil memperkasakan gaya hidup mereka yang bersifat lestari.

BMW i Charging Facilities at Ramada Plaza, Melaka

“Menerusi usaha sama ini dengan BMW Malaysia serta Seong Hoe Premium Motors, kini kami boleh menunaikan keperluan e-mobiliti para tetamu dengan adanya fasiliti-fasiliti yang canggih, lantas mereka boleh meneroka Bandar Melaka yang bersejarah ini dan perkarangan lain dengan sebaiknya menggunakan kenderaan elektrik mereka.”

Ketua Jurutera hotel itu, Abdul Rahman berkata, ia juga merupakan sebahagian daripada ikhtiar ‘hijau’ untuk memelihara kelestarian alam sekitar, sejajar dengan objektif syarikat
Wyndham.”

Sependapat dengan Sennik, Loy Suan Chiow, Prinsipal Pengedar Seong Hoe Premium Motors pula berkata, “Kami sedang melihat penularan dalam trend penggunaan kenderaan berelektrik BMW di negeri ini, serta permintaan juga meningkat bagi fasiliti-fasiliti pengecasan yang bertaraf tinggi untuk menguasakan peralihan ini ke arah dunia yang berlandaskan Mobiliti-Elektro.

Lanjutan daripada pengenalan Fasiliti-Fasiliti Pengecasan BMW i di Holiday Inn Melaka dan Hotel Equatorial Melaka pada tahun yang lalu, kedua-dua Fasiliti Baharu di Ramada Plaza by Wyndham Melaka sekali lagi membuktikan kejayaan usaha sama ini dengan BMW Malaysia untuk menyebarluaskan akses Mobiliti Bervisi di negeri Melaka.”

BMW i Charging Facilities at Ramada Plaza

Kemudahan Pengecasan BMW i yang Baharu di Ramada Plaza by Wyndham Melaka menyertai rangkaian infrastruktur pengecasan BMW Malaysia yang kian berkembang.

Kewujudan Stesen Pengecasan BMW i di Banjaran Hotsprings Retreat yang terletak di Ipoh, dan Iconic Hotel di Pulau Pinang merupakan yang paling terkini, serta Stesen Pengecasan BMW i di Perak pada awal tahun ini di WEIL Hotel, Ipoh.

Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat untuk BMW Group Malaysia berkata, “Sebagai peneraju dalam pembekalan mobiliti-elektro yang premium di dalam negara, kami komited untuk menarafkan “Sheer Driving Pleasure” bagi para pelanggan kami dengan menawarkan fasiliti-fasiliti tercanggih yang boleh diakses di pelbagai lokasi yang strategik.

Kami berasa teruja untuk melihat perkembangan rangkaian fasiliti pengecasan kami, sementara kami terus berusaha untuk memacu e-mobiliti ke hadapan melalui inovasi, kesedaran terhadap teknologi yang baharu dan bersih bagi industri automotif, serta untuk mengubah infrastruktur bagi kenderaan elektrik premium di Malaysia.”

BMW Group Malaysia meneruskan inisiatif untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama utama bagi mobiliti-elektro, dengan pembekalan kenderaan elektrik yang merangkumi lebih daripada 57% unit kenderaan BMW dan MINI secara keseluruhannya berjaya diserahkan dari bulan Januari sehingga November tahun ini, sementara penyerahan unit kenderaan elektrik dari tahun ke tahun juga telah mencatat peningkatan lebih daripada 34%, berjumlah daripada 5,100 unit kenderaan kepada 6,900 unit.

Portfolio Mobiliti Bervisi yang diperkenalkan oleh BMW Group Malaysia dengan kenderaan BMW iPerformance juga didukung oleh platform ChargEV menerusi usaha samanya dengan Malaysian Green Technology Corporation.

Perkhidmatan BMW ChargeNow yang ditawarkan menerusi program BMW 360° juga memberikan akses kepada fasiliti-fasiliti pengecasan oleh rakan kongsi yang lain seperti
ChargEV, di mana para pengguna boleh menerima bantuan dan akses 24/7 bagi kesemua lokasi pengecasan dalam rangkaian ChargEV yang sedang giat berkembang di seluruh negara.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini