Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican semalam, mengadakan perbincangan dengan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Fokus perbincangan ialah berhubung dengan kempen membeli barangan Buatan Malaysia ketika wabak pandemik COVID-19 melanda negara ketika ini.

Nadzim berkata, kini sudan tiba masanya, orang Melayu bangkit mengeluarkan produk barangan yang bermutu di pasaran kerana mereka mempunyai kemampuan dan kemahiran untuk menghasilkannya.

“Kebanyakan mereka memiliki kemampuan mengeluarkan produk yang bermutu cuma kadangkala tidak berasa yakin atau takut ke hadapan. Apabila COVID-19, berlaku baru kita nampak keperluan semua benda dan tidaklah kita bergantung kepada barang-barang yang diimport semata-mata,” katanya.

Sementara itu, Mustapha berkata, barang-barang keluaran orang Melayu atau masyarakat Islam boleh dipasarkan ke luar negara tetapi perlulah dipelbagaikan misalnya, madu lebah, minyak masak, barangan kosmetik atau barang makanan tempatan dalam bentuk sejuk beku.

Beliau berkata, produk yang dihasilkan perlu memperoleh sijil kesihatan dan memiliki sijil halal agar produk itu lebih mudah diterima diperingkat antarabangsa kerana permintaan terhadap produk halal adalah tinggi.

“Pelbagai agensi kerajaan boleh membantu pengusaha produk tempatan ini untuk menembusi pasaran antarabangsa,” katanya.