Black Badge Cullinan memenuhi cita rasa golongan baru, muda, penyahut cabaran, pelopor, para ‘disrupto’ dan innovator

“Black Badge mencerminkan keinginan sekumpulan pelanggan Rolls-Royce yang berbeza: jejaka dan wanita yang berani mengambil risiko, mencabar kelaziman dan membina kejayaan dengan usaha sendiri.

Sesungguhnya, sebelum kami melancarkan Black Badge pada 2016 idea untuk menghasilkan sesuatu produk yang mampu memuaskan kohort subversif ini – dengan estetik yang lain daripada yang lain dan sangat dinamik – mencetuskan banyak perbicaraan dalaman.

Namun, sebaik sahaja para pereka, jurutera dan tukang kraf mula mengusahakan alter ego yang dramatik ini, jelas sekali bahawa motorkar ini bukan sahaja bernaung di bawah jenama yang dihormati dan bersejarah malah membuka ruangan baharu kepada pasaran mewah lampau ini.

Oleh itu, tibanya masa untuk kewujudan ekspresi Black Badge Rolls-Royce yang paling berani dan legam. Juga dikenali sebagai ‘The King of the Night’, Black Badge Cullinan.” kata Torsten Müller-Ötvös, Chief Executive Officer, Rolls-Royce Motor Cars

Di Pameran Motor Geneva pada Mac 2016, Rolls-Royce Motor Cars mempersembahkan Black Badge; motorkar yang tetap dalam famili Bespoke mendefinisikan corak cita rasa generasi konsumer mewah lampau baharu.

Produk yang berani dan berdinamik tinggi ini menarik perhatian mereka yang enggan menerima kod kemewahan tradisional serta memikat hati ramai pelanggan baharu kepada jenama, diyakinkan oleh kefasihan Rolls-Royce dalam membentuk keperluan gaya hidup tanpa kompromi serta estetik yang berani.

Alter ego yang begitu berjaya ini dikodifikasikan oleh simbol matematik infiniti yang membawa makna tanpa batasan, terpamer tanpa terlalu menonjol di dalam bahagian dalaman motorkar.

Simbol ini, juga dikenali sebagai lemniskat, pernah digunakan pada Blue Bird K3 yang dikuasakan oleh Rolls-Royce, iaitu sebuah pesawat peluncur yang memecahkan rekod milik Sir Malcolm Campbell, menunjukkan bahawa ia berada dalam kelas terjamin untuk bot dengan kuasa enjin tanpa batasan, iaitu infiniti.

Rolls-Royce Motor Cars memilih cap kempa ini untuk Black Badge, kerana simbol ini
menyerupai sifatnya yang tidak terhenti-henti dalam mengejar kuasa.

‘Back in Black’. ‘Berani Tampil Beza’

Rolls-Royce memperkenalkan Black Badge untuk kali pertama untuk model Wraith dan Ghost pada 2016 diikuti Dawn pada 2017. Kini, famili ini lengkap buat julung kali di Malaysia dengan pengenalan Black Badge Cullinan di Kuala Lumpur: suatu lagi kenyataan Black Badge yang paling urban dan legam.

Anas Zawawi Khalid, Pengarah Eksekutif Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur berkata: “Kami melihat perubahan yang ketara dalam arena Super Mewah di Malaysia.

Tambahan pula, semakin ramai pelanggan Rolls-Royce terdiri daripada golongan yang muda dan menggemari cabaran lasak di samping kumpulan klientel yang lebih matang. Kami telah memberi penampilan yang lebih segar untuk rangkaian Black Badge tahun 2020, dan menerima respon yang tinggi daripada pelanggan yang menginginkan sesuatu yang sangat kontemporari dan berani.”

Cullinan Lebih Gagah Dengan Warna Hitam

Direka untuk memenuhi permintaan yang mengagumkan daripada pelanggan yang semakin muda, Cullinan yang berwarna perak, dilancarkan kepada orang ramai pada
2018, lantas menjadi SUV mewah lampau yang terbaik di dunia.

Menggabungkan kemewahan dalam bentuk yang paling tulen dengan kebolehan luar jalan raya (off-road capability) dan sifat praktikal yang sejati, Cullinan jelas sekali direka berasaskan janji demi pengalaman yang lancar di mana-mana sahaja – ‘Effortless, Everywhere’.

SUV Rolls-Royce ini berjaya memikat hati kumpulan pelanggan baharu yang menginginkan akses bebas ke tempat-tempat di luar jangkaan dan pengalaman yang paling bernilai.

Namun, di dalam kumpulan ini, terdapat subset individu yang mencari-cari cara untuk menyembunyikan kehadiran kenderaan yang begitu ketara pada waktu malam. Cullinan telah berjaya menguasai pencapaian yang paling luar biasa di dunia.

Eksterior Black Badge Cullinan: ‘The King of the Night’

Pelanggan boleh memilih daripada 44,000 pilihan cat “sedia pakai” ataupun menghasilkan warna Bespoke peribadi. Dijangka bahawa ramai yang akan memilih warna Black iaitu warna ‘signature’ untuk Black Badge.

Berbilang lapisan cat dan lakuer disapu dengan teliti dan digilap tangan untuk 10 kali di Home of Rolls-Royce di Goodwood, West Sussex. Ini mewakili proses kemasan permukaan paling komprehensif yang pernah digunakan pada warna cat tunggal.

Kedalaman dan keamatan badan kenderaan Black Badge Cullinan merupakan kanvas yang sempurna untuk menonjolkan Garisan Koc (Coachline) yang dilukis tangan.

Ekspresi Black Badge yang paling penting terletak di bahagian hadapan motorkar. Maskot The Spirit of Ecstasy, yang banyak berubah-ubah bentuk sepanjang sejarah syarikat, dibuat dengan krom hitam yang sangat berkilat.

Untuk kali pertama kemasan ini dilanjutkan ke atas plat cagakan, menghasilkan Black Badge yang legam.

Transformasi ini turut digunakan pada simbol lain Black Badge. Lencana ‘Double R’ berwarna perak atas permukaan hitam dengan kesan timbul-tenggelam terletak di hadapan, manakala permukaan krom seperti keliling gril hadapan (front grille surround), kemasan bingkai tepi (side frame finisher), pemegang but (boot handle), trim but (boot trim), kemasan salur masuk udara bawah (lower air inlet finisher) dan paip eksos (exhaust pipe) digelapkan warnya.

Walaupun kelihatan legam, bar gril vertikal (vertical grille bar) tetap digilap sehingga berkilat untuk memantulkan pergerakan persekitaran yang dinamik.

Efek keseluruhannya memudahkan dan memperbesar grafik rekaan luaran motorkar secara licin, menekankan sifat perkadaran dan posisi keyakinannya. Ciri dramatik kelihatan di roda aloi buatan 22-inci yang baharu, eksklusif untuk Black Badge Cullinan sahaja.

Rekaannya gaya Black Badge house style, grafik seakan-akan gear untuk menonjolkan lagi kuasa simpanan tinggi yang ada pada model ini, seperti juga lemniskat infiniti yang ditonjolkan, kuasa tanpa batasan.

Interior Black Badge Cullinan: Keselesaan yang tiada bandingan. Rekaan yang berani.
Biasanya, banyak usaha diperlukan untuk menjauhkan seseorang pemilik Rolls-Royce daripada fungsi mekanikalnya.

Namun, pakar Warna dan Trim (Colour and Trim) jenama ini mensensasikan bahan kejuruteraan Black Badge secara halus, dengan mengemblengkan ciri-ciri keselesaan yang tiada bandingan, estetik yang berani, bahan yang berteknologi dengan ketepatan tinggi dan kerja tangan yang amat teliti.

Etos ini terangkum dengan sempurna oleh venier Karbon Teknikal Black Badge Cullinan. Berdasarkan falsasah pengasas Sir Henry Royce, “Jika sesuatu itu tidak wujud, kita reka” (“If it does not exist, design it”), kolaborasi antara para pereka, jurutera dan tukang kraf jenama ini telah menghasilkan sesuatu yang baru dan mewah.

Berinspirasikan reka bentuk urban karya agung, kemasan serat-karbon tenunan terbuka (naked-weave carbon fibre) telah dihasilkan untuk membentuk geometri ulangan yang sangat tepat dengan efek tiga-dimensi yang jelas.

Setiap dedaun Karbon Teknikal dikemaskan dengan enam lapisan lakuer sebelum dibiarkan kering selama 72 jam, kemudian digilap tangan untuk menghasilkan kemasan cermin cap kempa (hallmark mirror finish) Rolls-Royce.

Proses ini mengambil masa sehingga 21 hari dan dianggap selesai selepas setiap kepingan
diperiksa oleh tukang kraf untuk memastikan keseragaman reflektif yang lengkap pada
setiap satu daripada 23 kepingan dalam kenderaan ini.

Starlight Headliner telah menjadi salah satu ikonografi bersejarah Rolls-Royce seperti the Spirit of Ecstasy, Gril Pantheon (Pantheon Grille) dan monogram ‘Double R’.

Starlight Headliner dalam Black Badge Cullinan mampu suasana istimewa dalam kabin, amat mewah apabila cahaya malap menyerlah di atas tempat duduk perbuatan kulit.

Di bahagian atas kabin, kulit yang berwarna hitam dipilih, dan 1344 cahaya optik gentian disulam tangan, untuk memberikan kesan berada di langit malam. Untuk memberikan daya tarikan yang lebih istimewa, lapan bintang meteor akan dapat dilihat melintasi secara rawak.

‘The Architecture of Luxury’ direka bentuk untuk mencapai keperluan saiz dan berat
sistem pendorongan (propulsion system) yang berlainan.

Apabila pemandu menekan butang ‘Low’ yang terletak pada tangkai seleksi gear (gear selection stalk), mereka membuka teknologi suit Black Badge Cullinan sepenuhnya. Fungsi ini dikukuhkan lagi dengan enjin V12 turbo kembar 6.75 liter melalui sistem eksos yang serba baharu, yang mengumumkan ketibaannya dengan bunyi bes (basso profundo) yang dalam dan autoritatif.

Perubahan dianggap tidak diperlukan untuk kapasiti dalaman enjin yang mencukupi,
akan tetapi fleksibiliti enjin V12 turbo kembar perlu dieksploit untuk menjana lebih
29PS untuk menghasilkan kuasa output sejumlah 600PS. Gear infiniti tunggal (single
infinite gear) juga diubah untuk meningkatkan penjanaan tork sebanyak 50Nm,
menjadikan jumlahnya kepada 900Nm.

Rangkaian pemacu (drive-train), kotak gear ZF 8-kelajuan (ZF 8-speed gear box) dan kedua-dua gandar hadapan dan belakang (front and rear steered axles) berfungsi secara kolaboratif untuk menyelaraskan tahap keterlibatan dengan bergantung kepada input pemacuan dan pendikit.

Famili Black Badge Rolls-Royce di Malaysia

Wraith Black Badge kuasa 624hp kekal sama manakala tork ditambahkan (+50Nm) sehingga 870Nm (642 lb ft). Persediaan suspensi udara direka semula, aci pacu baharu dan transmisi 8-kelajuan ditingkatkan.

Ghost Black Badge kuasa meningkat sebanyak 40hp (30kw) ke 603hp (450kw) dan tork ke 840Nm (620 lb ft) berbanding dengan Ghost (820Nm). Peningkatan ke transmisi 8-kelajuan automatik.

Dawn Black Badge kuasa ditingkatkan daripada 563hp kepada 593hp, 820Nm kepada 840Nm (620 lb ft). Sistem eksos baharu, (menacing bariton bes), lebih kuasa, perubahan yang halus pada suspensi, transmisi, pendikit, kemudi dan brek.

Black Badge Cullinan SUV jenama paling berkuasa – kuasa ditingkatkan daripada  563hp ke 593hp, 850Nm ke 900Nm (664 lb ft) (Angkup bercat Merah yang sangat berkilat. Perubahan pada transmisi, rangkaian pemacu, kemudi, suspensi).

*Harga (tidak termasuk cukai):

  • Black Badge Wraith: bermula daripada *RM 1.7 juta
  • Black Badge Ghost: bermula daripada *RM 1.4 juta
  • Black Badge Dawn: bermula daripada *RM 1.8 juta
  • Black Badge Cullinan bermula daripada *RM 1.7 juta

*Setiap Rolls-Royce mempunyai ciri-ciri Bespoke, dan harga akhir bergantung
kepada spesifikasi yang dikehendaki pelanggan.