Utama Blog Halaman 931

Ground Team Red Lancar Pusat Kawalan Lapangan Terbang Digital Pertama Di Malaysia

Pengerusi Eksekutif AirAsia Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook dan Ketua Pegawai Eksekutif GTR Kevin Chin di majlis pelancaran pusat kawalan lapangan terbang Ground Team Red di klia2

Ground Team Red Sdn Bhd (GTR) melancarkan pusat kawalan bagi perkhidmatan pengendalian darat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) yang pertama di Malaysia.

PUSAT kawalan digital sepenuhnya ini akan membolehkan GTR mengesan pengendalian pesawat dengan menumpukan maklumat digital dalam masa nyata bagi perlepasan tetamu, penyelarasan bagasi dan aktiviti pengendalian bagasi melalui papan pemuka digital, untuk mensasarkan operasi perlepasan pesawat dalam jangka masa 25 minit.

Dalam proses pendigitalan operasi tersebut, para kakitangan khidmat tetamu akan menggunakan telefon pintar untuk melancarkan proses di pintu perlepasan, membolehkan mereka untuk memeriksa para tetamu dengan mudah sambil memeriksa proses perlepasan dalam masa nyata dengan cekap dan tepat.

Pengerusi Eksekutif AirAsia Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook dan Ketua Pegawai Eksekutif GTR Kevin Chin di majlis pelancaran pusat kawalan lapangan terbang Ground Team Red di klia2

Telefon pintar yang sama juga akan digunakan di karusel bagasi bagi proses penyelarasan bagasi dan juga proses e-bacaan semula bagi sistem pemuatan untuk menjadikan pengendalian semua bagasi dan beban kargo penerbangan lebih teratur.

Proses ini akan meningkatkan aspek keselamatan dengan memastikan 100 peratus ketepatan berat pesawat dan keseimbangan bacaan bagi tujuan perancangan penerbangan dan menyingkirkan arahan muatan yang menggunakan kertas, yang sukar dikendalikan pada waktu malam dan pada cuaca buruk.

Kakitangan GTR juga akan menggunakan peranti mudah alih tersebut untuk melaporkan diri dan menerima tugasan mereka secara automatik, seterusnya menjimatkan masa mereka untuk melaksanakan tugasan tanpa perlu melaporkan diri ke pejabat.

Antara ciri utama lain bagi pusat kawalan tersebut adalah ruang latihan realiti maya dengan enam modul – pengendalian kargo, pengendalian teknikal (tandas), pengendalian teknikal (perkhidmatan air), pengendalian teknikal (penghawa dingin), pengendalian teknikal (unit kuasa darat) dan pengendalian arah pesawat – yang membolehkan kakitangan darat untuk menjalankan senario dunia sebenar melalui simulasi dengan selamat dan menjalani latihan tanpa memerlukan pesawat sebenar.

Pusat kawalan lapangan terbang tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, bersama-sama Pengerusi Eksekutif AirAsia Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, Pengerusi GTR Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif GTR Kevin Chin, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Berhad YM Raja Azmi Raja Nazuddin.

Ketua Pegawai Eksekutif Ground Team Red Kevin Chin berkata, “Pusat kawalan digital ini adalah yang pertama di Malaysia dan akan merevolusikan cara operasi perkhidmatan darat.

Pusat kawalan ini membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik serta menambah baik pengalaman perjalanan para tetamu dan sambungan hab melalui klia2. Matlamat kami seterusnya adalah untuk menubuhkan lebih banyak pusat kawalan digital di rantau ini pada masa akan datang.”

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada GTR atas usaha mereka untuk meningkatkan operasi pengendalian darat penerbangan melalui Pusat Kawalan Lapangan Terbang GTR.

Ini akan menyumbang kepada aliran kerja yang lebih efektif, justeru memberikan manfaat kepada para tetamu dengan memberikan mereka pengalaman perjalanan yang lancar.

“Saya selalu menekankan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan tahap perkhidmatan di lapangan terbang, justeru saya berasa gembira melihat satu lagi langkah yang betul dalam menjadikan klia2 sebagai terminal bertaraf dunia.”

GTR telah ditubuhkan pada 1 November 2017 sebagai usaha sama di antara AirAsia Berhad dan SATS Ltd Singapura (SATS).

GTR menyediakan pelbagai perkhidmatan pengendalian darat komprehensif seperti pengendalian tetamu, perkhidmatan bagasi, pengendalian pesawat, perkhidmatan pengendalian kargo dan perkhidmatan keselamatan. GTR kini beroperasi di 18 lapangan terbang di Malaysia dan Singapura serta mengendalikan lebih kurang 475 penerbangan setiap hari.

Mah Sing Group Celebrates Three Achievements At The Edge Malaysia Property Excellence Awards 2018

Mah Sing Group (Mah Sing), was ranked as the Top 10 developers in Malaysia for eight consecutive years and received two recognitions.

THE recognitions which include The Edge Malaysia Affordable Urban Housing Excellence Award for Savanna Executive Suites@Southville City, KL South and The Edge Malaysia PEPS Value Creation Excellence Award in The Edge Malaysia Property Excellence Awards 2018 at Hilton Kuala Lumpur.

The awards recognize Mah Sing’s outstanding achievements and continuous effort in providing affordable homes for Malaysian which had led Mah Sing to be one of the top property developers in Malaysia.

“We would like to thank The Edge and the judging panel for selecting Mah Sing as one of the Top 10 Property Developers in Malaysia for eight consecutive years.

“We are also honoured to receive The Edge Malaysia Affordable Urban Housing Excellence Award for our Savanna Executive Suites@Southville City, KL South and The Edge Malaysia PEPS Value Creation Award (Merit) for Alpine at M Residence 2, Rawang.

“This give us the motivation to further serve our customers and stakeholders better,” said Group Managing Director, Tan Sri Dato’ Sri Leong Hoy Kum.

Presenting the awards were Housing and Local Government Ministry’s (KPKT) deputy minister, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad and The Edge Media Group publisher and group CEO, Ho Kay Tat.

Savanna Executive Suites is part of the first phase of Mah Sing’s masterplanned Southville City. The development comprises 8 blocks of 28 and 30-storey towers with a total of 3,192 units of serviced apartments.

Savanna Executive Suites has 3 built ups which are 956 square (sq) feet (ft) 960 sq ft and 1,017 sq ft, with 3 bedrooms and 2 bathrooms and each unit comes with 2 car park bays. Savanna Executive Suites is 98% taken up.

The development also comprises Savanna Lifestyle Shops which are 208 units of 20’x 75’ 2 level shop units with built ups from 2,643 sq ft.

In line with the Group’s tagline to ‘Reinvent Spaces. Enhance Life’, Savanna has a host of modern lifestyle facilities which aim to enhance the lives of its residents. Its podium facilities floor on Level 5 includes a yoga deck, swimming pool, wading pool, aqua gym, children’s playground, BBQ area, reflexology path, gymnasium and dining pavilion.

Alpine is part of the M Residence 2 township which spans across 226 acres and is Mah Sing’s second township in Rawang.  M Residence 2 is a gated township development situated amidst healthy lifestyle features such as jogging track, recreational activities around the lake and clubhouse facilities.

The township benefits from the added access to the LATAR expressway as well as the extension from Jalan Tasik Puteri which shortened the travelling time to Kuala Lumpur in about 20 minutes.

Proton Perkenal Model Baharu Di Mesir

PROTON memperkenalkan model-model baharu ke pasaran Mesir di sekitar piramid agung di Kaherah iaitu di cawangan 4S baharu di Smart Village, Abbou Rawash, Giza yang telah ditambahbaik.

PENGENALAN model itu disempurnakan dalam majlis dirasmikan oleh Steven Xu Yuan, Pengarah Jualan Antarabangsa PROTON bersama Hisham Ezz Elarab, pemilik Alpha
Ezz Elarab dan disaksikan oleh Mohd Haniff Abd Rahman, Duta Besar Malaysia ke Mesir.

From left: Yassin (Shareholder of Alpha Group Ezz Elarab), Mohd Haniff Abd Rahman (Malaysian Ambassador to Egypt), Yassr (Shareholder of Alpha Group Ezz Elarab), Hisham Ezz Elarab (owner of Alpha Group Ezz Elarab), Steven Xu Yuan (Director of International Sales, PROTON)

Seperti yang dijanjikan semasa majlis pelepasan di Tanjung Malim pada September lalu, sejumlah 246 buah kereta Proton terdiri daripada pemanduan sebelah kiri Proton Saga dan Proton Exora tiba dengan selamat di pelabuhan Mesir bulan lepas.

Pengedaran kereta-kereta tersebut akan diuruskan oleh pengimport tunggal kereta Proton di Mesir iaitu Alpha Ezz Elarab yang akan melakukan penghantaran ke tujuh pusat cawangan dan pengedar yang akan menjualnya ke pasaran.

Pengimport mensasarkan jualan sebanyak 1,400 unit bagi 2019, yang juga merupakan sasaran yang mampu dicapai di mana Saga dan Exora Plus baharu akan mula dijual pada pertengahan tahun depan.

Bercakap semasa pelancaran, Hisham Ezz Elarab, pemilik Alpha Ezz Elarab berkata, beliau amat teruja sewaktu model-model terbaharu Proton tiba di Mesir kerana kini, dia dan pasukannya dapat bekerja untuk memperkukuhkan semula jenama PROTON
berikutan dengan perubahan dinamik yang berlaku kepada jenama PROTON di Malaysia.

Hisham Ezz Elarab, owner of Alpha Group Ezz Elarab delivers his opening speech

Selain menjadi pengimport tunggal, Alpha Ezz Elarab merupakan syarikat pertama yang membawa Identiti Korporat terkini PROTON pada bilik pameran luar negara. Dibuka kepada orang ramai bermula 10 November, pusat cawangan ini menyediakan perkhidmatan jualan, servis, alat-alat ganti serta mempunyai kemudahan membaiki yang meliputi kawasan sebesar 15,000 meter persegi.

Cawangan-cawangan Proton lain di Mesir yang akan menampilkan Identiti Korporat baharu adalah di Al-Battal Street, Mohandessee dan Nahas Street, Bandar Nasr.

“Mesir berpotensi memainkan peranan besar dalam membantu PROTON mencapai sasaran jualan masa hadapannya dengan meningkatkan jumlah jualan eksport kami.

Syarikat dan pengimport di Mesir perlu bekerjasama dengan lebih rapat untuk memastikan keperluan pasaran dapat dipenuhi apabila produk diperkenalkan beserta harga yang sesuai untuk pembeli di sini.

Mohd Haniff Abd Rahman, Malaysian Ambassador to Egypt, tours the new PROTON 4S outlet opened by Alpha Group Ezz Elarab while taking a closer look at the Proton cars launched in Egypt

Sekiranya kami mampu melakukannya dan dapat menyerahkan kereta tepat pada masanya, maka kami boleh berjaya,” kata Steven Xu, Pengarah Jualan Antarabangsa PROTON.

Tahun 2019 akan memperlihatkan perubahan besar pada pasaran automotif Mesir. Pengurangan cukai import untuk kereta-kereta Eropah secara beransur-ansur akan membawa kepada harga yang lebih rendah dan pengguna akan memilih untuk membeli kereta-kereta tersebut.

Untuk mengatasi cabaran ini, PROTON dan rakan kongsinya di Mesir sedang mempertimbangkan pelbagai strategi termasuk memulakan operasi CKD.

Walau bagaimanapun, strategi yang dirancang memerlukan pengambilan beberapa langkah penting termasuk kajian kebolehlaksanaan untuk memastikan ia menjadi pelaburan ekonomi munasabah oleh semua pihak yang terlibat.

Dengan mewujudkan operasi CKD ia bermakna PROTON akan dapat memanfaatkan insentif pemasangan tempatan dan Mesir boleh digunakan sebagai hab serantau untuk menghasilkan kereta-kereta yang akan dijual di rantau Timur Tengah Afrika Utara (MENA).

Hisham Ezz Elarab, owner of Alpha Group Ezz Elarab presents a memento to Mr Steven Xu, Director of International Sales, PROTON

“Model-model yang kami lancarkan di Mesir ini akan memulakan penjenamaan semula PROTON di pasaran negara berkenaan.

Aktiviti susulan harus dilaksanakan bagi memastikan momentum jualan berterusan dan diharapkan proses CKD dapat dimulakan selepas itu.

Matlamat kami dengan operasi CKD di Mesir, ia tidak akan hanya terhad kepada hanya pasaran tempatan kerana kami juga akan cuba memenuhi permintaan dari seluruh negara MENA,” kata Dr Li Chunrong.

Untuk memastikan kemasukan model-model PROTON baharu ini menerima publisiti meluas dengan cepat, rakan-rakan media dijemput untuk memandu uji kereta-kereta tersebut selepas acara pelancaran.

Dua hari kemudian, para pelanggan akan menghadiri acara ‘Hari Keluarga’ yang menyediakan pameran kereta, aktiviti pandu uji, live band, persembahan badut dan tarikan-tarikan lain di taman hiburan mini di dalam premis PROTON 4S itu.

HUAWEI Nova 3 Series Price Reduction

Nova 3 & 3i Group Price Show

Retailing at the irresistible price starting from RM1,099 effective 1st November

HUAWEI nova 3 and nova 3i are having a price adjustment, to be retailed at the irresistible price of RM1,699 and RM1,099 respectively, effective 1 st November 2018 onwards.

‘We truly value our customers’ opinions and constantly listen to their feedback. As the year-end approaches, we have discussed what is the best way to celebrate the year-end with long holidays and festivities.

Nova 3 & 3i Group Price Show

In conjunction with the Double 11 Festival, HUAWEI has decided to offer enticing deals and promotions to make HUAWEI’s technology more accessible to people from all walks of life.

November 2018 is the best month of the year to own one or more HUAWEI devices.” said Matthew Ng, Deputy Country Director, HUAWEI Consumer Business Group.

The HUAWEI nova 3 series are HUAWEI’s first mid-entry level smartphone coming with mobile AI chipset, greatly improving smartphone performance, speed and better power management.

Equipped with four cameras—two on the front and two on the back—HUAWEI nova 3 series blazes a new trail with superior hardware. The dual front cameras produce the most natural selfies, whereas the dual-camera system at the back produces vivid, crispy clean photos.

Featuring 24MP+2MP front facing cameras, HUAWEI nova 3 and 3i ensures the best user experience. Together with its AI features, users can trust the HUAWEI nova 3 series to make photography a fun experience, day in and day out.

HUAWEI nova 3i

Powered by AI, the dual cameras can distinguish people from backgrounds, and apply beautification to only the former. For backgrounds, the device applies a different optimization algorithm to more than 200 different scenarios of eight categories—Blue Sky, Beach, Plant, Night, Stage Performance, Flower, Room and Snow—it recognizes.

Selfie has never been this fun as nova 3 series users can take stunning selfies with AI beautification. Coming with Super Night Mode update starting today, users can also capture beautiful night views at lowlight conditions without a tripod.

For selfie lovers, the outstanding HDR Pro experience is a powerful hardware that turns up the brightness of photos and enhance its handling of details in the dark. For fun users, the nova 3 series can learn and record facial expressions of users with 3D QMOJI, turning users’ head into avatars to personalize communication for everyone.

The HUAWEI nova 3 series runs on EMUI 8.0 with AI-power management, effectively allocating and managing resources for better battery usage of a smartphone. It learns user’s behavior and turns off background applications to save more battery. Boosted with GPU Turbo, gaming on the nova 3 series is an immersive experience with its generous 128GB storage.

The HUAWEI nova 3 series are available at HUAWEI Experience Stores, HUAWEI online stores, authorized dealers and major telco partners. For every purchase, customers will receive a Nova VIP Privilege card that offers exclusive gifts and vouchers worth up to RM1,000 – a great instant reward for nova users.

Petronas Completes Its First LNG Supply To The World’s Largest LNG Bunker Vessel

Petronas Completes Its First LNG Supply To The World’s Largest LNG Bunker Vessel

PETRONAS through its subsidiary, PETRONAS LNG Ltd. (PLL), achieved a milestone with the successful completion of its first Liquified Natural Gas (LNG) supply operation at the Regasification Terminal Pengerang (RGTP) recently.

This follows the agreement between PLL and Uranos Vermögensverwaltungs GmbH & Co. KG, a joint venture company of Bernhard Schulte and Babcock International.

The LNG reload operation into the world’s largest LNG Bunker Vessel (LBV), Kairos with a capacity of 7,500 m3 took place at the RGTP jetty. Kairos departed from Hyundai Mipo Dockyard, Ulsan, South Korea, and received the LNG suppy from PLL, enroute to Europe.

PETRONAS Chief Executive Officer of PLL Ezhar Yazid Jaafar said: “We believe that small-scale LNG opportunities will increase from the utilisation of alternative cleaner fuel such as LNG.

The new regulation of 0.5% Global Sulphur Cap to be imposed by the International Maritime Organisation (IMO) in January 2020, will make LNG the alternative fuel of choice for the shipping industry.”

The flexibility of RGTP in reload operation and the ability to also receive small scale LNG ships, positions PETRONAS as among the front runners in the LNG bunkering segment to meet the changing landscape of the marine fuel market.

The first LNG reload operation reaffirms PETRONAS’ role in spurring the growth of LNG bunkering in the region.

The success of the reload operation at RGTP is a result of close collaboration among all PETRONAS units including PETRONAS Gas Berhad, Pengerang LNG (Two) Sdn Bhd and other key stakeholders such as the Marine Department of Malaysia, Johor Port Authority and Johor Port Berhad.

Touch ‘N Go eWallet Perkenal Kaedah Pembayaran QR Pertama Di Malaysia Untuk Teksi

Sebanyak 10,000 teksi di seluruh negara akan menggunakan kaedah tanpa tunai menjelang penghujung tahun 2018

TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan kerjasama strategik yang membolehkan pemandu teksi EzCab dan Public Cab menerima pembayaran tanpa tunai melalui Touch ‘n Go eWallet (“eWallet”).

Bertemakan #JomTeksi, pengenalan kaedah pembayaran elektronik oleh TNG Digital untuk pengusaha teksi berkenaan adalah sejajar dengan inisiatif kerajaan ke arah komuniti tanpa tunai dan memperkasakan mereka untuk bersaing lebih kompetitif dengan perkhidmatan ride-hailing lain di Malaysia.

Sistem pembayaran menggunakan kaedah QR ini dikuasakan oleh Touch ‘n Go eWallet. Para penumpang hanya perlu mengimbas kod pemandu teksi untuk membayar tambang.

Bagi pemandu teksi pula, mereka tidak perlu memasang sebarang peralatan atau terminal di dalam teksi masing-masing.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Loke Siew Fook berkata, “Industri pengangkutan turut dipengaruhi perkembangan teknologi dan kepesatan era digital.

Dengan kemajuan aplikasi mudah alih untuk perkhidmatan bas dan keretapi, serta peningkatan platform aplikasi “e-hailing” dan perkongsian kenderaan perubahan digital telah banyak mengubah cara industri ini berkembang.

“Saya berbangga dengan TNG Digital kerana mengambil langkah yang proaktif ini bagi membantu pemandu teksi untuk menjadi lebih inovatif di dalam era digital, di samping memastikan industri teksi kekal mesra pengguna dan berdaya saing.

“Kemudahan QR untuk teksi berdaftar di Malaysia akan memodenkan industri ini sekaligus membolehkan para pemandu teksi untuk menawarkan kaedah pembayaran yang lebih cekap dan selamat untuk para penumpang. Saya menyeru pemandu teksi di seluruh negara agar melaksanakan kemudahan pembayaran tanpa tunai ini untuk terus maju ke hadapan.”

Setakat ini, hampir 4,000 pemandu teksi EzCab dan teksi persendirian telah dilengkapkan dengan kaedah pembayaran QR. Touch ‘n Go eWallet menjangkakan untuk melaksanakan kaedah pembayaran QR kepada lebih 10,000 teksi menjelang hujung tahun ini.

“Kami menyasarkan supaya 67,000  teksi berdaftar di seluruh negara bertukar kepada kaedah pembayaran QR dengan Touch ‘n Go eWallet menjelang penghujung tahun 2019 dan menjadikan mereka sebahagian daripada senarai ekosistem perusahaan kami.

Kerjasama dengan EzCab dan Public Cab adalah usahasama pertama dalam memeterai pelbagai usahasama lain untuk memperkenalkan penyelesaian digital dan memperkasakan pemandu teksi.

Kaedah ini dilaksanakan berdasarkan maklumbalas yang diterima untuk kita bergerak maju ke arah masyarakat tanpa tunai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Syahrunizam Samsudin.

Touch ‘n Go eWallet juga memperkenalkan telah program rujukan tanpa tunai bagi menggalakkan penggunaan kaedah pembayaran QR di kalangan pemandu teksi dan para penumpang.

Setiap pemandu teksi akan menerima 100 PIN tambah nilai Touch ‘n Go eWallet. Setiap satunya bernilai RM8 dan ianya akan diagihkan kepada para penumpang. Pemandu teksi akan mendapat insentif berjumlah RM4 bagi setiap tambah nilai yang digunakan oleh penumpang mereka (Hanya untuk pengguna Touch ‘n Go eWallet yang baru atau kali pertama).

Selain itu, EzCab turut menawarkan promosi istimewa bernilai RM2, eksklusif untuk pengguna-pengguna Touch ‘n Go eWallet buat pertama kali: EZTNGD2. Kod promo ini sah bermula 1 hingga 5 November 2018 dan terhad kepada 500 PIN pertama yang ditebus setiap hari.

Syarikat teksi atau pemandu teksi persendirian yang berminat boleh mendaftar untuk menggunakan kaedah pembayaran QR menggunakan Touch ‘n Go eWallet dengan menghantar SMS atau melalui aplikasi Whatsapp ke to +6019 331 8643 (TNG Digital) atau +6012-355 9267 (EzCab).

Pemandu teksi yang berminat juga boleh kunjungi pejabat EzCab di No 19, Jalan 1/46A, Off Jalan Selingsing 7, Taman Niaga Waris, 51200, Kuala Lumpur.

Manakala para pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh membuat pembayaran dengan mengikuti langkah mudah berikut:

1.Klik ikon ‘Scan’ di dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet untuk mengimbas kod QR teksi yang dinaiki
2.Sahkan jumlah yang perlu dibayar kepada pemandu teksi (kira dan masukkan sekali bayaran tol, jika ada)
3.Masukkan jumlah bayaran untuk perkhidmatan teksi berkenaan
4.Masukkan kod PIN 6 digit Touch ‘n Go eWallet anda
5.Pembayaran telahpun disempurnakan dan notifikasi segera akan dihantar melalui SMS
6.Pada masa sama, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh melihat sejarah transaksi mereka dengan menggunakan aplikasi berkenaan bagi menyemak pembayaran/pembelian.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penggunaan QR untuk teksi atau maklumat terkini yang lain, sila layari www.tngdigital.com.my/ atau kunjungi laman Facebook Touch ‘n Go eWallet di www.facebook.com/touchngoewallet/.

MINI Malaysia Anjur ‘MINI Recharge Roadshow’

The MINI Recharge Roadshow

MINI Malaysia, jenama automotif premium kompak di Malaysia mempelawa peminat MINI untuk memberikan nafas kepada minat mereka terhadap kehidupan dan pengembaraan di MINI Recharge Roadshow.

MINI Recharge Roadshow menjanjikan pengalaman yang menarik dengan kenderaan MINI Countryman Sports dan MINI Countryman Plug-In Hybrid Baharu, kedua-duanya dilancarkan pada bulan April tahun ini sebagai ikon terbaharu Kenderaan ‘Sports Activity’ premium daripada MINI.

The MINI Recharge Roadshow

Tawaran jerayawara lain yang eksklusif boleh direbut di MINI Recharge Roadshow, ia termasuk pemilikan MINI menerusi kadar yang terendah, iaitu RM 2,468/sebulan* dengan pembiayaan ‘Full Circle’ bagi MINI Countryman Sports, hadiah percuma bersertakan perkhidmatan pandu uji, dan tawaran bagi ‘MINI Lifestyle Merchandise’.

Pemilikan MINI didatangkan dengan Waranti Perbatuan tanpa Had selama 4 Tahun dengan Servis Berjadual Percuma, serta Bantuan Tepi Jalan MINI. Di samping itu, pemilik juga dapat menikmati kelebihan eksklusif yang ditawarkan bersama MINI Black Card, sama ada dalam bentuk pelancongan, kesihatan, peranti ataupun acara sukan.

MINI Black Card juga meletakkan pemilik di dalam senarai utama bagi semua perkara yang diinisiatifkan oleh MINI, dari previu istimewa sehingga ke parti-parti yang menarik, pelbagai acara dan pelancaran produk.

Lokasi Tarikh
Aeon Seremban 2 2 hingga 4 November 2018
Paradigm Mall 9 hingga 11 November 2018
Aeon Bukit Tinggi 23 hingga 25 November 2018
Desa ParkCity 30 November hingga 2 Disember 2018
1 Utama 14 hingga 16 Disember 2018
Vivacity Megamall 28 hingga 30 Disember 2018

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai MINI Recharge Roadshow atau jika anda ingin membuat pendaftaran, sila layari www.mini.my/recharge

*Tertakluk kepada Terma & Syarat

Hitachi Continues To Upgrade For Life With New Home Appliances

Enhanced features in refrigerator and new washing machine aim to elevate home living

HITACHI launched its Upgrade For Life campaign earlier this year, the brand had one purpose in mind: to inspire consumers to elevate their lifestyles through the assistance of user-friendly, eco-conscious technologies that are made to bring comfort and convenience to the next level.

Takahiro Ishii (far left), Managing Director of Hitachi Sales (Malaysia) Sdn Berhad and Steven Lim (far right), General Manager of Hitachi Sales (Malaysia) Sdn Berhad launched Hitachi’s new two-door refrigerator (R-VG490P8M) and eco-choice washing machine (SF-170ZCV) at their annual dealers’ convention recently

In its continuous mission to enhance home living experiences, Hitachi is introducing two new home appliances purposefully engineered for consumers to enjoy maximum utility and comfort in addition to making a contribution to a cleaner and healthier environment.

Joining its series of appliances are the brand’s refreshed two-door refrigerator (R-VG490P8M) and its new eco-choice washing machine (SF-170ZCV) – both of which are designed with the right balance between technology and sustainability to enable consumers to enjoy the best of both worlds.

“To upgrade means to raise every aspect of ourselves and the things we do to a higher standard. Whether it is improving our business approach or enhancing how we tackle chores at home, we should all work towards enriching the way we live.

We at Hitachi are delivering innovations that not only answer society’s challenges but also foster more efficient and sustainable living. As a brand that is here for the long haul, we are building a comfortable tomorrow by upgrading for life today,” said Takahiro Ishii, Managing Director, Hitachi Sales (Malaysia) Sdn Berhad.

Style Meets Sustainability With The Refreshed 2-Door Refrigerator (R-VG490P8M) Beyond the standard workings of a refrigerator, the new feature of Hitachi’s refreshed model is the Inverter and Dual Fan Cooling function that makes it a worthwhile option for those looking to save electricity in the long run without compromising on freshness of groceries.

With a high power Inverter Compressor and dedicated fans for each compartment, the refrigerator assures powerful refrigeration and exceptional energy saving at the same time.

Complementing the inverter and dual fan cooling functions is the refrigerator’s Triple Power Filter that removes seven odour components (Methyl Mercaptan, Ammonia, Acetaldehyde, Trimethylamine, Propanal, Hexanal and Acetic Acid) while also sterilising the compartment to inhibit bacteria activity.

Combining the properties of Activated Carbon, Zeolite and Manganese Oxide, the filter greatly reduces the percentage of odours present over time.

With odour control in check, users can focus on keeping groceries fresh. The refrigerator compartment is equipped with Fresh Select that allows users to adjust airflow within the compartments by switching between Vegetable Mode and Dairy/Meat Mode to have it optimized for the produce stored.

When it comes to storage, the refrigerator is layered with scratch-proof and heat-resistant Tempered Glass Shelves that can hold up to 100kg. In the freezer, the newly developed ice box with a Twist Ice Tray has a big 5.3L capacity which is practical for various hosting occasions.

Need more space in the freezer? Just remove the ice box for a more convenient and efficient use of storage. Hitachi is offering a 10 years compressor warranty for all its refrigerators.

The Ultimate Fabric Care with Eco-Conscious Washing Machine (SF-170ZCV) Hitachi’s new washing machine prioritises fabric care hence the brand is introducing three new wash features to launder delicate materials to heavily soiled clothes.

With Hot Wash, the machine’s built-in heater produces 40/60 hot water and a high temperature steam to help keep clothes fresh and odour-free.

The Easy Refresh function on the other hand removes unpleasant odours such as cigarettes without washing, instead only using high temperature steam generated from the built-in heater.

For heavily soiled clothes, the PreWash+ feature comes in handy as instead of manually scrubbing mud and dirt from the fabric, the machine does the pre-washing for you.

The dirty water is then drained and the pre-washed items will join the rest of the clothes for a Powerful Dual Jet Wash.

While the clothes are washed with a pulsator, the powerful dual jets reach the wash items at various water levels and circulate them vertically and horizontally for a multi-directional wash.

Beyond functional features, Hitachi’s new washing machine is well-designed for Easy Operation Control and Easy Handling. The control panel located on top of the cover – very much in the line of sight – displays a series of Direct Program Buttons to let users select a course with a simple one-touch operation.

The machine is also built with a sleek and ergonomic glass top for a smoother opening/closing to make loading and unloading of clothes hassle-free. A feature that assists with the unloading of washed clothes is the machine’s pulsator that repeatedly moves clockwise and counter-clockwise to untangle the clothes as soon as the spin cycle ends.

Committed to producing quality products, Hitachi offers 2 years general warranty, 3 years warranty on control panel PCB and 10 years motor warranty for this washing machine.

These products are available now at major electrical chain stores and electrical shops throughout Malaysia. For more information on these products and more, do check out www.homeappliances.hitachi.com/my/

Maybank QRPay Bakal Dilancarkan Di Restoran KFC Seluruh Negara

Maybank dan KFC Malaysia mengumumkan kerjasama bagi menyediakan pembayaran menggunakan Maybank QRPay di restoran KFC.

INI menjadikan jenama tersebut sebagai rangkaian restoran terbesar di Malaysia yang menawarkan kemudahan pembayaran menggunakan kod QR menerusi aplikasi Maybank.

Group President & CEO of Maybank, Datuk Abdul Farid Alias (third from left) and President & Chief Executive of Johor Corporation cum Chairman of QSR Brands, Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim (second from left)

Kerjasama berkenaan telah dilancarkan oleh Presiden Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Abdul Farid Alias bersama Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Pengerusi QSR Brands, Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim di KFC The Curve, Petaling Jaya.

Turut hadir adalah Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan QSR Brands serta Dato’ John Chong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank.

Farid berkata, kerjasama di antara Maybank dan KFC Malaysia merupakan sebahagian daripada usaha kedua-dua syarikat bagi menawarkan lebih kemudahan kepada pelanggan, mempertingkat kecekapan serta memacu agenda negara ke arah pembayaran tanpa tunai.

“Kerjasama yang dicipta ini bertujuan mempertingkatkan pengalaman pelanggan menerusi sebuah ekosistem pembayaran yang mengurangkan keperluan untuk membawa wang tunai serta mampu memberi banyak faedah kepada peniaga,” katanya.

“Dengan lebih 11 juta pengguna perbankan internet- yang mana lebih 4 juta menggunakan servis perbankan mudah alih- kami percaya bahawa syarikat perniagaan, terutamanya industri kecil sederhana, boleh mendapat manfaat daripada bilangan pelanggan Maybank yang meluas apabila mereka menggunakan platform digital kami seperti Maybank QRPay.”

“Dengan kehadiran KFC yang meluas di seluruh negara dan keupayaan perbankan digital terkemuka Maybank, kami percaya bahawa kami mampu memacu cita-cita negara dalam mempromosikan pembayaran tanpa tunai,” katanya.

Farid berkata, Malaysia terus menyaksikan peningkatan penggunaan teknologi tanpa tunai dan dijangka menyertai ekonomi besar seperti China, Hong Kong, Singapura dan Korea dalam masa beberapa tahun.

“Trend ini boleh dilihat dari peningkatan jumlah pengguna Maybank2u yang mengakses platform berkenaan melalui peranti mudah alih dan komputer, dan pengguna yang semakin kerap memilih transaksi berasaskan tanpa tunai.”

Sementara itu, Mohamed Azahari berkata, KFC sedang menjalani transformasi digitalnya menerusi pelbagai inisiatif berlandaskan teknologi yang telah dirangka bagi mempertingkatkan pengalaman pelanggan secara menyeluruh.

“Bagi memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan dan memastikan kami dapat memenuhi peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan cemerlang serta pengalaman yang terbaik; strategi digital yang menyeluruh telah diatur di dalam usaha kami untuk menyediakan kemudahan capaian, peningkatan kecekapan serta lebih fleksibiliti kepada pelanggan; daripada titik pesanan, pembayaran, sehingga ke penyediaan dan penghantaran produk,” katanya.

“Tahun ini kami telah melancarkan kemudahan transaksi tanpa tunai di restoran kami dengan pilihan pembayaran digital menerusi kad kredit dan debit. Hari ini, kami akan memperkenalkan sebuah lagi keupayaan baharu melalui kaedah pembayaran QR dengan kerjasama Maybank sebagai sebahagian daripada strategi memfokuskan pelanggan bagi menawarkan perkhidmatan lancar bersama nilai tambah,” katanya.

Beliau berkata, Bank Negara telah menjangkakan negara Malaysia akan menjadi sebuah masyarakat tanpa tunai menjelang 2020.

“Oleh yang demikian, kami merasakan kemudahan pilihan pembayaran menerusi telefon bimbit di restoran kami seperti QRPay merupakan satu langkah progresif untuk memastikan kami kekal menjadi peneraju dalam perniagaan di masa hadapan.”

Sistem pembayaran digital ini telah dilancarkan di 11 buah restoran KFC iaitu KFC Puduraya, Pavilion 2, Bukit Bintang, KL Sentral, Mid Valley Megamall, KLIA2 Arrival dan Departure, Sunway Pyramid, Shah Alam Section 7, The Curve dan VSQ. Ianya bakal disediakan di semua titik jualan KFC seluruh negara menjelang suku pertama 2019.

Dengan perkhidmatan terbaru ini, pelanggan yang menggunakan Maybank QRPay di restoran KFC akan menikmati kemudahan membuat pembayaran dengan hanya membuka ciri QRPay di dalam aplikasi Maybank.

Pelanggan kemudian perlu memilih fungsi “Bayar” untuk menghasilkan kod QR pada telefon bimbit mereka untuk diimbas oleh pengimbas terminal kad pada titik jualan. Jumlah pembelian kemudiannya didebitkan dari akaun deposit pelanggan sebelum transaksi selesai.

Selain kemudahan yang dinikmati oleh para pelanggan, servis terbaharu ini turut menjanjikan peningkatan kecekapan buat peniaga runcit kerana transaksi QRPay diintegrasikan ke dalam titik jualan mesin daftar tunai bagi memberikan peniaga butiran lengkap daripada setiap pembayaran.

Maybank merupakan bank pertama di Malaysia untuk menawarkan kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui kod QR apabila perkhidmatan ini diperkenalkan pada Januari tahun ini. Setakat ini, Maybank telah mengumpul lebih daripada 160,000 peniaga yang menawarkan pilihan pembayaran ini, yang terdiri daripada peniaga kecil, cawangan restoran, serta peniaga runcit dan pusat kecantikan.

Di bawah kerjasama dengan KFC Malaysia ini juga, platform Maybank akan menyediakan keupayaan pembayaran QR melalui Alipay dan WeChat, dengan tujuan utama untuk membolehkan pelawat dari China membuat bayaran dengan lancar di outlet KFC di Malaysia.

NGO Antarabangsa Rasmi Sekolah Agama Darul Iman Di Sempadan Kemboja, Vietnam

Sekolah Agama Darul Iman, Kampung Jamuan di sempadan Kemboja dan Vietnam dirasmikan hari ini oleh Pengerusi dan Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican di hadapan 300 penduduk kampung terbabit.

SEBELUM ini, penduduk kampung berkenaan bergantung kepada sekolah lama yang agak uzur dan tidak mempunyai kemudahan asas seperti elektrik atau kipas.

Pengerusi dan Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican merasmikan Sekolah Agama Darul Iman disaksikan Ketua Kampung Jamuan, Manap Mohd Zin (dua dari kanan), mudir sekolah, Ustaz Ramli Yusof (jubah putih) dan Ketua NGO Muslim Kemboja, Ali Said (kiri sekali)

Datuk Dr Mustapha berkata, pembinaan sekolah itu dapat memberi manfaat kepada 120 pelajar berusia dari 6 tahun iaitu pra tadika sehingga 15 tahun.

“Kita menekankan keselesaan untuk pelajar semasa mereka berada dalam bilik darjah dan apa yang penting pelajar ini dapat menumpukan  perhatian  kepada pelajaran.

“Sekolah ini mempunyai dua kelas dengan kos pembinaan sebanyak USD30,000 dan jumlah itu tidak termasuk peralatan sekolah,” katanya ketika merasmikan sekolah baru yang dibina sejak Februari lalu dan siap sepenuhnya pada awal November lalu.

Keselesaan dalam bilik darjah sekolah agama yang lengkap dengan kemudahan asas

Menurut Mustapha, kos pembinaan sekolah itu adalah hasil  sumbangan dari Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Terengganu dan individu bagi melengkapkan keseluruhan sekolah tersebut.

“Walaupun sekolah ini, tidak dapat menampung keseluruhan pelajar seramai 120 orang tetapi buat masa ini, mereka boleh menggunakan sekolah lama bagi kanak-kanak pra Tadika seusia 6 tahun atau menggunakan sekolah dengan kaedah 2 sesi pengajian pagi dan petang,” katanya.

Justeru, Mustapha berhasrat untuk menambah satu tingkat lagi sekolah itu bagi menampung keseluruhan pelajar ini bergantung kepada duit sumbangan yang diterima oleh NGO Antarabangsa.

“InsyaAllah, sekiranya ada rezeki kita akan tambah satu tingkat lagi supaya semua pelajar dapat belajar pada waktu yang sama.

Lakaran artis model Sekolah Agama Darul Iman

“Saya juga menyarankan agar ibu bapa terus memberi penekanan kepada pendidikan anak-anak mereka agar mereka mendapat ilmu pengetahuan untuk menjamin masa depan yang lebih baik.

“Bagi anak-anak yatim dan anak mualaf serta fakir miskin, saya cadang kampung ini mewujudkan satu tabung yang diketuai oleh Ketua Kampung atau Imam kampung berkenaan,” katanya.

Mustapha juga berharap masyarakat Islam Kemboja yang berada di luar negara turut membantu saudara-saudara mereka seperti membuat sekolah, masjid, surau, telaga dan lain-lain kemudahan bagi kepentingan masyarakat secara umumnya.

“Saya juga ingin mengingatkan kepada semua yang hadir bahawa kita tidak boleh mengharapkan bantuan luar semata-mata dan masyarakat kampung perlu bekerjasama serta saling membantu supaya benda yang berat dapat diringankan,” katanya.

Ketua Kampung merangkap imam, Manap Mohd Zin (kiri) menyampaikan surat penghargaan kepada Mustapha (kanan) atas usaha membina sekolah agama

Beliau berkata, NGO Antarabangsa sekadar melaksanakan amanah Allah SWT untuk membina masjid, surau, telaga dan sekolah.

Setakat ini, tiga buah sekolah telah dibina oleh NGO Antarabangsa termasuk sekolah ini dan berharap kampung ini dapat memanfaatkan sekolah ini dengan sebaik mungkin dengan menjaga kebersihan sekolah serta memperindahkan lagi kawasan keliling supaya ianya kelihatan menarik.

“Saya juga berharap masyarakat kampung ini dapat memainkan peranan bagi menghidupkan sekolah ini manakala ibu bapa perlu mengutamakan anak anak dari segi pendidikan supaya sekolah ini nanti dapat melahirkan pelajar-pelajar hebat dan dapat menyambung pengajian ke keluar negara,” katanya.

Sebahagian daripada pelajar Sekolah Agama Darul Iman

Sekolah Agama Darul Iman dibina diatas tanah seluas suku ekar berdekatan masjid kampung berkenaan. Sekolah asal kampung itu sudah terlalu uzur dan tidak boleh diperbaiki serta tidak dapat menampung  pelajar yang sentiasa bertambah.

Sehubungan itu, NGO Antarabangsa mengambil  inisiatif membuat sekolah baru yang berdaftar dengan kerajaan supaya para pelajar terjamin untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Turut hadir Ketua kampung dan Imam, Manap Mohd Zin; Gurubesar Sekolah Agama Darul Iman, Ustaz Ramli Yusof, guru-guru dan NGO tempatan dan penduduk kampung.

Kebanyakan penduduk ini adalah golongan miskin dan bekerja mengambil upah menanam padi, menoreh getah, kelindan lori kerana kedudukan kampung itu tidak jauh dari sempadan Kemboja Vietnam

Mustapha berkata, ilham menamakan sekolah itu bukan kerana sumbangan dari GLC itu sahaja tetapi saya sendiri berasal dari Negeri Terengganu Darul Iman. Jadi, nama sekolah itu diberi nama atas perhargaan kepada GLC Negeri Terengganu yang bermurah hati bagi tujuan  membina sebuah sekolah agama.

Post Menarik