Utama Blog Halaman 900

Proton Dealers Get Access To Financing Via Portfolio Guarantee

Financing provided by strategic collaboration between AmBank and CGC with RM100 million allocated exclusively to Proton dealers

PROTON dealers were given access to financing via a strategic collaboration penned between PROTON, AmBank and Credit Gurantee Corporation (CGC).

The dealers will be provided financing via CGC’s Portfolio Guarantee (PG) facility worth RM100 million, which has been earmarked exclusively for eligible Proton dealers to assist them in upgrading their existing outlets to 3S and 4S centres.

The Portfolio Guarantee offered by AmBank and CGC is a term loan facility ranging in value from RM1 million to RM3 million with 70% of the loan guaranteed by CGC.

The guarantee fee is to be absorbed by AmBank and Proton dealers will be able to submit their applications from 18 January 2019 onwards. All applications will be attended to on a first-come-first-served basis within the capped RM100 million allocation amount.

One of the Ambank Management test drive the Proton X70

“We have seen positive growth in our collaborations with CGC in the past and are excited with the launch of this new facility which provides Proton dealers with exclusive financing.

“We value our long relationship with Proton and look forward to more collaborations with them in the future on payment and collection solutions,” said Datuk Sulaiman Mohd Tahir, Chief Executive Offiver of AmBank Group.

“CGC is honoured and proud to be part of this collaboration to support Proton, an important brand in Malaysia’s automotive industry,” said Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak, CGC president and CEO.

The Management of Ambank, CGC and PROTON

Echoing his sentiments was Cheng Seng Fook, Director of Marketing for Proton Edar.

“Last year, when PROTON first embarked on the initiative to encourage our dealers to upgrade their outlet facilities to 3S/4S status, we were confident we could approve at least 109 proposals by the end of October. 2018.

At the close of 2018, we actually achieved 117 which shows many grabbed the opportunity to revamp and upgrade their facilities.

Currently we have a total of 73 outlets with 3S/4S status, making PROTON the automotive brand with the most 3S/4S outlets in the country,” he said.

MYTV Lancar Talian Bebas Tol Demi Keselesaan Penonton

MYTV Toll Free

MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) membuka talian bebas tol tambahan bagi menampung jumlah panggilan yang luar biasa sejak tiga minggu lalu.

Orang ramai boleh menghubungi talian 1-800-18-1088 untuk tujuan:
•            Semakan / Pengesahan
•            Pertanyaan umum

MYTV Toll Free

Talian Hotline Bebas Tol MYTV kini beroperasi dari Isnin hingga Ahad, bermula jam 8 pagi sehingga 10 malam. Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh menggunakan kaedah di bawah untuk berhubung dengan MYTV:
•            Pusat Khidmat Pelanggan MYTV: 1300-80-6988
•            Facebook menerusi PM sahaja: MYTVBroadcasting
•            Emel: [email protected]
•            Whatsapp/SMS: 01152006988

Mengenai MYTV Broadcasting Sdn Bhd (“MYTV”)

MYTV telah dilantik oleh Kerajaan di bawah Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional untuk membangun dan menguruskan infrastruktur serta kemudahan jaringan Perkhidmatan TV terrestrial digital (DTT) di Malaysia bagi tujuan migrasi penyiaran terestrial negara daripada analog ke digital.

MYTV bertanggungjawab untuk membina hab multimedia digital dan jaringan peralatan pemancaran diseluruh negara. Inisiatif ini dinaungi Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan dikawalselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari www.mytvbroadcasting.my.

Siaran Digital myFreeview

myFreeview adalah jenama perkhidmatan DTT Malaysia dan merangkumi gabungan penyiar siaran TV percuma antaranya Media Prima, RTM, TV AlHijrah and Bernama News Channel.

Lebih banyak penyiar dijangka menyertai gabungan tersebut di masa hadapan. Untuk
maklumat tentang myFreeview, layari www.myfreeview.tv

Perodua Catat Sejarah Rekod Jualan 2018, Sasar Jualan Naik 1.7 Peratus Kepada 231,000 Unit Tahun Ini

Perodua Myvi 1.5 AV Grey

Perodua, yang mencatatkan jualan tertinggi dalam sejarahnya, iaitu sebanyak 227,243 unit pada tahun 2018, mensasarkan peningkatan sebanyak 1.7% kepada 231,000 unit menjelang akhir 2019, disokong oleh model Myvi dan Aruz yang dilancarkan baru-baru ini.

PERODUA Myvi merupakan model terlaris Perodua pada 2018, dengan 82,122 unit didaftarkan daripada 117,844 tempahan. Dari pelancarannya pada November 2017 sehingga kini, lebih 91,500 Myvi telah didaftarkan daripada 147,000 tempahan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata, model Axia, Bezza dan Alza kekal nombor satu dalam segmen masing-masing dengan 70,821, 49,911 dan 24,389 unit dijual pada 2018.

“Sasaran Perodua untuk meningkatkan jualannya sebanyak 4% tahun ini bukan sahaja akan mengukuhkan jenama kami tetapi akan membantu industri automotif Malaysia yang dijangka berkembang sedikit tahun ini,” katanya di majlis makan tengahari Tahun Baru Cina syarikat itu.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menjangka peningkatan jumlah industri keseluruhan (TIV) sebanyak 0.21% kepada 600,000 unit tahun ini daripada 598,714 unit
tahun lalu.

Persatuan itu menjelaskan bahawa perkembangan tahun lepas disebabkan cuti cukai (tax holiday) yang berlangsung dari Jun hingga hujung Ogos, dan andainya tiada insentif baharu, pasaran dijangka kekal pada paras ini pada tahun 2019.

“Bagi Perodua, Myvi dijangka terus popular tahun ini, dan sejak kami memulakan tempahan untuk Aruz pada 3 Januari, kami telah menerima hampir 5,700 tempahan setakat ini.

“Memandangkan sasaran jualan kami 2,500 unit sebulan, angka ini sangat menggalakkan,” katanya.

Perodua juga menjangka untuk meningkatkan pembelian komponennya sebanyak 20% daripada RM5 bilion tahun lepas kepada RM6 bilion tahun ini. Ini adalah selaras dengan permintaan yang dijangkakan pada 2019 dan secara langsung akan memberi manfaat kepada pembekal automotif tempatan.

Menurutnya, sejumlah 219,000 unit kenderaan dikeluarkan daripada dua-dua kilang Perodua Manufacturing Sdn Bhd dan Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd pada tahun 2018 dan syarikat tersebut mensasarkan peningkatan sebanyak 10.5% kepada 242,000 kenderaan pada 2019.

Dari sudut selepas jualan, Perodua memecahkan banyak rekod dalaman daripada segi pengambilan servis (2018 2.17 juta pengambilan berbanding 2017 2.1 juta pengambilan naik 3%) dan jualan alat ganti dan aksesori (2018 RM320.8 juta berbanding 2017 RM288.5 juta – naik 11%).

Perniagaan Badan & Cat (B&P) dan Kenderaan Pra-Milik (POV) juga menyaksikan perkembangan yang menggalakkan.

“Selepas jualan adalah aspek yang sangat penting kepada kami kerana ia menyokong
kami dalam pasaran yang berdaya saing ini. Kami akan menaiktaraf kepuasan pelanggan kami untuk mengukuhkan lagi jenama kami di negara ini.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan
padu anda selama ini dan kami akan terus berusaha keras untuk memenuhi keperluan
dan kehendak anda,” katanya lagi.

Beli Mana-Mana Unit DC Residensi, Miliki BMW Atau MINI Dengan Rebat Sehingga RM300,000

GuocoLand Malaysia Berhad (GLM) dengan kerjasama Ingress Auto melancarkan kempen “DC Residensi X Ingress Auto” yang menawarkan pakej eksklusif dan rebat sehingga RM300,000 bagi mana-mana model BMW dan MINI dengan pembelian apartmen DC Residensi.

KEMPEN yang hanya ditawarkan kepada pembeli tempatan itu memberi peluang kepada pembeli memiliki apartmen mewah DC Residensi yang terletak di lokasi strategik ditengah-tengah Damansara Heights.

Pengarah Urusan Ingress Auto, Rabian Ab Rahman (kanan) dan Pengarah Urusan Kumpulan GuocoLand Malaysia, Datuk Edmund Kong melancarkan kempen

Pengarah Urusan Kumpulan GLM, Datuk Edmund Kong berkata, penghuni DC Residensi bukan sahaja boleh menikmati pelbagai kemudahan seperti hotel lima bintang Sofitel Kuala Lumpur Damasara, menara pejabat gred A dan gedung membeli-belah moden, DC Mall.

Beliau berkata, apartmen itu yang dibina di kawasan seluas 8.5 ekar pembangunan bercampur Damansara City juga terletak berhampiran stesen MRT dan dihubungkan dengan lebuh raya SPRINT yang menghubungkan Kuala Lumpur serta Petaling Jaya.

DC Residensi setinggi 28 tingkat membabitkan dua blok menara itu mengandungi 370 unit rumah reka bentuk kontemporari iaitu daripada unit satu bilik tidur hingga 3+1 bilik tidur dan rumah emper (Penthouse).

Keluasan unit apartmen adalah antara 904 kaki persegi hingga 2,702 kaki persegi pada harga antara RM1.7 juta hingga RM4.4 juta manakala RM5.9 juta hingga RM8.9 juta bagi rumah jenis Penthouse.

Ketika ini, unit tipikal sudah 70 peratus terjual dengan majoriti pembeli daripada golongan atasan dan ekspatriat dari China, Singapura serta Hong Kong.

DC Residensi juga lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk kolam Olimpik dengan 50 meter kolam air masin, aqua gimnasium, dewan pelbagai guna, bilik mesyuarat peribadi dan teater mini.

Pelancaran kempen ‘DC Residensi X Ingress Auto’ diadakan dalam satu majlis ringkas pada Sabtu lalu oleh Pengarah Urusan Kumpulan GLM, Datuk Edmund Kong mewakili GuocoLand Malaysia manakala Ingress Auto oleh Pengarah Urusannya, Rabian Ab Rahman.

Sementara itu, Ketua Jualan Ingress Auto, Zainudin Hamid berkata, kerjasama dengan GuocoLand Malaysia adalah pertama kali diadakan dan menggabungkan dua jenama mewah selari dengan tema ‘Sheer Driving Pleasure’ & ‘The Ultimate of Luxury Living’.

Beliau berkata, kedua-dua jenama Ingress Auto dan GuocoLand Malaysia berkongsi karakter yang sama yang melambangkan kualiti cemerlang, rekaan cantik, inovasi teknologi dan kepelbagaian fungsi.

“Kolaborasi antara Ingress Auto dan GuocoLand Malaysia memberi inspirasi kepada penyatuan dan menjangkaui kemewahan yang kontemporari,” katanya.

Katanya, inovasi sentiasa menjadi salah satu faktor kejayaan utama kepada BMW sejak mula ditubuhkan dan memberi fokus kepada inovasi sentiasa menjadikan BMW terus berada di hadapan.

Zainudin berkata, kerjasama dengan GuocoLand Malaysia adalah satu bentuk inovasi yang bukan sahaja memberi manfaat kepada Ingress Auto dan GuocoLand Malaysia malah membuka peluang tanpa sempadan kepada pelanggan mengenali makna sebenar kemewahan.

Menerusi kempen ‘DC Residensi X Ingress Auto’ yang bermula 19 Januari 2019, pembeli yang membeli mana-mana unit DC Residensi berpeluang mendapat rebat antara RM120,000 hingga RM300,000 bagi pembelian mana-mana model BMW atau MINI di mana-mana cawangan Ingress Auto.

Sementara itu, Prebiu.com turut berkesempatan meninjau dua unit Penthouse DC Residensi yang masing-masing bernilai lebih RM6 juta dan hampir RM9 juta yang terletak ditingkat 27 bangunan kediaman mewah itu.

Pemandangan ruang tamu di unit Penthouse DC Residensi bernilai kira-kira RM9 juta

Kedua-dua kediaman Penthouse yang memiliki saiz keluasan antara 3,000 kaki persegi hingga lebih 4,000 kaki persegi dihiasi dengan perabot, perhiasan mewah dan menampilkan dekorasi yang cukup moden serta kotemporari.

Penthouse bernilai hampir RM9 juta itu memiliki empat bilik tidur bercirikan dua tingkat lengkap dengan lif peribadi terus ke lobi atau parkir kenderaan.

Ayamas Lancar Semula Menu Oishii Roaster Dan Mee Kari Laksa

Kedai Ayamas baru-baru ini telah melancarkan semula produknya iaitu Oishii Roaster dan juga mencipta versi istimewa hidangan kegemaran rakyat Malaysia, iaitu Mee Kari Laksa untuk peminat menikmatinya pada perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba.

OISHII bermaksud “lazat” dalam bahasa Jepun, merupakan ayam panggang Ayamas kegemaran ramai yang diperap dengan sos Teriyaki, limau, halia, bawang putih dan herba
terpilih.

