Utama Blog Halaman 916

‘Michael 50’, Schumacher Exhibition Opens At Ferrari Museum

Fans and representatives of Scuderia Ferrari Clubs from all over Europe are flocking to the Ferrari Museum for the opening of the ‘Michael 50’ exhibition on the occasion of the champion’s 50th birthday.

MARANELLO has put together a special exhibition telling the story of Michael Schumacher’s extraordinary record-breaking F1 career: the German champion won an as yet unequalled seven world titles, 91 victories, and 155 podiums.

The Hall of Victories displays some of the most important Ferrari single-seaters driven in his eleven years with the Scuderia.

They range from the F310 of 1996, with which Schumacher won three GPs in his first season with the Prancing Horse, to the F399, the car that won the Constructors’ title in 1999 to set Formula 1’s oldest team off on an exceptional run of victories.

There is also the F1-2000 of the legendary ‘Alba Rossa’ (‘Red Dawn’), when at Suzuka Michael secured Ferrari its first the world title since Jody Scheckter 21 years before.

Then of course there are the record-breaking F2002 and F2004, and the 248 F1 of 2006, in which he triumphed at the Chinese GP for his 72nd and final victory with Ferrari.

Fans will also be introduced to a lesser-known side of Schumacher, that of developer. Indeed, after leaving Formula 1, the German driver remained at Ferrari not only to help the Scuderia but also to contribute to the development of various road cars, such as the 430 Scuderia in 2007 and the Ferrari California in 2008.

The exhibition will run alongside ‘Driven by Enzo’ and ‘Passion and Legend’, which are already open at the Maranello Museum. ‘Michael 50’ has been organised in partnership with the Keep Fighting Foundation.

Penduduk Kampung Onoh, Kemboja Bina Perigi Untuk Air Bersih

Sempena Tahun Baru 2019 ini, NGO Antarabangsa melakukan kerja pecah tanah bagi membina telaga atau perigi untuk kegunaan penduduk kampung yang daif dan miskin bagi mendapatkan bekalan air bersih.

PENGERUSI dan Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, penduduk itu yang kebanyakan petani bekerja mengambil upah menoreh getah, menanam gajus dan ubi.

Mustapha memegang bendera Malaysia di atas tapak pembinaan telaga bersama Razak Mat wakil penduduk Kg Onoh

Kampung itu juga terletak jauh di pedalaman dan terpencil malah tiada kemudahan bekalan elektrik dan jalan masuk yang sempurna tetapi keazaman serta tekad yang kuat membuatkan NGO Antarabangsa ke kampung berkenaan bagi membantu 30 keluarga Islam dan 10 keluarga bukan Islam.

“Kehadiran NGO Antarabangsa ini adalah bagi menyampaikan sedikit keperluan ssas seperti beras dan membina telaga kerana kebanyakan penduduk di sini bergantung kepada air sungai serta air hujan bagi keperluan harian termasuk dijadikan minuman seharian tanpa dimasak terlebih dahulu.

“Atas sebab prihatin akan nasib penduduk ini, kami sanggup menderma dua buah perigi dengan kos US$500 sebuah. Telaga ini dibina kerana kawasan ini sukar untuk dimasuki oleh kenderaan disebabkan jalan raya yang sempit dan berlubang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pecah tanah bagi membina dua buah telaga di Kg Onoh, Kemboja. Turut hadir NGO tempatan dan lebih 100 penduduk tempatan.

Mustapha berkata, harga biasa bagi sebuah telaga atau perigi adalah sekitar US$350 atau US$400 bergantung kepada kawasan seperti pembinaan telaga di kawasan pergunungan lebih mahal sehingga US$1,000 sebuah.

Menurutnya, sejak projek telaga dimulakan pada 1999 dan sehingga kini sebanyak 3,500 buah telaga dibina dibeberapa kawasan dan daerah di sekitar Kemboja.

Contoh perigi yang bakal dibina kerana jalan ke kawasan pedalaman adalah sukar dan kemudahan untuk membawa peralatan perigi menjadi faktor utama perigi terbuka perlu dibuat.

“Ada telaga yang dibina secara terbuka dan telaga yang menggunakan pam namun bagi kebiasaannya di kawasan pedalaman, telaga yang terbuka lebih baik dan tahan lama.

“Kualiti air pun baik dan banyak manakala telaga pakai pam ini sesuai di kawasan yang padat penduduk dimana ruang tanah yang sempit manakala tanah berbatu sukar untuk mengoreknya.

“Apa yang penting telaga ini dapat membekalkan air yang bersih kepada penduduk kerana ketika saya datang ke Kemboja, masalah utama penduduk adalah bagi mendapatkan air bersih,” katanya.

Mustapha mencangkul tanah sebagai simbolik majlis pecah tanah pembinaan perigi di Kg Onoh

Beliau berkata, ramai kanak-kanak menghidap penyakit kerana meminum air yang tidak bersih manakala air telaga dijual oleh pemilik dengan harga tertentu untuk satu baldi menyebabkan golongan miskin tidak mampu memiliki air bersih untuk diminum melainkan air sungai dan air hujan sahaja.

“Saya berharap gunakanlah telaga ini dengan sebaik mungkin dan jaga keselamatan anak- anak dari terjatuh. Kewujudan perigi ini juga boleh memupuk perpaduan sesama penduduk dan digunakan untuk tujuan bercucuk tanam yang akan memberi hasil tambahan kepada penduduk.

“Hasil jualan ini boleh digunakan untuk membeli generator atau lampu yang menggunakan bateri bagi kampung yang tiada bekalan elektrik,” katanya.

Majlis doa selamat dan solat hajat selepas Asar diadakan bersama 40 anak-anak yatim piatu di Kg Islam, Kemboja

Mustapha juga menyeru sukarelawan agar turun ke kampung membantu mengajar kanak-kanak yang tidak bersekolah pendidikan formal termasuk ilmu agama atau mengaji al-Quran supaya mereka tidak buta huruf jika berhijrah ke bandar satu hari nanti.

Usher In Chinese New Year With Samsung

Here comes the moment to celebrate this Chinese New Year with full of happiness, by bringing home Samsung TVs and digital appliances to your loved ones, designed to fit all their festive needs!

THROUGH its Auspicious Treats campaign starting from 1st January until 28th February 2019, Samsung Malaysia Electronics expresses its utmost appreciation for its customers’ loyalty, putting together a special festive deal with instant rewards and fabulous free gifts worth up to RM 2,599!

Wait no more and head over now to any Samsung authorised outlet to enjoy these irresistible festive deals this Chinese New Year! For more information about the Samsung Auspicious Treats campaign, please visit: https://www.samsung.com/my/cny2019

Over 1,000 Units Of Huawei Matebook Series Sold Within Two Months

Huawei announces that the award-winning notebook, the Huawei Matebook series has exceeded 1,000 units sold in the last two months.

LAUNCHED in February 2018, Malaysia is proud to be the most successful country that had
launched the HUAWEI MateBook X Pro, achieving all-time best sales record to-date, thanks to its world’s first FullView touch-able display, quad-speakers system and recessed camera.

In addition, the HUAWEI MateBook X Pro is already available in 60 countries all over the globe, covering the areas of Europe, North and South America, Pacific Ocean and Africa.

As of now, this world’s first FullView display notebook has already earned a significant number of recognitions and awards from industry players, leaders and prominent magazines.

‘We are thrilled to hear that the HUAWEI MateBook Series is well-received in Malaysia.
Launched along with the HUAWEI Mate 20 Series and Watch GT, the introduction of Huawei
notebooks is part of our efforts to extending portfolio, helping more business elites to revolve their daily issues when it comes to communication and business preparations, as well as leading a healthy lifestyle,’ said Matthew Ng, Deputy Country Director, Huawei Consumer Business Group.

The HUAWEI MateBook X Pro was named the ‘Best of MWC 2018’ by PCMag for its world’s
first FullView touch-able screen display and super-slim design with a recessed camera that can protect users’ privacy from leaking via the camera lens.

It provides users a theatre-like experience yet still relatively affordable – making every price point possible with HUAWEI.

Other than PCMag, the HUAWEI MateBook X Pro has accumulative earned over 35 recognitions from noteworthy media across the globe.

Pricing and availability

The HUAWEI MateBook D, HUAWEI MateBook X Pro i5 processor, and HUAWEI MateBook X
Pro i7 processor are retailing at the price of RM2,999, RM4,999 and RM6,999 respectively, and can be purchased at all Huawei Experience Stores as well as SenQ Online Store.

Suv Perodua Aruz Kini Dibuka Tempahan, Harga Bermula RM72,200

Suv terbaharu Perodua Aruz kini dibuka untuk tempahan anggaran bermula daripada RM72,200.

KENDERAAN Sukan Utiliti (SUV) tiga-barisan tujuh-tempat duduk, Perodua Aruz, kini dibuka untuk tempahan dengan anggaran harga antara RM72,200 dan RM77,200 (harga atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia).

“Perodua Aruz adalah model transformasi keempat kami yang menetapkan piawaian baharu dari sudut kualiti, ruang, kecekapan bahan api dan keselamatan yang mana ianya telah diperakui dengan penarafan keselamatan 5-bintang oleh ASEAN NCAP.

“Dengan pelbagai aspek yang dipertingkatkan, Perodua Aruz adalah antara SUV yang menawarkan nilai terbaik di Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato Zainal Abidin Ahmad.

Model itu dilengkapi dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).

“Perodua Aruz dijangka melengkapkan barisan produk kami yang sedia ada dan berdasarkan pakej produk yang ditawarkan, kami mensasarkan jualan purata bulanan sebanyak 2,500 unit atau 31,200 unit untuk tahun 2019,” tambah Dato‘ Zainal.

Perodua Aruz ditawarkan dengan dua varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance, dengan lima warna antaranya Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu, Amazon Green.

Turut menyumbang kepada penarafan keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP bagi model baharu ini adalah ciri-ciri seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula-Daki (HSA), ISOFIX dan enam beg udara. Semua ciri-ciri tersebut terdapat pada semua varian.

Tambahan lagi, varian Advance menampilkan sistem bantuan pemanduan selamat (ASA) yang telah dipertingkatkan, dipanggil ASA 2.0.

Ciri-ciri baharu ASA 2.0 adalah pengesan pejalan kaki sehingga 50 km/j dan kelajuan operasi yang ditingkatkan sehingga 100 km/j untuk Amaran Pra-Pelanggaran dan 80 km/j untuk sistem Brek Pra-Pelanggaran.

Sistem keselamatan ini juga menggabungkan Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (Front Departure Alert) dan Kawalan Kesilapan Menekan Pedal (Pedal Misoperation Control).

ASA adalah sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran dan bukan gantian kepada pemanduan selamat. Sentiasa waspada dan berhati-hati ketika memandu.

“Perodua Aruz amat sesuai untuk keluarga dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan beraspirasi.

”Posisi tempat duduk yang tinggi memberikan penglihatan yang baik ketika memandu, manakala ruang yang luas dan susunan tempat duduk yang fleksibel menjadikan model ini serba boleh dan boleh disesuaikan dengan apa-apa aktiviti yang anda ingin lakukan, kata Dato Zainal.

Trenkuasa yang cekap untuk Perodua Aruz dibina di Sendayan, Negeri Sembilan, terdiri daripada enjin empat silinder 1.5 liter blok aluminium dengan Dual VVT-i dan transmisi automatik yang dikawal secara elektronik (E-AT).

Ianya digabungkan dengan Sistem Melahu Eko (Eco Idle) untuk memberi kecekapan bahan api sehingga 15.6 km/l dan membolehkan ia diiktiraf oleh kerajaan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Memaparkan lampu depan LED dengan fungsi Follow-Me-Home (lampu auto pada varian Advance), Perodua Aruz juga digayakan dengan rim aloi dwi-tona berukuran 17-inci, dengan ketinggian 220 mm dari aras tanah.

Akses Pintar dengan Butang Mula/Henti Enjin adalah standard untuk semua varian, manakala untuk varian Advance, lampu kabus dan rel bumbung ditambah untuk memberikan gaya yang lebih kepada varian tersebut.

Bahagian dalaman menyerlahkan lagi fungsi, gaya dan praktikal, di mana model ini turut dilengkapi dengan cangkuk anti-ragut untuk menghalang kecurian dan cangkuk utiliti di bahagian belakang kerusi.

Semua varian dilengkapi radio skrin sesentuh dengan paparan kamera undur, penghawa dingin digital dengan dua tetapan memori, corong penyaman udara untuk penumpang belakang dan alat pembaca kad tol terbina dalam.

Barisan tempat duduk kedua dibahagi 60:40, manakala barisan ketiga 50:50.

Kedua-dua barisan tempat duduk ini boleh dilaras, dilipat dan digolek, menghasilkan banyak ruang dan konfigurasi untuk memenuhi setiap acara dan gaya hidup. Terdapat port pengecasan untuk ketiga-tiga barisan tempat duduk.

Bahagian dalaman untuk varian Advance adalah lebih eksklusif dengan kemasan kerusi kulit, stereng yang dibalut kulit dengan kawalan terima panggilan, serta perakam video memandu bersepadu.

Varian teratas juga turut dilengkapi dengan HDMI, Smart Link, Bluetooth dan navigasi yang mana ditambah ke dalam sistem skrin sesentuh.

“Untuk maklumat lanjut mengenai Perodua Aruz, kami amat mengalu-alukan orang ramai untuk berkunjung dan bercakap dengan penasihat jualan kami yang sah di mana-mana cawangan jualan kami di seluruh negara.

Perodua Aruz akan muncul di bilik pameran tidak lama lagi. Jangan tunggu lagi, tempah sekarang untuk menganjakkan gaya hidup anda untuk tahun baharu 2019!

Solar And Mini Hydro To Power 15 Percent Of Tioman

Tioman, an island located 32 km off the coast of Pahang, will get 15 percent of its electricity generated from renewable energy (RE) sources beginning this year.

TENAGA Nasional Berhad (TNB) via its wholly-owned subsidiary, TNB Energy Services Sdn Bhd (TNBES) is beefing up electricity supply for the island with two RE projects that will have a combined capacity of 755kW.

The national utility corporation is rehabilitating its mini hydro station in Sungai Mentawak and installing solar panels on the rooftop of the island’s jetty and TNB offices.

Works as of November 2018 for the mini hydro station, has reached 87 percent completion while for solar panels, 92 percent.

When completed this year, Tioman, a popular scuba diving and snorkelling spot, will be the first island in the Peninsular to be powered with solar and mini hydro.

The project is undertaken to reduce diesel operation costs and show TNB’s commitment towards cleaner and green island for the villagers and tourists of Tioman.

A bulk of power for the island is supplied by TNB through its Diesel Generator power stations in Kampung Tekek and Kampung Genting with a total capacity of nine megawatts.

The government has set a target of 20 percent energy generated by RE by 2030. TNB has set its own target to achieve RE capacity of 1,700MW by 2025.

Sumbangan NGO Antarabangsa Selama 20 Tahun Di Kemboja Diiktiraf

Ketua Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican menerima Anugerah Khas Tokoh Kemanusiaan dan Kebajikan serta Tokoh NGO Antarabangsa atas sumbangan berterusan 20 tahun membantu fakir miskin di Kemboja.

PENGIKTIRAFAN itu diberikan penduduk Kampung Pak Phou Steam, Daerah Kampung Cham dan NGO muslim Kemboja dalam majlis yang dihadiri kira-kira 300 penduduk kampung itu bagi menghargai usaha Mustapha yang telah berusaha mambangunkan kemudahan serta pendidikan penduduk kampung itu.

Mustapha berkata, beliau menghargai penghormatan yang diberikan penduduk kampung itu dan tidak menjangkakan diberi pengiktirafan tersebut.

“Saya bermula di sini sejak 1999 apabila saya datang ke Kemboja dan projek utama saya adalah membina perigi untuk penduduk mendapatkan air bersih. Waktu itu kehidupan amat sukar, mereka (penduduk) di sini miskin dan yang menjadi keutamaan untuk kesihatan ialah air.

“Kemudian, saya membina masjid, sekolah, surau dan melakukan pelbagai aktiviti lagi. Saya amat terharu atas penghormatan ini dan (penghargaan) ini bukan buat saya, tetapi buat rakyat Malaysia yang prihatin,” katanya.

Mustapha turut merakamkan terima kasih kepada rakyat Malaysia khususnya penderma atas sumbangan yang diberikan bagi membolehkan beliau melaksanakan kerja kebajikan tersebut.

Sementara itu, Ketua Kampung, Yusof Saleh ketika berucap pada majlis itu berkata, Mustapha banyak membantu dan mencurahkan idea bagi pembangunan kampung itu daripada segi pendidikan, ekonomi dan pentadbiran tanpa mengira agama serta bangsa.

“Mustapha merupakan NGO dari negara luar yang bergerak secara solo dari Malaysia yang bekerjasama dengan NGO tempatan dan penduduk sehingga berjaya membina lima buah masjid, tiga sekolah tahfiz, berpuluh-puluh surau dan ratusan telaga.

“Bantuan kebajikan juga diberikan kepada anak anak yatim, fakir miskin, mualaf dan orang tua yang daif,” katanya.

Mustapha sebelum ini menerima medal Mohasereivoith yang merupakan anugerah tertinggi yang disampaikan kerajaan Kemboja menerusi Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen kepada orang luar Januari tahun lalu.

 

 

Lembaga Perbadanan Stadium Malaysia Laksana Kajian Aspek Operasi

Lembaga Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sedang melaksanakan kajian menyeluruh terhadap semua aspek operasinya bagi keperluan untuk menjadikan PSM sebagai agensi saraan sendiri dan tidak terikat dengan bantuan kewangan Kerajaan.

KAJIAN semula itu melibatkan penilaian semula semua kontrak semasa untuk bekalan barangan dan perkhidmatan serta struktur organisasi di peringkat atasan dan pertengahan.

Lebih daripada 70 kontrak sedang dikaji semula untuk membolehkan ketelusan yang lebih tinggi dalam bekalan barangan dan perkhidmatan kepada PSM, kebanyakan kontrak ini akan menjadi lebih berkesan dijalankan secara dalaman dan perancangan ini telah pun bermula.

Pada masa yang sama tiada hak eksklusif diberikan kepada semua kontraktor terlibat.

Berhubung jumlah kakitangan, PSM kini mempunyai sejumlah 67 lantikan kontrak dan 109 jawatan tetap, berlaku pertindihan tugas antara kakitangan akibat lebihan kakitangan.

Justeru itu, PSM memutuskan mana-mana kakitangan kontrak yang akan tamat pada 31 Disember 2018 akan diberikan tempoh sehingga 15 Februari 2019 sebagai tempoh “soft landing” dan memberi ruang untuk mencari pekerjaan lain.

Selain mengurangkan perbelanjaan, PSM telah memulakan dasar meningkatkan pendapatan melalui pemasaran yang lebih besar, jualan dan acara-acara yang kreatif.

Baru-baru ini semasa AFF Suzuki Separuh Akhir & Akhir, penjualan Suite Korporat berjaya mengumpulkan lebih RM500,000 untuk PSM. Ini tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Terdapat juga perancangan untuk mengadakan acara hiburan yang lebih besar di Stadium Nasional. PSM juga sedang berbincang dengan pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menambahkan bilangan perlawanan bolasepak di KL Sports City. Bilangan acara yang diadakan di Axiata Arena juga dijangka meningkat sebanyak 50%.

Pada bulan hadapan, PSM akan mengumumkan kalendar program yang akan diadakan di KL Sports City. Bersempena dengan perkara di atas, PSM akan menjalani proses perubahan imej secara menyeluruh, termasuk laman web dan pengendalian media sosial.

Untuk tujuan ini juga, PSM akan turut memperkenalkan tempahan dalam talian untuk semua tempahan kemudahan dan acara.

Pengerusi PSM, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Bulan-bulan mendatang akan menjadi lebih sukar tetapi melalui penekanan dan pelaksanaan yang sesuai akan adanya sinar di penghujung jalan.”

Menurut beliau, PSM akan tampil sebagai entiti yang lebih kuat dan berdaya saing selepas pelaksanaan semua perancangan ini.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Lembaga Pengarah dan Pengurusan PSM di atas semua kerja keras yang telah dilakukan.

New HONOR 10 Lite – Available On 9 January 2019 Onwards

HONOR, the leading global smartphone e-brand, announced that its latest smartphone, which is bound to keep you #24HrInStyle with every shot, will be up for grabs on 9 January 2019, right after its official Malaysia launch on 8 January 2019!

THE HONOR 10 Lite will start selling on hihonor.com/my and HONOR Malaysia’s official flagship store Lazada.

Those who make purchases on 9 January 2019 via HONOR Malaysia’s official flagship store on Lazada will be entitled for express delivery*, as orders before 1pm will receive the device on the same day! Orders between 1pm – 11.59pm however, will receive packages the following day.

“Watch out for the massive line-up of HONOR 10 Lite’s first sales deals, including beauty tutorials, tips & tricks to taking attractive selfies and more, courtesy of HONOR Malaysia, to give you the most holistic perfect 10 selfie experience.

The HONOR 10 Lite is the newest addition to the HONOR Malaysia family, offering users a flagship experience, trendsetting design and style at an accessible price point.

It comes with a 24-MP AI front camera and HONOR’s first ever dew-drop notch. Find out more about the stunning new device here https://www.hihonor.com/my/honor-10-lite-launch.html.

*Limited to deliveries in Klang Valley only.

Grab It Here!

Don’t miss out! Stay tuned to HONOR Malaysia’s official flagship store on Lazada via https://www.lazada.com.my/shop/official-honor-store/ or drop by https://hihonor.com/my for more exciting updates and deals that are coming with the HONOR 10 Lite.

For more information, please visit HONOR Malaysia’s official Facebook page at https://www.facebook.com/HonorMY/.

MYTV Edar 1.5 Juta Set Dekoder Percuma Mulai Januari 2019

MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) akan menyumbangkan sejumlah 1.5 juta Set Dekoder Percuma secara berperingkat bermula Januari 2019.

SEBAGAI langkah pertama, penerima terpilih akan menerima Surat Pemberitahuan untuk menghubungi MYTV bagi tujuan pengesahan kelayakan. Penerima dipilih daripada senarai Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR), dimana keutamaan adalah diperuntukkan kepada golongan berpendapatan terendah.

Pengumuman itu adalah ekoran jumlah pertanyaan tinggi yang diterima oleh MYTV sepanjang minggu lalu menerusi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV.

Ketua Pegawai Eksekutif MYTV, Michael Chan berkata; “Kami memohon maaf kepada orang ramai yang berusaha menghubungi kami menerusi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV tetapi gagal berbuat demikian, ekoran jumlah panggilan yang terlalu tinggi.

“Kami ingin memberi jaminan bahawa kami sedang terus berusaha melayani seberapa banyak panggilan yang termampu. Kami telah menambahkan usaha untuk menampung peningkatan panggilan yang tinggi.

“Jangkamasa 7 hari yang telah diberikan kepada para penerima yang layak dengan ini dilanjutkan sehingga 31 Januari 2019 untuk membolehkan mereka berhubung dengan pihak kami,” katanya.

Beliau berkata, untuk menangani masalah itu, pihaknya telah menyediakan kaedah alternatif lain kepada orang ramai untuk menghubungi syarikat.

“Set Dekoder Percuma akan dihantar kepada alamat seperti yang berdaftar dengan BSHR melalui POS Malaysia.

“Set Dekoder BSHR akan dihantar ke seluruh negara secara berperingkat dengan kerjasama POS Malaysia sehingga siaran analog ditamatkan, dijadualkan berlaku pada akhir Mac 2019,” katanya.

Setelah menerima Surat Pemberitahuan tersebut, penerima boleh memilih beberapa kaedah untuk membuat pengesahan kelayakan seperti berikut:

Pusat Khidmat Pelanggan MYTV: 1300-80-6988
Facebook melalui PM sahaja: MYTVBroadcasting
Emel: [email protected]
Whatsapp/SMS: 0115 200 6988

Mengenai MYTV

MYTV telah dilantik oleh Kerajaan di bawah Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional untuk
membangun dan menguruskan infrastruktur serta kemudahan jaringan Perkhidmatan TV terrestrial digital (DTT) di Malaysia bagi tujuan migrasi penyiaran terestrial negara daripada
analog ke digital.

MYTV bertanggungjawab untuk membina hab multimedia digital dan jaringan peralatan pemancaran diseluruh negara. Inisiatif ini dinaungi Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan dikawalselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari www.mytvbroadcasting.my.

Siaran Digital myFreeview

myFreeview adalah jenama perkhidmatan DTT Malaysia dan merangkumi gabungan penyiar siaran TV percuma antaranya Media Prima, RTM, TV AlHijrah and Bernama News Channel.

Lebih banyak penyiar dijangka menyertai gabungan tersebut di masa hadapan. Untuk
maklumat tentang myFreeview, layari www.myfreeview.tv

Post Menarik