“Artconomic: Pameran Solo Ke-8 Ali Nurazmal Yusoff’ sebuah pameran seni kontemporari yang mengetengahkan gabungan seni dan ekonomi sedang berlangsung bermula hari ini sehingga 2 Julai di Galeri Seni Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.
Projek kolaborasi Persatuan Ekonomi Universiti Malaya (PEKUMA) dan Galeri Seni Universiti Malaya, Muzium Seni Asia bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar mengenai peranan ekspresi artistik dalam fabrik dinamik ekonomi.
Diinspirasikan dari artikel Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan pada tahun 2021 melalui portal Kementerian Kewangan Malaysia, ia bukan hanya pameran seni tetapi platform visioner yang bertujuan menetapkan seni sebagai mekanisme ekonomi, terutama dalam bentuk pelaburan.
Fadhli Masoot, pelakon terkenal tanah air yang hadir semasa sesi perasmian turut menzahirkan keterujaan beliau menyaksikan pameran hasil seni karya Ali Nurazmal Yusoff.
“Saya amat mengagumi beliau kerana karya yang dihasilkan menyampaikan mesej mengenai situasi semasa, selain itu terdapat juga beberapa karya beliau yang dipamerkan di beberapa muzium luar negara antaranya di Perancis, Australia dan beberapa negara yang lain,” katanya.
ARTCONOMICS, mempamerkan 43 keping karya-karya terbaik Ali Nurazmal Yusoff sejak tahun 1990-an hingga kini.
Sebagai sebahagian usaha jenama ini untuk membangunkan bakat di peringkat akar ubi dan meraikan perlumbaan motor, Red Bull Malaysia (Red Bull), jenama minuman tenaga No.1 di negara ini, mengumumkan penajaannya ke atas Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta
Yamaha di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang.
Kerjasama ini dirasmikan menerusi majlis menandatangani kontrak bersama tiga Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha iaitu PETRONAS Sprinta Yamaha 31 Racing, PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ, dan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.
Majlis penting itu menandakan pencapaian yang signifikan kepada Red Bull untuk memacu masa depan bakat muda perlumbaan motosikal Malaysia, sejajar dengan aspirasi jenama itu untuk membawa tenaga dengan semangat kepada individu, memberikan mereka rangsangan bagi mengatasi segala-galanya dan apa sahaja.
Ketiga-tiga pasukan lumba tersebut akan bertanding dalam Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix PETRONAS MAM Malaysia 2024 yang berprestij dari 1 hingga 2 Jun di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang.
“Di Red Bull, kami bukan sekadar memberi tenaga kepada badan, tetapi juga menyemarakkan semangat setiap individu yang berani menolak sempadan kemungkinan. Kerjasama dengan Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha ini mewakili lebih daripada gabungan logo; ia mewakili komitmen bersama terhadap kecemerlangan, inovasi, dan semangat persaingan yang berkobar-kobar,” kata Andy Lee, Pengarah Bersama Negara (Co-Country Director) TCP Red Bull Malaysia.
Bila Bakat Bertemu Perlumbaan
Ketiga-tiga Pasukan Lumba Yamaha Sprinta PETRONAS mempunyai kehadiran yang mantap di litar, masing-masing meminjamkan pengalaman dan semangat mereka untuk perlumbaan terhadap kerjasama mereka dengan Red Bull. Berikut adalah latar belakang setiap pasukan:
Dipacu oleh tiga tonggak – RIDE. RACE. LEAD. – Pasukan Lumba PETRONAS Sprinta Yamaha 31 menyasar untuk menjadi satu daripada pasukan lumba terbaik bukan sahaja di Asia tetapi juga di dunia.
Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan keluaran penambahan baharu kepada barisan MR-G, barisan jam tangan istimewa daripada jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK.
MRG-B2100B baharu ini mempunyai muka jam kerja kekisi berdimensi dan bezel oktagon yang diilhamkan oleh keindahan fungsian seni pertukangan kayu saling kunci tradisional Jepun yang dikenali sebagai
* Kigumi merupakan teknik pembinaan dan pertukangan kayu tradisional Jepun yang digunakan untuk pertukangan tanggam kayu tanpa menggunakan sambungan logam.
Jam tangan baharu ini merupakan yang pertama daripada barisan 2100 yang membawa nama MR-G. Barisan 2100 diperkenalkan buat julung kalinya pada tahun 2019, menampilkan reka bentuk kombinasi digital-analog yang menawarkan sentuhan moden kepada G-SHOCK yang pertama sekali, DW-5000C.
Dengan bezel oktagon tersendiri dan reka bentuk yang nipis serta diperkemas, barisan 2100 terbukti popular di seluruh dunia.
MRG-B2100B-1A
MRG-B2100B kalis hentakan ini memaparkan muka jam kerja kekisi berdimensi yang diilhamkan oleh ketukangan mahir daripada teknik pertukangan tanggam kayu kigumi tradisional Jepun.
Permukaan dasar muka jam diberikan bentuk berombak dengan beberapa bukaan rumit bagi menghasilkan corak geometri yang mengekspresikan dengan indah pandangan hidup kerja kekisi kumiko. Corak ini bukan sahaja memberikan ciri reka bentuk, tetapi turut membolehkan cahaya yang mencukupi menembusi bukaan yang begitu rapi bagi tujuan penjanaan kuasa solar.
Kumiko merupakan teknik pemasangan kepingan kayu Jepun menjadi corak geometri tanpa menggunakan paku.
Bezel oktagon barisan-2100 yang tersendiri ini dibentuk daripada sejumlah 27 komponen berasingan, yang membolehkan penggilapan jitu menjadi kemasan logam yang indah, sehingga ke tempat ceruk yang paling mencabar.
Komponen luar digilap secara individu oleh ahli kraftangan mahir dan kemudian dipasang dalam proses seteliti pertukangan kayu kigumi. Bezel atas dibuat dengan COBARIONTM, aloi yang mempunyai kekerasan kira-kira empat kali ganda berbanding titanium tulen manakala tali jam menggunakan DAT55G, aloi titanium dengan kekerasan kira-kira tiga kali ganda berbanding titanium tulen.
Jam tangan ini menggabungkan keindahan halus logam dengan kekuatan G-SHOCK demi reka bentuk yang sesuai dengan nama MR-G.
Sempena sambutan Hari Bapa yang bakal tiba pada bulan Jun ini, apa kata anda membuat kejutan kepada wira dalam hidup anda dan seisi keluarga pada hujung minggu di Resorts World Genting dengan pengalaman gastronomi yang pasti tidak dapat dilupakan.
Jadikanlah momen ini sebagai ungkapan kasih sayang dan penghargaan yang tulus kepada bapa anda, sambil mencipta kenangan manis bersama keluarga tercinta.
Temui pelbagai pilihan tempat makan di Resorts World Genting yang mampu memuaskan hati penggemar makanan walaupun bagi mereka yang paling cerewet! Untuk bapa yang suka makanan kasual secara santai dan menyukai hidangan makanan laut lepas yang segar, tempahlah hidangan mewah yang terdiri daripada ketam Kanada yang lembut, gulungan cili yang lazat, dan burger daging dari lembu matang yang dipotong secara sempurna.
Burger & Lobster di SkyAvenue Mall menawarkan set menu lazat untuk 2 orang dengan harga RM500 dan 2 hingga 4 orang dengan harga RM1000. Terdapat juga ais krim sundae sebagai pencuci mulut dari 1 hingga 30 Jun 2024.
Bermula dari jam 12 tengah hari hingga 10 malam, pada setiap hari Isnin hingga Khamis. 12 tengah hari hingga 11 malam pada setiap hari Jumaat. 11 pagi hingga 11 malam pada setiap hari Sabtu dan dari 11 pagi hingga 10 malam dan pada setiap hari Ahad.
Elevated cuisine at Genting Palace
Untuk bapa-bapa yang gemar dengan muzik secara langsung, hidangan krustasia yang
memikat selera, dan makan di luar dengan angin sejuk serta pemandangan yang indah,
datanglah ke Highline Rooftop Market di Aras 4, SkyAvenue Mall.
Nikmati Lobster Boston atau tiram segar dari Kanada yang dipadankan dengan nasi goreng dan baldi besar berisi udang rebus, kerang, sotong, dan sayur-sayuran yang direndam dalam sos kam heong atau lada hitam!
Menu tetap untuk 4 orang dengan harga RM500 dan 8 orang dengan harga RM1,000 boleh didapati sepanjang bulan dari jam 12 tengah hari hingga 1 pagi pada hari Ahad hingga Khamis dan dari jam 12 tengah hari hingga 3 pagi pada hari Jumaat dan Sabtu.
Kebahagiaan bermula dengan masakan Itali! Nikmatilah sepotong Itali dan rasai daya tarikan masakan Mediterranean dengan Fisto Misto yang menyajikan sotong goreng, udang, dan fillet kod dengan adunan bonito, keju parmesan parut, dan sos pedas; risotto; pizza karaage; dan carbonara ketam yang menyelerakan di II Lago, Aras G, SkyAvenue sempena Hari Bapa!
Wolfgang’s High Tea Bird Cage
Menawarkan menu tetap yang menyediakan hidangan untuk 2 orang dengan harga RM500 dan RM1000 boleh didapati setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam.
Hadiahkanlah sebuah pengalaman yang tak dilupakan untuk bapa anda dengan hidangan yang tiada tandingannya di Wolfgang’s Steakhouse, yang terletak di Level M, SkyAvenue Mall!
Setiap penggemar daging pasti akan puas menikmati keseronokan sepotong New York Sirloin atau Porterhouse, termasuk hidangan istimewa seperti lobster bisque, koktel udang jumbo, dan kek keju ala New York.
Nikmatilah menu set istimewa untuk dua (2) orang dengan harga RM500 atau set untuk dua (2) hingga empat (4) orang dengan harga RM1000, yang tersedia mulai dari hari Isnin hingga Khamis, dari jam 12 tengah hari hingga 11 malam.
Wolfgang’s Steakhouse Father’s Day set
Anda juga boleh bersantai bersama keluarga dengan set hidangan teh petang yang menawarkan pelbagai hidangan lazat, termasuk pai pecan, coklat, scones kismis, buah beri
dengan whipped krim, croque monsieur truffle, dan burger klasik, serta menikmati
pemandangan panoramik Taman Tema Genting SkyWorlds di Wolfgang’s Steakhouse
Lounge.
Menu set pada harga RM500 dan RM1000 tersedia dari jam 12 tengah hari hingga
5:30 petang. Akhir sekali, jika bapa berminat menikmati cita rasa istimewa hidangan ikan dan kentang ala British, tidak perlu mencari selain dari Laughing Fish oleh Harry Ramsden di Aras 4, SkyAvenue.
Terdapat menu set yang telah dikurasi khas untuk pengunjung yang makan sedikit, termasuk sotong goreng, sepotong ikan kod kecil dengan sos istimewa, brownies coklat, dan minuman limau khas, semuanya ditawarkan dengan harga RM90 setiap orang. Bagi mereka yang ingin berkongsi, set yang lebih besar untuk dua (2) orang juga tersedia, termasuk koktel udang, potongan kod yang dibalut tepung, dua (2) set ikan kod, dan pelbagai lagi, bermula dari harga RM500.
Sentuhan pastri yang memikat hari anda!
Fresh greens grown in-house at Genting Secret Garden Hotpot
Makanan manis atau dessert merupakan hidangan yang sering dinanti-nantikan dalam
sambutan bersama keluarga! Manjakan bapa anda dengan merasai kek-kek yang lazat seperti Markisa Cheese, Chocolate Toffee, Tiramisu Baileys, Cherry Kirsch, dan pelbagai lagi, hanya di The Bakery, Genting Grand pada harga RM108.
Kek-kek ini hanya tersedia mulai 14 Jun hingga 16 Jun, dari jam 7 pagi hingga 11 malam. Setiap suapannya memberikan sensasi lembut seperti awan di dalam mulut anda!
Akademi Al Quran Amalillah (AKMAL) terus mengorak langkah dengan sasaran melahirkan lebih ramai hafiz dan hafizah menjelang 2025 menerusi kaedah hafalan Al Quran secara sistematik (fast-track) yang diperkenalkan.
Ketua Pegawai Eksekutif AKMAL, Mohd Saifullah Hussin berkata, Akademi Al Quran Amalillah mengambil pelajar seawal usia 10 tahun menggunakan kaedah ‘fast track‘ bagi hafazan 30 juzuk Al Quran dengan sasaran hafiz dalam tempoh setahun.
Modul ini dicipta bagi menyelesaikan masalah anak-anak yang mengambil masa terlalu lama menghafaz Al Quran disamping membantu ibu bapa yang mempunyai perancangan melanjutkan pengajian anak-anak ke peringkat lebih tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif AKMAL, Mohd Saifullah Hussin
“Dengan mengaplikasikan strategi program Speed Tahfiz, Modul AKMAL menyajikan pendekatan yang unik dengan mengintegrasikan sistem hafalan, dorongan motivasi harian, kajian pelajar yang berfokus, dan pengurusan psikologi.
“Impian AKMAL, ingin melihat, para pelajar menjadi hafiz 30 juzuk Al Quran di usia muda sebelum mereka melangkah ke peringkat menengah” katanya.
Tambahnya lagi, pendaftaran pelajar baharu dibuat secara berfasa iaitu enam bulan sekali.
“AKMAL berharap dapat melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bukan sahaja menghafal Al Quran tetapi berjaya Syahadah dimana memiliki kemahiran teknik hafazan berstrategi dalam masa setahun atau kurang.
“Bukan itu sahaja, kami juga ingin melihat lebih ramai golongan intelektual mahir dan menghafal Al Quran dapat dilahirkan pada masa akan datang.
“Kita juga mahu menjadi peneraju konsep fast track hafazan menjelang 2025 sekali gus melahirkan ramai pelajar tahfiz yang berkualiti dan berketrampilan. Kita turut mahu menjadi pelengkap sistem pendidikan negara dalam tempoh akan datang dengan izin Allah.
“Kita mengharapkan agar usaha ini mendapat sokongan semua pihak dan sudah pasti dengan bantuan semua, cita-cita ini akan dapat direalisasikan tidak lama lagi” katanya lagi.
Mohd Saifullah turut menjelaskan, AKMAL bakal menaik taraf akademi pengajiannya dengan menubuhkan kolej pengajian Al Quran yang menawarkan pengajian peringkat diploma pada tahun 2025.
Majlis Haflah Takrimiyah Graduasi 5.0 ini menyaksikan seramai 86 pelajar berjaya Hafiz dan Hafizah 30 juzuk Al-Quran manakala 19 orang pelajar berjaya Syahadah Al Quran.
“Kita turut bangga salah seorang pelajar yang diraikan pada hari ini iaitu Muhammad Iman anakanda kepada personaliti TV, Aidid Marcello dan isterinya yang juga bekas penyampai berita, Norzie Pak Wan Chek,” katanya selepas majlis perasmian majlis graduasi itu di Pusat Konvesyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
Aidid Marcelo ditemani isterinya Norzie Pak Wan Chek membaca watikah dihadapan anaknya, Al Hafiz Muhammad Iman
Majlis yang dihadiri 2,000 tetamu itu turut dirasmikan oleh Mantan Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Tan Sri Dato Seri Abdul Hadi Awang dan diserikan dengan kehadiran barisan Exco Agama Kerajaan Negeri Terengganu.
Abdul Hadi Awang dalam sidang media berkata, Al Quran merupakan panduan terbaik dalam kehidupan yang wajib dipupuk sejak kecil.
“Pelajar yang menghafal Al-Quran didapati lebih mudah untuk memahami ilmu lain tidak kira dalam mana-mana lapangan. Atas dasar tersebut, kita mesti terus beramal dengan Al-Quran. Barangsiapa yang beramal dengan ilmu yang Allah berikan kepadanya, Allah tambahkan lagi ilmunya.
Noor Zakiyyah Amalin Tajul Arif, hafizah Al Quran dalam tempoh 10 bulan 16 hari dan juga pelajar terbaik SPM 12A
“Menjadi kewajipan untuk mendalami ilmu selepas daripada kejayaan untuk menghafal Al-Quran dan disambung pengajian ilmu itu dalam pelbagai bidang,” katanya.
AKMAL yang berpusat di Marang, Terengganu dan telah beroperasi sejak lima tahun lalu memiliki lima cawangan antaranya di Bukit Beruntung, Sepang dan Shah Alam, Selangor serta di Batu Pahat, Johor.
Berusaha selagi mampu – itulah prinsip yang dipegang oleh Juraimie Ramli, 40, dalam meneruskan kelangsungan hidup biarpun berdepan dengan cabaran sebagai seorang ibu tunggal.
Juraimie yang juga orang kurang upaya (OKU) amat teruja apabila mendapat perhatian dan menerima pelbagai bantuan dari syarikat korporat, PETRONAS, menerusi Program PETRONAS 50 Dreams.
“Saya mengganggap bantuan yang diberikan seperti kerusi roda elektrik ini, buah tangan yang tiada ternilainya kepada saya dan keluarga.
“Kerusi roda elektrik yang diberikan oleh PETRONAS ini bukan sahaja memudahkan kerja-kerja harian saya, tetapi turut memberikan kemudahan jangka masa panjang untuk saya cari rezeki,” katanya.
Menurutnya, kesempitan hidup mendorong beliau untuk berniaga seperti mengambil upah untuk menggunting cili kering, memotong serai dan sayuran.
“Selain daripada berniaga secara kecil-kecilan dengan mengambil upah untuk menggunting pelbagai sayuran, saya juga membuat dan menjual sabun. Itupun kalau ada permintaan, kalau tiada, saya akan mengurut dan bayaran pula bergantung kepada mereka (pelanggan).
“Kalau mengharap orang, benda tu terhad, selagi mana mampu, kita berusaha untuk buat (kerja) walaupun ada kekurangan diri,” katanya.
Beliau turut bersyukur kerana selain daripada bantuan kerusi roda elektrik, pihak PETRONAS juga membaiki keadaan rumah untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya bersesuaian dengan keupayaannya.
“Saya berterima kasih kerana ada pihak yang sudi memperuntukkan belanja untuk menambah baik rumah yang saya diami seperti tempat letak kereta bersimen, mesin basuh, kabinet dapur dan set katil yang baharu serta mesin pembancuh sabun bagi kegunaan perniagaan,” katanya.
Selain memberi bantuan, PETRONAS turut meraikan Juraimie serta anaknya yang berusia lapan tahun untuk ‘makan angin’ di Pulau Langkawi.
Nothing today announced Phone (2a) Special Edition, a story of colour told through its latest smartphone.
From its design identity to its collaborative approach with the Nothing community, transparency lives at the brand’s core. The idea is to distil things down to their most basic,
yet beautiful form.
The Nothing Industrial Design Team in King’s Cross, London has applied this notion to colour to highlight red, yellow and blue for a unique new colourway. Phone (2a) Special Edition celebrates primary colours and their place within Nothing’s brand identity.
The new smartphone is the first time that all three colours have been used in one piece of Nothing hardware. Previously the red has been used in the right earbud of all Nothing audio products, the yellow in the new Ear (a) and most recently blue was revealed in Phone (2a) Blue – but until now, never have all three colours lived in one home.
“We are very happy to unveil Phone (2a) Special Edition. The first product to explore our palette of the primary colours; red, blue and yellow. Its overall aesthetic references some of our design heroes from the past, whilst creating a new expression for a smartphone.
Elevating a functional device into a striking piece of art.” said Adam Bates, Design Director
at Nothing. The Special Edition builds on everything the Phone (2a) was praised for at launch. It features impressive performance driven by the MediaTek Dimensity 7200 Pro processor, a fast and smooth Nothing OS, and a long-lasting 5,000 mAh battery.
The device boasts a 6.7” flexible AMOLED display, an impressive dual 50 MP rear camera, and showcases Nothing’s unique design through its hardware and The Glyph Interface.
Phone (2a) brought excitement to the market, selling 100,000 units in a matter of hours.
Since launch, the Nothing software team has rolled out 13 updates to fine tune camera
performance including optimising colour consistency in the main wide-angle sensor,
improving portrait brightness in HDR scenes and smoothening camera app opening
performance.
Phone (2a), and its predecessors, offer industry-first ChatGPT integration when paired with
any Nothing or CMF by Nothing audio product. Additionally, new ChatGPT widgets have been introduced for fast and easy access from your smartphone home screen. Earlier this
month, Nothing announced that Phone (2a) users can now access the Android 15 Developer Preview.
Availability and Pricing
● Phone (2a) Special Edition is available in a 12GB+256GB model (RM 1,699)
● Be one of the first to walk away with Phone (2a) Special Edition at Crossover online, where there will be 100 limited quantities available in Malaysia. First come, first served.
○ Friday 7 June, from 12:00 AM
○ https://crossoverconceptstore.com/
HONOR Magic6 Pro dalam warna lavender lembut Cloud Purple dambaan ramai mula dijual di seluruh negara hari ini! Telefon pintar edisi terhad ini mempunyai RAM12GB dan storan 512GB pada harga RM4,499.
HONOR Magic6 Pro juga didatangkan dalam dua warna menarik iaitu Epi Green dan Black.
Magic Seasonal Specials
Untuk meraikan keluaran terhad Magic ini, HONOR melanngsungkan promosi Magic Seasonal Specials untuk Siri HONOR Magic termasuk Cloud Purple. Beli HONOR Magic6 Pro dan dapatkan jam tangan pintar HONOR CHOICE Watch percuma berserta hadiah fon putik telinga HONOR Earbuds X6, Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari dan Waranti Lanjutan 1 Tahun yang bernilai sehingga RM1,696!
Selain itu, HONOR Magic V2 juga diberikan rebat segera RM800 dan hadiah percuma bernilai RM1,748. Jangan lepaskan peluang kerana promosi ini berakhir pada 30 Jun!
Kemas Kini Baharu MagicOS 8.0 untuk HONOR Magic6 Pro
Sementara itu, HONOR telah mengeluarkan kemas kini MagicOS 8.0 baharu untuk HONOR Magic6 Pro. Kemas kini ini menyediakan aplikasi baharu dalam Magic Portal dan beberapa ciri baharu berguna untuk kegunaan harian pengguna.
Sebagai sebahagian daripada MagicOS 8.0, ciri Magic Portal kini menyokong 100 aplikasi teratas merentas tujuh senario termasuk melancong, produktiviti, mesej, carian, hiburan, beli-belah dan media sosial. Interaksi Magic Portal serasi dengan aplikasi seperti LINE, WhatsApp, aplikasi suite Google, Instagram, Facebook, YouTube, TikTok, Taobao, ebay dan banyak lagi.
Lebih Banyak Peranti Bakal Terima Kemas Kini Perisian MagicOS 8.0 Baharu
HONOR hari ini turut mengumumkan MagicOS 8.0 baharu untuk Siri HONOR Magic. Mulai hari ini, pengguna HONOR Magic V2, PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR dan HONOR Magic5 Pro boleh memuat turun kemas kini ini dari menu Settings.
Berdasarkan Android 14, MagicOS 8.0 membawakan antara muka pengguna berasaskan niat (IUI) yang dikuasakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan ciri seperti Magic Portal, Magic Capsule dan Smart Folder.
Ia juga membawakan pelbagai jenis antara muka pengguna, prestasi, privasi dan peningkatan kecekapan bateri seperti mod penjimatan kuasa Ultra Power Saving Mode yang terbaharu kepada telefon flagship.
Ini dapat memperkasakan pengguna dengan produktiviti lebih baik dan menawarkan lebih banyak kemudahan menerusi AI pada peranti.
Siri HONOR Magic mengutamakan privasi pengguna dengan memastikan data peribadi diproses dengan selamat pada peranti.
MagicOS 8.0 memperkenalkan Blur Private Info, ciri baharu dalam Share menu bagi pengguna menyusun maklumat sensitif seperti nama, kata laluan dan butiran panggilan dengan mudah dari ditangkap pada imej.
Soundcore, the premium audio brand of Anker Innovations, introduced a slew of audio peripherals; the K20i, R50i NC, and C30i. Designed to cater to all types of listeners, Soundcore offers something for everyone with these new additions.
In celebration of this exciting launch, Anker is also offering deals across several platforms this coming 6.6.
The Soundcore K20i earbuds redefine convenience with a case that opens with a simple flip, revealing a larger opening that, along with the use of magnets, allows for effortless removal and return of the earbuds.
With an extended playtime of 36 hours with the charging case and up to 6 hours on a single charge, the K20i ensures uninterrupted entertainment sessions. Additionally, the earbuds are IPX5 water-resistant, making them ideal for workouts. The Soundcore K20i is available in Black at RM 89.
Soundcore R50i NC – Strong and Smart
For those who crave an immersive audio experience, the Soundcore R50i NC earbuds feature adaptive ANC with a 42dB Noise Reduction Depth to minimize background noise.
Additionally, the earbuds include four microphones with a custom AI algorithm for enhanced call quality, ensuring you stay connected with crystal-clear audio. The earbuds also feature transparency mode for situational awareness, and provides rich sound quality and deep bass, all in an ergonomic design.
These earbuds also offer hands-free viewing with a 2-in-1 charging case and phone stand, with up to 45-hour battery life. The R50i is available in four stylish colors – Black, White, Pink and Blue at RM 239.
Soundcore C30i – Clip on Your Comfort
Weighing at just 5.7g, the Soundcore C30i represents the next generation of the brand’s open-ear earbuds, designed to clip onto the cartilage of the user’s ear for a more secure and comfortable fit.
With its firm-shell design made of form-maintaining material and attachable ear grips with a large contact area, the C30i earbuds provide excellent stability while worn. The Soundcore C30i is available in Black at RM 329.
Samsung Wallet offers effortless living convenience, unlocking incredible value with every transaction. With the expansion of MyDebit in Malaysia, tapping and earning has never been simpler.
In just three years, you can redeem rebates up to RM2,160 on any product on Samsung online store. The best part? Samsung Wallet is available on the affordable Galaxy A15, accessible to everyone starting at RM999.
Not only does this offer incredible value for a feature-packed smartphone, but you can also gain rebates and attractive vouchers through your daily use of Samsung Wallet. Imagine grabbing a quick bite at your favourite mamak stall or treating yourself to a meal at a bustling fast-food joint.
With Samsung Wallet on your Galaxy A15, simply tap your phone on any NFC terminal to make a quick and secure payment. Every transaction earns you points with no minimum spend.
So whether it’s savouring a plate of nasi lemak or relishing a juicy burger, you’re not just enjoying your meal—you’re also accumulating rewards for future savings. Start now, and by next Raya, you could put your rebates towards a brand-new AI TV or AI Phone, making these products more affordable.
To purchase the Galaxy A15 (LTE), visit: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a15-black-256gb-sm-a155fzkixme/
To purchase the Galaxy A25 5G, visit:
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a25-5g-yellow-256gb-sm-a256ezyhxme/
For more information on Samsung Wallet, please visit: https://www.samsung.com/my/apps/samsung-wallet/
For more information on Samsung Rewards, please visit:
https://www.samsung.com/my/rewards/