Gabungan kulit ayam rangup dan kelembutan isi ayam yang penuh perisa menjadikan
ayam panggang Oishii satu menu lazat yang wajib dinikmati seisi keluarga.

“Ayam panggang Oishii adalah satu produk unik yang memberi peluang kepada pelanggan
untuk menikmati ayam panggang ala Jepun. Ungkapan “manis di dalam, rangup di luar” sudah cukup untuk menggambarkan keenakkan ayam panggang ini, yang juga sesuai bagi mereka yang sentiasa mencari sesuatu yang baru dan menarik untuk dinikmati,” kata Abdul Rahman Md Dawi, Pengarah Eksekutif, KARA Holdings Sdn Bhd.

Selain itu, Kedai Ayamas juga turut memperkenalkan hidangan baru yang merupakan olahan daripada hidangan kegemaran rakyat Malaysia iaitu Mee Kari Laksa.

Keunikan versi mereka ialah kelazatan kuah yang berempah dan kaya dengan rasa, berserta dengan cebisan ayam panggang Signature Roaster. Harganya amat berpatutan, iaitu RM9.90 untuk hidangan ala carte dan RM10.90 untuk kombo berserta minuman.

Sempena pelancaran menu baru ini, baucar RM2 untuk pengenalan Mee Kari Laksa ini akan diberikan kepada pelanggan apabila mereka membeli seekor ayam panggang pada harga biasa.

Oishii Roaster boleh didapati di Kedai Ayamas, Kiosk Ayamas dan Deli Ayamas dengan harga daripada RM26.00 (seekor ayam), RM15.00 (setengah ekor ayam), RM8.50 (suku ekor ayam), daripada RM26.00 (RoasTwo) dan dari RM49.00 untuk (MixDouble).

Ia juga boleh didapati dalam bentuk set Meal for 1 (RM14.00), Meal for 2 (RM27.00), Meal for 4 (RM48.00). Untuk kedai Ayamas Roaster Express, roaster Oishii dilengkapi dengan hidangan sampingan tambahan seperti taugeh dan tauhu Jepun dalam dua jenis set iaitu Meal for 4 (RM59.90) dan Meal for 2 (RM31.90). (Harga mungkin berbeza untuk perkhidmatan penghantaran).

Oishii Roaster boleh didapati bermula daripada 17 Januari 2019 hingga 19 Februari 2019 di kesemua 49 Kedai Ayamas, Ayamas Roaster Express, Kiosk Ayamas dan Deli Ayamas, sementara stok masih ada (kecuali Kiosk Kedai Ayamas di Balok, Kuantan).

Epson Perkenalkan Mesin Pencetak T-Series Baharu

Epson mengumumkan pelancaran mesin pencetak format besar T-series yang berkelajuan tinggi, ia boleh didapati dalam bentuk model tetapan di atas meja (desktop) atau di atas lantai (floor-standing).

PELANCARAN produk-produk tersebut juga menandakan penyertaan Epson ke dalam segmen pasaran bertahap rendah hingga pertengahan untuk pemplot CAD.

Rangkaian mesin pencetak ini menggunakan saiz ruangan yang terkecil jika dibandingkan dengan mesin lain dalam segmen seumpamanya, mesin pemplot tanpa wayar (wireless) ini menampilkan reka bentuk yang serba minimalis, ergonomik dan kompak yang sesuai untuk digunakan dalam ruangan pejabat.

Dari cetakan biru (blueprint), pelakaran garisan sehingga ke penghasilan helaian penanda atau poster bilik darjah, SureColour T-series menawarkan prestasi pencetakan profesional yang boleh dipercayai merentasi pelbagai jenis sektor, termasuk bidang seni bina, kejuruteraan, CAD, GIS, pendidikan, korporat, atau untuk penggunaan di rumah dan pejabat yang kecil.

SureColor T-series dipacu oleh teknologi kepala cetak PrecisionCore MicroTFP serta Teknologi Verifikasi Nozel (Nozzle Verification Technology) oleh Epson yang boleh mengesan dan melaras kondisi nozel secara automatik, lantas menzahirkan butiran dan keupayaan yang bertaraf gred komersial.

