Adakah anda bersedia untuk menikmati pengalaman kulinari hebat dari serata dunia? Penggemar keju kini boleh menikmati pilihan keju terbaik dunia tanpa meninggalkan rumah dengan pelancaran World Cheese Pizza atau Piza Keju Dunia baharu daripada Domino’s Pizza Enterprises Ltd (Domino’s), menawarkan lapan keju premium dari seantero dunia!
Sempena bulan Merdeka dan sambutan Hari Malaysia selepas itu, Domino’s akan memulakan penjelajahan Kembara Keju Dunia yang akan mengunjungi lapan negeri.
Jelajah tersebut yang bermula pada 17 Ogos di Kuala Lumpur akan singgah ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Ipoh, Kuantan dan Selangor dari sekarang sehingga Oktober 2024.
Lebih 12,800 potong piza akan diagihkan di acara kembara menarik ini untuk menyebarkan keriangan dan kelazatan keju ke seluruh negara.
Piza Keju Dunia mengetengahkan kelazatan keju-keju terbaik dunia, dan disajikan dalam bentuk Quattro (Empat Suku) unik. Setiap suku piza membawakan kombinasi keju yang berbeza, memastikan pengalaman menjamu selera yang penuh nikmat rasa.
Dengan pilihan High Melt Cube, Cheddar Merah, Keju Mozarela, Keju Krim, Gouda, Emmental, Edam, dan Parmesan, piza ini menghasilkan ledakan cita rasa yang
menambat selera, dengan adunan aneka keju.
Piza Keju Dunia juga membawakan kerak keju ultra pertama di dunia, dengan lapisan
asas Sos Keju Krim dan Keju Mozarela. Inovasi unik ini, yang hanya boleh didapati
secara eksklusif di Domino’s, menggabungkan dua jenis kerak dalam satu piza.
Berintikan Keju Tali Mozarela, separuh daripadanya ditabur hias dengan High Melt Cube, manakala separuh lagi dilimpahi Keju Cheddar Merah, mencetus perbezaan perisa menarik dalam setiap potong piza.
Ringo Joannes, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau bagi Domino’s Malaysia, Singapura dan Kemboja berkata, “Piza Keju Dunia kami ialah sajian terhebat untuk menambat selera penggemar piza. Menyedari betapa pelanggan kami sukakan keju, kami telah mendapatkan pilihan keju terbaik dari seluruh dunia untuk mencipta piza yang menawarkan cita rasa unik.
“Sebagai contoh, High Melt Cube mempunyai tekstur yang cair dan berkrim, manakala Cheddar Merah membawakan perisa yang masam dan tajam. Apabila digabungkan, keju-keju ini menghasilkan ledakan nikmat rasa yang tidak ditemui di mana-mana.
“Hasrat kami bukan untuk menyediakan piza yang rumit tetapi menyajikan ramuan yang memang digemari pelanggan kami seperti keju dan menambah baik hidangan untuk membawakan sesuatu yang istimewa. Langkah ini sejajar dengan janji jenama untuk ‘Memberikan anda lebih lagi’.”