Utama Blog Halaman 743

Kunjungan Hormat NGO Antarabangsa Bersama TYT Tun Mohd Ali Mohd Rustam

Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican membuat kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7, TYT Tun Mohd Ali Mohd Rustam di pejabatnya di Sri Negeri, Melaka semalam.

Menurutnya, fokus perbincangan adalah mengenai isu-isu semasa berkaitan COVID-19 di peringkat global manakala isu serantau berkaitan krisis ekonomi yang turut memberi kesan kepada beberapa sektor industri pelancongan, perhotelan, hartanah dan sebagainya.

“Kebanyakan industri ini akan mengambil masa untuk pemulihan dan kerajaan sudah melakukan banyak usaha untuk melonjakkan semula sektor pelancongan khususnya pelancong tempatan dengan menawarkan promosi terbaik.

“Justeru, Melaka juga tidak ketinggalan menerima kesan akibat wabak COVID-19 apabila jumlah pelancong yang berkunjung berkurang sedangkan negeri bersejarah itu mempunyai banyak tempat menarik dan unik,” katanya dalam pertemuan empat mata dengan Tun Mohd Ali yang baru dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka menggantikan Tun Mohd Khalil Yaakob di sini.

Selain isu-isu semasa, isu antarabangsa turut dibincangkan khususnya pasca COVID-19 yang memperkenalkan kaedah normal baru selain turut disentuh ialah peluang memperkenalkan produk baru pelancongan bagi menarik pelancong luar berkumpulan besar datang ke sesebuah negara.

“Ini boleh diadakan menerusi penganjuran acara berskala besar seperti sukan berkuda antarabangsa, perahu layar antarabangsa, pertandingan berpidato Bahasa Melayu dan Jack Sky Motor pantai antarabangsa dan lain-lain yang boleh menarik mereka datang ke Melaka.

“Ini kerana Melaka terletak berhampiran laut dan aktiviti-aktiviti ini boleh menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.

Dr Mustapha berkata, Tun Mohd Ali juga pernah memegang jawatan tertinggi dalam badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Presiden World Assembly of Youth (WAY), Presiden World Youth Foundation (WYF) dan Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).

Mustapha (kiri) menyerah Kain Mafla atau kain karma untuk TYT Tun Mohd Ali Rustam sebagai simbol NGO Antarabangsa di Melaka, semalam

Sementara itu, beliau berkata, NGO Antarabangsa masih aktif menjalankan misi kebajikan, keamanan dan hubungan antarabangsa bagi tujuan penyatuan semua kaum serta etnik dari konflik berpanjangan.

Menurutnya, NGO Antarabangsa memberi fokus di peringkat antarabangsa dengan usaha kejayaan terbesar yang berjaya diselesaikan ialah isu tahanan rakyat Malaysia seramai 47 orang 40 rakyat dari Sarawak, masing-masing tiga dari Sabah dan Selangor serta seorang  dari Wilayah Persekutuan.

Selain membina masjid, surau, sekolah tahfiz dan telaga serta tanah perkuburan di Kemboja, Mustapha juga turut membantu membina sekolah agama dan penempatan anak-anak yatim di selatan Thailand.

Mustapha pernah dilantik menjadi Penasihat Ekonomi dan Ketua Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, satu daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama negeri Terengganu dengan 143 syarikat dibawahnya pada tahun 2009 hingga 2013.

Mitsubishi Motors Introduces MITSUBISHI CONNECT Mobile Application In Malaysia

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), the official distributor of Mitsubishi Motors vehicles in Malaysia, introduces its first-ever MITSUBISHI CONNECT mobile application for Mitsubishi car owners in Malaysia.

The mobile app is available for download via Google Play Store and Apple App Store for free.

The MITSUBISHI CONNECT mobile application offers a range of vehicle-related digital services, allowing Mitsubishi owners the convenience of scheduling a service appointment with their preferred MMM service centres, keep track of vehicle maintenance history and get reminders for their next car service in an easy and hassle-free manner.

Mitsubishi owners may register one or multiple vehicles under one account. The mobile application also allows owners to stay in touch with the 24Hrs Mitsubishi Assist customer careline.

Stay in Touch with the 24Hrs Mitsubishi Assist Customer Careline

Owners can access to the 24-Hour breakdown assistance throughout Malaysia as well as emergency services should the situation arises. By tapping on the ‘SOS’ function on the
app, user’s location can be tracked accurately using GPS locator and its details will be verified by MMM’s customer service personnel in order to send help immediately.

MITSUBISHI CONNECT can also be used to locate the nearest Mitsubishi authorized dealer
showroom and service centres with dealer information and navigation sync with the app to help get customers to the dealer of their choice or convenience.

“COVID-19 has propelled the shift towards digital transformation and now MMM is pleased to offer MITSUBISHI CONNECT to all our owners.

With the MITSUBISHI CONNECT mobile application, Mitsubishi owners can adapt to the new normal by utilizing mobile technology to retrieve their vehicle and service information, as well as gain access to other functions and benefits at their fingertips no matter where they may be,” said Tomoyuki Shinnishi, Chief Executive Officer of MMM.

Other functions of the mobile app include keeping owners up to date with the latest news and promotions, search for product information and download e-Brouchures. For more details, please visit http://www.mitsubishi-motors.com.my/

AirAsia Tawar Kredit Pada Hari Yang Sama

Tetamu AirAsia kini boleh mendapatkan bayaran balik dalam bentuk kredit dengan lebih mudah dan cepat, pada hari yang sama permohonan dibuat.

Langkah terbaharu sejajar dengan nilai syarikat yang mengutamakan tetamu dan bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan ketidakpastian dalam situasi terkini dengan penyelesaian yang lebih lancar.

Tetamu yang mendapati penerbangan mereka telah dibatalkan oleh AirAsia dari 23 Mac hingga 31 Ogos 2020 boleh mengekalkan nilai tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG mereka pada hari yang sama permohonan dibuat.

Akaun Kredit boleh digunakan dalam masa 2 tahun (730 hari kalendar) dari tarikh dikreditkan, dan tarikh perjalanan untuk tempahan baharu boleh dibuat pada bila-bila masa, selagi penerbangan tersedia untuk tempahan di airasia.com atau di aplikasi mudah alihnya.

AirAsia Virtual Allstar atau AVA akan membantu para tetamu untuk memohon Akaun Kredit mereka. Hanya kemukakan nama, e-mel dan nombor tempahan mereka. Kemudian, AVA akan memeriksa ID Ahli BIG yang diberikan untuk memastikan ianya sama dengan nama dan rekod pendaftaran akaun Ahli BIG sebelum memproses kredit ke akaun mereka.

Ketua Pegawai Bahagian Kebahagiaan Pelanggan AirAsia Adam Geneave berkata, “Kami menghargai maklum balas yang diberikan oleh para tetamu kami, dan pasukan kami telah bekerja keras untuk mencari penyelesaian yang lebih cepat dan mudah untuk mengakses pilihan pemulihan kami.

Kami berbesar hati untuk menawarkan pilihan Akaun Kredit yang lebih mudah kepada para tetamu yang memilihnya sebagai kaedah bayaran balik, untuk terbang bersama kami di masa hadapan. Kami berterima kasih atas kerjasama mereka, yang bukan hanya akan membantu kami mengatasi cabaran ini, malah mengukuhkan semangat kebersamaan antara satu sama lain.”

Para tetamu yang telah memohon Akaun Kredit mereka akan menerima e-mel daripada AirAsia yang akan membantu proses permohonan kredit pada hari yang sama.

Para tetamu juga diingatkan bahawa Akaun Ahli BIG diperlukan untuk dikreditkan dan tertakluk kepada pengesahan tempahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara membuat permohonan, sila rujuk panduan di sini.

Di AirAsia, kesihatan dan kesejahteraan para tetamu adalah keutamaan kami. Selain mematuhi nasihat dan peraturan daripada kerajaan tempatan dan pihak berkuasa kesihatan.

AirAsia juga telah telah melaksanakan prosedur tanpa sentuhan sepanjang perjalanan dan langkah-langkah keselamatan baharu, serta kemudahan untuk mereka yang berisiko. Layari pautan ini bagi mengetahui usaha-usaha yang telah dilakukan oleh AirAsia untuk memastikan keselamatan untuk semua.

Blue Ocean Robotics Dan UVD Robots Diiktiraf 50 Syarikat Robotik Paling Berpengaruh

Pengalaman Meneruskan Pertumbuhan Global ketika Robot Nyahjangkit Digunakan sebagai Senjata Berkesan Terhadap Koronavirus dan Jangkitan yang Diperolehi di Hospital

Blue Ocean Robotics mengumumkan bahawa ia telah dimasukkan di dalam senarai Robotics Business Review bagi 50 syarikat robotik paling berpengaruh di dunia (RBR50) untuk UVD Robots mereka.

Pengiktirafan tersebut telah diperolehi di atas usaha dengan UVD Robot, faedah kesihatan bagi teknologi mereka dan permintaan yang semakin meningkat untuk keupayaan nyahjangkit mereka.

UVD Robots menggabungkan pengetahuan mikrobiologi yang mendalam, teknologi robot berautonomi dan cahaya ultraungu untuk menghasilkan penyelesaian penyahjangkitan yang berasaskan UV-C terbaik di dunia, yang terbukti dapat menghapuskan patogen dalam masa 10-15 minit di dalam sebuah bilik.

Robot itu telah dilancarkan ke lebih daripada 60 buah negara di seluruh dunia.

“UVD Robots menguasai lebih daripada 75% pasaran dunia bagi robot penyahjangkitan UV-C bergerak berautonomi,” kata Claus Risager, Ketua Pegawai Eksekutif di Blue Ocean Robotics.

“Dengan pertumbuhan yang dijangkakan di masa hadapan, pendahuluan kami antara 2 hingga 4 tahun ke atas pesaing dengan penyelesaian yang dipatenkan, kami adalah syarikat yang dominan untuk masa hadapan.”

Diwujudkan melalui satu kerjasama dengan Odense University Hospital, Blue Ocean Robotics telah mencipta UVD Robots sebagai sebuah anak syarikat pada tahun 2014 untuk menyelesaikan masalah bagi Jangkitan yang Diperolehi di Hospital (HAI). Satu dalam lima belas orang telah dijangkiti di hospital.

Eugene Demaitre, editor kanan di The Robot Report and Robotics Business Review, berkata, “Penyelesaian itu telah diperkenalkan ke pasaran malah sebelum pandemik COVID-19, dan sejak itu UVD Robots telah dapat meningkatkan pengeluaran mereka kepada permintaan global yang semakin meningkat untuk penyahjangkitan berautomatik.

Kami menjangkakan bahawa syarikat RBR50 Denmark itu akan, di masa hadapan, membantu kedua-dua hospital dan lokaliti lain untuk juga mencegah jangkitan.”

Acer’s Launched New Product In Global Market

Predator-Helios

Acer has just live-streamed the next@acer 2020 Global Press Conference and we would like to share with you six (6) press releases issued in conjunction with this global PC.

Acer’s New Swift 5 Fuses Style, Portability and Performance

Acer-Swift-5

An ultrathin-and-light notebook features the next gen Intel® Core™ processors with powerful integrated graphics based on Intel’s new Xe architecture and optional NVIDIA® GeForce® MX350 GPUs

  • A touchscreen covered with Antimicrobial Corning® Gorilla® Glass is surrounded by four ultra-narrow bezels to offer an immersive 90% screen-to-body ratio.
  • Acer Refreshes its Predator Helios, Predator Triton and Nitro Gaming Notebooks
    • Acer’s gaming notebooks now offer a range of 10th Gen Intel® Core™ processors and up to NVIDIA® GeForce RTX 2080 SUPER™ graphics
    • Acer is also bringing the latest display technology to its Predator and Nitro gaming notebooks with models offering 240 Hz or 144 Hz displays for seamless, tear-free gaming
    • Acer’s new PowerGem thermal technology makes its debut in the Predator Helios 700, bringing significant cooling enhancements to the ultra-powerful notebook
  • Acer-Chromebook-Spin-311-CP311-3H-Standard
  • Acer Launches Premium Convertible 2K Chromebook Spin 713 that is Based On Project Athena
    • New Acer Chromebook Spin 713 delivers the latest technology and a premium design. Acer Chromebook Enterprise Spin 713 comes with the business capabilities of Chrome OS unlocked
    • Co-engineered and verified as part of Intel’s Project Athena innovation program for advanced mobile performance with the latest 10th Gen Intel® Core™ processors built to power the next generation of computing innovation and provide platform stability.
  • Acer Expands ConceptD Series for Creators With New Notebooks, Desktops and Monitors
    • A notebook and convertible notebook that leverages Acer’s innovative Ezel hinge, impressive specs and a host of thoughtful features in order to offer an intuitive workflow
    • A trio of PANTONE-validated monitors with outstanding color accuracy aimed at professional video/photo editors and animators
    • A new desktop aimed at small design studios and creative enthusiasts that packs professional-grade graphics into a small, chic form factor
    • Acer-Enduro
  • Acer Launches Enduro Lineup of Rugged Notebooks and Tablets
    • The new Enduro series of rugged devices, featuring MIL-810G and up to IP65 certifications, are designed for first responders, field and manufacturing workers
    • PREDATOR-GAMING-CHAIR
  • Acer Expands its Acclaimed Predator Gaming Portfolio with Desktops, Monitors and Accessories
    • The Predator X25 gaming monitor boasts an incredibly fast 360 Hz refresh rate, supporting the smoothest possible animation and gameplay
    • Refreshed Predator Orion 9000 and Orion 3000 gaming rigs give enthusiasts powerful performance for gaining an advantage over their opponents and streaming their battles to fans and friends
    • The newest Nitro 50 gaming desktops support entry-level to mainstream gamers with a wide range of configuration and pricing options
    • Predator Gaming Chair x OSIM gives relaxing massages to ease tension and maximize comfort during and after gameplay

Kunjungan Hormat NGO Antarabangsa Ke JKSM

Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Dato’ Dr Mohd Na’im Mokhtar,  semalam menerima kunjungan hormat daripada Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican di pejabat Ketua Pengarah, Aras 7, JKSM.

Pertemuan yang julung kali diadakan itu bertujuan membincangkan kerjasama yang boleh dijalankan antara NGO yang diterajui oleh beliau dengan JKSM khususnya dalam isu memperkasakan institusi kekeluargaan di Malaysia.

Mustapha (kiri) mengadakan perbincangan dengan Dr Na’im Mokhtar di Putrajaya, semalam

Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan isu perkahwinan antara pelarian warga asing dengan warganegara Malaysia yang perlu diberi perhatian lebih mendalam kerana banyak masalah lain yang timbul hasil perkahwinan tersebut dilaporkan kepada NGO beliau.

Dr Mohd Na’im turut berpeluang memberi sedikit pencerahan berkaitan perundangan syariah termasuk prosedur pendaftaran pernikahan melibatkan perkahwinan warga asing termasuk pelarian Rohingya dengan warganegara Malaysia.

Mustapha berkata, Input-input yang diberikan oleh beliau akan digunakan oleh NGO tersebut bagi memudahkan gerak kerja mereka khususnya dalam memberi penerangan dan khidmat kaunseling kepada pihak yang memerlukan.

Untuk rekod, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican yang berasal dari Kuala Terengganu, memulakan program kebajikan dibawah nama NGO Antarabangsa di Kemboja sejak 1999.

Beliau memperolehi pelbagai anugerah dari Kemboja dan yang tertinggi apabila dianugerahi pingat tertinggi negara tersebut yang disampaikan oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen pada dua tahun lalu.

Antara kejayaan sepanjang tempoh beliau berbakti di negara berkenaan ialah membina 6 buah masjid, 10 buah surau, membina 3 buah sekolah agama, membantu anak-anak yatim, fakir miskin dan mualaf dan membina 4,001 buah perigi.

Kejayaan terbesar Dato Dr Mustapha ialah terbabit dalam perundingan pembebasan 47 rakyat Malaysia dari Penjara Kemboja pada tahun lalu. Ini sejarah hebat beliau dalam membuat perundingan dengan pihak kerajaan di sana.

Beliau juga terkenal di negara Asean sebagai seorang perunding diplomasi yang rendah diri dan berkarisma dengan pandangan yang bermakna bagi menyelesaikan krisis.

Mustapha dalam perbincangan dengan Na’im berkata, apa yang boleh kita kaji dan teliti mengenai perkahwinan rakyat Malaysia dengan warga asing dan pendatang tanpa izin (PATI) ialah menekankan soal undang-undang.

“Sekiranya mereka PATI, tindakan di bawah keselamatan perlu diambil dibawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen manakala bagi pekerja yang sah perlu juga kajian mendalam khususnya kebajikan kepada rakyat tempatan yang perkahwinan mereka bukan dijalankan oleh sindiket atau pihak pihak tertentu.

Mustapha juga mengingatkan rakyat tempatan khususnya wanita tempatan perlu melihat kepada banyak faktor seperti budaya yang berbeza, tingkah laku dan kadangkala mazhab berbeza.

“Jangan hanya ingat cinta itu adalah segala-galanya, fikir masa depan diri dan anak-anak yang bakal lahir. Anda perlu fikir perkara ini dengan mendalam dan melihat segala faktor sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan warga asing,” katanya.

AirAsia Pecah Rekod Jualan Harian Selepas Tempoh Hibernasi

Kekal momentum positif memasuki separuh tahun kedua 2020

AirAsia memecahkan rekod jualan harian tertingginya semalam, selepas tempoh hibernasi dengan 41,000 tempat duduk dijual dalam tempoh satu hari bagi seluruh kumpulan AirAsia, yang menandakan permintaan tinggi bagi perjalanan udara.

AirAsia menerima peningkatan trafik laman web AirAsia sebanyak 170%. Beberapa laluan paling popular yang ditempah termasuk Kota Kinabalu dan Kuching ke Kuala Lumpur dari Malaysia, Bangkok ke Chiang Mai dan Hat Yai untuk Thailand, Manila ke Puerto Princesa untuk Filipina, Delhi ke Srinagar dan Bengaluru ke Hyderabad untuk India dan Jakarta ke Denpasar dan Medan untuk Indonesia.

Purata muatan penumpang bagi Kumpulan AirAsia sebanyak 50 peratus dengan AirAsia Malaysia mencecah 70 peratus, ia merupakan rekod tertinggi bagi faktor muatan penumpang semalam selepas tempoh hibernasinya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Perkembangan positif ini menjadikan kami lebih bersemangat dan kami jangka permintaan ini akan berterusan.

Produk inovasi terbaharu kami di Malaysia, Pas Tanpa Had AirAsia Cuti-Cuti Malaysia yang direka khas untuk mempromosikan usaha Kerajaan Malaysia merangsang dan menggalakkan pelancongan domestik telah habis dijual dengan cepat.

Kami juga akan melancarkan produk ini di negara-negara lain tidak lama lagi. Kami akan terus memainkan peranan untuk memacu industri pelancongan domestik dengan kerjasama terus hotel-hotel tempatan untuk menawarkan pakej pelancongan yang mudah dan dijamin dengan nilai terbaik melalui SNAP, platform tempahan kombo penerbangan dan hotel kami.

Kami akan meneruskan visi untuk membolehkan semua orang terbang dengan tambang berpatutan, dan kini kami menawarkan promosi diskaun 20% untuk semua tempat duduk dan penerbangan di Malaysia.

AirAsia mementingkan nilai, pilihan serta inovasi, dan ini hanyalah permulaan bagi usaha pemulihan syarikat dan kami akan memperkenalkan produk, promosi dan kerjasama baharu pada masa akan datang.

“Kami merancang untuk meningkatkan kekerapan penerbangan sebanyak 50% daripada operasi sebelum COVID dan kami tidak sabar untuk terbang ke semua laluan domestik pada minggu dan bulan akan datang untuk memenuhi peningkatan permintaan.

Pada masa ini, kami mengendalikan 152 penerbangan pada setiap hari di seluruh rantau ini. Kami berharap untuk melihat pembukaan semula sempadan antarabangsa kerana jelas bahawa pengangkutan udara adalah penting untuk memulakan dan memulihkan aktiviti-aktiviti ekonomi di peringkat global,” katanya.

Perjalanan udara adalah salah satu kaedah perjalanan yang paling selamat. Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), risiko jangkitan di dalam pesawat terbukti amat rendah.

Ini kerana pesawat dilengkapi dengan ciri-ciri untuk mengurangkan risiko jangkitan yang telah terbukti amat rendah dalam pesawat.

Kedudukan penumpang yang menghadap ke hadapan tempat duduk berfungsi sebagai penghadang, sementara udara di dalam kabin ditapis sepenuhnya dan diperbaharui pada setiap 2-3 minit melalui penapis HEPA bergred hospital, untuk memastikan udara sentiasa bersih.

Tambahan pula, peningkatan keselamatan-bio yang meliputi seluruh perjalanan penumpang, akan terus mengurangkan risiko jangkitan di dalam pesawat.

AirAsia bekerjasama rapat dengan pengawal selia, kerajaan tempatan, pihak berkuasa penerbangan dan kesihatan, termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan juga Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mematuhi nasihat pakar mereka untuk memastikan piawai pematuhan dipatuhi untuk setiap penerbangan yang dikendalikan dalam rangkaian kami.

Kerjasama Standard Chartered, PPZ-MAIWP Sedia Perkhidmatan Zakat Atas Talian

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan Standard Chartered Saadiq Malaysia telah menandatangani sebuah perjanjian untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat melalui platform perbankan digital.

Pelanggan Standard Chartered kini boleh membayar zakat melalui laman web atau aplikasi mobil Standard Chartered Malaysia, walau di mana jua mereka berada.

Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, berkata, “Zakat adalah kewajipan bagi umat Islam, dan menunjukkan bahawa Islam amat mengambil berat hal keadilan sosial dan ekonomi.

Terdapat lebih daripada sepuluh jenis zakat yang perlu dibayar setiap tahun, dan pengurusan pungutan zakat yang telus amat penting bagi memastikan pengagihan harta dan pendapatan yang adil lagi saksama.”

“PPZ-MAIWP akan terus berkolaborasi dengan pelbagai rakan kongsi dan saluran, dengan memfokuskan kepada platform digital, bagi memastikan umat Islam di Malaysia dapat memenuhi kewajipan bayaran zakat dengan mudah.

Kami telah menyaksikan perbezaan yang ketara dari segi jumlah pembayar zakat yang membuat bayaran melalui saluran atas talian pada tahun ini disebabkan oleh penularan wabak COVID-19, dan kami percaya jumlah ini akan terus meningkat walaupun selepas pandemik berakhir.

Melalui kerjasama dengan Standard Chartered, kami yakin bahawa pembayaran akan diuruskan dengan telus dan selamat. Kami juga gembira kerana kerjasama ini juga memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam dan sedang bekerja di luar negara seterusnya berhasrat untuk membayar zakat mereka di Malaysia.”

Mohd Suhaimi Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Saadiq Malaysia berkata, “Di Standard Chartered, kami amat menekankan penambah baikan adaptasi digital.

Penetrasi perbankan digital dalam kalangan pelanggan kami adalah tinggi, termasuklah sebelum kemunculan pandemik ini. Mengikut data semasa, hampir 45% pelanggan runcit menggunakan perbankan digital di mana 95% transaksi dilakukan secara digital.

Kami merancang untuk mengukuhkan perkhidmatan digital dan meletakkan Standard Chartered Saadiq sebagai bank digital Islam yang terbaik di Malaysia – sebuah pengiktirafan yang telah kami terima dari Global Finance bagi tiga tahun berturut-turut.

“Kami sedang meningkatkan promosi bagi platform perbankan digital, terutamanya buat masa ini bagi meminimumkan perhubungan fizikal sebaik mungkin, dan kami berbesar hati dengan tawaran untuk bekerjasama dengan PPZ-MAIWP dalam menyediakan perkhidmatan baru buat pelanggan kami.

“Perkhidmatan pungutan zakat atas talian ini tidak terhad kepada pelanggan tempatan sahaja, tetapi secara global. Standard Chartered Saadiq adalah satu-satunya bank Islam antarabangsa yang mempunyai kehadiran fizikal di pelbagai pasaran – seperti Malaysia, UAE, Arab Saudi, Bahrain, Pakistan, Bangladesh dan Kenya – dan rangkaian kami yang luas memudahkan pelanggan Bank yang bekerja di luar negara untuk menyalurkan bayaran zakat mereka kembali ke Malaysia dengan satu klik sahaja.

Kemudahan seperti ini amat diperlukan sepanjang kawalan pergerakan dan perjalanan di seluruh dunia.”

Peluang Pekerjaan Terbuka Luas Dalam Bidang Pertanian Menerusi Dana Disediakan Kerajaan

Pengerusi NGO Antarabangsa dan Penasihat NGO-NGO Malaysia, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican melahirkan rasa kebimbangan kerana ramai anak tempatan kehilangan pekerjaan dan kadar penggangguran akan meningkat pada tahun ini.

Beliau berkata, walaupun kerajaan berusaha mengatasi masalah tetapi bebanan itu tidak harus diletakkan sepenuhnya kepada kerajaan semata-mata kerana setiap tahun beribu graduan menamatkan pengajian di IPTA dan IPTS.

Mustapha (kanan) bersama Azman (tengah) dan Shuib di Putrajaya, baru-baru ini.

“Oleh itu saya menyeru kepada semua yang sedang mencari pekerjaan, pada masa ini kita tidak lagi boleh memilih pekerjaan tetapi berfikir bagaimana untuk kita mencari rezeki bagi menyara diri sendiri dan keluarga.

“Banyak peluang yang ada di luar sana asalkan kita berusaha mahu mencarinya secara halal dan sah daripada segi undang-undang negara serta agama.

“Jadi rebutlah peluang yang ada sama ada bekerja dengan orang atau mengusaha sendiri mengikut minat masing-masing,” katanya ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Azman Mahmood di Putrajaya, baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi NGO Labuan, Dato Seri Shuib Nasir.

Sementara itu, Azman berkata, banyak kemudahan dibawah kementerian untuk sesiapa sahaja warga tempatan yang berminat dan mempunyai tanah yang kecil dan luas untuk diceburi pelbagai bidang seperti tanaman jangka pendek atau panjang.

Beliau berkata, begitu juga bidang perikanan dan ternakan kerana apa yang paling penting mereka berminat menunjukkan kesungguhan dan rajin berusaha, banyak insentif yang kerajaan beri seperi benih, baja, tunjuk ajar, latihan dan geran khas.

Katanya, mereka juga perlu membuktikan tanah itu dimiliki sendiri atau disewa dan usahasama mudah dilakukan dalam menyalurkan apa-apa bantuan kepada golongan ini.

Mustapha juga menyeru para lepasan atau graduan merebut peluang terbaik daripada Kerajaan yang menawarkan pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan bagi membantu rakyat.

“Justeru, selepas wabak pandemik COVID-19 ini, bidang pertanian, penternakan dan industri makanan dilihat menyediakan peluang terbaik bagi mereka yang berminat.

“Jadi rebutlah peluang yang ada sedangkan orang dari luar melihat negara kita punca rezeki yang banyak jadi tidak hairanlah ramai PATI ingin memasuki Negara kita dari laut dan darat,” katanya.

New Achievement Unlocked!

realme Malaysia has achieved another e-commerce milestone by being the Top 1 Best-selling Smartwatch on Shopee in June 2020 during realme watch’s first sale on 12 June 2020 in terms of units sold.

“We’re proud to welcome realme fans in being part of realme’s diverse ecosystem. realme is grateful for all the support we’ve received from our fans on realme watch’s first sale.

Apart from enjoying the amazing flash sale, we do hope our fans enjoy the realme watch and improve on their workout session,” said Tiffany Teh, Brand Manager of realme Malaysia.

If you missed the opportunity to grab a realme watch, don’t worry as it is still available in the black colour strap for RM299 at realme’s official store in Shopee here: https://bit.ly/watchpr. It also comes with a 1-year warranty period.

 

Once again, thanks to all Malaysians for showing their lively support towards our tech trendsetter AIoT device, realme watch.

Post Menarik