Seramai 100 orang fakir miskin yang terdiri daripada orang tua, golongan kurang upaya dan mualaf diraikan oleh Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican dalam majlis ringkas di sebuah masjid di Kampung Sempadan Kemboja, Vietnam.

PROGRAM kali ini dibuat tidak begitu besar kerana kekurangan sumbangan dana dari pihak penderma dan pihaknya akan cuba membuat yang terbaik pada masa depan.

“Walaupun program ini merupakan kampung terakhir iaitu kampung ke-30 yang menerima bantuan seperti beras dan keperluan lain sempena bulan Ramadan, namun pihaknya terpaksa mengambil langkah jimat cermat kerana banyak barang keperluan mengalami kenaikan harga.

“Justeru, kita perlu membuat perancangan yang baik dan saya menyeru penduduk kampung ini supaya mengambil sikap memperdulikan rakyat yang susah seperti orang-orang tua, golongan kurang upaya, mualaf, ibu tunggal dan anak-anak yatim,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turun membantu golongan ini tetapi dalam masa sama penduduk kampung mempunyai tanggungjawab dengan mengambil berat hal ehwal kampung dengan melantik Ahli Jawatankuasa Masjid, ustaz atau cikgu untuk menjadi pemerhati dan melihat mereka yang tidak bernasib baik supaya dapat dibantu.

Mustapha berkata, bagi mereka yang masih mempunyai tenaga, mereka juga perlu berfikir mencari jalan keluar bagi mendapatkan rezeki agar mereka boleh berdikari.

“Saya sudah membuat program ini sejak 20 tahun lalu di Kemboja dan banyak tempat saya pergi di pedalaman Kemboja.

“Kita harus bekerjasama supaya dapat membantu mereka yang susah sekali gus beban kita dikampung akan berkurangan manakala golongan muda harus dilantik dengan kerja-kerja kebajikan supaya mereka belajar dan menghayati kesusahan setiap orang dapat dikongsi.

Ketua NG0 Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican bertemu Perdana Menteri Kemboja Hun Sen semasa majlis berbuka puasa di Phnom Penh anjuran kerajaan Kemboja pada 7 Mei lalu

“Menerusi kaedah ini, kita dapat memupuk golongan muda daripada terjebak dengan masalah sosial kerana setiap program dilakukan harus mempunyai pembabitan golongan muda sama ada berbentuk keagamaan, sosial, perniagaan dan akademik,” katanya.

Mustapha berkata demikian ketika menyerahkan bantuan untuk fakir miskin yang daif di Kampung Sempadan. Turut hadir Ketua Kampung, Manap Md Zin, Mudir Sekolah Ustaz Ramli Yusof dan ahli Jawatankuasa penduduk kampung. Seramai 159 penduduk kampung hadir memeriahkan majlis itu.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini