Utama Blog Halaman 884

MGB Buka Kilang Konkrit Pra-Tuang IBS Kekal Pertama

MGB melabur RM40 juta untuk mengembangkan Sistem Binaan Berindustri dengan loji baru

MGB Berhad, anak syarikat LBS Bina Group Berhad, baru-baru ini merasmikan kilang konkrit pra-tuang Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang pertama di Nilai, Negeri Sembilan.

Membabitkan pelaburan sebanyak RM40 juta dan kawasan binaan seluas tujuh ekar, kilang ini akan menghasilkan, memasarkan, menjual dan memasang pelbagai komponen IBS seperti panel konkrit pra-tuang, panel dinding konkrit, papak (slab) konkrit, lajur (column) dan rasuk (beam).

Upacara pembukaan kilang di Nilai itu telah dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Pada Mei 2018, MGB telah melancarkan kilang IBS bergerak yang pertama di perbandaran LBS Alam Perdana dengan kapasiti untuk menghasilkan 2,000 unit hartanah setiap tahun dan berjaya menghasilkan serta membekalkan kepada projek sulung ini, 673 unit rumah teres dua tingkat di Alam Perdana dalam jangka masa yang singkat sejak permulaan operasi.

 

Dengan IBS, projek sulung tersebut dapat disiapkan dalam tempoh 12 bulan berbanding 18 bulan, menjimatkan 33% masa pembinaan.

IBS juga berjaya mengurangkan kebergantungan kepada buruh manual sebanyak 31% seterusnya mencapai pengurangan sebanyak 49% jumlah kos buruh di tapak. Gabungan kedua-dua kilang tersbut membolehkan syarikat menghasilkan 4,000 unit hartanah setiap tahun.

Pengarah Urusan Kumpulan MGB Berhad, Tan Sri Lim Hock San berkata, pelaburan RM40 juta ini mencerminkan komitmen syarikat untuk terus berkembang dalam pasaran IBS tempatan.

Beliau berkata, melihat kepada sokongan serta promosi berterusan untuk mendorong adaptasi IBS dalam projek awam dan swasta, pasaran IBS mengambarkan pertumbuhan kukuh pada tahun yang mendatang.

 

Tambahan, IBS semakin diiktiraf sebagai kaedah yang dipercayai untuk meningkatkan kualiti produk dan mengurangan tempoh masa pembinaan, kos buruh di tapak dan kebergantungan kepada buruh manual.’’

Menurut angka oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) baru-baru ini, ​​penerimaan sektor swasta terhadap Sistem Binaan Berindustri (IBS) pada masa kini berada pada anggaran 35%, daripada sasaran tahun 2020 sebanyak 50%.

Lim berkata, kilang ini akan meneguhkan kedudukan MGB untuk memanfaatkan permintaan terhadap IBS yang diramalkan semakin meningkat.

“Kami menjangkakan permintaan terhadap komponen IBS akan meningkat kerana semakin ramai pembina berusaha mencari kaedah alternatif untuk mengurangkan kos pembinaan di kala pasaran hartanah yang lemah. Kami yakin permintaan akan terus meningkat apabila cadangan untuk membuatkan IBS mandatori menjelang tahun 2020 diluluskan dan dijalankan” katanya.

Kilang konkrit pra-tuang tersebut adalah usahasama antara MGB dengan Sany Construction Industry Development (M) Sdn Bhd, anak syarikat Sany Group Co. Ltd., yang berpangkalan di China.

“Dengan memanfaatkan kepakaran Sany dalam reka bentuk, pembuatan dan penggunaan jentera konkrit pra-pasang, kami akan mencapai kecemerlangan melalui inovasi serta jaminan kualiti produk, yang akan membolehkan para pembina dan pemaju hartanah mempercepatkan penyerahan projek mereka tanpa menjejaskan kualiti produk.

“Pada masa sama, kemudahan baru ini akan membolehkan kami memperluaskan barisan produk kami untuk menampung keperluan projek perumahan yang berlainan,” katanya.

Pada masa ini, pengeluaran dari loji baru itu tertumpu kepada projek dalaman, bermula daripada Kita @Cybersouth. Apabila kilang ini beroperasi dengan kapasiti penuh, pihaknya berharap dapat mengembangkan penawaran kepada projek perumahan kerajaan dan yang lain.

Samsung Malaysia And Shopee Malaysia Introduce First Online-Exclusive Model, Galaxy M20

Samsung Malaysia Electronics together with its sole distributing partner Shopee Malaysia introduced its highly capable mid-segment smartphone, the Samsung Galaxy M20.

THIS first online-exclusive model is also the first of the Galaxy M series smartphone to debut in Malaysia, and will be launched in conjunction with Samsung’s Super Brand Day on Shopee.

Samsung’s new and competitively-priced Galaxy M20 is its first 5,000mAh smartphone priced below RM1,000.

Yoonsoo Kim, President of Samsung Malaysia Electronics (left) together with Ian Ho, Regional Managing Director of Shopee (right) officially launched Samsung’s first ever online-exclusive model, Galaxy M20

“There is a shift in retail paradigm and consumers are shopping online now more than ever before. Taking this into consideration, we decided to go fully-digital in our sales approach for the new Galaxy M series.

Our exclusive partnership with Shopee Malaysia, will not only provide a convenient platform for our online audience to purchase but it is also a trusted distributor so consumers will have a peace of mind and will be able to enjoy the Galaxy M20 for the great smartphone that it is.

With the Galaxy M20, we have developed powerful experiences that fit every dimension in terms of performance and practicality, making it a true reliable companion that is lightning fast, durable and packed with innovation,” said Yoonsoo Kim, President of Samsung Malaysia Electronics.

Ian Ho, Regional Managing Director of Shopee added, “Consumers these days are more comfortable buying big ticket items like smartphones online, and that is because of the security and value platform like ours bring to the table.

It also helps when industry giants like Samsung place their trust on us to market and sell their products, what more exclusively. With two of the reputable brands in their own right joining forces for the Samsung Super Brand Day on Shopee to launch the brand new Galaxy M20, we are certain that this is going to be a successful partnership.

Shopee will remain true to our commitment in providing further value to our users.”

What makes the Galaxy M20 stand out is its powerful 5,000mAh battery, making it the brand’s first ever model with such large battery capacity. It doesn’t stop there – the power management feature in the Galaxy M20 boasts of a multi-layered technology system that ensures lower power consumption.

The type-C charging feature ensures 3X speed as compared to normal charging, courtesy of the 15W in-box charger. The bridge between powerful features and affordability allows users to experience the best of the Galaxy features without worrying about the high investment.

Beyond the large battery, the Galaxy M20 boasts a true 6.3” FHD + TFT Infinity-V Display with a maximized screen size that guarantees uninterrupted viewing pleasure, making it an ideal companion for watching videos, web browsing, mobile gaming and more.

It is powered by Samsung’s latest Exynos 7904 Octa-core processor boosting excellent network speed, smooth multitasking, and lower power consumption for enhanced user experience. On the security front, it is equipped with a fingerprint scanner and Face Unlocking feature.

The key highlight of the Galaxy M20 is its powerful dual camera as today’s users love to capture moments.

The Galaxy M20 comes with a dual rear camera – a 13MP main camera with f/1.9 aperture and a 5MP secondary camera with f/2.2 aperture and 120-degree ultra-wide angle lens. Equipped with an ultra-wide mode that allows users to capture more expansive portraits; the Galaxy M20 captures landscapes, cityscapes, and group wefies without frame restriction and with complete ease.

The Samsung Galaxy M20 will only be available at Samsung’s Online Store and Shopee.com.my from 20 th March 2019 onwards in two stunning colours, Charcoal Black and Ocean Blue. The Galaxy M20 will be priced at RM799.

In celebration of the official debut of the Galaxy M20 on Samsung’s Super Brand Day on Shopee, Samsung is giving away great promotions that you won’t want to miss. Customers who purchase the Galaxy M20 on Samsung Online Store will receive a free Logitech X50 mobile wireless speaker* worth RM98.

Meanwhile, purchases of Galaxy M20 on Shopee come with a Logitech X50 mobile wireless speaker* and a JBL headset* worth a total of RM227. For more information, please visit: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/m20/ or https://shopee.com/samsung-super-brand-day.

Perodua Bawa 15 Atlet Murid Ke Tokyo Untuk Pertandingan Badminton Junior Tiga-Negara

Seramai 15 bakat muda daripada Program Pembangunan Bakat Badminton (PPBB) Kementerian Pendidikan Malaysia-Perodua kini berada di Tokyo untuk Pertandingan Badminton Junior Tiga-Negara yang diadakan buat julung kali.

PROGRAM anjuran rakan teknikal dan teknologi Perodua, Daihatsu Motor Company Jepun, pertandingan itu akan menyaksikan atlet murid Malaysia bersaing dengan bakat-bakat muda dari Jepun dan Indonesia yang dicungkil daripada program badminton di negara masing-masing.

“Penyertaan Perodua dalam Pertandingan Badminton Junior Tiga-Negara ini akan memperkukuhkan lagi komitmen jangka panjang kami kepada sukan yang begitu dekat dengan hati rakyat Malaysia.

“Bagi kami, program ini adalah salah satu daripada perancangan kami untuk memberi pendedahan awal kepada atlet murid untuk bertanding di peringkat antarabangsa.

“Ia juga merupakan inisiatif Tanggungjawab Korporat kami ke arah pembangunan belia dan modal insan Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Pada 24 Mac nanti, sejumlah 40 orang murid (15 dari Malaysia, 15 Jepun dan 10 Indonesia), berumur 9-12 tahun, akan bertanding di Stadium Nasional Ajinomoto di Tokyo, Jepun.

“Ramai daripada bakat muda kami di sini tidak pernah menjejakkan kaki ke luar Malaysia sebelum ini. Mereka sangat teruja dan bersyukur kerana diberikan peluang untuk melawat Jepun, di samping dapat berkongsi pengalaman mengenai badminton dengan kenalan baharu dari Jepun dan Indonesia.

“Bagi pihak Perodua, saya mengucapkan terima kasih kepada Daihatsu kerana menganjurkan pertandingan ini antara tiga negara yang menggemari badminton, dan juga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas kerjasama mereka dalam membangunkan generasi bakat badminton Malaysia yang akan datang,” katanya.

Pada Oktober yang KPM dan Perodua berjaya menamatkan tahun pertama PPBB, yang melibatkan 2,800 orang murid sekolah rendah, 140 orang jurulatih dan 70 pusat pembangunan badminton di seluruh Malaysia.

Di peringkat profesional pula, Perodua Malaysia Masters, sebuah pertandingan antarabangsa Badminton World Federation, berjaya diadakan buat kali kedua di bawah nama tersebut pada Januari lepas di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Projek Baik Pulih Piano P Ramlee Perlukan Dana Sebanyak RM50,000

Projek membaiki piano milik seniman agung negara Allahyarham Tan Sri P Ramlee masih memerlukan dana sebanyak RM50,000 lagi.

KETUA Pengarah Arkib Negara, Datuk Azemi Abdul Aziz berkata, projek “Getaran 88 Kekunci Hati” yang dilancarkan pada September 2018, bagi memastikan piano yang berusia kira-kira 60 tahun itu dapat dimainkan semula, telah mengutip sumbangan berjumlah RM25,000 pada peringkat pertama kutipan dana itu.

“Bagaimanapun, keadaan piano ini masih belum boleh digunakan sepenuhnya. Bagi memastikan piano ini 100 peratus berada dalam keadaan baik, Arkib Negara memerlukan dana berjumlah RM50,000 lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis mengumpul dana dan meraikan penyumbang awal projek berkenaan di Pustaka Peringatan P.Ramlee, Setapak di sini yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Katanya, peringkat pertama usaha membaik pulih piano yang digunakan oleh P.Ramlee dalam menghasilkan lagu-lagu sehingga menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan berprestij itu, telah berjaya menjadikan alat muzik itu kembali berfungsi, menghasilkan 90 peratus daripada bunyi asalnya.

“Di peringkat awal, Jabatan Arkib Negara dengan kerjasama Syarikat Innate Publishing Sdn Bhd telah melancarkan program pertama mengumpul dana bagi tujuan itu dengan “penjualan 88 kekunci piano” iaitu 52 hitam dan 36 hitam, kepada penggiat seni serta syarikat korporat, yang membolehkan RM25,000 dikumpul,” katanya.

Azemi berkata RM10,000 dari sumbangan itu digunakan untuk membaik pulih kekunci piano berkenaan oleh seorang pakar juruteknik piano Mohammad Alif Yahya yang bekerja di United Kingdom.

Beliau berkata, piano yang dikeluarkan oleh Herrburger Brooks dari United Kingdom itu dilaporkan dibeli oleh P.Ramlee dari syarikat C Nang Hong & Co.

Sementara itu, Bakhtiar berkata sumbangan Allahyarham P.Ramlee dalam memartabatkan bidang seni tempatan tidak boleh dipertikaikan.

“Bakat beliau dalam bidang gubahan lagu dan lakonan mempunyai kelas yang tersendiri. Lagu-lagu yang beliau cipta malar segar sehingga ke hari ini. Tidak pernah jemu kita mendengar lagu-lagu beliau berulang kali,” katanya.

Pada majlis itu, Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studio, Datuk Ahmad Izham Omar telah memainkan dua buah lagu P.Ramlee, termasuk lagu Getaran Jiwa, menggunakan piano milik seniman agung itu. -Bernama

Introducing The New HUAWEI nova 4e

Following on the huge success of the HUAWEI nova 4 launched in January, HUAWEI nova series introduces a new entry to the family to further upgrade the selfie game experience of its consumer.

HUAWEI nova 4e, comes with 32MP front camera, even amateur photographers capture frame-worthy and poster-quality selfies.

Calvin Ho, GTM Specialist of HUAWEI Malaysia with the new nova 4e

Far from being just a charmer with its classy design, HUAWEI nova 4e also delivers a highly compelling user experience with the HUAWEI’s innovative technologies including a triple AI camera system.

“Since its inception, the HUAWEI nova series has always been about driving one message to our consumers, a smartphone can be beautifully crafted, lightweight, while simultaneously provide an outstanding photography and entertainment experience.

An expression of the DNA of the HUAWEI nova series, HUAWEI nova 4e brings entertainment and technology together to deliver a photography experience that rivals even DSLR cameras, without needing the assistance of external accessories,”. said Luke Au, GTM Director, Consumer Business Group, HUAWEI Technologies (Malaysia) Sdn Bhd.

It’s is equipped with a 6.15-inch Dewdrop display. The unobtrusive, miniaturized notch gives the display a massive 84.1 percent screen-to-body ratio, and lets it naturally connect with the frame to form perfectly rounded edges that make caressing the device a true pleasure.

HUAWEI nova 4e also adopts a next-generation color manufacturing process. The gradient effect now gets a new mesmerizing sheen, making the device closer to an actual piece of art than ever before. Available in Midnight Black, Pearl White and Peacock Blue, HUAWEI nova 4e offers a choice of three colorways what invokes imagination of its users.

One of the most exciting features of the HUAWEI nova 4e is its 32MP AI Selfie Camera. With a HUAWEI nova 4e in hand, consumers command a professional team of virtual stylists, comprising makeup artists, gaffers and photographers, who will follow them wherever they go, and they can take studio-quality images with just a tap of a button.

The HUAWEI nova 4e is also equipped with a triple camera system that includes an ultra-wide angle lens plus main and secondary cameras.

The main camera is a 24MP camera with a f/1.8 wide aperture lens that allows for greater light sensitivity. The third, ultra-wide angle 8MP camera supports a field of view of up to 120 degrees, twice of that of conventional cameras allowing users to capture clearer photos and do so with a wider perspective.

For less favorable lighting conditions such as when there is too much or too little light, or when the light source is illuminating the subject from the back, users make take advantage of Super Night Mode, which automatically adjusts the settings to compensate for the suboptimal lighting. With it, users can chronicle their lives with their smartphones at any time of the day.

Underneath its beautiful appearance, the HUAWEI nova 4e is equipped with powerful hardware and software. In terms of hardware, it features the Kirin 710 system on a chip and a massive 128GB storage device. As for software, the device runs on the EMUI 9.0.1 operating system. Combined, they ensure the smoothest, smartest user experience for any scenario.

Today’s youth are more dynamic than any of the generations that come before them. Aimed at catering to this young audience, HUAWEI nova 4e offers a novel AI Video Ringtone feature. With it, users may set videos, as opposed to just audio, as their ringtones. It supports a range of formats, including short clips downloaded from the popular app TikTok.

Pricing

From 16th March onwards, the HUAWEI nova 4e will be available Midnight Black, Pearl White and Peacock Blue with a retail price of RM1,199 and can be purchased at all HUAWEI Experience Stores, Huawei Online Store: https://shop.huawei.com/my/, display zones and authorized dealers.

BMW Malaysia Memperkenalkan BMW ‘The 8’, Harga Jualan RM1.08 Juta

Kereta sport baharu yang mempersonakan tampil dengan prestasi luar biasa, reka bentuk yang emotif, kemewahan serba canggih dan inovasi yang tiada tandingannya.

BMW Group Malaysia memperkenalkan ‘The 8’, portfolio kenderaan mewah oleh pengeluar kenderaan premium ini.

Dibangunkan di atas litar lumba untuk mengecapi tahap kelincahan, kejituan, dan keterampilan yang menakjubkan, ‘The 8’ menggabungkan enjin yang berkuasa tinggi dengan sistem pacuan semua roda yang pintar, BMW xDrive serta ia tampil dengan struktur reka bentuk yang mengguna pakai ‘BMW EfficientLightweight’ – ia bakal menetapkan tanda aras baharu dalam segmen kenderaan coupe mewah.

“Di BMW Group, kami sentiasa memberikan perhatian terhadap masa hadapan, dan Generasi Pertama BMW 8 Series membuktikan kenyataan tersebut. Diperkenalkan buat pertama kali pada 1989, coupe sport mewah ini tampak gah dan tidak dapat ditandingi oleh jentera lain dari segi prestasi, inovasi dan kemewahan.

Ia merupakan kenderaan BMW pertama yang memperkenalkan pendikit (throttle) pacuan berwayar elektronik, Pengawal Stabiliti Dinamik (Dynamic Stability Control) dan Pengendalian Aktif Integral (Integral Active Steering) dengan penggunaan teknologi gandar belakang ‘multi-link’.

“Selepas tiga dekad, kami telah mengambil legasi yang berpaksikan masa hadapan menerusi BMW 8 Series, dan kami membawakan coupe sport mewah ini ke dalam era moden untuk menetapkan standard alaf baharu,” kata Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

‘The 8’ diperkenalkan menerusi varian BMW M850i xDrive Coupe yang menampilkan prestasi luar biasa, reka bentuk serba emotif, kemewahan alaf baharu, ciri-ciri yang canggih bagi teknologi paparan dan pengawalan, bantuan pemandu serta aspek keterhubungan.

Reka bentuk luaran ‘The 8’ mendemonstrasikan kemodenan dengan tarikan bercirikan sport, serta penggayaan baharu manakala grafik tingkap yang langsing serta garisan bumbung beralun secara elegan ke seksyen belakang dengan kontur ‘double-bubble’ yang tersendiri, jarak roda yang panjang serta kelebaran trek roda yang lebih luas merupakan elemen visual yang mendefinisikan komposisi ‘The 8’.

Enjin V8 terbaharu dengan daya penyampaian serta akustik kuasanya juga diperkenalkan buat julung kali menerusi BMW M850i xDrive Coupe, ia mempersembahkan daya penyampaian kuasa yang luar biasa dengan tona bunyi yang sama hebatnya, turut diperkayakan dengan sistem ekzos sport berkelepak (flap).

Ia menampilkan gril ‘kidney’ berbentuk heksagon dengan kesemua elemennya dibingkaikan dengan sempurna. ‘The 8’ didatangkan dengan ‘BMW Laserlight’ yang standard – lampu hadapan yang tajam dan paling langsing berbanding semua model BMW yang pernah dikeluarkan.

Di bahagian belakang, penggunaan garisan mendatar dan diagonal menonjolkan kelebaran serta pusat graviti kenderaan ini yang rendah. Lampu belakang LED juga memberi penekanan terhadap kesan tersebut dengan mengunjur ke bahagian sisi. Paip ekzos berkembar dengan kontur berbentuk trapezoid diletakkan pada kedua-dua belah seksyen bawah di apron belakang.

Model prestasi BMW M boleh dikenal pasti dengan mudah melalui penampilan luarannya yang eksklusif dalam warna kelabu (Cerium Grey), spoiler belakang ‘M’ serta ambang pintu beriluminasi yang memaparkan nama model kenderaan ini.

Ia juga didatangkan dengan spoiler tambahan di bahagian hadapan yang standard untuk meminimumkan daya angkat (lift) yang berlaku pada gandar hadapan ketika kereta ini dipandu pada tahap kelajuan yang tinggi.

‘The 8’ didatangkan dengan brek M Sport 19” yang berkuasa tinggi dengan angkup ‘M’ yang berwarna biru. Spesifikasi standard bagi BMW M850i xDrive juga merangkumi roda ‘M’ beraloi ringan 20” dengan penggayaan y-spoke 728 M bersama saiz tayar bercampur. Khusus bagi pemilihan warna oren (Sunset Orange) pada permukaan eksterior, pilihan bagi roda dengan penggayaan 728 M dalam warna hitam (Jet Black) juga ditawarkan.

Lengkok Hofmeister BMW yang tersendiri juga dikemas kini kepada versi yang lebih rapi. Dibawa daripada kereta konsep yang asal, ‘The 8’ menampilkan ‘double-bubble’ yang menyerupai aliran udara ke seksyen belakang menerusi ruang bumbung pada tahap kelajuan tinggi. Untuk mengurangkan kadar seret (drag) aerodinamik bagi badan ‘The 8’ yang berarus ini, ruang bawah badan kenderaan tersebut ditutup hampir sepenuhnya, serta dilengkapi dengan pengawal flap udara aktif dengan bilah gril ‘kidney’ yang boleh dilaras serta tirai udara (Air Curtains) yang merangkumi corong-corong udara (Air Breathers).

Selain daripada tempat duduk serta stereng kulit ‘M’ dengan ciri multifungsi, pakej ‘M Sport’ meliputi material bumbung anthracite ‘BMW Individual’, pedal ‘M’, tempat letak kaki ‘M’ bagi pemandu dan cadar yang istimewa untuk menyuntik elemen sport dalam ruang kabin kenderaan ini.

Tempat duduk sport yang dirumus semula ini disulam dengan kulit Merino sebagai penawaran standard. Kemasan material kulit pada bahu pintu dan panel instrumen juga didatangkan bersama.

Oleh kerana posisi tempat duduk bagi kedua-dua tempat duduk belakang direndahkan, ia telah membolekan reka bentuk penyandar kepala dimuatkan sebagai komponen yang integral bagi seksyen sandaran tempat duduk belakang. Penyandar di tempat duduk belakang boleh dibahagikan 50:50 dan dilipat untuk meningkatkan kapasiti kompartmen simpanan yang bersaiz 420 liter.

Buat julung kali, ventilasi aktif bagi tempat duduk juga disediakan di mana udara sejuk disedut masuk daripada ruang interior lalu dihalakan melalui badan kenderaan ini ke arah kipas yang terletak pada tempat duduk untuk tujuan pengawalan suhu secara efektif bagi kusyen dan penyandar belakang pada tempat duduk yang disediakan.

Pengenalan BMW M850i xDrive Coupe juga menandakan perungkaian enjin V8 yang baharu. Unit generasi terbaharu dengan lapan silinder yang berkapasiti 4.4 liter ini telah dikemas kini dan dioptimumkan secara radikal.

Dua pengecas turbo ‘twin-scroll’ dengan cas penyejukan udara terletak di dalam ruang yang berbentuk V di antara silinder enjin, Injeksi Berketepatan Tinggi (High Precision Injection), injap pemboleh ubah VALVETRONIC dan pemasaan aci sesondol (camshaft) pemboleh ubah ‘Double-VANOS’ yang membentuk sebahagian daripada teknologi ‘BMW M Performance TwinPower Turbo’, ia berupaya untuk menjana tahap kelajuan setinggi 250 km/h.

BMW M850i xDrive Coupe dapat mencapai output maksimum sebanyak 390kW/530hp yang dijana menerusi lingkungan 5,500 – 6,000 rpm. Tork maksimum 750Nm dapat dijana menerusi julat rev antara 1,800 sehingga 4,600 rpm untuk tujahan hadapan yang berpanjangan. Ia boleh membuat “pecutan abad” dalam masa 3.7 saat dan menggunakan bahan bakar sebanyak 10.4 liter bagi setiap 100 kilometer.

Enjin V8 tersebut juga digandingkan dengan transmisi generasi terkini dengan 8 kelajuan yang dinamakan, Steptronic Sports Transmission. Ia memiliki sebaran nisbah yang dipertingkatkan, pengurusan transmisi baharu dan kawalan hidraulik yang teroptimum untuk mewujudkan profil penukaran gear yang lebih sporty, serta meningkatkan kadar keefisienan dan kelancarannya. Padel penukar gear pada stereng juga ditawarkan sebagai standard bagi tetapan penukaran gear manual.

Begitu juga dengan sistem pacuan semua roda yang pintar, BMW xDrive beroperasi dengan lebih efisien berbanding sebelum ini. Dengan kelajuan, ketepatan dan distribusi pemboleh ubah bagi tork antara roda hadapan dan belakang, ia memaksimumkan cengkaman dan mengekalkan kestabilan walaupun dalam situasi pemanduan yang mencabar.

Pada masa yang sama, tetapan yang berfokuskan seksyen belakang menjamin pengalaman pemanduan yang dijanjikan oleh kereta-kereta sport BMW. Kunci diferensial belakang yang dikawal secara elektronik dilengkapi sebagai penawaran standard bagi BMW M850i xDrive Coupe dan ia memberikan jentera ini lebih banyak kelebihan yang bertaraf sport.

Kesan penguncian yang dihasilkan oleh motor elektrik menghadkan kompensasi kelajuan antara kawasan roda di bahagian dalam dan luar ketika membelok, lantas membolehkan kenderaan ini keluar dari lencongan dengan dinamisme yang mempesonakan.

Harald Hoelzl, Managing Director of BMW Group Malaysia with The 8

Prinsip penstrukturan dan penalaan casis ‘The 8’ dirumus untuk memanfaatkan potensi dinamik daripada teknologi powertrain, dan menggunakan konsep tersiratnya untuk memaksimumkan keupayaan prestasi sport kenderaan ini secara maksimum.

Berat yang dioptimumkan, pusat graviti yang rendah, distribusi muatan gandar yang seimbang serta struktur badan yang kukuh dan ciri-ciri aerodinamik yang mantap melengkapkan sebuah karya yang wujud dalam bentuk sebuah kenderaan.

Roda aloi ringan yang standard dilengkapi dengan tayar bersaiz campur, di mana kesan peningkatan cengkamannya menjadi salah satu faktor dalam proses penalaan casis jentera ini.

