Selepas 100 hari majlis pelancaran rasminya, unit Proton X70 yang ke-8,500 telah diserahkan kepada firma undang-undang Malaysia, Lee Allen Hishammuddin & Gledhill (LHAG).

PENCAPAIAN ini menunjukkan bahawa SUV pertama PROTON ini telah mencipta rekod bagi jumlah penghantaran paling banyak dalam segmennya, pada masa sama menjadikan syarikat sebagai salah satu pengeluar utama dalam pasaran SUV di Malaysia.

Dengan kadar pertumbuhan jualan kumulatif sebanyak 42% untuk dua bulan pertama tahun 2019, Proton mencatatkan kadar pertumbuhan jualan tertinggi di kalangan jenama automotif di barisan ketiga teratas di Malaysia mengikut volum.

Pemacu utama kepada peningkatan ini adalah Proton X70, merupakan model paling popular untuk Januari dan Februari (berdasarkan angka pendaftaran rasmi) dan berada di landasan tepat untuk mencapai peningkatan sama untuk bulan ketiga berturut-turut.

“Dengan menyerahkan sebanyak 8,500 unit Proton X70 dalam masa 100 hari, syarikat telah membuktikan bahawa pembeli-pembeli kereta di Malaysia amat tertarik dengan SUV pertama kami.

“Kami terharu dengan sokongan daripada mereka dan akan terus berusaha dengan lebih lagi untuk menyerahkan lebih banyak unit secepat mungkin bagi mengurangkan masa menunggu oleh para pelanggan Syarikat,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Penyerahan Proton X70 ke-8,500 adalah antara enam unit model tersebut yang ditempah oleh firma guaman Lee Hishammuddin & Gladhill (LHAG). Kereta-kereta ini akan digunakan sebagai kereta korporat mereka dan firma ini merupakan antara syarikat-syarikat Malaysia yang telah menunjukkan minat pada model terbaharu Proton.

Ryan Lai (Managing Director of LHM One Stop Car Service Centre (M) Sdn Bhd) explains on the function of the model to Kumar Kanagasingam (Partner of LHAG)

“Proton gembira kerana LHAG, iaitu rakan kongsi korporat jangka panjang kami, telah memilih untuk menambah Proton X70 di dalam barisan kereta fleet mereka. Tanggapan pertama adalah penting dalam dunia perniagaan jadi kami berbangga dengan SUV kami yang akan mewakili firma ini untuk ke pelbagai mesyuarat dan majlis,” katanya.

Hadir untuk menyampaikan kereta-kereta tersebut kepada LHAG adalah Dato’ Mohammad Zainal Shaari, Pengerusi DRB-HICOM manakala dari pihak LHAG pula adalah Rosli Dahlan, yang merupakan rakan kongsi di firma undang-undang tersebut.

Dato’ Zainal Shaari (Chairman, DRB-HICOM) Rosli Dahlan (Partner of LHAG) and Kumar Kanagasingam (Partner of LHAG)

“LHAG telah lama menjadi rakan kongsi Proton dan DRB-HICOM. Justeru, kami gembira dengan kejayaan dalam hubungan kami yang terjalin setakat ini, yang mana akan mengukuhkan lagi hubungan syarikat-syarikat ini,” kata Rosli Dahlan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini