Pelanggan Celcom Xpax kini boleh menikmati apa jua tersedia di internet dengan INTERNET TANPA HAD serendah RM1, dengan ‘Ultra Hour Pass TM’ , terkini daripada Celcom Xpax.

Pelanggan prabayar Celcom Xpax kini boleh menikmati kemudahan akses Internet berkelajuan tinggi tanpa had di mana sahaja dan bila-bila masa, hanya dengan melalui Apilkasi Celcom Life.

Pelanggan Celcom Xpax boleh terus menikmati aktiviti di internet yang mereka gemari kerana ‘Ultra Hour Pass TM ’ Celcom Xpax menawarkan internet berkelajuan tinggi hanya pada RM1 untuk sejam.

Bagi mereke yang mempunyai lebih banyak masa boleh memilih Ultra Hour
Pass™ untuk tiga jam, hanya pada RM2, 12 jam pada RM5 atau 24 jam hanya pada RM8, dan boleh terus menikmati akses internet tanpa untuk keperluan gaya hidup digital mereka seperti permainan mudah alih, penstriman video, melayari laman web, dan banyak lagi yang tersedia sepanjang 24 jam, tujuh hari seminggu.

Bagi memenuhi komitmen Celcom dalam menyediakan pengalaman digital terbaik kepada pelanggan, Celcom Xpax kini diberikan inovasi dan dipermudahkan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang menginginkan penggunaan internet tanpa gangguan mengikut kemudahan.

Pelanggan Celcom Xpax boleh menikmati “Ultra Hour Pass™” bagi internet berkelajuan tinggi hanya dengan log masuk ke aplikasi Celcom Life mereka dan memilih “Buy More” untuk lebih banyak internet, diikuti dengan pilihan mana-mana pilihan Hourly Unlimited Internet yang mereka ingini.

Roy Ong, Ketua Pegawai Produk dan Inovasi, Celcom Axiata Berhad, berkata Celcom Xpax telah ditambah baik dengan ciri terkini “Ultra Hour Pass™”, tawaran inovatif yang memberikan kegembiraan pelayaran Internet dengan fleksibiliti untuk memiliki akses Internet berkelajuan tinggi pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.

“Dengan hanya RM1, pelanggan boleh menikmati satu jam Internet tanpa had dan akses kepada informasi dan hiburan digital mengikut kemudahan mereka. Tawaran ini juga sempurna untuk pelanggan yang tidak mahu menggunakan kuota data yang mereka ada ketika menstrim video HD di peranti mereka.

“Contohnya, jika pelanggan Celcom Xpax mempunyai masa terluang selama dua jam, dan ingin menonton filem berkualiti HD selama dua jam di peranti mereka, mereka boleh mengakses dan menikmati internet tanpa had selama tiga jam hanya pada RM2,” katanya.

Pek prabayar Celcom Xpax yang telah ditambah baik ini berharga RM10, dan menawarkan pelanggan dengan 10GB internet berkelajuan tinggi bagi Facebook, Instagram dan Games Walla TM bagi permainan mudah alih.

Untuk lebih banyak internet, pelanggan boleh melanggan pelan Internet ‘Ultra Pass™’ Celcom Xpax, yang turut mengandungi akses Youtube Tanpa Had
Percuma daripada jam 1 pagi ke 7 pagi, dan akses VIP bagi iFlix.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini