Utama Blog Halaman 226

Samsung Knox Vault Galaxy A55 5G Lindungan Data Penting – Reviu Gajet

Samsung terus berinovasi pada tahun ini dengan memperkenalkan dua peranti baharu dalam siri Galaxy A sebagai pengganti kepada siri A terdahulu dengan beberapa penambahbaikan menerusi model Samsung Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G.

Prebiu.com sekali lagi terpilih menjadi antara media pertama oleh Samsung Malaysia untuk menguji peranti pintar inovatif Galaxy A55 5G ini sebelum dilancarkan secara rasmi kepada umum.

Apa yang menarik pada peranti terbaharu dalam keluarga Galaxy A ini? Daripada segi rekaan luaran dan spesifikasi lebih kepada ciri yang dinaik taraf daripada model A54.

Bagaimanapun, dalam era teknologi yang semakin pantas berkembang dimana pengguna peranti pintar sentiasa terdedah dengan ancaman pengodam atau ‘scammer’, tentu sekali perkara itu menjadi aspek utama Samsung memperkenalkan peranti Galaxy A55 5G terbaharu.

Ciri Perlindungan Samsung Knox Vault

Kedua-dua model kelas pertengahan ini hadir dengan sokongan Samsung Knox Vault yang melindungi data daripada pelbagai serangan siber, selain keupayaan rakaman gambar pada waktu malam yang lebih baik pada Galaxy A55.

Selain itu, hayat bateri peranti ini masih dikekalkan sebesar 5000 mAh dengan tempoh penggunaan lebih daripada dua hari.

Selain itu, pengguna siri Galaxy A juga akan mempunyai akses kepada Security & Privacy Dashboard yang membolehkan pengguna mengawal pelbagai perkara pada peranti, termasuk akses pada sesuatu aplikasi.

Selain itu, peranti ini turut mengintegrasikan sejumlah ciri-ciri menarik termasuk sokongan kemaskini selama empat generasi Android dan lima tahun kemaskini sekuriti.

APA ITU KNOX VAULT

Data penting yang tersimpan di dalam Knox Vault adalah data kritikal seperti maklumat kunci skrin seperti nombor PIN, kata laluan dan paten. Ia juga menyimpan kekunci penyulitan (encryption) serta data peribadi yang disulitkan di dalam peranti.

Hanya pengguna yang mempunyai bukti kelayakan skrin kunci yang betul sahaja boleh mengakses data tersebut. Jadi semua data kritikal ini tidak boleh diakses walaupun peranti itu hilang atau dicuri.

Selain itu, ancaman siber yang sering berlaku misalnya anda tertekan link secara tidak sengaja yang dikirim oleh seseorang yang menyamar rakan anda juga boleh menyebabkan peranti anda digodam secara maya tanpa disedari.

Pengodam boleh menembusi sistem peranti anda dengan mudah sekali gus menyebabkan segala maklumat rahsia seperti no akaun bank boleh diakses tanpa anda sedar dan menyebabkan anda berisiko kehilangan wang.

AUTO BLOCKER

Salah satu ciri keselamatan tambahan yang disediakan di dalam Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G adalah Auto Blocker. Ia sangat berguna untuk melindungi pengguna dari serangan siber.

Antaranya, ia akan menghalang aplikasi dipasang dari sumber yang tidak dibenarkan. Ia juga akan memeriksa aplikasi yang dipasang dari sebarang aktiviti yang diragui.

Auto Blocker boleh menghalang arahan yang disalurkan dari kabel USB, cara yang sering digunakan penjenayah siber untuk menceroboh secara fizikal. Ciri keselamatan ini yang dibangunkan dengan sokongan teknologi kecerdasan pintar (AI) berupaya melindungi peranti anda digodam dengan mudah.

Rekaan Kamera Baharu

Seakan menjadi satu ciri standard kepada Samsung apabila rekaan lensa kamera belakang model Siri A kali ini seakan sama dengan rekaan pada model Samsung Galaxy S24 tanpa sebarang bingkai sebagaimana model A54 terdahulu.

Bagi penulis, rekaan luaran semua telefon pintar hampir sama cuma membezakannya adalah spesifikasi yang ditawarkan. Tentu sekali jurutera Samsung sudah melakukan terbaik untuk menghasilkan peranti mampu milik Galaxy A55 ini pada harga bawah RM2,000.

Ciri kamera dipertingkatkan

Samsung Galaxy A55 dilengkapi ciri tri-kamera belakang gabungan 50MP + 12MP +  5MP, sementara kamera swafoto 32MP (f/2.2). Konfigurasi kamera pada peranti ini ialah 50MP (f/1.8) – (Utama); 12MP (f/2.2) – (Ultra-Lebar) dan 5MP (f/2.4) – (Kedalaman).

Kamera utamanya disokong oleh OIS (optical image stabilization) dan zoom digital sehingga 10 kali ganda.

Tidak kira siang atau malam, peranti ini menawarkan pakej kamera yang lebih baik sekali gus menghasilkan imej yang menakjubkan dengan kualiti yang dipertingkatkan, dengan menggunakan keupayaan Nightography dan AI terkemuka Samsung Galaxy.

Anda boleh melihat contoh gambar pemandangan yang diambil menggunakan ciri mod malam di atas apabila imej yang dirakam kelihatan jelas, tajam dan mempersonakan.

Lihat juga hasil gambar yang dirakam menerusi telefoto 10 kali ganda dibawah:

d

Sama ada untuk rakaman swafoto yang sempurna atau bersambung melalui panggilan video yang tersangat lancar, Galaxy A55 menawarkan perincian visual yang menakjubkan menerusi kamera hadapan 32MP.

Telefon pintar baharu ini juga menghasilkan video berkejelasan tinggi untuk rakaman kandungan yang hebat. Dengan menggunakan penstabil imej optikal (OIS) dan penstabil imej digital video (VDIS) yang mampu mencegah kekaburan akibat gegaran, pengguna boleh menghasilkan kandungan yang hebat dengan penuh keyakinan.

Menerusi sensor yang dipertingkatkan, mengambil gambar dalam suasana pencahayaan malap, mod Malam membantu merakam visual yang lebih terperinci dengan memperluaskan saiz piksel kamera.

Untuk peranti dalam siri Galaxy A, pengguna juga boleh menghapuskan bayang-bayang dan pantulan yang tidak diingini dalam rakaman dengan menggunakan alat penyunting imej yang dipertingkatkan.

Rekaan Kontur Badan

Pada pandangan mata kasar penulis, kemasan pada peranti yang berukuran 161.1 x 77.4 x 8.2 mm ini lebih ringkas dan minimalis bersama penggunaan satu tona warna penuh secara menyeluruh seakan sebuah peranti premium untuk golongan muda yang aktif.

Kerangka rekaan badan yang rata dengan kekemasan logam menjadikan peranti ini mudah digengam malah skrin hadapan dengan binaan Corning® Gorilla® Glass Victus®+ menjadikan peranti ini lebih tahan lasak jika terjatuh atau terlepas daripada gengaman.

Walaupun kelihatan ringkas, kemasan licin pada bahagian belakang yang digunakan nampak premium dan tidak mudah meninggalkan kesan cap jari atau mudah kotor.

Peranti seberat 213 gram ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna berbeza yang menarik – iaitu Awesome IceBlue, Awesome Lilac dan Awesome Navy. Memang Ohsemkan!

Susun atur butangnya adalah standard dimana, butang kuasa dan laras suara hanya diletakkan pada bahagian sisi kanan manakala terdapat satu lubang mikrofon dan slot untuk SIM pada bahagian atas.

Ruangan ini menyokong slot dwi-sim namun ia direka berasaskan hibrid melalui slot Nano-SIM (SIM1) + Nano-SIM/microSD (SIM2).

Peranti ini disambungkan dengan port USB-C pada bahagian bawah dengan lubang mikrofon dan juga pembesar suara. Lebih menariknya di sini, pembesar suaranya adalah stereo dengan sokongan Dolby Atmos. Bagaimanapun, untuk peranti terbaharu ini tiada lagi bicu audio dibekalkan malah tiada juga kepala pengecas disertakan.

Spesifikasi 

Samsung Galaxy A55 5G hadir dengan skrin bersaiz 6.6 inci Super AMOLED FHD+ (1080 x 2340), Infinity-O Display dan kadar segar semula 120 Hz.

Pada masa sama, paparan menyokong teknologi Vision Booster yang boleh menyesuaikan kecerahan dengan keadaan sesama. Selain itu, cip lapan teras juga digunakan dengan memori 12GB RAM dan storan 256GB.

Kapasiti storan adalah yang terbesar diberikan iaitu 256GB dan turut disediakan kemudahan untuk tambahan slot kad storan sehingga 1TB.

Untuk spesifikasi dalaman, Samsung Galaxy A55 menggunakan cip pemproses baharu Exynos 1480 dengan 5nm. Konfigurasi teras terdiri daripada 4 X 2.7 GHz Cortex-A78 dan 4 x 2.0 GHz Cortex A55 dengan GPU Mali-G68 MP5.

Harga pasaran

Samsung Galaxy A55 5G yang baru diperkenalkan di pasaran negara ini ditawarkan pada harga RM1,999 untuk 12GB RAM/256GB storan dalam tiga warna menarik iaitu Awesome IceBlue, Awesome Lilac dan Awesome Navy.

Spesifikasi Samsung Galaxy A55 5G:

  • Skrin: 6.6” Super AMOLED FHD+ (1080 x 2350), FHD+, 120 Hz, HDR10+, Gorilla Glass Victus+
  • Pemproses: Samsung Eynos 1480 (4nm)
  • Sistem operasi: Samsung One UI 6.1 + Android 14
  • Memori: 12GB
  • Storan: 256GB RAM
  • Bateri: 5000mAh Pengecasan Pantas 25W
  • CPU: Octa-core (4×2.75 GHz Cortex-A78 & 4×2.0 GHz Cortex-A55)
  • Kamera belakang: 50MP, f/1.8 (sudut lebar) 12MP, f/2.2, (ultra-lebar) 5MP, f/2.4 (makro)
  • Kamera depan: 32MP AF f/2.2
  • Sistem Keselamatan: Pengimbas cap jari,
  • Audio: Pembesar suara stereo AKG dan Dolby Atmos
  • Kalis Air: IP67
  • Warna: Awesome IceBlue, Awesome Lilac dan Awesome Navy
  • Harga:  RM1,999

Prepare Your Home For Hari Raya Joy With Airbot’s 4.4 Festive Sale

As we approach the joyous celebration of Hari Raya, let’s adorn our homes with festive cheer. Hari Raya holds a special place in our hearts, signifying unity, gratitude, and renewal. Elevate your home environment to reflect the spirit of this memorable occasion.

To assist you in your Hari Raya preparations and enhance your home ambiance, Airbot presents exclusive discounts of up to 60% on a variety of products including vacuum cleaners, hair dryers, and home security systems.

From the latest Airbot Aria HyperStyler, now available for as low as RM899, to the cutting-edge Airbot Robotic Vacuum L108S Pro Ultra priced at only RM2,133, Airbot offers unparalleled efficiency and convenience to ensure your home remains immaculate with minimal effort.

Join Airbot in celebrating Hari Raya with style and ease. Explore the special offers available from 4 April 2024 to 6 April 2024 exclusively on Airbot’s official stores on Shopee and Lazada.

Let Airbot elevate your home experience, allowing you to focus on what truly matters – family, togetherness, and the joy of the festive season.

A Safer Space for Kids Online: Introducing the Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition

In today’s digital age, children are increasingly exposed to technology from a young age, often spending significant time on digital devices. While technology offers numerous educational benefits, it also comes with concerns about screen time and online safety.

Recognizing these challenges, Samsung Malaysia is proud to introduce the Galaxy Tab A9
Kids Edition, designed to provide children with a safe and enriching digital environment while offering peace of mind for parents through advanced parental control features.

It comes with kid-friendly accessories – Kids Puffy Case, Crayon Stylus, 15W Travel Adapter, and Kids sticker starting today while stocks last.

The Galaxy Tab A9 Kids Edition is designed to be a safe and enriching platform for children to learn, explore, and create. Featuring an 8.7-inch vibrant display and 5,100 mAh battery, it offers an immersive viewing experience with engaging educational content tailored for young learners.

Parents can take advantage of the parental control feature to manage screen time effectively, helping their children maintain a healthy balance between digital and offline activities, while also safeguarding them from accessing inappropriate content.

Samsung Kids app comes pre-set within the Galaxy Tab A9 Kids Edition, empowers parents to create profiles for each child and personalize their settings. With this feature, parents can set specific screen time limits, restrict access to certain apps, and monitor online activities.

For example, they can ensure their child spends only an hour on gaming apps each day or block access to social media sites. Additionally, the app provides built-in safe browsing and a curated app store, allowing children to explore the internet safely with age-appropriate content vetted by parents and educators.

Moreover, the Samsung Kids app offers a wide range of engaging content, including educational games and interactive stories, all within a secure environment. Parents can further enhance their child’s learning experience by customizing the app’s interface, adding apps tailored to their interests or skills related to thinking, science, and math.

They can even personalize the app’s background with their child’s favorite colors or photos from the gallery. The Galaxy Tab A9 Kids Edition will come complimentary Crayon Stylus, Kids Puffy Case, 15W Travel Adapter, and Kids Sticker, collectively worth RM300.

This special edition item is only available from 1 April onwards (while stocks last), providing parents with additional value and peace of mind when purchasing the Galaxy Tab A9 Kids Edition for their children.

NGO Antarabangsa Serah Sumbangan Baiki Masjid Kg Pak Phau Cambodia

Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dato Dr Mustapha Ahmad Marican menyerahkan sumbangan bagi menampung kos membaikpulih masjid Kg Pak Phau Cambodia berjumlah kira-kira USD5,000.

Penyerahan sumbangan berkenaan diserahkan kepada imam yang juga hakim kampung tersebut, Ustaz Abdul Muttalib turut saksi oleh hampir 800 jemaah pada Jumaat lalu.

Mustapha berkata, sumbangan yang diperolehi ini diharap dapat menampung kos berkenaan dan tidak membeban penduduk kampung yang hanya bergantung kepada sumber pertanian yang berkurangan akibat cuaca panas.

“Kita juga berharap konsep kerjasama erat antara masyarakat perlu dikekalkan khususnya pada bulan Ramadan yang mulia ini dan berharap rakyat Malaysia yang prihatin terus memberi sumbangan kepada usaha membantu masyarakat Islam di Kemboja ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, keadaan cuaca panas kering mencecah 42 darjah selsius ketika ini tidak mematahkan semangat beliau terus berbakti kepada masyarakat Islam yang daif di pedalaman Kemboja.

“Saya sendiri turun dari lori yang diisi penuh dengan beras dan keperluan asas lain berjalan kaki ke kampung pedalaman yang kebanyakannya penduduk Islam,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 1,000 kapit beras diagihkan dengan setiap kapit 20 kilogram bagi satu keluarga selain barangan asas lain seperti minyak, gula, tepung, susu dan lain-lain,” katanya.

Antara cabaran selain cuaca panas terik ialah jalan yang berdebu dan tidak rata serta kedudukan kampung ke kampung lain agak jauh manakala tiada hotel atau rumah tumpangan sekitar kawasan kampung tersebut.

Kedai Emas Perling Edar 1,000 Kampit Beras Bantu Golongan Kurang Berkemampuan

Berbaki beberapa hari lagi sebelum berakhirnya Ramadan, setiap umat beragama islam pasti menggunakan peluang yang ada untuk mengerjakan amalan kebaikan. Kedai Emas Perling, yang terletak di Taman Perling, Johor Bahru tidak melepaskan peluang meraih keberkatan dalam bulan yang mulia ini dengan melancarkan program infaq ‘ Kedai Emas Perling Prihatin’.

Program ini dijalankan dengan mengagihkan 1,000 kampit beras berjumlah RM20,000 kepada golongan asnaf, fakir miskin dan anak-anak yatim di sekitar kawasan berdekatan.

Pengasas Kedai Emas Perling, Nurul Aini Muslim berkata, pemilihan barangan asas, beras sebagai sumbangan utama adalah bagi meringankan beban golongan tidak berkemampuan yang terkesan dengan kenaikan harga beras di pasaran.

“Pada program infaq ini kita agihkan sebanyak 1,000 kampit beras dan bubur lambuk untuk setiap satu keluarga, sumbangan ini terbuka kepada semua, jika penerima adalah bukan dari kalangan asnaf, fakir miskin atau anak-anak yatim ia merupakan sedekah kami buat mereka sempena Ramadan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai cabaran yang dihadapi sepanjang menjalankan perniagaan emas, Nurul Aini menyatakan bahawa penjualan agak perlahan pada September tahun lalu hampir mematahkan semangatnya namun beliau kembali bangkit bersama kakitangannya dan mengubah strategi pemasaran. Inisiatif tersebut membuahkan hasil dan kini jualannya menunjukkan peningkatan yang positif.

“Selepas dua bulan mengikuti seminar, kita cuba mengubah strategi pemasaran dan alhamdulillah kita nampak peningkatan pada penjualan”, katanya lagi.

Membawa tagline “Mewah Bergaya Simbol Anggun Wanita Sempurna”, Kedai Emas Perling yang ditubuhkan pada tahun 2016 kini turut aktif di aplikasi Tiktok dimana pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih atau ‘lock’ item yang diingini.

Antara promosi menarik yang ditawarkan ialah diskaun sebanyak RM5 bagi setiap gram emas yang dibeli khas buat pelanggan kelahiran negeri Johor.

Emas Perling turut menawarkan lebih 1,500 pilihan cincin dan lebih 800 jenis pilihan rekaan rantai tangan, ‘gold bar’ dan dinar emas, sekali gus menjadi pilihan peminatnya yang tersendiri.

realme Note 50 Berharga RM299 untuk Sambutan Hari Raya 

realme, jenama teknologi terkemuka yang terkenal dengan komitmennya terhadap inovasi dan reka bentuk bertumpu pengguna, mengumumkan telefon pintar peringkat permulaan terbaharunya — realme Note 50, yang digelar Long-lasting Value Beast

Dijual dari RM349, realme Note 50 menandakan permulaan siri serba baharu yang menjanjikan untuk menawarkan teknologi tanpa kompromi kepada pengguna yang mencari telefon pintar peringkat-permulaan berkualiti-tinggi.

Sempena sambutan Hari Raya, pembeli kini boleh mendapatkan realme Note 50 pada harga yang lebih berpatutan. Mulai sekarang hingga 7 April, pengguna platform Shopee boleh membawa pulang realme Note 50 pada harga istimewa RM299, manakala platform Lazada juga akan menyediakan kupon diskaun dari 4 April hingga 6 April.

Pengasas dan CEO realme, Sky Li, menyatakan, “Kelahiran siri Note bukan sekadar pengenalan produk atau usaha untuk menguasai lebih banyak bahagian pasaran; ia adalah tindak balas kami terhadap cabaran dan jangkaan untuk masa hadapan.

Kami amat percaya bahawa kehebatan teknologi bukan sahaja terletak pada inovasi tetapi juga pada popularitinya.

Kebolehpercayaan tidak berbelah bahagi dalam kualiti

Falsafah produk realme Note 50 adalah komitmen terhadap kebolehpercayaan dan ketahanan. Penarafan IP54-nya memberikan rintangan habuk dan air untuk mengendalikan percikan yang tidak disengajakan dengan selesa. Pada masa yang sama, pelindung skrin kaca berkekuatan tinggi dan struktur aluminium

die-cast dalaman menawarkan perlindungan kejatuhan terkemuka dalam kelasnya. 

Selain itu, telefon pintar peringkat permulaan paling nipis ini mempunyai hayat bateri peringkat perdana. Selepas 1200 kitaran pengecasan, bateri realme Note 50 masih boleh mengekalkan lebih daripada 80% kapasitinya. Dengan kiraan satu caj setiap hari, ia boleh digunakan dengan ketenagan minda selama tiga tahun.

Dapatkan HONOR Magic6 Pro dengan CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes

HONOR Magic6 Pro telah menerima sambutan hangat sejak dilancarkan di Malaysia baru-baru ini. Kini, flagship terbaharu dalam Siri Magic ini boleh didapati menerusi pelan pascabayar dengan CelcomDigi, Maxis, Umobile dan Yes.

Berikut pakej pascabayar yang ditawarkan empat syarikat telekomunikasi tersebut. Bawa pulang HONOR Magic6 Pro pada harga RM50 sebulan dengan CelcomDigi Alami kehebatan HONOR Magic6 Pro dari hanya RM50 sebulan.

Dapatkan hadiah percuma bernilai RM898, Internet 5G/4G Tanpa Had bersama rebat bulanan RM10 menerusi pelan CelcomDigi pascabayar 5G di Easy360. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan tersebut, layari rasmi CelcomDigi.

Dapatkan data 5G tambahan 200GB dengan pelan Pascabayar Maxis RM109 Bawa pulang HONOR Magic6 Pro dengan pelan Maxis Pascabayar 109. Pelanggan akan menikmati data 5G 200GB, panggilan tanpa had dan SMS untuk hanya RM109 sebulan.

Maklumat lanjut mengenai pelan ini boleh didapati di laman web Maxis. Nikmati data besar 1,000GB dengan pelan U Postpaid 98 Miliki HONOR Magic6 Pro dengan pascabayar Unbeatable 5G U Postpaid.

Dengan ansuran 0% pada hanya RM129 sebulan, nikmati data berkelajuan tinggi 5G 1,000GB menerusi UltraHotspot 5G untuk penyambungan pelbagai peranti dan perayauan global percuma di 63 destinasi. Alami ketersambungan dan ciri terbaik hari ini! Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi U Mobile.

HONOR Magic6 Pro dengan data dan panggilan tanpa had pada RM60 sebulan

Dapatkan HONOR Magic6 Pro dengan hanya RM60 sebulan menerusi pelan Yes Infinite+ Premium pascabayar 118. Nikmati data dan kelajuan 5G dan 4G tidak ditutup, panggilan tanpa had dan data hotspot 80GB untuk pakej menarik ini.

Lawati laman web rasmi Yes 5G di yes.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan ini.
Dengan pelan pascabayar yang menarik, terdapat beberapa sebab anda harus memiliki
HONOR Magic6 Pro!

HONOR Magic6 Pro didatangi Kamera Tele-falcon 180MP yang mampu menangkap gambar jarak jauh dengan jelas dan terang. Ia digandingkan dengan Kamera Utama Super Dynamic Falcon 50MP dan Kamera Ultra Lebar 50MP untuk menghasilkan gambar lebih menarik dan bermakna menjadikan HONOR Magic6 Pro sangat sesuai untuk fotografi sukan.

Dari segi ketahanan, Pelindung HONOR NanoCrystal melindungi paparan peranti ini sepuluh kali ganda lebih tahan jatuh berbanding kaca biasa. Pelindung HONOR NanoCrystal menerima pensijilan Overall Glass Drop Resistance Ability lima bintang dari SGS yang menjamin ketahanan dalam pelbagai senario.

Mengenai bateri pula, HONOR Magic6 Pro dimuatkan dengan Bateri Karbon Silikon Generasi Kedua 5600mAh untuk kuasa sepanjang hari. Ia disokong pengecas pantas berwayar HONOR Wired SuperCharge 80W dan mencapai bateri penuh dalam masa kurang 40 minit agar pengguna sentiasa berhubung sepanjang hari.

HONOR Magic6 Pro dikuasakan dengan Android 14 dan cipset mudah alih Snapdragon 8 Gen 3. Sistem operasi Magic OS 8.0 membolehkan pengguna berhubung, seterusnya melakukan tugas dengan cepat dan di hujung jari.

Dengan ciri Magic Portal, pengguna cuma perlu seret alamat dalam mesej teks ke Google Maps untuk navigasi mudah. Selain itu, perkongsian kandungan juga lebih lancar dengan hanya perlu seret teks atau imej ke post media sosial atau emel.

HONOR Magic6 Pro hadir dengan RAM 12GB dan storan 512GB pada harga RM4,499.
Peranti ini tersedia dalam warna menawan Epi Green dan Black. Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic6 Pro, layari www.honor.com/my

Maserati MSG Racing Victorious In Tokyo

Maserati MSG Racing secured victory at the 2024 Tokyo E-Prix, with Maximilian Günther winning the FIA Formula E World Championship’s inaugural race in Japan.

Max, who entered the weekend in good form after displaying a strong recovery drive in São Paulo two weeks earlier, showed competitive pace throughout practice and placed third in FP1 and FP2.

Come qualifying, the 26-year-old continued to extract his performance to maximum effect, and by setting the fastest time in Group B, secured his place in the duel stages.

Maximilian Gunther, Maserati MSG Racing, 1st position, celebrates with his trophy on the podium

By defeating Porsche’s Pascal Wehrlein in the Quarter-Finals, Max went up against Sergio Sette Camara in the penultimate stage but beat the ERT driver in his head-to-head to compete in the Final.

In the Final, Max displayed a fighting performance against Oliver Rowland but missed out on pole position by only 0.021 seconds to start second. His team-mate, Jehan Daruvala, meanwhile, qualified 17th for the fifth race of his Formula E career.

Starting on the dirty side of the circuit, Max unfortunately lost second place off the line to Edoardo Mortara, while Jehan executed a clean, calculated, and opportunistic opening lap to make up ground.

As the race evolved, Max quickly settled into a rhythm but leveraged his Attack Mode strategy to his advantage, overcutting both Mortara and Rowland to rise to the lead before taking his first activation on lap 14.

Max rejoined the race in third, but with the benefit of extra power, overtook Mortara on track and set out to chase after Rowland, although a Safety Car on lap 20 – deployed for debris – neutralised the race until lap 22.

After resuming his pursuit for the lead after the restart, Max staged a crucial overtake on Rowland on lap 25 and built a big enough gap over the Briton to take his final Attack Mode without sacrificing track position.

Proton Sumbang Dana Kepada Pendidikan, Kebajikan Di Tanjung Malim

Cheque presentation to SMK Proton City

Sempena bulan Ramadan, pengeluar kereta nasional PROTON menunjukkan komitmennya terhadap pendidikan dan kebajikan masyarakat dengan dua inisiatif yang memberikan impak positif.

PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan memperuntukkan dana Zakat sebanyak RM10,000 untuk menaik taraf kemudahan surau di dalam premis sekolah.

Sumbangan itu terdiri daripada pelbagai bahan bacaan pendidikan termasuk buku rujukan hingga kesusasteraan, ini sejajar dengan visi PROTON untuk memperkasakan generasi muda melalui pengetahuan dan pembelajaran.

Bahan bacaan itu diperoleh melalui kempen derma buku antara syarikat dengan lebih daripada 500 buku-buku disumbangkan oleh kakitangan PROTON. Melalui kempen ini, Syarikat berhasrat untuk memberi inspirasi kepada pelajar untuk cemerlang dalam akademik dan mengejar aspirasi mereka.

Students of SMK Proton City are happy with new reading materials donated by PROTON, available in the school library.

“Di PROTON, kami percaya dalam transformatif pendidikan. Dengan memberikan akses rangkaian buku yang lebih luas kepada pelajar, kami yakin dapat memberi inspirasi kepada pelajar dan membolehkan perjalanan pendidikan mereka ke ara penemuan diri dan mengejar kerjaya masa depan mereka,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Sumbangan daripada PROTON menekankan kepentingan kerjasama korporat dalam memupuk pembangunan pendidikan dan budaya pembelajaran dalam komuniti. Dengan kerjasama yang rapat dengan SMK Proton City, PROTON berusaha untuk menyokong para pendidik dalam misi mereka untuk mendidik generasi yang akan datang.

Pengetua SMK Proton City Zalina Ahmad turut merakamkan penghargaan terhadap sokongan PROTON dan menyedari impak ketara akan berlaku terhadap program pendidikan mereka.

From right, Principle Pn Zalina Ahmad presents a token to En Roslan Abdullah. Accompanied by En Mohd Khalid Yusof, Senior Director of Investment and Promotion PROTON.

“SMK Proton City dan PROTON mempunyai hubungan yang rapat dengan kira-kira 200 pelajar daripada keluarga pekerja PROTON. Selama ini, PROTON, Kesatuan Sekerja dan kakitangannya telah menyokong sekolah dan hari ini, kami amat berterima kasih atas sumbangan buku yang begitu banyak sekali.

Sumber-sumber ini akan memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar kami dan menyumbang kepada pertumbuhan akademik mereka.”

Seiring dengan sumbangan buku itu, PROTON turut menyerahkan Dana Zakat sebanyak RM10,000 kepada surau SMK Proton City. Sumbangan itu akan digunakan untuk kerja-kerja penambahbaikan surau, termasuk pemasangan bumbung dan mozek lantai untuk bahagian solat wanita, menyediakan persekitaran yang kondusif untuk menunaikan solat dan aktiviti lain.

JPG Spreads Ramadan Cheers To Orphans And The Underprivileged

Johor Plantations Group Berhad (JPG), an upstream oil palm plantation company, reaffirms its commitment to supporting the underprivileged during Ramadan through its #JPGBerkat community impact programme.

In conjunction with its Iftar Perdana 2024, JPG extended a helping hand to five deserving recipients to receive a donation of RM3,000 each. The beneficiaries are Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Nur Solihin, Persatuan Orang Cacat Johor Bahru, Pusat Jagaan (Orang tua) Impian Syimah, Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia and Hidayah Centre Foundation Johor.

Managing Director, Mohd Faris Adli Shukery said, “JPG continues to embody the spirit of JCorp’s purpose of ‘Membina & Membela’, centred on our mission of building a future that champions equity through sustainable investment strategies.

“Through our flagship CSR programme #JPGBerkat, we give back to marginalised community members by providing them with various support including donations, especially in the month when Muslims are expected to increase our alms and provide to those in need,” he added.

The checks were handed to the organisations at the Iftar Perdana’s main venue at Sungai Johor Eco Retreat (SUNJER). JPG’s annual Iftar Perdana was held for all employees and workers simultaneously including at various halls, mosques and surau of JPG’s operating complexes.

To foster the spirit of philanthropy among its employees, JPG also organised a Baju Raya sponsorship programme for the Nur Solihin orphans. Additionally, Kelab Sukan & Rekreasi Tiram (KSRT), the sports and recreational club under JPG’s parent company, Kulim (Malaysia) Berhad, extended duit raya to the children, exemplifying the company’s holistic approach to community support.

Post Menarik