Gelombang digital yang melanda Malaysia ketika ini memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada industri yang terbabit malah kepada masyarakat umum atau orang ramai.
INI kerana segala urusan harian semakin mudah diuruskan daripada memesan makanan atau minuman secara dalam talian menggunakan telefon pintar sehinggalah kepada membeli sebuah kereta dalam talian beli belah.
Segala-galanya kini dihujung jari dan seseorang itu juga tidak perlu melangkah masuk ke mana-mana bank untuk membuat bayaran tertentu kerana semua boleh dilakukan di telefon pintar menggunakan aplikasi atau menggunakan kad.
Mengikut kajian dilakukan oleh PwC Malaysia mendapati, lanskap pembayaran digital di negara ini pada 2018 meningkat dengan wujudnya seramai 40 pemain e-wallet berbanding 28 pemain pada 2016.
Usaha mewujudkan masyarakat tanpa tunai menyebabkan pasaran e-wallet dijangka berkembang kukuh dan turut dijangka menyokong fungsi yang lebih rumit lain seperti pembayaran elektronik, pertukaran wang dan kod imbas QR.
Pemain industri juga melihat Malaysia sebagai pasaran utama berdasarkan kepada demografik dan potensi yang bakal memacu e-wallet.
Menurut PwC, antara faktor menjadi pemacu kepada kadar penembusan internet dan mudah alih yang tinggi iaitu kadar penembusan internet sebanyak 86 peratus dan 64 peratus kadar penembusan telefon mudah alih.
Populasi golongan muda yang mahir menggunakan teknologi pula sebanyak 59 peratus membabitkan golongan berusia 35 tahun ke bawah dan kadar literasi dalam kewangan yang tinggi iaitu 85 peratus yang menggunakan sistem perbankan.
Berdasarkan kepada jangkaan PwC Malaysia, pasaran e-wallet dijangka berkembang kepada USD20 bilion menjelang 2024, didorong oleh pertumbuhan industri yang dinamik dan potensi pasaran.
Berikutan e-wallet boleh digunakan dalam pelbagai platform pembayaran, segmen runcit, makanan dan minuman (F&B), dagangan elektronik dan pemindahan Peer-to-Peer dijangka menjadi segmen paling popular.
Tabiat membeli-belah secara online juga sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat Malaysia dan ia semakin berkembang pantas sepanjang tahun lalu.
Ini kerana kemudahan membeli-belah secara online jauh lebih mudah dan tidak membebankan apatah lagi menjimatkan masa serta kos tanpa perlu secara fizikal berada di kedai atau pusat beli belah.
Laman beli belah popular dalam talian di negara ini yang menjual pelbagai jenama popular misalnya, menyaksikan trend berbelanja secara online sudah menjadi amalan rakyat Malaysia apabila mereka menjadikan amalan itu sebagai rutin mingguan, bulanan atau tahunan dalam membeli barangan diingini.
Walaupun tiada kedai fizikal, pelanggan masih mahu membelinya disebabkan kualiti yang tinggi, harga murah dan perkhidmatan penghantaran yang cekap dalam setiap pembelian.
Dalam pada itu, Kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa melaporkan, populariti membeli-belah secara online rakyat Malaysia telah meningkat sembilan peratus berbanding tahun 2016 dengan 76 peratus rakyat Malaysia menyatakan mereka membeli-belah secara online sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Kajian itu juga menunjukkan kategori teratas untuk belian secara online adalah pembayaran bil 58 peratus, fesyen 52 peratus dan tempahan perjalanan 52 peratus.
Justeru, kehadiran pemain industri seperti Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade) yang memperkenalkan kad visa pra bayar pelbagai mata wang Merchantrade Money menjadi faktor penyumbang kepada ledakan dunia digital di Malaysia.
Kad Merchantrade Money ini dengan saiz dompet RM10,000 menawarkan urus niaga dalam 20 mata wang asing antaranya dollar Australia, pound sterling, rupiah Indonesia, dollar Singapura dan dollar Amerika.
Keupayaan Merchantrade Money untuk menukar mata wang Ringgit Malaysia ke mata wang asing di mana sahaja memberi fleksibiliti dan keselesaan kepada pelanggan untuk melakukan urus niaga dalam mata wang yang mereka kehendaki pada kadar pertukaran mata wang yang telah dikunci.
Ia memberi faedah dan kelebihan kepada pelanggan yang ingin memaksimumkan nilai wang mereka dan memastikan mereka tidak terjejas dengan naik turun kadar pertukaran mata wang asing.
Sejak Kad Visa Pra Bayar Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money dilancarkan, kad itu mencatatkan tambah nilai mencecah RM300 juta selepas setahun dilancarkan dan meraih pertumbuhan tinggi dalam pendaftaran serta dijangka mencecah tambah nilai berjumlah hampir RM300 juta.
Pelanggan menggunakan kad berkenaan untuk pelbagai jenis kemudahan seperti pembelian barangan, mengembara dan pembelian mata wang asing.
Ketika Kad Merchantrade Money dilancarkan pada awal 2018, hanya lima matawang ditawarkan namun kini ia menawarkan 20 matawang termasuk dollar AS, dollar Singapura, British Pound, Australian dollar, Indonesian Rupee, Euro, Thai Baht, Yen, Saudi Riyal, China Renminbi, Hong Kong dollar, South Korean Won, Indian Rupee yang sering menjadi permintaan dikalangan pengembara.
Maka tidak hairanlah kegunaan kad itu di luar negara bagi tujuan transaksi wang meningkat kepada 70 peratus sekali gus membuktikan orang ramai masih berbelanja dan memiliki daya berbelanja yang tinggi.
Merchantrade Money menawarkan kemudahan pertukaran wang 24-jam kepada pelanggan di serata dunia termasuk mereka yang sedang berada di luar negara dan selain itu, perkhidmatan ini juga memperkenalkan gaya hidup baru kepada pelanggan.
Penggunaan kad itu mampu mengubah kelaziman mereka apabila bertukar daripada konsep membawa wang tunai kepada konsep baru yang menggunakan kaedah digital sepenuhnya.
Apabila pelanggan memerlukan wang ketika menggembara, mereka boleh mengeluarkan mata wang asing di mana-mana mesin juruwang automatik (ATM) yang mempunyai perkhidmatan Visa di seluruh dunia pada kadar yang ditetapkan dan tertakluk pada caj bank negara berkenaan.
Kad ini disokong oleh aplikasi mudah alih yang memudahkan pelanggan memeriksa baki wang, mengurus bajet, mengirim wang, menukar ringgit ke pelbagai mata wang dan melakukan urus niaga e-dagang.
Merchantrade Money dibangunkan dengan kerjasama penyedia teknologi pembayaran global, Visa, dan ia boleh digunakan di lebih 44 hingga 46 juta rangkaian perniagaan seluruh dunia.
Kemudahan ini bakal mengubah pengalaman pembayaran untuk warga Malaysia khususnya mereka yang selalu ke luar negara dan pekerja asing di negara ini. Ini kerana ramai di kalangan pekerja asing di Malaysia tidak mempunyai akses kepada kemudahan pembayaran elektronik.
Merchantrade Money menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pemegang kad termasuk keupayaan menukar Ringgit Malaysia ke mata wang asing, mengirim wang kepada orang tersayang, dan membeli-belah dalam talian dengan mudah melalui aplikasi mudah alih.
Pelanggan Merchantrade merangkumi pengembara, expatriat, pelajar serta pekerja asing yang merupakan pengguna tegar yang mendapatkan perkhidmatan kaunter syarikat termasuk perkhidmatan pertukaran wang dan perkhidmatan dalam talian iaitu e-Remit dan e-Forex.
Berdasarkan trend ini, Merchantrade percaya ia membuka peluang pasaran yang luas untuk kad ini memandangkan lebih ramai pengguna kini membeli-belah secara dalam talian yang lazimnya dijalankan dalam mata wang asing.
Tambah nilai juga mudah kerana boleh dilakukan melalui saluran Internet menerusi CIMB Clicks, Maybank, JomPay dan FPX. Apabila dana dimasukkan ke dalam kad, ia boleh digunakan untuk membeli barangan atau perkhidmatan di kedai-kedai yang menyediakan Visa.
Kelebihan memiliki kad ini turut mempunyai ciri Visa payWave yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran tanpa sentuh sehingga RM250.
Sejak kad itu diperkenalkan, kumpulan pekerja asing yang bekerja di negara ini adalah antara golongan yang paling ramai menggunakannya kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai buku akaun bank tempatan dan menjadikan kad ini untuk menyimpan gaji setiap bulan.
Kumpulan pekerja asing ini juga turut menggunakan kemudahan kad itu untuk mengirimkan wang ke kampung halaman masing-masing tanpa perlu membawa wang tunai yang banyak sekali gus mengurangkan risiko kehilangan atau kecurian.
Selain itu, kad itu turut dimiliki kumpulan profesional khususnya ahli perniagaan yang sering ke luar negara, pelancong dan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang menuntut di universiti di luar negara.
Penggunaan kad ini yang mudah, fleksibel, selamat dan pantas untuk membuat pembayaran kerana diterima di seluruh dunia.
Merchantrade Money menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pemegang kad termasuk mengirim wang kepada orang tersayang dan membeli-belah dalam talian dengan mudah melalui aplikasi mudah alih.
Merchantrade ialah rakan MDEC untuk program Global Acceleration Innovation Network (GAIN) yang diwujudkan untuk memacu perkembangan Malaysia dan syarikat berkaitan teknologi tempatan yang berpotensi menjadi pemain global dalam empat bahagian utama – melonjakkan kehadiran jenama, membantu akses ke dalam pasaran, meningkatkan keupayaan, padanan untuk penggabungan dan/atau pengambilalihan atau akses ke dalam ekosistem pembiayaan
Faedah yang boleh dinikmati daripada kad ini
- Ketenangan tanpa perlu membawa wang tunai
- Kemudahan membuat bayaran dan perkhidmatan di jutaan perniagaan seluruh dunia
- Pengeluaran tunai di cawangan Merchantrade, ejen terpilih serta 12,000 mesin ATM Visa di Malaysia dan 2 juta seluruh dunia (setakat Julai 2017)
- Akses kepada pelbagai perkhidmatan 24 jam sehari
- Tiada forex tersembunyi atau caj berbilang mata wang untuk Dompet Mata Wang Tersenarai sekiranya anda membuat bayaran di luar negara menggunakan mata wang tempatan yang dimasukkan dalam dompet kad
Kelebihan guna aplikasi Merchantrade Money
- Membeli atau menjual mata wang di aplikasi dengan kadar terbaik
- Tambah nilai ke akaun secara dalam talian (online)
- Hantar wang ke pemegang kad lain dalam aplikasi
- Semak rekod transaksi dan baki wallet dalam waktu semasa
- Beli-belah secara online untuk lebih banyak produk dan perkhidmatan
Bagaimana untuk memohon Kad Prabayar Visa Merchantrade Money?
Pemohon boleh terus pergi ke cawangan Merchantrade atau ejen terpilih untuk mendapatkan kad dan mengisi borang permohonan disediakan.
Pemohon perlu berumur sekurang-kurangnya 12 tahun ke atas untuk memohon Kad ini dan perlu menyediakan butiran atau dokumen untuk mendapatkan kad.
Maklumat lanjut boleh melayari laman web www.merchantrademoney.com atau hubungi talian 1-300-88-8606 atau 03-83138606