Pertengkaran pasangan kekasih semasa menjamu selera di sebuah restoran masakan hot pot di Malaysia baru-baru ini telah tular sehingga menarik perhatian jutaan warganet.
Video kiriman pengunjung restoran menjadi perhatian warganet setelah telefon pintar milik lelaki tersebut masih boleh digunakan walaupun menjadi sasaran kemarahan teman wanitanya.
Susulan penularan video tersebut, HONOR Malaysia mengesahkan bahawa telefon pintar tersebut adalah kemungkinan besar model baharu HONOR X9c 5G yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Video itu memaparkan tindakan wanita tersebut merampas peranti itu daripada tangan teman lelakinya sebelum menghempaskannya ke lantai.
Yang mengagumkan, telefon tersebut masih dalam keadaan sempurna dan berfungsi setelah diperiksa oleh lelaki itu. Pertengkaran menjadi lebih hangat apabila telefon tersebut dirampas semula dan dicampakkan ke dalam periuk hot pot yang sedang panas.
Secara kebetulan, telefon itu sedang berdering semasa lelaki itu cuba mengambilnya keluar dengan senduk, dan kemudian menjawab panggilan. Ini sekaligus menunjukkan bahawa telefon tersebut yang masih berfungsi dengan sempurna.
Pertengkaran yang tular itu juga benar-benar menguji ketahanan dan kekuatan HONOR X9c 5G. Dengan Perlindungan Tiga Tahap Diperkukuh, pengguna dapat alami sendiri teknologi segenap segi yang diperkukuh bahkan perlindungan menyeluruh dengan kalis
air dan kalis calar pada peranti tersebut.
Malaysia akan menyambut kedatangan HONOR X9c 5G tidak lama lagi. Nantikan perkembangan menarik selanjutnya daripada HONOR.