Lebih perjalanan dan lebih ganjaran di KFC dan Pizza Hut Merdeka ini menerusi Aplikasi Mudah Alih PLUS

Sempena sambutan kemerdekaan kali ini, QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) telah bekerjasama dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk membawakan promosi ganjaran eksklusif PLUSMiles di lebih 940 cawangan restoran KFC dan Pizza Hut seluruh Malaysia.

Bermula 29 Ogos 2019, ahli PLUSMiles boleh menikmati ganjaran berbentuk hidangan daripada restoran KFC dan Pizza Hut dengan menebus mata PLUSMiles terkumpul menerusi aplikasi mudah alih PLUS, istimewa untuk jangka masa terhad.

Mata PLUSMiles ini dikumpul menerusi perjalanan di lebuhraya PLUS, dengan mendaftarkan mana-mana kad Touch ‘n Go mereka di plusmiles.com.my untuk mengaktifkan pengumpulan mata.

“Pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami di QSR Brands. Kami mahu mencipta detik istimewa buat para pelanggan kami menerusi kempen ganjaran terbaharu bersama PLUS ini. Di harap kempen ini dapat memberi lebih keceriaan kepada rakyat Malaysia kerana keenakkan hidangan KFC dan Pizza Hut menanti mereka menerusi perjalanan bersama PLUSMiles.

Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada strategi kami untuk memberi lebih nilai dan promosi-promosi menarik kepada pelanggan daripada landasan yang pelbagai,” kata Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan Kumpulan QSR Brands.

“PLUSMiles merupakan program kesetiaan pelanggan kami yang direka untuk memberi ganjaran kepada pengguna menerusi keistimewaan, diskaun dan penebusan yang menarik daripada pelbagai rakan kongsi PLUSMiles.

Hari ini, kami berbangga kerana mempunyai lebih 1.7 juta pengguna berdaftar yang aktif mengumpul mata bagi menebus hadiah secara serta-merta mahupun daripada laman portal, serta aplikasi mudah alih kami; daripada serendah 350 mata.

Menerusi aplikasi mudah alih PLUS, kami dapat terus menyediakan kemudahan dan pengalaman yang lebih lancar kepada pengguna setia kami – sekaligus membolehkan mereka menebus hidangan kegemaran mereka daripada dua jenama restoran terkenal di Malaysia, KFC dan Pizza Hut, dengan hanya beberapa klik, eksklusif sempena sambutan Merdeka ini,” kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS.

Ahli PLUSMiles boleh menikmati hidangan terpilih KFC menggunakan mata PLUSMiles bermula hari ini hingga 14 Oktober 2019. Hidangan terpilih KFC adalah seperti berikut:
1. 2 ketul ayam a la carte
2. Colonel Burger a la carte
3. Cheezy Wedges (L) a la carte

Tawaran ini sah bagi pilihan makan di restoran dan bawa pulang sahaja, bersama pembelian minimum RM15 di dalam satu resit di restoran KFC. Ahli PLUSMiles perlu memuat turun dan log masuk ke aplikasi mudah alih PLUS untuk mendapatkan kod QR bagi menebus salah satu hidangan di atas, di restoran KFC yang terpilih* terhad di dalam satu transaksi.

Ahli PLUSMiles juga boleh menikmati keenakan piza bermula hari ini hingga 14 Oktober 2019. Nikmati 1 piza bersaiz Regular daripada Pizza Hut menggunakan mata PLUSMiles bersama pilihan seperti berikut:
1. Aloha Chicken
2. Beef Pepperoni
3. Chicken Pepperoni
4. Chicken Delight
5. Chicken Sensation
6. Hawaiian Chicken
7. Island Tuna
8. Veggie Lover

Pengecualian untuk cawangan Pizza Hut Ayer Keroh dan Pizza Hut Pagoh: Tawaran penebusan hanya sah untuk Hawaiian Chicken, Beef Pepperoni atau Deluxe Cheese.

Tawaran ini sah untuk pilihan makan di restoran sahaja. Ahli PLUSMiles perlu memuat turun dan log masuk ke aplikasi mudah alih PLUS dan tunjukkan butiran penebusan di kaunter restoran Pizza Hut yang terpilih*.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini