Traveloka, platform pelancongan terkemuka Asia Tenggara, dengan bangganya mengumumkan kejayaan pecah rekod kempen Jualan EPIC 2024 mereka. Menarik minat lebih 35 juta pelanggan menerusi tawaran jutaan nilai penjimatan melalui diskaun kejutan sehingga 80%, kempen ini merupakan kempen jualan paling berjaya dalam sejarah Traveloka.
Jualan EPIC ini mencatatkan peningkatan dua kali ganda trafik di pasaran utama, terutamanya di Indonesia dan pasaran berkembang pesat Traveloka, Malaysia, sekaligus
mengukuhkan kedudukan Traveloka sebagai aplikasi pilihan sehenti bagi jutaan pengembara di seluruh Asia Pasifik.
Kejayaan hebat ini disokong oleh kerjasama dengan lebih 10,000 rakan kerjasama yang mengambil bahagian, termasuk jenama ternama seperti Malaysia Airlines, Accor, Archipelago International, Disneyland Hong Kong dan badan pelancongan seperti
Lembaga Pelancongan Hong Kong, dengan tawaran rangkaian pilihan yang luas yang
memenuhi keperluan setiap pengembara.
“Kami amat gembira dengan pertumbuhan luar biasa yang dicapai semasa Jualan EPIC
Traveloka, iaitu peningkatan sebanyak 127% dalam rekod transaksi,” kata Su-Ann Lee,
Pengurus Besar ASEAN di Etihad Airways.
“Kejayaan ini menekankan nilai kerjasama kami dengan Traveloka dan manfaat besar yang dibawakan kepada pelanggan. Bersama-sama, kami berharap kejayaan ini akan kekal berterusan.”
Selain itu, pelanggan juga berjaya mendapatkan lebih diskaun yang dibawakan oleh rakan
kerjasama pembayaran Traveloka. Transaksi kredit kad mencatatkan peningkatan 5 kali
ganda dengan jualan harian meningkat kepada 6 kali ganda.