Utama Blog Halaman 274

Membina Masa Hadapan Berdaya Tahan: Mempersiapkan Pelajar untuk Pengajian Tinggi dan Kerjaya

Pendidik pada sesi tersebut

Dalam era yang dipacu oleh anjakan dinamik dan keterhubungan global, landskap pendidikan berubah dengan begitu pesat.

Pendidikan untuk masa hadapan mencakupi aspek yang lebih luas, tidak lagi sekadar menimba pengetahuan. Pelajar perlu membina daya ketahanan, melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang sewajarnya dan mampu menyesuaikan diri untuk memenuhi permintaan serta keperluan pasaran pekerjaan masa hadapan.

Kementerian Pendidikan Malaysia mengakui kepentingan untuk mempersiapkan pelajar bagi menghadapi cabaran masa hadapan.

Aniza Kamarulzaman, Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan berkata, “Aspirasi kami seiring dengan usaha mewujudkan persekitaran pendidikan yang bukan sahaja merangsang kecemerlangan akademik bahkan pembangunan individu secara menyeluruh yang bersedia untuk menyumbang kepada masyarakat global.

Melalui penekanan terhadap daya tahan dan kesediaan masa hadapan, kementerian berhasrat untuk melahirkan pelajar yang boleh menghadapi ketidaktentuan dengan yakin dan mampu bersaing dalam tenaga kerja masa hadapan.”

Selari dengan aspirasi berkenaan, Oxford University Press, sebuah jabatan di University of Oxford, memperkenalkan pendekatan sekolah secara menyeluruh untuk persiapan masa hadapan bagi pelajar berumur 2 hingga 19 tahun yang merangkumi Kurikulum Antarabangsa Oxford (Oxford International Curriculum) dan Kelayakan Antarabangsa OxfordAQA (OxfordAQA International Qualifications).

Kurikulum Antarabangsa Oxford (Oxford International Curriculum) yang mula diperkenalkan di peringkat global pada 2021, kini boleh diakses oleh pelbagai jenis sekolah di Malaysia, dan menjadi panduan lebih daripada 100 institusi pendidikan di seluruh dunia.

Kurikulum ini direka untuk menerapkan aspek kesejahteraan dalam semua pengajaran dan pembelajaran, selain bertujuan memupuk kemahiran global dan sikap pelajar melalui semua subjek teras seperti Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Perkomputeran, Kemahiran Global dan Kesejahteraan, bermula dari kanak-kanak hingga ke peringkat menengah rendah.

Perkembangan kurikulum ini dari setahun ke setahun direka khusus untuk mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan GCSE, AS dan A-Level OxfordAQA Antarabangsa (Oxford AQA International).

Kurikulum Antarabangsa Oxford (Oxford International Curriculum) adalah hasil penyelidikan terperinci Oxford yang menunjukkan apabila pengajaran dan pembelajaran disulami dengan amalan kesejahteraan, ia boleh memberi kesan positif dalam membentuk tabiat yang menyihatkan minda dan tubuh badan.

Bahkan pelajar juga boleh menerapkan konsep ini dalam kehidupan mereka pada masa sekarang dan akan datang. Penekanan terhadap aspek kesejahteraan ini bertujuan meningkatkan kesihatan mental guru dan pelajar, selain menambahbaik kualiti kehidupan di dalam dan di luar bilik darjah.

Peperiksaan GCSEs, AS dan A-Levels OxfordAQA Antarabangsa (Oxford AQA International), yang diiktiraf secara global dan diselaraskan mengikut standard United Kingdom, direka khusus bagi memenuhi keperluan pelajar antarabangsa di samping membina kemahiran menghadapi masa hadapan.

Peperiksaan ini juga memberi keutamaan kepada kemahiran khusus dalam subjek yang dipelajari berbanding pengetahuan budaya dan kecekapan bahasa. Ia sejajar dengan prinsip Penilaian Saksama OxfordAQA yang menekankan aspek kandungan dan rekaan yang relevan di peringkat antarabangsa. Ini bermakna, pelajar di luar United Kingdom dan bahasa Inggeris pula bukan bahasa ibunda, akan berasa yakin mereka dapat memahami soalan yang ditanyakan.

Andrew Coombe, Pengarah Urusan OxfordAQA yang turut hadir dalam majlis bertema “Memperkasakan pelajar hari ini untuk cabaran esok” berkata: “Saya sangat teruja dan yakin dengan Kurikulum Antarabangsa Oxford (Oxford International Curriculum), yang mengadunkan nilai  kesepaduan, kesinambungan dan ketekalan (konsisten), untuk mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan antarabangsa GCSE, AS dan A-Level OxfordAQA (OxfordAQA International).

Melalui pendekatan sekolah secara menyeluruh yang holistik, saya yakin para pelajar akan mencapai potensi mereka sepenuhnya, apatah lagi dengan adanya kurikulum yang komprehensif, sumber bertaraf dunia, pembangunan profesional yang berkualiti dan kelayakan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.”

“Sebagai salah satu lembaga peperiksaan antarabangsa yang pesat berkembang, kelayakan OxfordAQA memainkan peranan penting dalam perjalanan akademik pelajar. Ramai pelajar yang menduduki ujian kelayakan OxfordAQA berjaya melanjutkan pengajian di universiti antarabangsa terkemuka kerana pencapaian mereka itu diiktiraf oleh institusi pendidikan di seluruh dunia.”

“Pendekatan sekolah secara menyeluruh dengan Kurikulum Antarabangsa Oxford (Oxford International Curriculum) dan Kelayakan Antarabangsa OxfordAQA (OxfordAQA International Qualifications) ini sememangnya membuka laluan kejayaan untuk pelajar,” kata Coombe.

Andrew Coombe menyampaikan tanda penghargaan kepada Aniza Kamarulzaman

Sebagai pengiktirafan kepada OxfordAQA Go Further Awards, Oxford juga mengambil peluang pada majlis itu untuk mengumumkan pemenang Anugerah Pencapaian Pelajar OxfordAQA 2023 (OxfordAQA Student Achievement Awards 2023).

Anugerah berprestij ini meraikan kecemerlangan peperiksaan dan dianugerahkan kepada pelajar yang mendapat markah tertinggi di negara atau wilayah mereka untuk satu subjek dalam GCSE, AS dan A-level Antarabangsa.

Pemenang Anugerah Asia Tenggara yang berasal dari Malaysia untuk tahun ini adalah:

International GCSE

KEITH LOH YENN HAU         STRAITS INTERNATIONAL SCHOOL                     Chemistry

JAC HUEY LIM                       NEXUS INTERNATIONAL SCHOOL MALAYSIA     Physics

TETSUTO MASUNAGA        NEXUS INTERNATIONAL SCHOOL MALAYSIA     Combined Science Ext

ELISA JOAN DANKER          CEMPAKA INTERNATIONAL SCHOOL                   Business

International AS

XIN YEE TEH             HELP INTERNATIONAL SCHOOL               Business AS

Maxis Kerjasama dengan Blueshark dan JomCharge untuk mempercepat penggunaan penyelesaian e-mobiliti

Maxis akan bekerjasama dengan Blueshark, penyedia skuter pintar terkemuka, dan EV
Connection Sdn. Bhd. (EVC), pengendali rangkaian pengecas JomCharge, untuk mempercepatkan penggunaan penyelesaian e-mobiliti.

Sebagai permulaan bagi kerjasama ini, sebuah upacara pertukaran dokumen telah diadakan sempena pameran E-Mobility Asia (EMA) 2023, di mana Maxis telah memeterai Memorandum-Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Blueshark dan EVC masing-masing.

Maxis ialah penyedia penyelesaian mobiliti pintar rasmi untuk EMA yang sedang diadakan di Kuala Lumpur untuk julung kalinya dari 22 hingga 24 November. Upacara itu telah disaksikan oleh Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada MoU tersebut, Maxis akan menyediakan penyelesaian ketersambungan rangkaian 4G dan 5G kepada Blueshark dan EVC untuk menyokong keperluan e-mobiliti bagi aset dan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) mereka.

Maxis juga akan meneroka penyelesaian digital inovatif dengan kedua-dua pihak untuk
mempercepatkan penggunaan teknologi baharu dalam ekosistem EV.

Sebagai permulaan, Maxis akan membangunkan papan pemuka ESG untuk membantu pelanggan Blueshark mengukur dan menganalisis jejak karbon mereka melalui skuter elektrik Blueshark.

Papan pemuka itu akan memanfaatkan keupayaan penuh Maxis yang merangkumi awan,
analitik data, dan Internet Pelbagai Benda (IoT). Rangkaian 4G dan 5G Maxis akan
menyediakan ketersambungan penting bagi kenderaan-kenderaan Blueshark, memastikan
pengumpulan data yang selamat dan boleh dipercayai untuk papan pemuka ESG tersebut
dengan integrasi penuh antara muka pengaturcaraan aplikasi (API).

Maxis juga akan menyediakan ketersambungan rangkaian kepada stesen pertukaran bateri
Blueshark, di seluruh Malaysia, untuk membantu mereka menganalisis dan menguruskan
inventori bateri mereka.

Michelin Malaysia dan Cyclistic Membawakan Tayar Basikal Premium ke Pasaran Malaysia

Michelin Malaysia mengumumkan perluasan portfolio produk tayar mereka di peringkat tempatan dengan merungkaikan tayar basikal premium untuk pasaran Malaysia.

Perluasan ini, menerusi kerjasama dengan rakan pengedar tempatannya yang dikenali
ramai, Cyclistic Malaysia, berhasrat untuk merevolusi pengalaman para penunggang basikal di seluruh negara.

Prichapakorn Dangrojana, Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei berkongsi, “Komitmen berpanjangan kami untuk membekalkan produk-produk yang menjanjikan ‘Performance Made To Last’ adalah mencakupi segala bentuk mobiliti.

Dengan sokongan Cyclistic sebagai rakan kami, kami berbesar hati untuk memperkenalkan barisan produk tayar basikal Michelin bertaraf premium buat komuniti penunggang basikal yang kian berkembang di Malaysia.

“Kami berharap bahawa produk-produk ini akan menaik taraf pengalaman menunggang mereka merentasi landasan-landasan yang baharu dan mencabar, sambil menawarkan prestasi dan cengkaman yang mereka perlukan, disumbang oleh teknologi tayar basikal yang paling inovatif pernah disaksikan setakat ini,” katanya dalam kenyataan.

Ivan Ong, Pengurus Besar, Seni Bina, Kejuruteraan, Pembinaan dan Operasi, Cyclistic Malaysia berkata, “Sebagai rakan pengedar tayar basikal yang sulung untuk pihak Michelin, rangkaian perniagaan kami yang menjangkau seluruh negara membolehkan kami memperkenalkan produk-produk tayar ini secara lebih efektif buat warga komuniti berbasikal di Malaysia.

“Menerusi usaha sama ini, kami berharap untuk terus menonjolkan legasi kecemerlangan Michelin dalam pembuatan tayar, begitu juga dengan dedikasi Cyclistic dalam memberi
khidmatnya buat pasaran berbasikal tempatan, bagi memastikan mereka mempunyai akses kepada tayar-tayar yang menjamin prestasi, daya tahan, dan keselamatan di aras yang lebih tinggi,” katanya.

Tayar basikal premium berprestasi tinggi keluaran Michelin kini boleh didapati di tujuh outlet Cyclistic serta lokasi-lokasi pengedar di sekitar kawasan Lembah Klang.

Mulai 1 Disember 2023, para pelanggan boleh datang melihat dan membeli produk tayar Michelin di outlet utama Cyclistic yang terletak di Taman Shamelin Perkasa, Cheras.

Lebih 600 Syarikat Pemula Menyemarakkan Kerjasama Sidang Kemuncak Syarikat Pemula India-ASEAN 2023

Sidang Kemuncak Syarikat Pemula India-ASEAN (India-ASEAN Startup Summit - IASS) 2023 yang julung kali berlangsung mulai 12 hingga 13 Disember 2023 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.

Menerusi usaha sama Malaysia dan India untuk memupuk ekosistem syarikat pemula yang teguh di kedua-dua negara dan rantau ASEAN yang lebih meluas, lebih daripada 600 syarikat pemula tempatan dan antarabangsa bakal berhimpun pada Sidang Kemuncak Syarikat Pemula India-ASEAN (India-ASEAN Startup Summit – IASS) 2023 yang julung kali berlangsung mulai 12 hingga 13 Disember 2023 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.

Inisiatif perintis oleh DEWI Wealth Accelerator, IASS 2023 merupakan peluang untuk syarikat pemula mengetengahkan idea dan penyelesaian inovatif mereka.

Menerusi tumpuan terhadap inovasi, kerjasama dan pemerkasaan wanita, sidang kemuncak berkenaan akan menyaksikan penyertaan daripada 50 pelabur tempatan dan antarabangsa serta 100 hab syarikat pemula, accelerators dan agensi kerajaan, termasuk Startup India, Invest India, MDEC dan MDV.

Pengasas DEWI Wealth Accelerator, Datin Malliga Subramaniam, menekankan peluang luar
biasa yang bakal diketengahkan pada sidang kemuncak berkenaan bagi membolehkan syarikat pemula menyelidiki potensi luas dari segi kerjasama rentas sempadan bersama rakan usaha sama dari India.

Datin Malliga Subramaniam, Pengasas DEWI Wealth Accelerator

“Di IASS 2023, kami teruja untuk mewujudkan satu platform yang mana syarikat pemula Malaysia boleh mendapatkan pandangan daripada ekosistem teknologi digital India yang pesat berkembang.

“Pasaran luas India dan insentif yang menggalakkan bagi perniagaan dalam sektor yang baharu muncul merupakan tawaran yang sangat baik untuk inovasi. Sidang kemuncak ini akan membuka laluan kepada syarikat pemula Malaysia memperoleh manfaat daripada pasaran India sekali gus saling memupuk pertukaran idea dan strategi.

“Kami menyediakan persekitaran untuk membentuk kerjasama dinamik yang mana syarikat pemula dari kedua-dua rantau boleh memanfaatkan kekuatan masing-masing, memacu pertumbuhan dan inovasi dalam bidang teknologi digital,” katanya dalam kenyataan.

Tumpuan khusus sidang kemuncak berkenaan adalah untuk memperkasa syarikat pemula yang diterajui wanita, menangani cabaran dan peluang unik dalam sektor ini.

Mengetengahkan kepentingan strategik sidang kemuncak berkenaan dalam meingkatkan
hubungan India-Malaysia, Yang Terutama BN Reddy, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia,
memberi penekanan terhadap peranan IASS 2023 sebagai asas untuk memupuk hubungan
ekonomi dan inovatif antara dua negara berkenaan.

“India dan Malaysia menikmati hubungan perdagangan dan pelaburan yang kian berkembang. Perdagangan dua hala sudah mencecah AS$20 bilion dalam tahun kewangan 2022-23.

“Pelaburan dua hala turut merekodkan perkembangan ketara. Syarikat pemula India berjaya meluaskan pasaran ke Malaysia dan seterusnya ke rantau ASEAN. Beberapa syarikat pemula India seperti Oyo, Perfios, Pine Labs, Razorpay kini bertapak kukuh di Malaysia dan sedangmeneroka peluang yang luas di rantau Asia Tenggara,” katanya.

Beliau menambah bahawa syarikat pemula Malaysia boleh mendapat manfaat dari India kerana negara berkenaan menawarkan pasaran besar dan beberapa insentif untuk menjalankan perniagaan dalam sektor baharu muncul serta menyediakan persekitaran yang optimum bagi syarikat pemula teknologi berkembang maju.

“India mempunyai ekosistem syarikat pemula ketiga terbesar di dunia dengan pertumbuhan tahunan yang konsisten sebanyak 12-15%. Pada masa ini, terdapat lebih daripada 115,000 syarikat pemula di India yang diiktiraf oleh Kerajaan India dengan 110 syarikat pemula berstatus unicorn (dengan nilai lebih daripada AS$1 bilion).

Syarikat pemula India kini bekerjasama secara aktif dengan syarikat pemula Malaysia, misalnya Razorpay – pemain fintech terkemuka di India yang bekerjasama dengan Curlec (syarikat pemula Malaysia) dan sudah memperoleh pegangan majoriti ke atasnya.

Adam Adli, Timbalan Menteri Belia & Sukan Malaysia

Timbalan Menteri Belia & Sukan, Adam Adli, menyatakan sokongan kepada kerjasama antarabangsa sedemikian yang mana acara rentas sempadan seperti IASS 2023 sememangnya penting dalam menggalakkan pertumbuhan keusahawanan dan inovasi serta mustahak bagi pertumbuhan holistik ekosistem syarikat pemula di negara ini.

Sidang kemuncak berkenaan disokong oleh rakan kongsi dari kedua-dua negara, Malaysia (termasuk Malaysia Digital Economy Corporation, Malaysian Investment Development Authority, Malaysia Debt Ventures, Majlis Belia Malaysia, Beyond4, SME Corporation, Sunway Group, PubliCT.io dan NisaBakri Gourmet) dan India (termasuk Kementerian Sains & Inovasi, Kementerian Perdagangan, India ASEAN Chamber of Commerce, Startup India dan Invest India).

Acara berkenaan akan menampilkan ucaptama daripada peneraju industri, perbincangan panel dan sesi rangkaian bagi memupuk kerjasama dan pertumbuhan perniagaan. Beberapa penceramah terkenal termasuklah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Saraswathy Kandasamy; Pengasas Bersama PitchIN, Sam Shafie; Pengasas Bersama Fave, Yeoh Chen Chow; Pengerusi G20 Startup India, Chintan Vaishnav serta Pengasas CEO – The India Network/Usahawan/Pelabur, Rahul Narvekar.

Antara topik yang bakal diteroka termasuk mekanisme pembiayaan, akses pasaran dan penjenamaan, berserta perbincangan mengenai strategi perkembangan rentas sempadan.

From Work to Weekend to Workout: Customize Your Versatile Watch on Samsung’s Galaxy Watch Studio

Our choice of timepiece says a lot about our personality. It’s not only a question of style and design, but also of function. Wouldn’t it be a dream if a brand could create a watch that meets our multifaceted needs?

Samsung is making that dream a reality with the Galaxy Watch6 and Watch6 Classic. With endless ways to customize the watch, you can mix and match different models, sizes, straps, colours and watch faces at the Galaxy Watch Studio.

Have fun putting the parts together and creating your own unique piece that no one else has. You can preview it before deciding on a look.

But the fun doesn’t end there! Go ahead and expand your collection of strap types and colours that will take you from work, to the weekend, to your workout and finally to sleep.

Galaxy Watch6 | Galaxy Watch6 Classic Promotion
Enjoy the offers below, ending on 31 December 2023.

Hektar REIT Rekod Kadar Penghunian Tertinggi Menerusi Strategi Inisiatif Pajakan

Hektar Asset Management Sdn. Bhd., Pengurus Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT), mengumumkan prestasi kewangan yang berdaya tahan untuk suku ketiga berakhir 30 September 2023 (S3 2023).

REIT mempamerkan komitmen yang berterusan terhadap kestabilan kewangan dan pertumbuhan strategik dalam persekitaran ekonomi yang mencabar.

Pada S3 2023, Hektar REIT mencapai jumlah hasil sebanyak RM27.8 juta dan NPI sebanyak RM15.4 juta. Margin Pendapatan Hartanah Bersih (NPI) kekal kukuh pada 55.4%.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Asset Management Sdn. Bhd., Johari Shukri Jamil berkata, pusat beli-belah Hektar REIT, diposisikan secara strategik sebagai hab kejiranan dan komuniti, telah menjadi tumpuan kejayaan syarikat.

Johari Shukri Jamil, Executive Director & Chief Executive Officer of Hektar Asset Management Sdn. Bhd

“Komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk meningkatkan campuran penyewaan dan tahap penghunian keseluruhan di pusat membeli-belah kami mencerminkan dedikasi kami kepada pasaran khusus kami,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata langkah strategik tersebut melibatkan pencampuran semula penyewaan dengan memperkenalkan penyewa baharu yang bertenaga untuk melengkapkan tawaran sedia ada.

“Kami yakin inisiatif ini bukan sahaja memenuhi tetapi melebihi jangkaan pelanggan setia kami. Fokus utama kami kekal pada melaksanakan strategi yang disasarkan untuk meningkatkan jumlah pengunjung dan mewujudkan kitaran positif yang berterusan untuk pusat beli-belah dan peruncit kami,” katanya.

Penghunian komited keseluruhan pada masa ini berada pada 88.4%, dan yakin akan melepasi paras 90% menjelang akhir tahun ini.

Johari Shukri percaya pada inisiatif yang menghasilkan faedah jangka panjang dan memastikan pertumbuhan berterusan, akhirnya memberikan pulangan yang mampan kepada Pemegang Unit Hektar REIT.

Mengulas lanjut, dalam menangani cabaran yang ditimbulkan oleh peningkatan kos operasi pada S3 2023, Pengurus secara aktif mengukuhkan kedudukan kewangan REIT dan meningkatkan keuntungan melalui inisiatif pengurusan modal yang kukuh dengan menunjukkan kehematan fiskal.

REIT telah berjaya mengurangkan nisbah penggearannya kepada 44.3% pada suku semasa, turun daripada 44.6% pada 31 Disember 2022, melalui program pengurangan hutang yang disasarkan.

Beliau menjelaskan tiga daripada pusat beli-belah di bawah portfolio, Mahkota Parade & Wetex Parade, mencatatkan kadar penghunian lebih daripada 93% dan Kulim Central merekodkan hampir 98%.

“Secara keseluruhan, pemulihan sewa bagi suku tersebut adalah positif. Langkah-langkah proaktif ini bersedia untuk meningkatkan campuran penyewaan, meletakkan REIT untuk jangkaan pertumbuhan hasil pada suku akan datang,” tambahnya.

[Infographic] Samsung x You = Your Life, Your Way

Did you know, the Samsung x You campaign offers new ways for Samsung fans to experiment, discover and express themselves and the communities they belong to?

Read below to find out how you can personalize your Galaxy devices with exclusive accessories, special editions and customization experiences available across Southeast Asia and Oceania.

Garmin unveils the Descent G1 Solar – Ocean Edition dive computer

Garmin Malaysia today announced the Descent G1 Solar – Ocean Edition, a rugged watch-style dive computer with features for both underwater and topside adventures. Designed with environmental responsibility in mind, 100 percent of the plastic used to make the watch’s housing, bezel and buttons come from recycled ocean-bound plastics.

In addition to its eco-friendly construction, Descent G1 Solar – Ocean Edition features a solar charging lens that lets divers explore longer with up to 25 hours of battery life in dive mode and up to 124 days in smartwatch mode when solar charging1.

Eliminating the need for a separate dive computer and smartwatch, the Ocean Edition includes Garmin’s popular dive features to help users make the most of their diving experience – plus multisport and smart features for an active lifestyle out of the water.

“We are proud to unveil our first-ever product with parts made from recycled ocean-bound plastics. With the Descent G1 Solar – Ocean Edition, we’re taking materials that were once at risk of harming the ocean habitat and turning them into parts to help create an eco-friendly dive computer that’s made to explore it.” – Scoppen Lin, Assistant General Manager, Garmin Asia.

The idea for the Descent G1 Solar – Ocean Edition started as a brainstorming session between Garmin associates.

“Our associates spend a lot of time pursuing their passions – fishing, diving, surfing and more – in oceans around the world. Some also dedicate their personal time to cleaning up areas around the water and in doing so, started to think of ways to repurpose the plastic materials that are often bound for the ocean.

After a lot of conceptualizing and researching, the idea became clear: a watch made for exploring oceans that uses recycled materials once destined to end up in it.” – added Scoppen.

Once ocean-bound plastic is collected around bodies of water, it is sorted, cleaned and dried. The plastic is then melted into a pelletized resin before being reinforced with glass fiber and sent off to be colored. From here, the material is molded to create the shape of the watch housing, bezel and buttons—then incorporated in a rugged, eco-friendly dive computer designed to help users dive confidently.

Petronas, DBP Bangunkan Glosari ESG Dalam Bahasa Melayu

A partnership PETRONAS & DBP

PETRONAS bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bekerjasama untuk membangunkan glosari istilah alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam bahasa Melayu.

Wakil-wakil PETRONAS, DBP, ahli akademik, badan-badan kerajaan dan industri minyak dan gas akan berpadu tenaga melaksanakan projek selama dua tahun ini yang akan melibatkan penyusunan sehingga 1,000 istilah untuk menyumbang kepada komunikasi berkaitan ESG dalam bahasa Melayu.

Satu perjanjian kerjasama dimetrai baru-baru ini antara kedua-dua belah pihak, disaksikan oleh Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Sasterawan Negara Dato’ Dr Mohd Anwar Ridhwan.

Mohd Bakke berkata, inisiatif ini penting untuk penyampaian mesej yang jelas tentang topik kemampanan dan perubahan iklim sejajar dengan peningkatan tuntutan untuk ketelusan dan pelaporan tentang ESG.

“Kemunculan istilah baharu yang selaras dengan kemajuan dalam sektor tenaga penting untuk keperluan komunikasi penggiat industri, institusi pendidikan tinggi dan masyarakat awam. Pengukuhan perbendaharaan kata tersebut mampu menjadi pemangkin penguasaan ilmu dalam bidang berkaitan ESG,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Anwar berkata, DBP mengalu-alukan sebarang kerjasama untuk memperkukuh penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu dan industri.

“DBP amat berbesar hati kerana buat julung-julung kalinya dapat bekerjasama dengan PETRONAS. Perjanjian kerjasama ini menjadi detik bersejarah dan titik permulaan untuk menjalinkan hubungan strategik serta persefahaman yang lebih erat antara DBP dengan PETRONAS melalui pelaksanaan pelbagai program,” katanya lagi.

Perjanjian kerjasama itu adalah bukti komitmen PETRONAS dan DBP dalam meningkatkan komunikasi ESG untuk keterangkuman dan jangkauan nasional.

Setelah selesai, glosari ESG ini akan ditempatkan di laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) DBP untuk kegunaan umum.

Unbox the ‘Season of Gifting’ With Samsung TVs and Soundbars!

The holiday season is just around the corner, and we are here to make it extra special. Get ready to hop on a journey of unparalleled entertainment with Samsung’s Year-End Promo Campaign, ‘Season of Gifting’ running from 15 November to 31 December 2023.

This festive season, Samsung is offering an array of exciting Gift with Purchase (GWP) offers when you purchase selected TV models and soundbars.

Elevate Your Viewing Experience

Picture your living room transformed into a cinematic wonderland – courtesy of Samsung’s QLED, Neo QLED, The Frame TVs, and an accompanying powerful soundbar. These technological marvels breathe life into your imagination.

Whether you’re a movie buff, a sports enthusiast, or a casual viewer, our exclusive year-end promotion caters to all preferences. With the addition of the powerful soundbar, you’ll find yourself immersed in the heart of the action.

This year-end promotion is the perfect opportunity to treat yourself and your family to the gift of exceptional entertainment. It’s time to create memories that will last a lifetime!

Don’t miss out on these incredible offers. Mark your calendars from 15 November 2023 – 31 December 2023 and let Samsung make your holiday season truly special. Transform your home into a hub of entertainment, and unbox the magic of the Season of Gifting.

Post Menarik