Michelin Malaysia mengumumkan perluasan portfolio produk tayar mereka di peringkat tempatan dengan merungkaikan tayar basikal premium untuk pasaran Malaysia.

Perluasan ini, menerusi kerjasama dengan rakan pengedar tempatannya yang dikenali
ramai, Cyclistic Malaysia, berhasrat untuk merevolusi pengalaman para penunggang basikal di seluruh negara.

Prichapakorn Dangrojana, Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei berkongsi, “Komitmen berpanjangan kami untuk membekalkan produk-produk yang menjanjikan ‘Performance Made To Last’ adalah mencakupi segala bentuk mobiliti.

Dengan sokongan Cyclistic sebagai rakan kami, kami berbesar hati untuk memperkenalkan barisan produk tayar basikal Michelin bertaraf premium buat komuniti penunggang basikal yang kian berkembang di Malaysia.

“Kami berharap bahawa produk-produk ini akan menaik taraf pengalaman menunggang mereka merentasi landasan-landasan yang baharu dan mencabar, sambil menawarkan prestasi dan cengkaman yang mereka perlukan, disumbang oleh teknologi tayar basikal yang paling inovatif pernah disaksikan setakat ini,” katanya dalam kenyataan.

Ivan Ong, Pengurus Besar, Seni Bina, Kejuruteraan, Pembinaan dan Operasi, Cyclistic Malaysia berkata, “Sebagai rakan pengedar tayar basikal yang sulung untuk pihak Michelin, rangkaian perniagaan kami yang menjangkau seluruh negara membolehkan kami memperkenalkan produk-produk tayar ini secara lebih efektif buat warga komuniti berbasikal di Malaysia.

“Menerusi usaha sama ini, kami berharap untuk terus menonjolkan legasi kecemerlangan Michelin dalam pembuatan tayar, begitu juga dengan dedikasi Cyclistic dalam memberi
khidmatnya buat pasaran berbasikal tempatan, bagi memastikan mereka mempunyai akses kepada tayar-tayar yang menjamin prestasi, daya tahan, dan keselamatan di aras yang lebih tinggi,” katanya.

Tayar basikal premium berprestasi tinggi keluaran Michelin kini boleh didapati di tujuh outlet Cyclistic serta lokasi-lokasi pengedar di sekitar kawasan Lembah Klang.

Mulai 1 Disember 2023, para pelanggan boleh datang melihat dan membeli produk tayar Michelin di outlet utama Cyclistic yang terletak di Taman Shamelin Perkasa, Cheras.