Utama Blog Halaman 169

HONOR Magic V3, Telefon Boleh Lipat Paling Nipis dan Ringan Di Dunia – RM6,999

HONOR Malaysia dengan rasminya melancarkan telefon boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia, HONOR Magic V3, serentak dengan pelancaran global di IFA 2024 yang berlangsung di Berlin, Jerman.  HONOR Magic V3 yang berharga RM6,999 adalah telefon boleh lipat flagship yang menggabungkan teknologi termaju dengan rekaan ultra-nipis. 

Pra-pesanan HONOR Magic V3 Bermula Sekarang Sehingga 12 September 

HONOR Magic V3 kini sedia untuk pra-pesanan sehingga 12 September 2024 melalui laman sesawang rasmi HONOR, kedai HONOR Experience Store, Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

Bawa pulang hadiah eksklusif percuma dengan jumlah keseluruhan bernilai RM2,896 yang terdiri daripada HONOR Watch 4, HONOR Magic Pen, HONOR SuperCharge Wireless Charger Stand dan Perlindungan Skrin 365 Hari HONOR.

HONOR Magic V3 Pecah Rekod Sebagai Telefon Boleh Lipat AI Paling Nipis dan Ringan Di Dunia

HONOR Magic V3 mencatatkan rekod baharu sebagai telefon boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia dengan ketahanan, bateri, paparan, dan pengalaman AI yang dipertingkatkan kepada pengguna global. Peranti boleh lipat ini memiliki ketebalan lipatan hanya 9.2mm dan 4.35mm apabila dibuka, dengan berat 226g berbanding telefon bar flagship di pasaran.

Bahan Gentian Khas Aeroangkasa Yang Pertama Dalam Industri, Lebih Kukuh dan Tahan Lasak

Direka untuk ketahanan sepanjang penggunaan harian, HONOR Magic V3 menampilkan bahan badan yang diperbuat daripada Gentian Khas Aeroangkasa yang menyeimbangkan kenipisan dan ketahanan dengan sempurna.

Dengan ketahanan sehingga 5800MPa, gentian khas peneraju industri ini mengatasi bahan-bahan lain seperti Kevlar dan gentian karbon. Ia menawarkan ketahanan impak sehingga 40 kali lebih kuat dan mengurangkan ketebalan pelindung belakang peranti ini ke 30%, agar telefon ini boleh bertahan walaupun dalam keadaan yang ekstrem.

Selain itu, HONOR Magic V3 juga menampilkan engsel paling nipis dan kukuh dalam industri yang diperbuat daripada HONOR Super Steel, dengan kekuatan ketegangan 2100 MPa. Bahan ini membolehkan bentuk engsel yang lebih nipis iaitu 2.84 mm, sekaligus memberikan lebih ruang untuk pengukuhan struktur.

Di samping itu, HONOR Magic V3 juga menambah set tambahan lengan berayun kepada engsel tersebut, menguatkan lagi ketahanannya ke 1,250%. Dengan penambahbaikan ini, engsel tersebut boleh menahan ke sehingga 500,000 kali lipatan, dan telah mendapat pensijilan SGS Durability Certification.

Bagi memastikan skrin dalaman kekal jelas dan tahan penggunaan seharian, paparan 7.92 inci HONOR Magic V3 ini diperkuatkan dengan Skrin Dalaman Super Diperkuatkan HONOR (HONOR Super Armored Inner Screen).

Manakala paparan luaran semasa dilipat sebesar 6.43 inci pula diperbuat daripada Perlindungan NanoCrystal Anti-calar HONOR (HONOR Anti-scratch NanoCrystal Shield), menawarkan keupayaan menyerap hentakan sehingga ke 10 kali berbanding kaca biasa. Ini memberikan kekuatan peranti yang lebih kukuh daripada jatuhan yang tidak sengaja.

HONOR Magic V3 turut menerima penarafan kalis air IPX8, menjadikannya selamat untuk digunakan walaupun semasa hujan renyai, tumpahan air yang tidak sengaja atau terendam di dalam air pada kedalaman maksimum 2.5m.

Telefoto Periskop Zum 100X – Merakam Saat Indah dengan Fotografi Boleh Lipat Yang Berkuasa

HONOR Magic V3 menampilkan Kamera Utama 50MP, Kamera Ultra-lebar 40MP, dan Kamera Telefoto Periskop 50MP dengan zum sehingga 100X untuk menangkap gambar objek jauh dengan jelas. Selain itu, paparan dalaman dan luaran peranti ini membawakan Kamera Hadapan 20MP, amat sesuai untuk swafoto dan panggilan video.

Paparan Keselesaan Mata HONOR Melindungi dan Menjaga Kesihatan Mata Pengguna

HONOR amat komited terhadap kesihatan mata pengguna dan telah membangunkan beberapa teknologi perlindungan mata yang termaju.

HONOR Magic V3 dilengkapi dengan teknologi Paparan Keselesaan Mata HONOR yang membantu mencegah kelesuan mata, mengurangkan cahaya biru yang memudaratkan serta kesakitan mata semasa penggunaan yang lama. Ini termasuk Pemalapan Bebas Risiko PWM 4320Hz, Pemalapan Dinamik, Paparan Tona Semula Jadi, Paparan Malam Sirkadia dan Teknologi Cahaya Biru Rendah Bertaraf Perkakasan.

MagicOS 8.0.1 Berdasarkan Android 14 untuk Pemperibadian AI Yang Lebih Pintar dan Selamat

HONOR Magic V3 dikuasakan oleh perisian MagicOS 8.0.1 yang berdasarkan Android 14 bagi menawarkan pengalaman pengguna yang lebih diperibadikan dan selamat. Ciri Circle to Do More dengan Magic Portal membolehkan pengguna untuk membuka dua portal secara serentak pada kedua-dua belah skrin untuk berkongsi dan mencari maklumat dengan pantas. Hanya bulatkan teks, alamat, atau gambar menggunakan sendi jari anda dan seretkan ke aplikasi yang relevan melalui Magic Portal.

Dalam pada itu, ciri Parallel Space membolehkan pengguna untuk mengendalikan aplikasi dwi-ruang secara bebas pada desktop berasingan yang berfungsi seperti telefon kedua yang disepadukan ke dalam peranti boleh lipat mereka. Magic Capsule pula membolehkan pengguna untuk melebarkan notifikasi hanya melalui sentuhan pada skrin, memberikan maklumat tambahan tanpa perlu melayari beberapa aplikasi sistem yang pelbagai.

Ciri-ciri HONOR AI Dikuasakan oleh Google Cloud 

HONOR bekerjasama dengan Google Cloud untuk memasukkan keupayaan AI ke dalam HONOR Magic V3. Dengan ciri AI Eraser, pengguna boleh membuang objek yang tidak dikehendaki dengan mudah menggunakan AI yang generatif.

Ciri Face to Face Translation membolehkan fungsi terjemahan masa sebenar kepada pengguna semasa berkomunikasi dengan orang yang bertutur dalam bahasa berbeza atau untuk memahami percakapan dalam bahasa asing. HONOR Notes pula mengandungi ciri-ciri AI Office yang termaju seperti pertukaran suara ke teks, terjemahan langsung, dan keupayaan mengenal pasti penutur semasa perbincangan berkumpulan.

Bateri Ultra Besar Generasi Baharu dengan Pengecasan Berwayar 66W dan Wayarles 50W HONOR SuperCharge

Menampilkan kapasiti ultra besar Bateri Karbon Silikon Generasi Ketiga 5150mAh, HONOR Magic V3 boleh memenuhi permintaan seharian walaupun dengan penggunaan yang tinggi. Ia menyokong pengecasan berwayar 66W Wired HONOR SuperCharge yang hanya mengambil masa selama 45 minit untuk pengecasan penuh, dan pengecasan wayarles 50W Wireless HONOR SuperCharge.

Dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm® Snapdragon® 8 Gen 3, HONOR Magic V3 memberikan prestasi yang cemerlang. Peranti ini juga mengandungi cip C1+ bagi memastikan kesambungan yang terbaik walaupun di kawasan yang memiliki rangkaian telekomunikasi rendah serta meningkatkan prestasi rangkaian 5G.

HONOR Magic V3 didatangkan dengan 12GB RAM dan memori 512GB. Peranti ini tersedia dalam tiga warna yang menarik iaitu Mossy Green, Silk Brown dan Classic Black.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V3, sila layari laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/  

Amazfit T-Rex 3 – Jam Pintar Aktiviti Kembara Dipertingkatkan

Zepp Health (NYSE: ZEPP), penyedia teknologi kesihatan global terkemuka bagi alat boleh pakai pintar, bakal memperkenalkan Amazfit T-Rex 3, yang direka untuk mentakrifkan semula aktiviti pengembaraan untuk penjelajah masa kini.

Dengan ketahanan gred tentera, navigasi yang tepat dan hayat bateri yang luar biasa, Amazfit T-Rex 3 ialah rakan yang sempurna untuk  kehidupan masa kini.

Direka dengan ketahanan gred tentera untuk mengharungi persekitaran yang ekstrem, Amazfit T-Rex 3 kini menampilkan paparan AMOLED 1.5” yang lebih besar dengan kecerahan tinggi 2,000 nits, bagi memudahkan pembacaan dalam sebarang keadaan pencahayaan.

Sesuai dengan legasi Amazfit, bateri berkuasa Amazfit T-Rex 3 menawarkan sehingga 27 hari penggunaan biasa atau 180 jam penjejakan dan navigasi GPS berterusan.

Pengembara tegar Muhammad Haris Hakimi berkata, GPS dwi-jalur Amazfit T-Rex 3 menyerlahkan ketepatan yang luar biasa daripada arah jajaran ke jajaran yang jelas dan boleh didengar melalui fon Bluetooth yang disambungkan.

“Privasi yang dipertingkatkan memberi saya kawalan ke atas perkongsian lokasi saya melalui pelumpuhan data GPS,” katanya.

Privasi data peribadi adalah penting untuk keselamatan. Amazfit T-Rex 3 menawarkan pelbagai ciri privasi, termasuk pilihan untuk penyimpanan awan kekal atau sementara data GPS, tiada storan awan dan keupayaan untuk membataskan GPS sepenuhnya.

Pilihan bantuan termasuk sokongan e-mel automatik, sokongan awan, sokongan ke peranti mudah alih dan eksport fail data sukan. Ciri-ciri ini membolehkan pengguna mengawal maklumat peribadi dan butiran lokasi mereka.

Ahli sukan dan pelari aktif Shawn Pam berkata, “2,000 nits pada skrin AMOLED 1.5” memaparkan data dan peta dengan jelas dalam pelbagai persekitaran; dari kaki lima Kuala Lumpur hingga ke hutan Bukit Dinding.

“Saya dapat melihat laluan saya, kadar denyutan jantung, oksigen darah dan banyak lagi. OS Zepp 4.0 dengan Zepp Coach membantu rancangan larian saya dan memastikan saya berada di landasan yang betul. Pertuturan kepada teks, membolehkan saya membalas mesej teks dan menetapkan peringatan tanpa menghentikan senaman saya,” katanya.

Secara keseluruhan, Amazfit T-Rex 3 adalah 16% lebih besar daripada model terdahulu dan mempunyai bezel keluli tahan karat, peta bebas luar talian, peta kontur dengan arah belokan demi belokan dan penjejakan kesihatan lanjutan termasuk kesediaan dan kebolehubahan kadar denyutan jantung.

Amazfit T-Rex 3 hadir dengan lebih 170 mod senaman, kini dengan mod Hyrox Racing, Freediving, Ultramarathon dan Latihan Kekuatan yang dipertingkatkan. Dalam mod Latihan Ketahanan baharu, pengguna boleh mencipta rangka latihan mereka sendiri dalam Aplikasi Zepp dan integrasi ke jam tangan untuk mengikuti senaman mereka.

Pengenalan Zepp OS 4.0 digandingkan dengan AI bersepadu sepenuhnya, menawarkan ekosistem aplikasi yang menghubungkan kelancaran dengan peranti kecergasan pihak ketiga dan bantuan AI yang dikuasakan oleh GPT-4o OpenAI.

Berdasarkan kejayaan dan asas legasi siri Amazfit T-Rex, Amazfit T-Rex 3 membawakan peningkatan yang ketara. Ia lebih besar, lebih cerah dan lebih interaktif, terima kasih kepada AI bersepadu. Bagaimana Amazfit T-Rex 3 membandingkan dengan Amazfit T-Rex 2?

Pada 7 dan 8 September 2024, Amazfit T-Rex 3 akan dijual pada harga RM1,099.00, di DirectD Gadget Mega Store, Petaling Jaya.

Setiap pembelian pelanggan akan menerima Beg Bertali Amazfit, Tuala Microfiber Amazfit dan Botol Air Direct-D, sementara stok masih ada.

Selain itu, Jualan Pra-Pelancaran termasuk tawaran beli-dengan-beli (PWP) untuk Amazfit PowerBuds Pro pada RM99.00 (harga biasa RM599.00).

Selain itu bermula 9 September ini Amazfit T-Rex 3 boleh didapati dengan harga RM1,099.00 dan hadiah percuma di Shopee.

HONOR Magic V3, Peranti Boleh Lipat Dengan Ciri AI, Nipis, Lasak & Praktikal – Reviu Gajet

HONOR Malaysia memperkenalkan peranti boleh lipat terbaharu Honor Magic V3 yang menawarkan pengalaman menyeronokkan dengan kelainan lebih canggih dan rekaan cukup inovasi berbanding model terdahulu.

Kelebihan utama peranti ini berbanding pesaing di pasaran ialah skrin boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia setakat ini yang berukuran hanya 9.2mm apabila dilipat dengan berat hanya 226 gram.

Malahan telefon ini lebih ringan daripada peranti keluaran dari Korea Selatan yang meskipun tidak boleh dilipat namun boleh dirasai perbezaannya ketika peranti ini dipegang bersebelahan.

Faktor ketara yang menyebabkan peranti ini lebih ringan disebabkan penggunaan bateri generasi ketiga jenis Karbon Silikon yang berkuasa tinggi tetapi ringan malah engsel telefonnya turut direka semula yang menggunakan keluli ringan Honor Super Steel Hinge diikuti dengan bahan baharu seperti gentian khas aerosangkasa untuk penutup belakang dan logam yang lebih kuat untuk bingkai.

Sebagai telefon boleh lipat terkini HONOR yang paling nipis, ringan dan tahan lasak dengan hanya seberat 226g, kemasan pada peranti yang berukuran 156.6 x 145.3 x 4.4mm ini cukup menarik bersama satu tona warna penuh secara menyeluruh setaraf ciri peranti paling premium untuk golongan yang eksklusif.

Peranti dengan skrin 6.43 inci OLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan memori sehingga 12GB RAM + 12GB (HONOR RAM Turbo), storan sehingga 512GB dan bateri karbon-silikon generasi ketiga berkuasa 5150 mAh serta pengecasan pantas 66W.

Jika dibandingkan dengan HONOR Magic V2, peranti terdahulu memiliki ketebalan 9.9mm ketika dilipat manakala apabila dibuka pula senipis 4.7mm.

Ujian Mesin Basuh 

Untuk membuktikan ketahanan peranti ini, HONOR turut mengadakan demontrasi ‘membasuh’ peranti ini dalam mesin basuh selama 15 minit dengan menyaksikan peranti ini berpusing-pusing dan direndam dalam air.

Bagaimanapun, selepas tempoh ujian berlalu, peranti ini masih boleh dihidupkan dan digunakan seperti biasa sekali gus membuktikan peranti ini benar-benar tahan lasak.

Selain dimasukkan dalam mesin basuh, peranti ini juga melalui proses ujian ketahanan apabila direndam dalam akuarium sedalam 2.5 meter dan ciri ini amat sesuai dalam keadaan cuaca Malaysia yang panas dan lembap khususnya apabila secara tidak sengaja terdedah kepada hujan.

Hasil daripada ujian ini mendapati HONOR Magic V3 bukan sekadar tahan calar bahkan menunjukkan keupayaan kalis air IPX8 yang menakjubkan, sekali gus mengesahkan kualiti binaannya cukup tahan lasak.

Lebih Kukuh Berbanding Kevlar  

HONOR Magic V3, juga adalah jenama telefon pintar pertama yang menggunakan bahan Super Fiber pada panel belakang peranti ini diperbuat daripada fiber unik gentian khas aerosangkasa untuk penutup belakang dan logam lebih kuat untuk bingkai dengan ketahanan 5800MPa.

Bahan ini lebih kukuh berbanding Kevlar dan fiber karbon agar peranti ini kekal ringan serta tahan lasak dalam masa yang sama.

Sebagai jenama telefon pintar pertama yang menggunakan fiber termaju ini, HONOR telah mereka bentuk telefon yang boleh menahan impak sebanyak 40 kali berbanding Samsung S24 Ultra, selain 40 peratus lebih nipis, membolehkan HONOR Magic V3 mampu bertahan walaupun dalam keadaan mencabarkan.

HONOR Super Steel Hinge, bahan engsel paling kukuh dan ternipis

Teras kepada ketahanan HONOR Magic V3 ini ialah HONOR Super Steel Hinge yang menerajui industri dan diperbuat daripada generasi kedua keluli super HONOR Super
Steel.

Bahan ini memiliki ketegangan sekuat 2100MPa, mengatasi engsel keluli Samsung Z Fold6 yang sekuat 1600MPa. Dengan mengurangkan ketebalan badan engsel kepada saiz terbaik industri pada 2.84mm, HONOR telah mengoptimumkan ruang dalaman untuk memperkukuhkan struktur bagi menambah baik ketahanan keseluruhan peranti ini.

Engsel ini berupaya menahan sehingga 500,000 lipatan dan juga telah menerima pensijilan SGS Durability Certification yang mengukuhkan lagi kelasakan dan ketahanan peranti ini.

Apa yang menarik rekaan peranti ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 91.10% dan kecerahan puncak 1600nits malah kesan lipatan boleh dikatakan hampir tidak kelihatan berbanding sebelum ini selepas mekanisme lipatan yang lebih nipis digunakan.

HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield, 10 kali ganda anti-jatuh dan anti-calar

Paparan luaran 6.43 inci HONOR Magic V3 diperkuatkan dengan perlindungan HONOR Anti-Scratch NanoCrystal Shield, menawarkan 10 kali ketahanan jatuhan dan calar
berbanding kaca biasa.

Dengan kepadatan kristal 50 peratus lebih tinggi berbanding bahan biasa, paparan ini direka agar dapat bertahan daripada jatuhan tidak sengaja dan kegunaan harian. Telefon boleh lipat ini kekal tanpa cela walaupun dalam keadaan yang paling getir.

IPX8 Kalis Air, tertinggi untuk telefon boleh lipat

HONOR Magic V3 juga menetapkan penanda aras baru untuk kalis air pada telefon boleh lipat, dengan penarafan IPX8 yang tertinggi bagi peranti boleh lipat.

Telefon ini masih berfungsi walaupun berada di kedalaman 2.5 meter air, menjadikannya selamat untuk digunakan semasa hujan, terkena tumpahan air atau terjatuh ke dalam kolam air seperti yang dibuktikan dalam cabaran mesin basuh.

Tahap kalis air ini memastikan agar HONOR Magic V3 boleh berfungsi sepenuhnya dan dilindungi. Jangka hayat peranti ini menjadi lebih panjang dan memberi pengalaman pengguna yang lebih memuaskan.

Keupayaan Fotografi Potret Bertaraf Studio

Peranti ini buat julung kalinya turut dipadankan dengan fungsi pintar Kecerdasan Buatan (AI) terbina bagi fungsi kamera AI Matrix yang boleh menghasilkan gambar potret dengan kualiti dan penghasilan sama bagaikan di studio sebagaimana ciri pada Siri Honor 200 dan 200 Pro yang diperkenalkan baru-baru ini.

Tentu sekali gambar yang terhasil dengan ciri studio menjadi idaman mana-mana pengemar fotografi yang tidak mampu memiliki kamera jenis DSLR dan bergantung sepenuhnya kepada peranti seperti telefon pintar.

Ini kerana keupayaan telefon pintar keluaran China ini sudah cukup hebat untuk menterjemahkan keupayaan sebenarnya kerana menerusi kamera utama 50MP, ia dilengkapi dengan fungsi Professional Harcourt Portrait Mode.

Dengan fungsi ini, gambar yang dirakam akan dioptimasi dengan memberikan perincian yang lebih di bahagian muka, dan turut memberikan bokeh yang bersesuaian dengan pencahayaan serta tona warna wajah yang tepat.

Spesifikasi Kamera

HONOR Magic V3 dilengkapi dengan tri-kamera di belakang yang menggabungkan sensor 50MP utama (f/1.9), 40MP lensa ultra-lebar (f/2.0) dan 50MP lensa telefoto (f/2.4) dengan sokongan OIS terbina.

Sementara itu diikuti pula dengan kamera swafoto sebesar 20MP (lebar) dengan bukaan apertur f/2.45) juga digunakan pada kedua-dua belah skrin luar dan dalam. Peranti juga membenarkan rakaman video maksimum 4K (3840×2160 pixels) dibuat pada kedua-dua belah kamera. Kebolehan zum pula boleh meningkat kepada 100X zum digital.

Apa yang menarik peranti ini dipadankan dengan ciri Light Painting yang mampu mengambil gambar malam lampu kenderaan secara kreatif selain 3 lagi ciri lain iaitu mengambil gambar air terjun, bintang di langit dan bunga api.

Untuk ciri Zoom kali HONOR Magic V3 memiliki keupayaan zoom sebanyak 100 kali yang cukup berkuasa bagi sebuah peranti boleh lipat. Boleh lihat contoh dibawah:

AI Defocus Technology – Keprihatinan HONOR Terhadap Kesihatan Mata

Selain menjadi telefon boleh lipat yang paling nipis, paling ringan dan amat tahan lasak, HONOR Magic V3 juga menetapkan standard baharu dalam perlindungan mata dengan teknologi AI Defocus Technology yang inovatif.

Ciri ini menunjukkan komitmen HONOR terhadap kesihatan mata pengguna dengan mengurangkan ketegangan mata dan masalah rabun sementara yang disebabkan oleh menonton skrin.

AI Defocus Technology memanfaatkan algoritma AI termaju untuk menyerupai kaedah optik tradisional dengan menyelaras kemasukan cahaya ke dalam mata dan mengurangkan ketegangan mata secara mendadak.

Hasil ujian HONOR menunjukkan bahawa AI Defocus Technology boleh mengurangkan rabun sementara secara efektif ke purata 13 darjah dalam tempoh masa 25 minit semasa menggunakan peranti tersebut.

Buat masa sekarang, ciri revolusioner ini menyokong aplikasi seperti YouTube dan Amazon Kindle. HONOR juga merancang untuk meluaskan sokongan kepada beberapa aplikasi lain di masa hadapan.

Sokongan Pen Pintar Stylus

Magic V3 kali ini menyokong pen pintar stylus pada kedua-dua belah skrin luar dan dalam yang membolehkan penggunanya menulis di atas peranti ini di mana hasil tulisan tangan boleh ditukar kepada tulisan abjad yang mudah dibaca.

Bagaimanapun, tiada ciri tempat simpanan pen disediakan untuk peranti ini. Untuk mengecas pen stylus ini, hanya buka penutup atas pen menggunakan pengecas USB-C.  Untuk berhubung dengan peranti ini menerusi Bluetooth, anda hanya perlu menekan butang pada pen seketika.

Perisian Terkini

Honor Magic V3 menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Selain turut boleh dikembangkan mencapai 12GB RAM secara maya melalui fungsi RAM Turbo.

Peranti ini dilengkapi perisian MagicOS 8.1 berasaskan Android 14 dengan dikuasakan ciri pintar AI (Kecerdasan Buatan) sekali gus menawarkan pelbagai ciri terkini yang memudahkan urusan seharian khususnya bagi mereka yang memerlukan sebuah peranti yang boleh berfungsi sebagai sebuah komputer mini.

Ciri AI Magic Portal – Circle To Do More misalnya boleh melakukan carian dengan hanya mengetuk sekali pada skrin kemudian membuat bulatan pada objek yang ingin dicari. Proses mencari objek yang relevan hanya mengambil masa sekitar satu hingga dua saat dengan sambungan internet diperlukan. Ciri ini seakan Circle To Search pada peranti Samsung tetapi sebenarnya bukan.

Ciri AI Face to Face Translation yang membolehkan terjemahan masa nyata dibuat khususnya melibatkan dua bahasa berbeza tanpa memerlukan internet. Cukup menarik apabila ketepatan terjemahan kepada Bahasa Melayu juga boleh dikatakan baik menerusi sokongan Google selain disokong oleh 9 lagi bahasa asing lain.

Ciri AI Eraser pula membolehkan pengguna memadam atau mengalih keluar objek yang tidak diingini daripada gambar dengan bantuan AI. Prosesnya juga mudah dengan hanya perlu menandakan bahagian yang ingin dipadam dan sistem AI Eraser akan membuangnya secara automatik dengan sambungan internet diperlukan. Kesan padaman itu amat baik tanpa meninggalkan kesan yang ketara.

Akhir sekali ialah ciri AI Honor Notes yang boleh menghasilkan transkripsi audio secara automatik. Ia boleh merekod dan menterjemahkan sesuatu perbualan secara masa nyata bagi memastikan pengguna tidak terlepas sebarang perkara penting. Seterusnya tidak perlu lagi mendengar semula rakaman audio panjang sewaktu melakukan temu bual bagi tujuan kerja misalnya.

Kesimpulan 

HONOR Magic V3 yang dilancarkan secara rasmi pada 5 September 2024 ini boleh dikatakan peranti boleh lipat paling premium yang lengkap dengan pelbagai ciri terkini dikuasakan ciri AI.

Jika dibandingkan dengan peranti premium lain seperti iPhone, peranti ini mempunyai banyak kelebihan bukan sahaja skrin yang besar, ringan dan paling nipis di dunia tetapi ciri AI yang terkini ditawarkan.

Kepuasan menonton video atau gambar lebih menyeronokkan kerana skrin yang besar tanpa risau akan membebankan kocek seluar mahupun beg tangan seorang wanita.

Anda tak perlu menunggu kehadiran iPhone 16 kerana peranti ini memiliki semua ciri yang anda kehendaki selain ciri tahan lasak iaitu kalis calar dan kalis air yang memenuhi keperluan masa kini.

Prebiu.com yang turut diberi peluang menguji peranti berwarna Silk Brown ini cukup tertarik dengan kekemasan emas pada engsel telefon ini yang dipadankan warna coklat keemasan pada badan belakang peranti ini.

Yang menariknya, peranti ini turut disertakan dengan pelindung (casing) yang cantik siap dengan permukaan yang kusam seakan saduran kulit sekali gus tidak mudah meninggalkan kesan cap jari atau mudah kotor.

Susun atur butangnya adalah standard dimana, butang kuasa dan laras suara hanya diletakkan pada bahagian sisi kanan manakala terdapat satu lubang mikrofon dan slot untuk SIM pada bahagian bawah.

Peranti ini disambungkan dengan port USB-C pada bahagian bawah dengan lubang mikrofon dan juga pembesar suara. Lebih menariknya di sini, pembesar suaranya adalah stereo berkembar.

Sebanyak tiga warna menarik ditawarkan untuk Honor Magic V3 iaitu Mossy Green, Silk Brown dan Classic Black.

Spesifikasi HONOR Magic V3:

  • Skrin Luaran: 6.43″ OLED 2376 x 1060 piksel
  • Skrin Dalaman: 7.92″ OLED 2344 x 2156 piksel
  • Cipset: Snapdragon 8 Gen 3 (4nm)
  • Sistem: Magic OS 8.1, Android 14
  • Saiz: Bukaan 156.6 mm x 145.3 mm x 4.4 mm
  • Memori: 12 GB + 12 GB (RAM Turbo)
  • Storan: 512GB
  • Bateri: 5150mAh Silikon-Karbon Generasi Ketiga, Pengecasan Pantas 66W
  • Berat: 226g
  • Kamera belakang: 40MP Ultra Lebar Kamera (f/1.9), 50MP Utama (f/1.9) OIS, 50MP Telefoto (f/2.4) OIS
  • Kamera depan: 20MP (skrin dalaman, f/2.45), 20MP (skrin luaran, f/2.45)
  • Ciri Keselamatan: Pengimbas cap jari, pengecaman muka, nombor pin
  • Warna: Mossy Green, Silk Brown dan Classic Black
  • Kalis Air : IPX8
  • Harga: RM6,999

Stay Charged, Stay Secure with The All-New Galaxy A06

Samsung Malaysia Electronics is proud to unveil the Galaxy A06, a smartphone that offers dependable performance and incredible value, all in one sleek package. Featuring a 6.7” HD+ immersive display, the Galaxy A06 is good for streaming your favourite content, browsing social media, or playing games with vibrant colours and sharp visuals.

But the true star is the 5000mAh battery with 25W super-fast charging, enabling users to charge up to 50% in just 30 minutes. Whether you’re in a hurry or on the go, the Galaxy A06 ensures you stay connected.

KM Liew, Vice President and Head of Mobile eXperience Business at Samsung Malaysia
Electronics, expressed his excitement about the new device: “The Galaxy A06 is designed to empower our users with a reliable and affordable smartphone experience.

With features like fast charging, a superior camera, and Knox Vault security, we are confident that the Galaxy A06 will exceed expectations, delivering value that truly stands out.”

Capture Every Moment with Precision

Capture life’s moments with the Galaxy A06’s superior camera system. The 50MP main camera captures every detail, making it ideal for everything from stunning landscape shots to high-resolution selfies.

The 8MP front camera ensures your video calls and selfies look crisp and clear, while the
2MP depth camera adds a professional touch to your portraits by creating a natural-look effect.

Whether you’re snapping a quick photo of your morning coffee or documenting your travels, the Galaxy A06’s camera outperforms its competitors in the same range, giving you quality that truly stands out.

Security and Peace of Mind

In terms of security, the Galaxy A06 has you protected. With Samsung Knox Vault, your personal information is safeguarded against potential threats. The device is also equipped with a side fingerprint sensor, offering an extra layer of protection that allows you to unlock your phone quickly and securely.

To keep your phone up to date, the Galaxy A06 has two OS upgrades and four years of security updates, ensuring that your device remains secure and functional well into the future.

Awesome Launch Deals

To sweeten the deal, the Galaxy A06 launch promotion includes a free 25W super-fast charging adapter (Promotion from 6 – 30 September 2024) and a free 1-year extended warranty (Promotion from 6 September – 31 December 2024), all for just RM449.

This makes the Galaxy A06 an awesome choice for anyone seeking a reliable, secure, and affordable smartphone experience.

Unlocking the Full Potential of Samsung Wallet with Galaxy A15/A25 5G: How to Redeem Rewards Points

Earning Rewards Points with Samsung Wallet is easy—but what’s even better? Redeeming them for amazing rewards. Whether you’re using the Galaxy A15 or A25 5G, Samsung Wallet offers you benefits without the hassle of a minimum spend.

Every single transaction, no matter how small, helps you accumulate points that can be used in various ways to make the most out of your spending.

Instant Benefits: Snag Awesome Deal with Just 1 Point

If you’re eager to see the benefits of your Rewards Points immediately, you’re in for a treat. With just a single Rewards Point, you’re already eligible for some fantastic vouchers.

For instance, you can use 1 point to get myBurgerLab RM10 OFF E-voucher, making your next burger lunch even more satisfying. Other similar 1-point redemptions include discounts at selected retail stores, making it incredibly easy to enjoy perks on the go.

Regular Redemptions for Everyday Savings
As you continue using Samsung Wallet for your daily purchases, your Rewards Points will start to stack up. Regular redemptions are a great way to use your Samsung Wallet points and save on everyday expenses.

Redeem vouchers like Shell RM10 OFF E-voucher or ZUS Coffee RM10 OFF E-voucher as you accumulate Rewards Points using Samsung Wallet. These redemptions help stretch your budget by reducing everyday expenses, whether you’re fueling up your car or grabbing your morning coffee.

By making the most of your Rewards Points, you can enjoy significant savings on the daily essentials that add up over time.

Long-Term Benefits: Save Up for Your Dream Samsung Products
For those who prefer to play the long game, your points can accumulate towards something truly special. Over time, you can use your Rewards Points to get significant discounts on Samsung products—think about upgrading to your dream Samsung TV or getting the latest Galaxy Tablet.

This is awesome for those who want to maximize their rewards and enjoy premium Samsung products at a fraction of the price. For example, 50″ Crystal UHD DU7000 4K Tizen OS Smart TV sells at RRP RM2,299 you can waive up to 99% of the transaction and only pay RM22.99 only during check-out.

Acer Memperkenalkan Komputer Riba Swift Copilot+ Baharu Dikuasakan oleh Cip Pemproses Intel Core Ultra (Siri ke-2) Swift 14 AI dan Swift 16 AI

Swift-16-AI

Acer melancarkan PC Copilot+ Swift 14 AI dan Swift 16 AI baharu, model Swift pertama yang dikuasakan oleh cip pemproses Intel®Core™ Ultra (Siri ke-2).

Komputer riba yang anggun ini dilengkapi dengan kebolehan pemprosesan serba baharu dan menyediakan prestasi NPU AI sehingga 48 TOPS untuk mengatasi beban kerja yang mencabar.

“Kedatangan PC yang dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra terbaru membawa
peningkatan yang bermakna kepada kehidupan para pelanggan kami,” ujar James Lin,

Pengurus Besar, Komputer Riba, Acer Inc. “PC Copilot+ Swift terkini dibuat untuk
menyediakan pengalaman AI baharu yang akan membantu para pelanggan Acer
meningkatkan pengurusan, kenikmatan, dan pencapaian di rumah, sekolah, dan kerja.”

“Persekitaran kerja yang laju hari ini memerlukan komputer riba yang menyediakan
prestasi yang tinggi, jangka hayat bateri yang panjang, dan kelengkapan keselamatan
yang canggih, semua sambil memanfaatkan kebolehan AI untuk merangsang produktiviti.

Dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra serba baru kami, Acer Swift 14 AI dan
Swift 16 AI memenuhi dan melangkaui kebutuhan tersebut dengan gabungan rekaan
perkakasan yang baik dan pengkomputeran yang cekap kuasa berkat kerjasama jangka
panjang antara Acer dan Intel,” ujar Michelle Johnston Holthaus, naib presiden
eksekutif dan pengurus besar Intel, Kumpulan Pengkomputeran Pelanggan.

Swift-16-AI

Pemprosesan AI yang Berkuasa dengan Kelengkapan Keselamatan yang Canggih Acer Swift 14 AI (SF14-51/T) dan Swift 16 AI (SF16-51/T) baharu menyediakan prestasi AI
yang terunggul dalam kelas dengan cip pemproses Intel Core Ultra baharu yang meningkatkan pemprosesan di antara CPU, grafik terbina dalam Intel® Arc™, dan unit
pemprosesan neural (NPU) generasi seterusnya untuk mempercepatkan beban kerja AI.

Hasilnya adalah komputer riba baharu yang boleh mempercepatkan tugas-tugas
generatif AI dan penciptaan dengan senang. Ia juga dilengkapkan dengan teras-P dan
teras-E baharu yang direka untuk prestasi yang unggul sambil menyediakan kecekapan
tenaga dan jangka hayat bateri yang panjang.

Komputer riba baharu ini melindungi aset-aset digital pengguna dengan keselamatan
biometrik dan beberapa lapisan perlindungan yang terbina dalam tahap perkakasan dan
perisian.

Intel® Partner Security Engine baharu membantu mengekalkan kerahsiaan data dan integriti kod sambil mengekalkan prestasi yang tinggi untuk beban kerja AI yang
mencabar.

Selain itu, cip pemproses keselamatan Microsoft Pluton memastikan bahawa kedua-dua
PC berteras terjamin yang menyediakan keselamatan cip-ke-awan. Komputer riba Swift
Baharu ini datang dengan Windows Hello yang menyokong log masuk biometrik melalui
pembaca sidik jari atau melalui pengenalan muka dengan kamera web IR 1440p QHD.

Sebagai tambahan, komputer riba ini melindungi para pengguna dengan teknologi Acer
User Sensing, yang mengupayakan penderia kedekatan di samping kamera web untuk
mengesan kehadiran pengguna, mengunci paparan dengan automatik ketika pengguna
berjauhan, dan bangun dengan segera ketika pengguna kembali di depan peranti.

Reka Bentuk dan Kelengkapan Premium

Acer-Swift-14-AI-sf14-51(T)

Prestasi dan kebolehan komputer riba baharu ini melengkapkan casis premium dan reka
bentuk moden lagi anggun. Penutup aluminium menampilkan ikon yang bergaya dengan
kesan warna-warni yang dinamik, sementara pad sesentuh diterangkan oleh penunjuk
aktiviti AI ketika NPU digunakan atau Copilot di aktifkan.

Kedua-dua barisan komputer riba ini boleh dibuka dengan satu tangan berkat kepakaran jurutera dan engsel 180 darjah yang halus. Selain itu, kedua-dua komputer riba senang dibawa di dalam tangan atau beg berkat reka bentuknya yang nipis dan ringan.

Reka bentuk peranti ini juga sama menawan dengan paparan OLED yang menyediakan
main balik video yang lancar dengan kadar segar semula 90Hz, ketepatan warna DCI-P3, dan piawaian HDR TrueBlack 500. Swift 14 AI tersedia dengan paparan OLED 14 inci
beresolusi 2.8K atau 2K, manakala barisan Swift 16 AI dilengkapkan dengan panel OLED
16 inci 3K, semuanya dipiawaikan Eyesafe 2.0.

Sebagai tambahan, kedua-dua barisan komputer riba tersedia dengan pilihan paparan sesentuh IPS untuk pengawalan mudah di atas skrin menggunakan pen atau jari.

Aplikasi Acer AI Membantu Pelanggan Nikmat, Tingkatkan Kemampuan

Acer membawa penyelesaian AI kepada hujung jari para pengguna yang melancarkan
tetapan, meningkatkan kehadiran video dan komunikasi dengan senang. Kedua-dua
komputer riba dilengkapkan dengan kekunci khusus AcerSense untuk pencapaian satu
sentuhan kepada ciri-ciri AI seperti Acer LiveArt.

Acer Assist, sebuah aplikasi yang berjalan di dalam peranti ini untuk menerokai dan merumuskan dokumen yang dimuatkan ketika keselamatan dipentingkan serta membantu dengan penyelesaian masalah PC.

Alatan panggilan yang dirangsang AI termasuk Acer PurifiedView™ 2.0 dan Acer PurifiedVoice™ 2.0 untuk melengkapkan web camera IR 1440p QHD dan barisan tiga
mikrofon supaya para pengguna tampil baik dalam panggilan.

AEON Meraikan Ulang Tahun Ke-40 Dengan Inisiatif Penanaman Pokok Di Seluruh Negara

AEON CO. (M) BHD. (AEON) melancarkan program penanaman pokok “Planting Seeds of Growth for Future: Creating Gardens in Schools” di seluruh negara sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-40.

Program dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan AEON terhadap pembangunan komuniti dan penjagaan alam sekitar.

Program ini dilancarkan secara rasmi pada 4 September di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Kepong.

Kira-kira 100 orang murid dan 30 orang sukarelawan AEON telah menanam 300 anak pokok pada hari pelancaran. Acara ini dirasmikan oleh Dr. Zalina Mohd Tahir, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Aktiviti penanaman pokok di SK Taman Bukit Maluri menandakan permulaan siri acara serupa yang akan berlangsung di 27 buah sekolah di seluruh negara. Setiap sekolah dikenal pasti dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan lokasinya yang berada berdekatan dengan 28 buah AEON Mall seluruh negara. Kira- kira 10,000 anak pokok akan ditanam di sekolah-sekolah yang terlibat.

Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada berkata, “Kami gembira dapat meraikan ulang tahun ke-40 dengan menyumbang semula kepada komuniti dengan cara yang bermakna. Aktiviti luar bilik darjah seperti penanaman pokok pada hari ini menawarkan pengalaman pendidikan yang memperkaya pembelajaran murid-murid. Mereka dapat belajar tentang kepentingan alam semula jadi serta peranan dan sumbangan mereka kepada sekolah dan alam sekitar.”

“AEON kekal komited untuk memacu perubahan yang positif melalui pelbagai inisiatif yang melibatkan ekosistem kami. Program ini adalah satu lagi langkah dalam perjalanan kami ke arah mewujudkan masa depan yang lebih lestari,” katanya.

Sejak memulakan operasi di Malaysia pada tahun 1984, AEON telah menanam lebih daripada 550,000 batang pokok melalui pelbagai inisiatif penanaman pokok. Tahun lepas, AEON telah menyempurnakan fasa akhir “Malaysia-Japan Friendship Forest Programme” di Perak. Projek ini dilancarkan untuk menyokong usaha Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam memulih dan menghijaukan semula kawasan bekas lombong bijih timah di Bidor. Sebanyak 30,000 batang pokok telah berjaya ditanam sejak projek ini dimulakan pada tahun 2014.

Tahun ini, AEON meraikan ulang tahunnya yang ke-40. AEON kini mempunyai 28 AEON Mall, 35 AEON Store, 6 AEON MaxValu, 62 AEON Wellness dan 46 DAISO di seluruh negara.

Acer Announces New Gaming PCs, Including the Predator Orion 7000 Desktop and Nitro V Laptops

PREDATOR-ORION-7000-PO7-660-02

Acer today introduced several new Windows 11 gaming PCs, including the powerful Predator Orion 7000 desktop, which boasts high-performance features to elevate gameplay, the all-new Nitro V 14 gaming laptop rocking a unique pearl white chassis,
and an upgraded Nitro V 16 gaming laptop.

The Predator Orion 7000 is a gaming monster delivering next-gen performance that will excite the most competitive gamers, including the latest processing technology powered by Intel® next gen processors and up to an NVIDIA® GeForce RTXTM 4090 GPU (1321 AI TOPS). It also features the patented Predator CycloneX 360TM system fan and a CPU liquid cooler to keep the device cool and battle-ready.

The all-new Acer Nitro V 14 will appeal to anyone looking for a stylish gaming laptop that balances gaming performance, portability, and affordability. Its gleaming pearl-like finish and teal lighting blend striking aesthetics with reliable performance. The newest Nitro V 16 gaming laptop is purpose-built for students, entry-level gamers, and multimedia enthusiasts.

These devices blend current technology and features with a reasonable price tag, making them well-balanced and versatile devices that can be used for school, entertainment, and gaming. Predator Orion 7000 Powered by Intel next gen processors, the Predator Orion 7000 (PO7-660) is a gaming monster promising next-gen performance and AI support that will excite even the most competitive gamers.

This robust rig offers up to a state-of-the-art NVIDIA GeForce RTXTM 4090 GPU with AI-
powered DLSS that multiplies performance in spectacular virtual scenes. And with three months of PC Game Pass included, players will enjoy hundreds of high-quality PC games.

Designed for intense gaming sessions, the Orion 7000 houses an advanced cooling system to maintain its superior performance. It features the new Predator CycloneX 360 system fan and CPU liquid cooler working in tandem to keep vital components cool while maximizing performance.

The patented Predator CycloneX 360 utilizes an advanced 3-in-1 fan setup and a uniquely engineered flow channel to effectively expel heat from critical zones with maximized airflow volume and static pressure. In conjunction with a 360 mm CPU liquid cooling system, this pairing creates an optimal cooling environment and boosts the desktop’s cooling efficiency by 15% while lowering motherboard temperatures by 9 degrees Celsius compared to the previous model.

The integrated PredatorSense 4.0 utility app lets gamers quickly and easily overclock
components and customize ARGB/RGB lighting preferences. Lightning-fast connectivity is fueled by ThunderboltTM 4 and Wi-Fi 7, the latest networking standard delivering speeds of 40 to 46 Gbps.

With storage options of up to 4 TB HDD, 6 TB PCIe M.2 NVMe SSD and an SSD swap slot
for expansion, the Predator Orion 7000 can store a wide array of game titles.

 

Acer Nitro V 14
Gamers, students, and professionals who want a stylish and highly portable laptop for gaming that can also readily handle productivity tasks will appreciate the small but mighty Nitro V 14 (ANV14-61).

Its compact size and capabilities make it well-suited for on-the-go gaming, taking to school in a backpack, or carrying to a remote job site, client office, or coffee shop. Plus, the sophisticated white aesthetics can blend into any environment and add a touch of class to any gaming or work setup.

Acer Nitro V 16

Nitro-V-16

The newest Nitro V 16 (ANV16-71) is ideal for all types of productivity tasks and multimedia applications thanks to its high-resolution display options, powerful components and thermals that keep the laptop running smoothly and cool.

Delivering superior image quality and high pixel density of up to a 180 Hz 16-inch (16:10) WQXGA (2500 x 1600) display, it is an excellent choice for photo editing, color grading tasks, gaming, and other fast-paced content. It also includes a MUX switch for GPU performance boosting.

Pemilik Isuzu D-Max Berhimpun Raikan Hari Merdeka

Pemilik Isuzu D-Max bersama-sama mempamerkan semangat patriotik mereka apabila menyertai Konvoi Merdeka Isuzu 2024 sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk meraikan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-67 tahun ini.

Seramai kira-kira 3,300 peserta melibatkan sebanyak sekitar 900 unit Isuzu D-Max
berkumpul di 36 cawangan Isuzu di seluruh negara, dari Alor Setar hingga ke Keningau,
sebelum berkonvoi ke destinasi pilihan di kawasan masing-masing.

Pelbagai pengisian aktiviti turut diatur untuk peserta bersantai meraikan Hari Merdeka
tahun ini, termasuklah antaranya santapan durian, merakit jeram, glamping, mencari harta
karun, berkelah dan banyak lagi.

Konvoi Merdeka Isuzu 2024 meneruskan kejayaan Konvoi Merdeka 66 yang berlangsung
tahun lalu yang menyaksikan penyertaan sekitar 600 buah D-Max.

Sebagai satu perhimpunan serentak yang terbesar melibatkan perarakan Isuzu D-Max di negara ini, konvoi berkenaan berhasrat untuk menghimpunkan pemiliknya disamping memperingati tarikh bersejarah berkenaan.

“Susulan daripada kejayaan Konvoi Merdeka 66, pemilik D-Max telah menyuarakan
kepuasan serta keinginan mereka untuk terlibat lagi dalam acara serupa yang telah berhasil memupuk pertalian lebih erat dalam kalangan mereka.

Melaka participants joining the state Merdeka Day parade

Disebabkan itu, kami berhasrat untuk meneruskan lagi aktiviti berkenaan,” Kata Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe.

Beliau juga sempat melepaskan peserta konvoi di cawangan Isuzu Indah Utara di Alor Setar, Kedah yang melibatkan sebanyak 80 buah Isuzu D-Max dalam perjalanan menuju Tasoh Lake Resort di Perlis sempena acara ini.

PICO Launches the PICO 4 Ultra, an All-In-One MR Headset, Offering a New Level of Immersive Experience

(R-L)Allen An, Regional Director, PICO XR APAC - Tang Zhen, Product Manager, PICO XR Global - Adrian Khoo, Sales Director, Rainbow Distribution

PICO officially unveiled its first all-in-one Mixed Reality (MR) headset, the PICO 4 Ultra. This launch marks a significant milestone for PICO in the MR technology sector, delivering a richer and more personalized mixed reality experience to users.

The PICO 4 Ultra is equipped with dual 32-megapixel RGB cameras and an iToF depth-sensing camera, providing an exceptional stereoscopic high-definition color passthrough experience.

Additionally, the device introduces a panoramic workspace concept, supporting multi-window operations that enhance multitasking efficiency and comfort.

Introducing Full-Body Motion Tracking

PICO also unveiled its motion capture accessory, the PICO Motion Tracker. Users can strap this lightweight and comfortable tracker to their ankles to achieve full-body motion capture. Paired with PICO’s proprietary multimodal fusion tracking solution, it delivers highly accurate, low-latency motion capture, compatible with popular entertainment applications such as VRChat, Tempo Club, and Les Mills Dance.

“The PICO 4 Ultra is not just an innovative VR device; it’s a testament to our commitment to bringing users deeper into both virtual and mixed reality experiences,” said Allen An, Regional Director of PICO APAC.

“With its advanced technology, including multifocal lenses, seamless integration of MR
capabilities, and the introduction of our new motion tracker, this launch marks a significant leap in how users interact with and perceive digital environments.

“We believe it will deliver an unprecedented level of immersion and redefine the boundaries of virtual experiences, paving the way for the next generation of VR and MR.”

The PICO 4 Ultra is available at a RRP of RM 2,799, and PICO Motion Tracker at RM 399, beginning 4 September 2024.

Thanks to discount vouchers from e-commerce platforms, customers will be able to purchase the PICO 4 Ultra with discounts of up to RM 268. From 4 – 22 September, customers can purchase the headset at RM 2,579 at PICO XR’s official store on Shopee, and RM 2,699 on Lazada.

Purchases made during this period will receive free gifts worth up to RM 491.99* in the form of a complimentary PICO Motion Tracker and All in One Sport VR game. PICO is also running a special deal on its official Lazada store from 9-11 September, where customers can purchase the PICO 4 Ultra for just RM2,531, with platform discount vouchers.

Post Menarik