Utama Blog Halaman 510

Qualcomm and Ferrari Announce Strategic Technology Collaboration

Qualcomm Technologies, Inc. and Ferrari N.V. announced today a strategic technology collaboration aimed at helping accelerate the digital transformation of Ferrari.

Qualcomm Technologies will serve as Ferrari’s systems solutions provider for its upcoming Ferrari road cars, as well as a Premium Partner for the Scuderia Ferrari Formula 1 team and Ferrari eSports team.

Ferrari will work with Qualcomm Technologies to utilize the Snapdragon ®  Digital Chassis™ to bring the latest automotive technology advancements to Ferrari road cars.

The Snapdragon Digital Chassis is comprised of open and scalable cloud-connected platforms needed for next-generation vehicles, which includes telematics and connectivity, the digital cockpit, as well as ADAS functions and utilizes a unified architecture to deliver enhanced safety and immersive digital experiences that are updateable throughout the lifetime of the vehicles.

As a part of the agreement, Qualcomm Technologies and its partners will also work with Ferrari to design, develop and integrate Ferrari’s digital cockpits.

Qualcomm Technologies will begin serving as a Premium Partner of the Scuderia Ferrari
Formula 1 team at the start of the 2022 FIA Formula One World Championship ™  race season where Snapdragon will be featured on the new Scuderia Ferrari’s F1-75 single-seaters.

Additionally, the Maranello marque’s eSports activities will also be part of the official
partnership.

“We believe innovation requires market leaders working together,” said Benedetto Vigna, CEO of Ferrari.

“Thanks to this agreement with Qualcomm Technologies, we expand our knowledge in digital technologies and web 3.0 areas with great potential for automotive and motorsport. We believe valuable partnerships, and a distinctive Ferrari interpretation, ultimately enhances product excellence.”

“We are excited to see our automotive technology leadership play an integral role in this new strategic relationship with Ferrari,” said Cristiano Amon.

“We look forward to helping shape what the future holds as we work together to bring world-class driving experiences to their customers through our Snapdragon Digital Chassis.”

DOC2US Sediakan Konsultasi Atas Talian Percuma

Memandangkan peningkatan berterusan kes COVID-19 harian baharu yang mencecah lebih 10,000, DOC2US, sebuah khidmat nasihat perubatan atas talian, mengulangi komitmennya untuk menyokong rakyat Malaysia melawan COVID-19 dengan Konsultasi Atas Talian
percuma melalui aplikasi MySejahtera dan DOC2US.

Dr Raymond Choy, Ketua Pegawai Eksekutif DOC2US berkata, “Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dengan gelombang Omicron, bilangan kes yang semakin meningkat dijangka mencecah15,000 tidak lama lagi.

Kami melihat kebimbangan baharu di kalangan orang awam tentang COVID-19 dan
varian baharu mengenai Konsultasi Atas Talian percuma yang telah kami bekalkan sejak Mac 2020.”

Pasukan sukarela COVID-19 DOC2US adalah perkhidmatan konsultasi kesihatan sukarela untuk membantu orang awam memperoleh maklumat yang mencukupi tentang penyebaran dan pengurusan wabak COVID-19 serta mengurangkan interaksi antara pesakit dan pakar kesihatan.

Setakat ini, pasukan sukarela yang kini terdiri daripada 125 orang doktor dan profesional penjagaan kesihatan sukarela telah mencatatkan lebih 2.2 juta jam dalam memberikan nasihat perubatan tentang COVID-19 dan isu kesihatan yang berkaitan kepada orang awam sejak Mac 2020.

Baru-baru ini, KKM telah membahagikan simptom COVID-19 kepada Kategori 2A dan 2B, dan hanya pesakit yang menunjukkan simptom Kategori 2B dan ke atas perlu pergi ke pusat penilaian (CAC).

Menurut COVIDNOW oleh KKM menunjukkan bahawa 87.7% kes aktif Covid-19 dikuarantin di rumah, manakala 5.7% dimasukkan ke hospital dan 0.2% memerlukan Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Pasukan sukarela tersebut merupakan usaha yang bertujuan untuk mengurangkan beban sistem penjagaan kesihatan awam. Kami juga ingin memaklumkan kepada orang awam terutamanya mereka yang sedang kuarantin di rumah tentang bantuan yang sedia ada dan mudah diakses.

Kami berharap khidmat nasihat perubatan kami dapat membantu mengurangkan kebimbangan pesakit Covid-19 yang berasa tidak berdaya dan terasing.” Dr Raymond menegaskan.

Untuk mendapatkan Konsultasi Atas Talian percuma, log masuk ke aplikasi MySejahtera anda, klik Kesihatan Digital (Digital Health) dalam menu, kemudian klik Virtual Health Advisory.

Anda juga boleh klik pada COVID-19 Advisory melalui aplikasi DOC2US atau https://www.doc2us.com.

Mengapa Anda Tidak Perlu Meragui Kebolehan Galaxy A03 Walaupun Harganya Berpatutan

Berbanding dengan tahun-tahun yang lalu, harga untuk telefon pintar pada hari ini tidaklah
begitu murah. Kini, pengguna dijangka untuk berbelanja dengan banyak jika mereka ingin
mencari peranti yang berkualiti tinggi.

Walaubagaimanapun, harga yang tinggi tidak menjamin kualiti atau kepuasan yang tinggi – mujurlah model-model Galaxy A memberikan kualiti yang mengagumkan pada harga yang mengagumkan.

Keluaran terbaru barisan Galaxy A – Galaxy A03 – menawarkan kebolehan yang sama menakjubkan.

Telefon pintar digunakan sepanjang hari untuk memudahkan dan menjalankan pelbagai tugas dan adalah amat penting untuk sesebuah peranti itu bertahan dengan lama. Dengan bateri 5,000mAh, kini anda tidak perlu bimbang dan boleh menjalankan aktiviti harian anda dengan tenang.

Selain itu, prestasi kesuluruhan telefon pintar memainkan peranan yang penting juga. Dengan RAM 3GB atau 4GB dan pemproses Octa-Core yang baharu menjalankan tugas
dengan pantas – tiada lagi peranti “lembab” .

Selain itu, Galaxy A03 juga dilengkapi dengan dua kamera. Kamera utama 48MP dan kamera kedalaman 2MP memberikan pengguna gambar dan video yang jelas dan berkualiti tinggi. Siapa kata anda tidak boleh mempunyai ciri-ciri hebat di peranti yang berharga berpatutan?

Peranti ini didatangkan dalam tiga warna klasik – Hitam, Biru dan Merah – yang senang
digayakan sebagai aksesori. Untuk RAM 3GB dengan storan dalaman 32GB, harga runcit
disyorkan peranti ini adalah RM469 manakala peranti RAM 4GB dengan storan dalaman 64GB ialah RM549.

Untuk penjimatan lebih, anda juga boleh bertukar-beli peranti lama anda atau gunakan Easy Payment Plan untuk membuat pembelian tanpa sebarang faedah.

Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia: Maxis Komited Untuk Berkhidmat Demi Seluruh Rakyat Malaysia Kekal Berhubung

Maxis meneruskan komitmen untuk memperkasakan rakyat dan perniagaan Malaysia
dengan salinghubungan dengan pelbagai cara, pada setiap masa, untuk semua komuniti,
dengan pelancaran kempen jenama terbaru, Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia (RKRM).

RKRM mewakili pengukuan tujuan jenama Maxis, Terus Menerajui yang dilancarkan pada
2020.

Kempen ini dipacu oleh evolusi Maxis daripada penyedia telekomunikasi mudah alih,
kepada pakar kesalinghubungan dan penyelesaian digital yang menawarkan pelbagai
penyelesaian untuk setiap segmen, dikuasi oleh rangkaian 4G terkemuka, liputan fiber serta inovasi 5G terbaik.

Maxis adalah jenama tempatan yang dikenali selama lebih dari dua dekad. Pelaburan dan
kerjasama berterusan kami telah menghasilkan rangkaian komuniti yang kukuh dan
rangkaian tertumpu yang paling meluas di negara ini.

Semangat RKRM adalah tentang meraikan kepelbagaian dan Maxis akan terus berkhidmat kepada orang ramai dari semua lapisan masyarakat berdasarkan setiap keperluan unik mereka.

Apabila semua rakyat Malaysia disambungkan dalam semua aspek, maka inovasi digital tercipta, dan kami mahu meningkatkan peranan kami dalam memperkasakan inovasi ini,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Di luar produk dan penyelesaian, Rangkaian Maxis menghubungkan rakyat Malaysia yang
pelbagai melalui inisiatif komunitinya – dari pembelajaran digital selepas sekolah, membina
kehadiran digital yang lebih besar untuk usahawan wanita, usaha kemanusiaan, serta melabur dalam generasi lelaki dan wanita akan datang, pendidikan STEM, dan bakat kepimpinan dan inovasi.

Untuk memahami Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia Maxis dengan lebih lanjut, Maxis juga melancarkan filem untuk mempamerkan inisiatif syarikat dalam menghubungkan rangkaian komuniti.

Petronas Sign MoU With Mitsui OSK Lines

Adif Zulkifli and Takeshi Hashimoto

PETRONAS has signed a Memorandum of Understanding (MoU) with leading global shipping company Mitsui O.S.K. Lines, Ltd. (MOL) to jointly explore opportunities in liquefied carbon dioxide (CO₂) transportation for the carbon capture, utilisation and storage (CCUS) value chain in Asia Pacific and Oceania regions.

The MoU was signed in a virtual ceremony on 7 February by PETRONAS Executive Vice President and Chief Executive Officer of Upstream, Adif Zulkifli and MOL President and Chief Executive Officer Takeshi Hashimoto.

Adif said, “PETRONAS continuously explores opportunities to reduce carbon emissions in our operations. This collaboration is important as long haul liquefied CO₂ transportation plays an essential role in the CCUS value chain.

Adif Zulkifli and Nora’in Md Salleh

We are confident that MOL’s strong track record, coupled with its recent acquisition of Larvik Shipping AS which has safely transported CO₂ for over 30 years, will position both PETRONAS and MOL as leaders in the region for long haul transportation of liquefied CO₂.”

PETRONAS is taking deliberate steps to build a resilient and sustainable portfolio aligned to its growth strategy, delivering effective solutions with a lower carbon footprint through commercial and operational excellence, renewable energy generation and technology innovations.

PETRONAS supports the transition towards lower carbon energy sources by applying technology that lowers emissions across the value chain, which includes carbon capture, transport and storage.

MOL, together with Larvik Shipping AS, which is one of the few companies in the world qualified to operate liquefied CO₂ vessels for food-grade CO₂, will contribute its expertise in safe transportation of liquefied CO₂. Liquefied CO₂ transportation safely and efficiently connects CCUS sites over long distances where pipelines are not economically viable.

Galaxy Watch4 Series Levels Up Holistic Wellness and Customization with New Update

Samsung Electronics Co., Ltd. announced a new update to the Galaxy Watch4 and Galaxy Watch4 Classic, continuing its commitment to helping users reach their health and wellness goals and express their personal style.

Users can expect new improvements like advanced interval training designed for any cyclist or runner, a new sleep coaching program, and new body composition insights.

Galaxy Watch4 users will now have even more ways to customize their look with upgraded watch faces, and a new line of stylish straps.

“We understand the growing needs of smartwatch users, and are committed to guiding our Galaxy Watch4 series community on their unique wellness journeys with our latest update,” said, Janghyun Yoon, Executive Vice President and Head of Software Platform at Mobile eXperience Business, Samsung Electronics.

“We are excited to continue this effort as part of our wider initiative to redefine holistic wellness through expanded experiences and new innovations.”

Motivation to Move

The latest body composition update gives users even more insight into their health progress. Samsung Health will also be providing body composition insights powered by Centr, a digital fitness program curated by Chris Hemsworth, to help users transform their health, fitness and mindset.

In addition, Galaxy Watch4 users will receive a 30-day trial 3 for full and unrestricted access to Centr. Whether you’re just looking to get active or training for an upcoming race, Samsung’s new interval target feature for runners and cyclists lets them pre-set the duration, distance, and number of sets for their workout.

From there, Galaxy Watch4 guides them through a custom intensity training session with a series of high-intensity workouts interspersed with low-intensity workouts, making for an impactful and targeted workout every time.

We are continuing our collaboration with top-ranked apps like adidas Running and Strava to help users power through their exercise.

Work Towards a Better Night’s Sleep

Building on Galaxy Watch4’s robust sleep tracking capabilities, the new sleep coaching program helps users develop better sleep habits.

By tracking sleep patterns over seven days and completing two  related sleep surveys, the program assigns one of eight sleep symbol animals representing the user’s sleep type.

Then, it will guide users through a four to five week coaching program that includes missions, checklists, sleep-related articles, meditation guidance, and regular reports to support users as they work towards improving their sleep quality.

When it comes to waking up refreshed, a peaceful and quiet environment is key to achieving a healthy rest as well. Galaxy Watch4 recognizes when users fall asleep and automatically turns off Samsung SmartThings enabled lights to help create better sleeping conditions.

Availability

This software update will be available via the Galaxy Wearable app for Galaxy Watch4 and Galaxy Watch4 Classic starting the day of the Unpacked – February 10 th KST. Users can purchase the new watch straps beginning late February.

Isuzu D-Max 2021 Generasi Ketiga Tampil Lebih Maskulin, Sporty – Pandu Uji

Kebiasaannya, enjin yang digunakan kebanyakan trak pikap di negara ini adalah sekitar 2.5 liter disebabkan beberapa faktor seperti cukai jalan yang mungkin akan mempengaruhi permintaan di pasaran.

Berbeza dengan Isuzu Malaysia Sdn Bhd, yang tampil berani apabila mempertaruhkan sebuah trak pikap berkuasa 3.0 liter dikenali sebagai Isuzu X-Terrain 3.0 liter yang bukan sahaja kelihatan mewah daripada segi kekemasan dalaman malah sentuhan luar.

Sebelum ini, Isuzu pernah mencatatkan kelainan apabila memperkenalkan trak pihak berkuasa 1.9 liter pada dua tahun lalu yang bukan sahaja menjimatkan ‘poket’ anda malah cukai jalan tahunan yang lebih murah.

Sebenarnya, kehadiran trak pikap semakin mendapat permintaan pengguna masa kini dan ini jelas dapat dilihat semakin banyak di jalan raya disebabkan reka bentuknya yang maskulin, praktikal dan mudah dikendalikan.

Ciri-ciri praktikalnya menjadi pilihan kepada pengguna yang gemar mencari kelainan untuk disesuaikan dengan gaya hidup masa kini, apatah lagi lambakan kedai aksesori kenderaan yang menawarkan pelbagai modifikasi kepada kenderaan pikap ketika ini.

Tidak ketinggalan ada yang menjadikan trak pikap ini sebagai sumber pendapatan membawa pelbagai barangan seperti perabot hingga kepada motosikal. Pernah sekali melihat sebuah pikap yang boleh membawa sehingga tiga buah motosikal sekali gus.

Justeru, kehadiran model Isuzu D-Max X-Terrain berkuasa 3.0 liter ini memberikan kelebihan daripada segi kuasa enjin dan penjimatan penggunaan bahan api.

Ketika diperkenalkan pada April tahun lalu, Isuzu menawarkan tujuh varian, dengan harga bermula dari RM89,000 hingga kepada varian X-Terrain yang merupakan varian tertinggi didatangi dengan tanda harga lebih RM140,000.

Dalam tempoh singkat sejak pelancarannya, Isuzu D-Max X-Terrain telah meraih tidak kurang daripada lima anugerah Trak Pikap Terbaik Tahunan.

Agaknya disebabkan ketika ini ramai pembeli trak pikap yang memandu kenderaan ini sebagai kereta harian ke tempat kerja dan beriadah bersama keluarga di hujung minggu, menyebabkan kebanyakan pengeluar trak pikap menawarkan pelbagai pilihan kepada pengguna.

Rekabentuk luaran

Rekabentuk Isuzu D-Max X-Terrain serba baharu kali ini benar-benar berbeza berbanding model terdahulu daripada pandangan hadapan hingga kepada belakang.

Jika dilihat pada bahagian depan misalnya, gril baharunya tampil lebih maskulin dengan tahap ketinggian bonet dinaikkan 15 mm manakala garis bumbung pula direndahkan 15 mm untuk memberikannya profil yang lebih sporty.

Varian 3.0 liter ini turut menggunakan platform baru dikenali sebagai Dynamic Drive Platform (masih binaan body-on-frame), memberikan ketahanan struktur yang lebih teguh, perlindungan ketika perlanggaran, kestabilan pemanduan dan pengurangan tahap bising NVH.

Ciri berbeza dengan model terdahulu ialah ketinggian meredah banjir juga kini 800 mm berbanding 600 mm sebelum ini sekali gus memberikan kelebihan kepada kenderaan ini meredah banjir yang sering melanda negara sejak kebelakangan ini.

Apa yang menarik ialah jarak antara rodanya ditambah 30 mm sekali gus menjadikan kabin lebih luas dengan kedudukan tempat duduk belakang misalnya tidak terlalu menegak, cukup selesa untuk perjalanan jauh.

Enjin

Ada dua kapasiti enjin yang ditawarkan, dengan yang pertama unit RZ4E-TC 1.9 liter common-rail empat-silinder diesel yang sudahpun diperkenalkan di Malaysia sebelum ini, menghasilkan 150 PS dan 350 Nm tork. Output masih sama, tetapi menurut Isuzu enjin ini kini lebih lancar dan senyap.

Bagi unit 4JJ3 3.0 liter, ia diberikan penambah baikan dan peningkatan baru. Ia kini menghasilkan 190 PS dan 450 Nm tork, menampilkan peningkatan sebanyak 13 PS dan 70 Nm berbanding unit enjin 4JJ1 3.0L yang digunakan sebelum ini — memanfaatkan engin head dan pengecas turbo baru.

Angka ini mungkin tidak terlalu jauh daripada pesaingnya, tetapi Isuzu sejak dulu selalu merendahkan output dari kapasiti sebenar bagi memberi kelebihan kepada ketahanan dan jangka hayat enjin yang lebih lama.

Lebih menarik, kedua-dua enjin yang ditawarkan oleh Isuzu ini boleh menggunakan biodiesel B20 tanpa masalah. Transmisi manual dan automatik enam-kelajuannya juga diberi kemaskini agar lebih lancar, begitu juga dengan pemilih sistem pacuan 4×4.

Pengalaman luas Isuzu yang sudah membina lebih 26 juta enjin di peringkat antarabangsa membabitkan pelbagai jenis kenderaan daripada trak pikap hingga kepada lori sudah terbukti mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Ruang Dalaman

Terdapat dua varian bagi enjin berkapasiti 3.0 liter iaitu 3.0L AT Premium dan 3.0L 4×4 AT X-Terrain, dengan beza harga kira-kira RM14,000. Apa yang membezakannya ialah padanan cermin depan khas yang mengurangkan penembusan cahaya infra-merah, bilah pengilap aerofoil premium dengan pencuci bersepadu, rim aloi 18-inci dengan tayar 265/60 All-Terrain serta penghidup enjin jarak jauh.

Varian ini juga dilengkapi kemasan kulit coklat, kerusi pemandu dengan larasan elektrik lapan-hala dengan sokongan lumbar, larasan stereng teleskopik dan paparan skrin sentuh sembilan-inci.

Keselesaan penumpang belakang juga tidak dilupakan kerana dilengkapi corong pendingin hawa belakang dan sambungan USB untuk pengecasan telefon bimbit.

Padanan fabrik hitam dibahagian bumbung dalam digabungkan dengan kerusi kemasan coklat menyerlahkan lagi ciri sporty kenderaan pikap ini dijalan raya.

Punat kawalan bersepadu pada stereng meliputi kawalan audio, auto cruise dan tetapan lain membolehkan pemandu memberi fokus kepada pemanduan. Sistem kawalan pendingin hawa yang diperbaharui pula kelihatan lebih mewah dan eksklusif seakan rekaan kenderaan buatan Eropah.

Paparan skrin sentuh sembilan inci pula yang turut berfungsi sebagai kamera undur memberikan visual lebih jelas selain boleh dihubungkan dengan sokongan Apple CarPlay, Android Auto dan fungsi WiFi.

Ciri Keselamatan

Varian tertinggi ini hadir dengan pakej sistem bantuan pemanduan lanjutan (ADAS) lengkap; tujuh beg udara, amaran perlanggaran depan, brek kecemasan autonomous, kawalan melayar adaptif dengan fungsi henti/gerak, lampu tinggi automatik, amaran menukar lorong, penghindaran salah operasi pedal dan bantuan selekoh ditawarkan sebagai standard selain sensor parkir sahaja.

Apa yang boleh dipuji di sini ialah sistem brek kecemasannya berfungsi dengan cekap apabila melakukan brek secara automatik sekiranya kenderaan ini mengesan kedudukannya terlalu hampir dengan kenderaan di hadapan.

Penggunaan fungsi brek secara automatik ini amat sesuai ketika memandu di kawasan taman atau pemanduan dalam bandar yang mana kadang kala kita lalai atau cuai melihat objek dihadapan.

Kesimpulan

Kesempatan menguji model berwarna Sapphire Blue ini di jalan raya biasa, lebuh raya dan laluan lasak cukup menyeronokkan. Tahap keselesaan dapat dirasakan apabila menempuh laluan yang tidak rata manakala kawalan stereng bertindak balas dengan aktif.

Untuk menukar ciri kenderaan ini daripada pacuan dua roda kepada empat roda juga mudah kerana tombol penukaran hanya terletak dibahagian panel bawah papan pemuka manakala kawalan gear manual enam kelajuan cukup responsif apabila digunakan untuk memotong kenderaan sekiranya mahu beralih daripada penggunaan transmisi gear automatik.

Jaminan bagi varian X-Terrain diberikan selama tujuh-tahun tanpa had perbatuan, sementara varian lain kekal jaminan lima-tahun.

Sistem titik buta pada cermin sisi yang memberi amaran kenderaan di sisi, dan amaran lintasan trafik belakang membantu pemandu mengawal kenderaan dengan lebih cekap di jalan raya.

Varian X-Terrain 3.0 liter 4×4 ditawarkan pada harga di atas jalan raya tanpa insurans ialah  RM142,438.40* (persendirian).

OPPO Reno7 Series 5G- The Expert for Professional Portrait

OPPO Malaysia recently announced that the OPPO Reno7 Series is making its appearance soon.

Charting your photography experience to the next level, the OPPO Reno7 Series 5G ‘s excellent DSLR-like portrait is made available via adjustable Portrait Mode and Bokeh Flare Portrait hoping users can unlock the “Unlimited You” by showing different personas to the
world through customizable portraits.

And here are some of the key features to look forward in the OPPO Reno7 Series 5G. Arriving with adjustable Portrait Mode, the OPPO Reno7 5G allows you to precisely adjust the depth of field to alter size and properties of bokeh lights with up to 25 levels of adjustable aperture sizes from F0.95 to F16.

With the help of OPPO’s AI algorithms, image analysis and recognition will be carried out, automatically distinguish the human subjects and the background.

The algorithm will even preserve the skin tone and retouch the subjects, making the subjects stand out more! It is now possible to adjust the level of bokeh effect on the OPPO Reno7 Series 5G on both the front and rear camera, creating your very own Bokeh Flare Portrait videos and photos.

To guarantee excellent shots in low-light condition, the smartphone also comes with a Dual-Flagship Portrait Camera System that offers you flawless portraits. Built with the industry’s first ever IMX709 sensor customized by OPPO and built with Sony, it is able to capture brighter nighttime selfie videos with 60% more light and 35% less light.

On the back, OPPO and Sony co-developed IMX766 sensor also always ensures enhanced portrait experience from the ground up.

Of course, there’s more to the Reno7 Series, features that will help you to become the portrait expert- all of which will be revealed in the near future! For timely updates on the OPPO Reno7 series and its imminent arrival, register your interest at https://bit.ly/3LrHnkH.

Bestinet Keluarkan Surat Tuntutan (LOD) Kepada Portal Berita Dalam Talian

Bestinet Sdn Bhd (Bestinet) mengeluarkan surat tuntutan (LOD) terhadap dua portal berita bebas dan dua individu berikutan artikel yang dikeluarkan pada 4 Februari lalu mengandungi pernyataan fitnah.

Selain Bestinet, Datuk Sri Mohd Amin Abdul Nor turut surat mengeluarkan LOD terhadap kedua-dua portal berita dalam talian itu di atas alasan yang sama.

Bestinet dalam kenyataannya berkata, surat tuntutan itu memaklumkan bahawa kandungan pernyataan fitnah itu adalah berniat jahat, tidak benar dan tidak dapat dijustifikasikan.

“Pernyataan fitnah berkenaan merupakan serangan terhadap integriti dan reputasi Syarikat dan Mohd Amin, yang telah diheret ke dalam skandal, cemuhan dan kebencian orang awam,” kata Bestinet.

Mengulas lanjut Bestinet berkata, pihaknya dan Mohd Amin bersedia untuk menghentikan tindakan perundangan sekiranya portal berita dalam talian bebas itu dan dua individu berkenaan menghentikan tindakan seperti yang dinyatakan dalam LOD.

Syarikat dan Dato’ Sri Mohd Amin dalam pada itu mengekalkan hak dan kepentingan mereka di sisi undang-undang.

Pada 4 Februari lalu, dua portal dalam talian telah mengeluarkan satu laporan khas berkaitan sindiket perjanjian pekerja Malaysia – Bangladesh yang memberi tekanan ke atas Putrajaya yang apa disifatkan  sebagai “monopoli, eksploitasi dan manipulasi besar-besaran” dalam pengambilan pekerja asing Bangladesh di Malaysia.

Surat berdasarkan surat terbuka tanpa nama yang diedarkan kepada media. Surat itu, bertarikh 24 Jan, ditujukan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina.

Tiada tandatangan dalam surat terbuka itu yang dipercayai dikongsi oleh pemberi maklumat (whistleblower) dari dalam Putrajaya.

Bagaimanapun, kandungan utama, termasuk surat rasmi daripada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia, sepadan dengan dokumen asal yang dilihat oleh Malaysiakini dan disahkan oleh sumber yang rapat dengan kerajaan.

Dokumen itu termasuk Surat Pernyataan Niat (LOI) dan Surat Setuju Terima (LOA) yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada penyedia penyelesaian IT Bestinet Sdn Bhd dan agensi pengambilan tenaga kerja Synerflux Sdn Bhd – dua syarikat yang terlibat dalam menguruskan proses yang terlibat untuk mengambil pekerja asing – daripada permohonan majikan Malaysia hingga kelulusan mereka permit kerja di sini.

Majoriti Rakyat Malaysia Dakwa Larangan Rokok Dan Vape Untuk Generasi Akan Datang Tidak Berkesan

gambar hiasan

Majoriti rakyat Malaysia berkata dasar yang diumumkan baru-baru ini untuk mengharamkan penjualan rokok dan produk tembakau termasuk vape kepada mereka yang lahir selepas 2005 tidak akan berkesan.

Sebagai respon kepada tinjauan dipstick oleh Retail and Trade Brand Advocacy Malaysia Chapter (RTBA Malaysia) iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang melindungi perniagaan daripada perbuatan jenayah, 85% daripada mereka yang ditinjau berkata larangan itu tidak akan berkesan dan sebaliknya akan mewujudkan pasaran gelap untuk rokok dan vape.

Responden kaji selidik ini juga berkata, larangan itu sukar untuk dikuatkuasakan dan hanya akan memberi impak kepada perniagaan sah di Malaysia.

Pengarah Urusan RTBA Malaysia, Dato’ Fazli Nordin berkata “RTBA Malaysia memahami motif Kementerian Kesihatan (KKM), namun cadangan pengharaman rokok dan vape untuk generasi akan datang ini adalah berdasarkan 100% teori dan 0% bukti.”