Di samping ‘Adaptive M Suspension’, ‘The 8´juga didatangkan dengan Pengendalian Aktif Integral yang mengurangkan lingkaran pembelokan ketika mengolah, meningkatkan kelincahan pada tahap kelajuan yang sederhana dan mengoptimumkan keseimbangan dan kepastian ketika menukar laluan dan ketika membelok pada tahap kelajuan yang tinggi.

‘The 8´merupakan sebuah model yang sangat canggih dalam segmennya. Ia bukan sahaja dilengkapi dengan keupayaan pengawal luncur (cruise control) aktif dengan fungsi ‘Stop & Go’, ia juga menawarkan kefungsian ‘Driving Assistant Professional’.

Sistem bantuan pemandu ini merangkumi Amaran Pengeluaran Laluan (Lane Departure Warning), Amaran Penukaran Laluan (Lane Change Warning), Amaran Perlanggaran dan Pejalan Kaki (Collision and Pedestrian Warning), Amaran Perentasan Trafik (Crossing Traffic Warning) di hadapan dan belakang, Bantuan Hentian Kecemasan (Emergency Stop Assistant), Bantuan Pengemudian Laluan (Lane Keeping Assistant) dengan perlindungan perlanggaran sisi yang aktif dan Bantuan Pengelakan (Evasion Aid) yang bertindak balas terhadap kehadiran pejalan kaki di kawasan sekeliling.

‘BMW Live Cockpit Professional’ ditawarkan secara standard dalam ’The 8’. Paparan generasi terkini dan konsep kawalan merangkumi kluster instrumen beresolusi tinggi di belakang stereng dengan diagonal skrin bersaiz 12.3” serta ‘Control Display´ bersaiz 10.25” yang beroperasi menggunakan ‘BMW Operating System 7.0’ yang baharu.

Komponen-komponen lain dalam BMW Live Cockpit Professional merangkumi sistem navigasi adaptif, sistem multimedia yang berasaskan pemacu keras (hard drive) dengan kapasiti memori 20GB, dua port USB, Bluetooth dan antara muka (interface) Wi-Fi.

Pemandu boleh menikmati keupayaan keterhubungan kereta ini yang pintar menerusi kad SIM yang dilengkapi pada kenderaan ini serta volum data yang tidak terhad, ia membolehkannya membuat Panggilan Kecemasan Pintar (Intelligent Emergency Call) untuk mendapatkan bantuan secepat yang mungkin ketika berlakunya kecemasan dan menerima kemas kini secara berkala bagi sistem navigasinya. Servis yang lain meliputi ‘Concierge Service’ dan ‘Remote Services’.

Juga membuat penampilan sulungnya dalam ‘The 8’, pembantu pemandu yang sempurna – ‘BMW Intelligent Personal Assistant’, sebuah karakter digital yang memberikan maklum balas kepada sapaan “Hey BMW”. BMW Intelligent Personal Assistant mempelajari rutin dan tabiat pemandu, dan dapat mengaplikasikannya dalam konteks yang bertepatan.

Di samping keupayaannya untuk memastikan keberadaan pembantu profesional BMW yang tulen bersama pemandu, serta untuk menjelaskan pelbagai jenis kefungsian yang melengkapi kenderaan ini, pembantu peribadi tersebut menantikan setiap arahan pemandu, dan sentiasa bersedia untuk memberikan pertolongan, malah mampu berbual secara kasual.

Satu ciri unik yang mengatasi pembantu digital yang ditawarkan oleh pihak lain ialah pemandu boleh memberikannya nama peribadi, sebagai contoh, “Hey Jamie”, untuk memperkenalkan elemen keindividualan serta personaliti.

BMW Intelligent Personal Assistant juga akan mendapat manfaat daripada kemas kini teknikal secara berterusan dan boleh mempelajari tetapan yang terpilih dan digemari oleh pemandu. Berdasarkan tetapan kegemaran pemandu, ia juga boleh mengaktifkan kombinasi tertentu untuk memperkayakan pengalaman pemandu.

Sebagai contoh, dengan mengatakan “Hey BMW, I feel tired”, ia akan mengaktifkan program vitaliti yang antara lainnya akan melaraskan mood pencahayaan, muzik dan suhu untuk membantu pemandu berasa lebih terjaga.

Juga buat pertama kali, ‘The 8’ didatangkan dengan kunci digital yang diberi nama ‘BMW Digital Key’. Kunci digital ini mengguna pakai teknologi ‘Near Field Communication’ (NFC) untuk membolehkan kereta sport mewah yang baharu ini dikunci dan dibuka dengan telefon pintar.

Telefon pintar pengguna hanya perlu dihalakan dekat dengan pemegang pintu untuk membuka pintu jentera ini. Dalam ruang kokpit, enjin boleh dihidupkan sebaik sahaja telefon pemandu diletakkan di tempat Pengecasan Tanpa Wayar ataupun di ruang penyimpanan telefon pintar. Dengan aplikasi ‘BMW Connected App’, kunci digital tersebut boleh dikongsikan oleh pemandu dengan lima orang yang lain pada masa yang sama.

Dari segi penawaran warna eksterior, ‘The 8’ menawarkan seleksi warna yang terdiri daripada warna metalik ‘Carbon Black’, ‘Black Sapphire’, ‘Sonic Speed Blue’, ‘Barcelona Blue’, ‘Sunset Orange’ dan warna ‘Mineral White’ digandingkan dengan material kulit BMW Individual Merino sebagai kemasan bagi tempat duduk yang berwarna Hitam, Cognac atau Putih (Ivory White).

‘The 8’ akan mula ditawarkan menerusi semua pengedar BMW yang bertauliah di seluruh negara dari hari Jumaat, 15 Mac 2019. Ataupun, pelanggan boleh melayari www.bmwbethefirst.com.my untuk membuat pratempahan.

Program pembiayaan dinamik

Dengan ‘Balloon Financing Plan’ daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW M850i xDrive Coupe boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM12,418.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

Pemilik ‘The 8’ juga boleh menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi::

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW
  • Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Dalam Talian oleh BMW

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan penawaran BMW Group Malaysia bagi Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW) ‘The 8’ ialah:

BMW M850i xDrive Coupe – RM1,088,800.00

Lombok To Become The New Bali

Lombok is set to become the new Bali, with AirAsia announcing new four times weekly flights between Perth and Lombok from 9 June 2019.

The announcement, which follows AirAsia’s commitment to develop a new hub in the West Nusa Tenggara province, will accelerate post-earthquake recovery efforts and lay the foundations for the Indonesian Government’s sustainable development initiative to create ‘10 new Balis’.

L-R: Debra Blaskett, Chief Corporate Services Officer of Perth Airport; Matana Thienthong, AirAsia’s Commercial Head for Australia and Korea; Carolyn Turnbull, Chief Aviation Business Development Officer of Perth Airport flanked by cabin crew

AirAsia Indonesia CEO Dendy Kurniawan said, “Today, AirAsia is laying the foundations of its newest hub, transforming Lombok into the new Bali. In a few months, just a short flight from Perth, this island will become a thriving tourism destination for many Australians.

“The development of Lombok as an AirAsia hub will also serve as the catalyst for healthy growth and competition in Indonesia. By stimulating the market with low fares we want to provide more opportunities for Australians and Indonesians to fly.”

The new service between Perth and Lombok also provides a welcome boost to the local tourism and visitor economy, and in coming months, AirAsia will unveil a number of sustainable tourism and community initiatives to assist with the islands recovery efforts.

Mr Kurniawan continued: “When our first flight touches down in June, Lombok will be well and truly open for business and we look forward to making this new route a success”

Perth Airport Chief Corporate Services Officer Debra Blaskett said Australians have a great propensity for travel to Indonesia, especially from Perth, where it represents Perth Airport’s largest outbound market.

“Indonesia is also Western Australia’s eighth largest visitor market. Just last year, Western Australia welcomed 31,000 Indonesian visitors, injecting more than $60 million into the WA economy.

“AirAsia has been in the vanguard of a low-cost carrier revolution that has delivered more affordable and accessible travel options than ever before.”

The new service will further grow the airline’s position in Australia, adding more than 77,000 seats to the Perth market annually.

Special launch-day fares from just AUD $99* one way are on sale from now until 24 March 2019. Fares are valid for travel between 09 June – 26 October 2019.

AirAsia connects the world with Indonesia, carrying the largest number of international tourists to the country per year on more than 38 unique domestic and international routes.

Today’s announcement will also help to showcase Lombok’s blissful beaches, top surfing and dive sites, and picturesque mountains and scenery to tens of thousands of Australians each year.

For the latest AirAsia news, activities and promotions, follow AirAsia on Twitter (twitter.com/AirAsia),  Facebook (facebook.com/AirAsia) and Instagram (instagram.com/AirAsia) and to book your next journey to Lombok, Indonesia visit: airasia.com

lopen.PNG

* Promotional all-in-fares quoted are AirAsia member only fares for one-way travel only inclusive of taxes. For full terms and conditions visit airasia.com

Pemenang ‘Renault Test Drive Challenge’ Bawa Pulang Hadiah iPhone

Pemegang tunggal francais kenderaan Renault di Malaysia, TC Euro Cars (TCEC), baru-baru ini mengumumkan keputusan untuk kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ dan mengadakan upacara penyampaian hadiah.

SEBANYAK 85 hadiah bertuah telah dibawa pulang termasuk lima unit hadiah utama iaitu Apple iPhones XS baharu, selain daripada 50 kad hadiah petrol bernilai RM100 setiap satu and 30 pek hadiah eksklusif Renault.

Kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ dianjurkan untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk memandu Renault supaya mereka lebih mengenali pemanduan luar biasa yang ditawarkan oleh Perancis.

Diadakan di bilik pameran Renault di seluruh negara bermula dari 7 November hingga 31 Disember 2018, Kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ ini juga terbuka kepada pelanggan GoCar yang memandu uji Captur melalui platform ‘ride-sharing’ sepanjang tempoh kempen.

‘Kami bersyukur kerana begitu ramai orang telah mengambil bahagian dalam ‘test drive challenge’ ini dan memandu uji kenderaan Renault. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kami berharap untuk mengadakan lebih banyak kempen sedemikian supaya jenama Renault lebih dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia serta memberi lebih banyak dorongan kepada rakyat Malaysia untuk mempertimbangkan Renault,” kata Kuan Kim Luen, Ketua Pegawai Eksekutif, TC Euro Cars Sdn Bhd.

Renault Koleos and Captur

Lima orang pemenang hadiah utama termasuk Siti Noriah Arshad, 47, Rohazlin Zukkafli, 34, Ganesh Kumar Manokara, 36, Mohamed Al-Azadi Aljohari, 36, dan Amran Md Shaari, 51, yang telah menyertai kempen ini melalui ‘test drive experience with GoCar’.

“Saya sangat terkejut apabila diberitahu yang saya merupakan salah seorang pemenang hadiah utama. Terima kasih saya ucapkan kepada TCEC dan Renault kerana menganjurkan kempen ini.