Rangkaian produk berprestasi tinggi yang merangkumi mesin pencetak SC-T5430 bersaiz 36 inci dan SC-T3430 bersaiz 24 inci dapat menghasilkan cetakan A1 pada tahap kelajuan tinggi yang masing-masingnya berdurasi 22 saat dan 25 saat.

Model permulaan yang terdiri daripada siri pencetak SC-T5130, SC-T3130 serta SC-T3130N, dan masing-masing boleh mencetak pada permukaan yang bersaiz A1 dalam masa 31 dan 34 saat, malah boleh dimuatkan dalam ruang pejabat yang kecil.

Khususnya, siri SC-Tx130 dilengkapi dengan fungsi penukaran auto yang unik, ia membolehkan mesin pencetak tersebut menukar tetapan format bagi kertas bersaiz A4/A3 tanpa memerlukan pengguna menyentuh mesin pencetak ini.

Produk ini ideal bagi syarikat-syarikat kecil yang memerlukan mesin pencetak dengan pelbagai kegunaan di dalam ruang pejabat yang terhad.

Helaian yang dicetak akan disimpan di dalam kompartmen yang disediakan sehingga cetakan yang seterusnya dilakukan untuk memudahkan proses penggunaan.

Epson SureColor SC-T3130N (tanpa kaki)

“Mesin pencetak SureColor T-series dicipta untuk para penginovasi – jurutera, pereka dan arkitek yang menginginkan mesin pencetak berformat besar yang kompak, boleh dimuatkan dengan baik dalam ruang kerja mereka.

Mesin pencetak T-series dihasilkan menerusi teknologi Epson yang terkini untuk memberikan hasil cetakan yang berkualiti tinggi, ia membolehkan pengguna mendapatkan kualiti cetakan yang jitu dan terang menerusi saiz format yang besar tanpa sambungan wayar, dan ia boleh dilakukan dengan menggunakan peranti mudah alih mereka,” ujar Danny Lee, Pengarah, Jualan & Pemasaran, Epson Malaysia.

Dilengkapi dengan keupayaan keterhubungan tanpa wayar dan ‘Wi-Fi Direct’, pengguna boleh mencetak dengan mudah menerusi tablet dan telefon pintar, atau menggunakan skrin sentuh berwarna LCD 4.3 inci yang baharu, ia tampil dengan menu kawalan serta navigasi yang ringkas dan intuitif.

Kelab Vendor Perodua Sambut Baik Komitmen Perodua Tingkatkan Pembelian Komponen 20 Peratus

Kelab Vendor Perodua (KVP) menyambut baik komitmen Perodua untuk meningkatkan pembelian komponen sebanyak 20% ke RM6 bilion tahun ini daripada RM5 bilion tahun lepas.

WALAUPUN Persatuan Automotif Malaysia (MAA) hanya menjangkakan perkembangan jumlah industri keseluruhan (TIV) sebanyak 0.21% pada tahun 2019.

Musa Zahidin Ahmad Zaidee, Perodua Vendors Club President

Komitmen Perodua ini diumumkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad di upacara pelancaran Perodua Aruz pada Selasa lepas.

Dato’ Zainal berkata, bahawa 95% daripada komponen Perodua Aruz adalah daripada pembekal tempatan.

“Kami menyokong penuh komitmen Perodua untuk meningkatkan pembelian komponen walaupun perkembangan TIV dijangka kecil tahun ini.

“Komitmen ini akan mengukuhkan kedudukan kami dan kami berharap dapat berkembang bersama dengan Perodua,” kata Presiden KVP, Musa Zahidin Ahmad Zaidee.

Musa berkata, ramai ahli KVP terlibat dalam pembangunan Perodua Aruz dan kini membekalkan komponen untuk model tersebut.

Menurut MAA, Perodua pada tahun 2018 telah menjual 227,243 kenderaan, menguasai 38% daripada TIV dan mencatat kenaikan 11% daripada 204,867 kenderaan yang dijual pada tahun lepas.

Musa berkata, bahawa KVP amat menghargai bimbingan dan bantuan yang Perodua telah berikan kepada 138 ahlinya selama ini.

“Antara bantuan yang telah Perodua berikan termasuk penetapan syarat pembayaran yang lebih singkat kepada ahli-ahli kami yang terjejas akibat penurunan pembelian komponen mendadak yang bermula pada tahun 2014,” kata Musa.

Perodua juga telah menambahbaik kecekapan kewangan pembekal dengan membeli peralatan pembuatan (tooling) secara terus daripada pengeluar antarabangsa.

Dengan pembelian ini, pihak pembekal tidak lagi dibebankan hutang daripada institusi kewangan semasa hendak membeli peralatan tersebut.

Selain bantuan kewangan yang diberikan oleh Perodua, Daihatsu Motor Company of
Japan juga telah memainkan peranan penting dalam membantu pembekal tempatan, dan baru-baru ini telah melantik sekurang-kurangnya dua pembekal tempatan untuk menyertai rantaian bekalan globalnya.

Daihatsu juga telah memberi komitmen untuk meneruskan sokongan terhadap Perodua dan pembekal tempatannya, selari dengan visi Perodua untuk mengembangkan jenamanya di rantau Asia-Pasifik, kata Musa.

Syarikat E-Hailing Terkini, EaziCar Lancar Kempen ECF Untuk Menjana Dana RM300,000

Eazi Car Sdn Bhd (EaziCar) telah melancarkan kempen pendanaan sebanyak RM300,000 untuk transformasi perkhidmatan e-hailing di Malaysia.

EAZICar berhasrat untuk menjana dana melalui platform Equity Crowdfunding (ECF) Ata Plus.

EaziCar merupakan syarikat perkhidmatan e-hailing berpangkalan di Malaysia. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan peer-to-peer e-hailing dan akan melancarkan operasi mereka di Iskandar Johor.

EaziCar Team

Platform mereka boleh dicapai melalui aplikasi mobil yang dilancarkan pada bulan Februari 2019. EaziCar telah mengenalpasti yang inovasi dalam teknologi bukannya faktor yang akan menentukan yang masa depan servis e-hailing.

Sebaliknya, ianya bergantung kepada motivasi dan kesetiaan pemandu-pemandu dan para pengguna. Disebabkan itu, EaziCar memberi tumpuan kepada menstruktur dan mereka-bentuk pelbagai insentif kepada kedua-dua pemandu dan pengguna.

Adalah dianggarkan terdapat lebih dari 24 bilion perkhidmatan e-hailing yang telah diberi di seluruh dunia dan 70% daripada itu merupakan angka dari Asia, iaitu sebanyak 16.8 bilion.

Setakat bulan Januari 2019, EaziCar telah mendaftar 428 pemandu di platform mereka, sebelum pelancaran aplikasi mobil mereka; dan dijangka berlipat ganda selepas aplikasi mobil mereka dilancarkan.

Pemandu-pemandu yang berdaftar dengan EaziCar diberi insentif dan fleksibiliti yang tidak tawarkan oleh platform e-hailing lain.

Alex Teow Boon Heong, Co Founder & CEO

Para pemandu EaziCar hanya perlu berdaftar dengan platform ini sebagai pemandu sekali sahaja untuk menjadi pemandu EaziCar di rantauan. EaziCar tidak mengamalkan kawalan ketat ke atas pemandu mereka, berbanding syarikat e-hailing lain yang mewajibkan pemandu mereka mencapai kuota pemanduan untuk layak mendapatkan sebarang insentif yang ditawarkan.

Pemandu yang layak juga akan diberi faedah perubatan untuk memastikan keperluan asas mereka dilindungi. Pada masa yang sama, EaziCar juga menawarkan insentif kepada pengguna mereka dengan satu sistem ganjaran tunai, iaitu kaedah yang berbeza dari platform e-hailing sedia ada yang kebiasaannya menggunakan point sistem.

EaziCar juga menawarkan rebat jangkamasa panjang kepada pengguna, dengan memberi tambahan 5% untuk setiap tambah nilai atau reload di akaun Eazi Pay mereka.

Dengan generasi sekarang yang amat mementingkan perkhidmatan yang mudah dan efisien, e-hailing telah menjadi suatu perkhidmatan pilihan untuk bergerak dari tempat ke tempat di abad 21.

Menurut statistik, jumlah pengguna e-hailing dijangka meningkat kepada 3.8 juta pada tahun 2019. Satu artikel yang diterbitkan oleh Forbes menyatakan golongan milenial memilih untuk tidak memiliki kereta kerana kebanyakan daripada mereka tidak memerlukan kereta untuk menjalankan kehidupan seharian atau pun mereka tidak mampu untuk membelinya.

Alex Teow Boon Heong, Pengasas bersama dan CEO EaziCar berkata, pihaknya melihat industri e-hailing di Malaysia mempunyai potensi yang besar.

Permintaan e-hailing telah diterima secara meluas sejak servis tersebut mula diperkenalkan pada tahun 2013.

“Dengan strategi EaziCar, kami percaya EaziCar mampu menembusi pasaran Malaysia dalam masa yang singkat dan menjadi platform e-hailing yang dipercayai di negara ini.” katanya.

EaziCar mahu menjana modal dengan tujuan untuk meningkatkan sokongan dari komuniti untuk mengembangkan perniagaan mereka. Dana dari kempen ECF EaziCar di Ata Plus akan digunakan untuk inisiatif pemasaran dan pembangunan produk.

“Industri e-hailing akan kekal dan dijangka akan berkembang pesat dan berlipat kali ganda dalam masa terdekat,” kata Kyri Andreou, pengasas bersama dan pengarah di Ata Plus.

“Kami optimis yang EaziCar akan memberi kesan dalam pembangunan masa depan industri ini, terutamanya dari segi kesejahteraan penumpang dan pemandu mereka,” tambah Kyri.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat dan maklumat pelaburan, sila layari https://ata-
plus.com/deals/eazicar

Tawaran Keemasan AirAsia Sempena Tahun Baru Cina

AirAsia Chinese New Year

Rebut tawaran keemasan AirAsia sempena Tahun Baru Cina ini untuk menikmati lebih penjimatan.

AIRASIA menawarkan tambang termasuk semua untuk ahli serendah RM28* untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Alor Setar, Kota Bahru, Kuala Terengganu dan Langkawi serta RM88* dari Kuala Lumpur ke Bintulu, Chiang Rai, Shantou, Guilin dan Shenzhen.

AirAsia Chinese New Year

Tambang termasuk semua untuk ahli bagi penerbangan AirAsia X flights dari Kuala Lumpur ke Chongqing, Tianjin, Jeju, Melbourne dan Fukuoka pula boleh didapati daripada RM248* atau nikmati Premium Flatbed dari Kuala Lumpur ke Wuhan, Gold Coast, Seoul dan Tokyo daripada RM798*.

Tempah di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia dari 21 Januari hingga 4 Februari 2019 untuk tempoh perjalanan antara 1 Ogos 2019 to 4 Februari 2020.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia (Penerbangan) Bo Lingam berkata, “Tahun Baru Cina adalah masa untuk mengeratkan hubungan keluarga dan sahabat. Ia juga merupakan peluang keemasan untuk merancang percutian bersama-sama.

Rebutlah tawaran yang memberikan lebih penjimatan ini untuk menerokai lebih daripada 130 destinasi dalam rangkaian kami.”

Selain itu, nikmati Kombo Tahun Baru Cina oleh Santan yang menyajikan nasi ayam mentega dan kuih tart nenas untuk hanya RM13 (kod penerbangan AK) atau RM18 (kod penerbangan D7), yang boleh didapati melalui pra-tempahan dalam talian untuk masa yang terhad sahaja.

Airsia turut menawarkan diskaun sehingga 20 peratus ke atas barangan AirAsia Duty Free yang terpilih di laman ourshop.com dari sekarang hingga 31 Januari 2019.

AirAsia BIG juga menawarkan sebanyak ‘ang pow’ berupa 888 Mata Ganjaran BIG untuk ahli bertuah yang memuat turun dan daftar masuk ke aplikasi BIG Loyalty dari 3-10 Februari 2019 untuk menyertai permainan interaktif. Para ahli juga berpeluang untuk memenangi sehingga 88,888 Mata Ganjaran BIG.

Sempena musim perayaan ini, AirAsia menasihatkan para tetamu untuk mendaftar masuk melalui laman web, aplikasi mudah alih atau kiosk di lapangan terbang, selain tiba lebih awal sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu perlepasan.

Bagi tetamu yang mempunyai bagasi daftar masuk, kaunter perkhidmatan daftar masuk bagasi akan ditutup 60 minit sebelum waktu perlepasan. Bagi beg kabin pula, para tetamu hanya dibenarkan membawa satu beg kabin dan satu beg kecil, yang mana jumlah berat kedua-dua beg tidak melebihi 7kg.

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai.

Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Honda HR-V Hybrid Kini Keluarga Terbaharu Honda Dilancar Secara Rasmi

Membuka tirai tahun baru 2019, Honda Malaysia memperkenalkan model HR-V facelift secara rasminya yang ditawarkan dalam empat varian.

HONDA HR-V buat pertama kali dipertontonkan pada Julai lalu dan varian yang ditawarkan ialah Grade E, diikuti Grade V dan paling tinggi, RS.

Varian terbaru yang menjadi keluarga terbaharu ialah HR-V Hybrid dan Malaysia adalah satu-satunya negara selain Jepun yang menerima kemasukan varian ini.

Antara ciri terbaharu membabitkan rekaan luaran ialah rekaan gril hadapan yang lebih menarik dengan menampilkan palang lebih besar dengan logo Honda, bersama lampu utama LED sepenuhnya jenis reflektor baharu.

Bahagian bampar direka semula dan lampu kabus LED manakala bahagian belakang pula menerima jaluran krom melintang pada tailgate disambung pada lampu belakang, yang kini ditampilkan dengan unit LED jenis tiub.

Reka bentuk rodanya pula, varian E, V dan Hybrid dipadankan dengan aloi 17-inci, menggunakan tayar jenis profil 215/55, sementara RS pula dilengkapi roda lima-jejari dua-tona 18-inci dan tayar 225/50.

Bagi berat pula, varian E (1,275 kg), sementara V (1,271 kg) manakala RS dan Hybrid, masing-masing seberat 1,290 kg dan 1,300 kg.

Melihat kepada ruangan but pula, bagi semua varian petrol ia berkapasiti 437 liter dengan tempat duduk belakang normal, ditambah sehingga 1,032 liter jika kerusi belakang dibaringkan.

Bagaimanapun, bagi varian hybrid pula memiliki ruang but yang sedikit kecil, dengan 404 liter jika tempat duduk belakang dalam keadaan normal, dan 991 liter pula jika ia dibaringkan.

Tidak seperti versi petrol, hibrid tidak didatangkan dengan tayar simpanan sebaliknya dibekalkan dengan kit membaiki tayar sementara.

Tiada perubahan enjin bagi versi petrol, yang masih mengekalkan enjin berkuasa 1.8 liter SOHC i-VTEC dengan kuasa 142 PS pada 6,500 rpm dan tork 172 Nm pada 4,300 rpm, serta dipadankan dengan transmisi CVT bersama pedal penukar gear.

HR-V Hybrid menampilkan penjana kuasa Sport Hybrid i-DCD (intelligent dual-clutch drive) seperti Jazz Hybrid. Ia menggabungkan enjin 1.5 liter twin-cam i-VTEC Atkinson-cycle dan motor elektrik 22 kW (30 PS)/160 Nm, yang dikuasakan oleh bateri lithium-ion Blue Energy, dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac tujuh-kelajuan.

Kuasa dari penjana kuasa itu meningkat berbanding Jazz, dengan 132 PS pada 6,600 rpm dan tork 156 Nm pada 4,600 rpm.

Secara standard, semua varian dilengkapi dengan butang penghidup enjin/kemasukan pintar, pendingin hawa automatik, lampu utama auto, lampu nyalaan siang, kawalan kelajuan, pedal penukar gear, kawalan audio pada roda stereng dan empat pembesar suara untuk sistem audio.

Semua versi didatangkan dengan roda stereng tiga-jejari, tetapi E dan Hybrid dengan kemasan kulit manakala padanan separa kulit hitam untuk dua model itu.

Ia turut menampilkan lampu utama halogen (dengan larasan manual) dan lampu kabus hadapan jenis mentol dan skrin paparan sistem audio pula dengan unit 6.8-inci.

Harga HR-V facelift atas jalan tanpa insurans:

  • HR-V 1.8L E – RM108,800
  • HR-V 1.8L V – RM118,800
  • HR-V 1.8L RS – RM124,800
  • HR-V Sport Hybrid i-DCD – RM120,800

Manakala varian V dan RS ditambah dengan roda stereng kulit sepenuhnya dan kekemasan kulit penuh, dengan kemasan hitam pada V.

Lima pilihan warna ditawarkan bagi HR-V 1.8L E dan V termasuk warna baharu Passion Red Pearl, White Orchid Pearl, Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic dan Ruse Black Metallic.

RS pula menerima tiga pilihan warna Passion Red Pearl, White Orchid Pearl dan Modern Steel Metallic.

HR-V Hybrid pula ditawarkan dengan tiga warna iaitu Lunar Silver Metallic, White Orchid Pearl dan Modern Steel Metallic.

Post Menarik