Dato’ Fazli Nordin

“Mengharamkan terus bukan penyelesaiannya. Ambil contoh produk vape yang mengandungi nikotin yang dilarang dijual di pasaran. Walau dilarang, masih terdapat permintaan terhadap produk vape yang mengandungi nikotin.

“Paling teruk ialah pasaran gelap tembakau, di mana Malaysia berada pada kedudukan tertinggi rokok haram di dunia, didorong oleh jurang harga yang besar antara produk sah dan haram.

“Kerajaan mesti mengambil pendekatan pragmatik. Cadangan ini hanya akan menyebabkan lebih banyak kesan negatif kerana pasaran gelap untuk rokok dan vape akan berkembang.

“Larangan ini akan menyaksikan pengguna beralih kepada sumber pasaran gerap untuk rokok dan vape apabila mencapai umur dewasa. Kandungan produk pasaran gelap ini juga kebiasaannya tidak mematuhi piawaian dan peraturan Kerajaan. Langkah ini mungkin akan membantutkan perniagaan sah tempatan  dan mendorong pasaran gelap untuk lebih bermaharajalela,” katanya.

Beliau berkata, pengusaha vape khususnya, akan terjejas teruk kerana mereka telah lama memperjuangkan peraturan untuk produk vape di Malaysia. Sebaliknya, perniagaan sah mereka kini bakal berdepan dengan risiko ditutup sepenuhnya kerana pasaran gelap kemudiannya akan menguasai pasaran.

“Terdapat juga isu penguatkuasaan. Dasar sedemikian akan menjadi sangat mencabar untuk dikuatkuasakan dan akan menimbulkan kerumitan dalam urusniaga.”

“Kerajaan harus mengkaji secara menyeluruh kesan dasar baharu sebelum ia dilaksanakan dengan menjalankan kajian penuh dan sewajarnya. Jika tidak, ia boleh membawa kepada penguatkuasaan yang tidak konsisten dan memberi kesan buruk kepada komuniti perniagaan tempatan,” katanya lagi.

Tinjauan dipstick dibuka kepada orang ramai selama hampir seminggu menyaksikan hampir 1,200 rakyat Malaysia berkongsi pandangan mereka mengenai larangan rokok dan vape yang dicadangkan dilaksanakan mulai tahun hadapan. Langkah ini adalah menyamai rancangan New Zealand untuk mengurangkan tabiat merokok secara berperingkat mulai 2027.

“Walaupun kerajaan Malaysia terinspirasi dengan langkah New Zealand, terdapat perbezaan yang ketara mereka kerana New Zealand tidak mengenakan larangan ke atas produk vape. Sebaliknya, negara itu mempromosikan vape sebagai alternatif yang kurang memudaratkan dan menggalakkan warga New Zealand untuk beralih daripada rokok tradisional.”

“Pelbagai kajian saintifik telah mendapati vape sebagai alternatif yang kurang memudaratkan berbanding menghisap rokok tradisional. Dalam laporan Cochrane Review pada 2021, ia menyimpulkan bahawa vape boleh membantu orang ramai berhenti merokok dan mungkin lebih berkesan berbanding terapi penggantian nikotin sedia ada.”

“Satu kajian yang dijalankan di Malaysia baru-baru ini mendedahkan bahawa dengan menggalakkan perokok beralih kepada vape sebagai alternatif yang kurang memudaratkan dapat membantu negara mengurangkan populasi perokok kepada 4 juta menjelang 2025. Seterusnya, laporan itu juga menganggarkan vape akan dapat membantu negara mengurangkan perbelanjaan penjagaan kesihatan untuk merawat penyakit berkaitan merokok sebanyak RM1.3 bilion menjelang 2025.”

“Daripada terus melaksanakan larangan, KKM harus pertimbangkan untuk meneliti laporan-laporan seperti ini. Kita perlu kekal berfikiran terbuka dan mempertimbangkan solusi sedemikian jika matlamat kita benar-benar adalah untuk mengurangkan kelaziman merokok di negara ini,” katanya.

Post Menarik