“Ini memanglah kehendak hati saya kerana saya agak berminat untuk memandu uji Koleos, selepas mendengar cadangan seorang pelanggan saya yang memiliki Captur. Pengalaman memandu uji Koleos memang hebat.  Saya amat kagum dengan ruang dalaman Koleos yang mewah, lampu kabin yang boleh diubah suai dan prestasi yang hebat,” kata Mohamed Al-Azadi Aljohari.

Ganesh Kumar Manokara yang memandu uji Captur pula berkata pada mulanya dia cuma tertarik hati dengan hadiah Apple iPhone XS walaupun dia tidak pernah terfikir dia begitu bertuah.

“Saya sangat gembira kerana telah dipilih sebagai salah seorang pemenang dan saya juga menghargai pengalaman baik saya bersama perunding jualan Renault yang membantu saya sepanjang proses pembelian saya,” katanya.

Perodua Sasar Aruz Jadi SUV Terlaris Di Malaysia Timur

Perodua mensasarkan SUV tujuh tempat duduk baharu, Perodua Aruz, menjadi SUV terlaris di Malaysia Timur, yang mana pasarannya didominasi oleh segmen tersebut.

PERODUA mensasarkan untuk mengembangkan lagi bahagian pasaran Malaysia Timur daripada 40% pada masa ini dan Perodua Aruz baharu akan menerajui perkembangan tersebut di wilayah ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad telah menyempurnakan acara pelepasan Konvoi Perodua Aruz TransBorneo di Cawangan Perodua Kuching 1 baru-baru ini.

Pada majlis itu sebanyak enam unit Perodua Aruz akan memulakan penjelajahannya dari Kuching, Sarawak ke Tawau, Sabah dengan jarak keseluruhan kira-kira 1,500 km bermula dari 16 hingga 22 Mac 2019.

Di sepanjang penjelajahan, pasukan konvoi akan singgah di bandar-bandar utama termasuk Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Ranau dan Sandakan untuk bertemu dengan komuniti dan pihak berkuasa tempatan bagi memperkenalkan serta memberi pengalaman pemanduan SUV baharu Perodua kepada mereka.

“Saya dengan berbesar hati ingin mengumumkan bahawa sejak pelancaran Perodua Aruz pada Januari lalu, lebih 4,000 unit telah diserahkan kepada pemiliknya daripada 14,000 tempahan di seluruh negara setakat ini.

“Sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia telah mendorong kami untuk bekerja dengan lebih keras dalam memperbaiki tempoh masa penghantaran kami dan memberikan perkhidmatan lebih baik kepada anda,” katanya.

Beliau menambah bahawa ketinggian 220 mm dari aras tanah memberikan Perodua Aruz penglihatan keseluruhan yang baik buat pemandu, di samping itu menawarkan pemanduan yang selesa dan kemampuan merentasi keadaan jalan yang lasak atau berlopak dengan mudah.

Tambahan lagi, struktur body-on-frame menjadikan ia sangat tahan lama dan mampu menampung beban. Tujuh tempat duduknya boleh dilaraskan dalam pelbagai cara untuk disesuaikan dengan gaya hidup pemilik.

Turut ditawarkan, enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) yang standard pada semua varian, ditambah juga Advanced Safety Assist 2.0 pada varian AV, menjadikan Perodua Aruz model yang diperakui dengan penarafan keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP.

Tiada lagi kerisauan tentang jarak stesen petrol seterusnya kerana Perodua Aruz adalah Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang diperakui kerajaan dengan penggunaan bahan api yang terbaik di kelasnya.

“Semua ini menjadikan Perodua Aruz sangat sesuai untuk Malaysia Timur yang mana model yang memberi nilai terbaik ini ditawarkan dengan harga RM74,900 untuk varian X dan RM79,900 untuk varian AV,” katanya lagi.

Retro Havoc 2019 Tawar Cabutan Bertuah Toyota Starlet KP61

Acara tahunan yang masuk edisi keenam itu dijangka menyaksikan penyertaan 550 kenderaan menarik yang diubah suai dengan gaya tersendiri.

ACARA perhimpunan kenderaan lama, Retro Havoc 2019 bagi edisi keenam kembali pada tahun ini dengan pengisian yang lebih menarik.

Pada tahun ini, penganjur bakal menyediakan hadiah utama cabutan bertuah kepada pengunjung membabitkan Toyota Starlet KP61 yang sudah menjalani proses restorasi dengan bernilai RM15,000.

Bagi hadiah kedua pula, tiket penerbangan ke Tokyo Auto Salon 2020 diikuti satu rim Atara Racing dan lima hadiah istimewa lain.

Pengasas Retro Havoc, Rosli Said berkata, acara tahunan yang masuk edisi keenam itu dijangka lebih meriah dengan kehadiran 550 kenderaan.

“Kenderaan yang akan hadir membabitkan jentera buatan sebelum 1990 dengan jumlah 70 peratus, manakala 30 peratus adalah kereta selepas keluaran 1991, tetapi yang terpilih sahaja.

“Kami menjangka hampir 90 kenderaan datang dari Thailand dan Singapura yang turut menyertai acara Retro Havoc 2019 ini,” katanya pada sidang media di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Dewan Pemuda Pekema dan Retro Havoc di Cyberjaya, semalam.

Hadir sama, Ketua Dewan Muda Pekema, Raja Petra Maruddin.

Rosli berkata, sebanyak 18 kategori kereta yang bakal dipertandingkan dan kenderaan itu dinilai oleh lapan juri antarabangsa.

Retro Havoc 2019 bakal diadakan di Kompleks BRT Sunway, Selangor pada 30 Mac ini bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam.

Bagaimanapun, pengunjung dikenakan bayaran RM10 untuk memasuki ke ruang pameran kenderaan berkenaan.

Post Menarik