Maybelline Malaysia menggegarkan ibu kota dengan pelancaran eksklusif Sunkisser Liquid Highlighter Blush di SUNKISSER LIVE! – satu perayaan meriah yang menyatukan Mekap, Muzik dan Magis.

Acara ini membawa keunikan gaya New York ke Malaysia, serta mempersembahkan inovasi solekan melalui irama muzik dan semangat ekspresi kendiri. Berlangsung di Rooftop Garden, LaLaport BBCC pada saat matahari terbenam, SUNKISSER LIVE! menyerlahkan tenaga dan keberanian yang bersinonim dengan Maybelline.

Sebagai jenama solekan No. 1 di dunia, Maybelline terus menerajui inovasi dengan produk
berprestasi tinggi, yang sudah tentunya termasuk Sunkisser Liquid Highlighter Blush!

Dirumus khas untuk pencinta kecantikan yang mahukan keserian semula jadi, blush dan highlighter ini ringan, boleh disesuaikan intensitinya, dan mudah sebati dengan kulit untuk memberi kesan ‘ciuman matahari’ selama 12 jam.

Malah, ia sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit berminyak dan berjerawat. Ditawarkan dalam tujuh rona menarik, inovasi terkini ini dicipta untuk melengkapi tona kulit rakyat Malaysia, sekali gus mengukuhkan warisan Maybelline sebagai jenama solekan harian yang dipercayai.

Pengurus Besar Bahagian Produk Pengguna L’Oréal Malaysia dan Singapura, Ashlee Ng berkata, di Maybelline, kami percaya kecantikan bukan sekadar solekan—ia adalah keyakinan yang mengiringi anda sepanjang hari.

“Inovasi kami direka untuk menjadi teman terbaik setiap wanita, membolehkan mereka mengekspresikan diri dengan bebas dan menghadapi apa jua cabaran. Hari ini, Maybelline terus membawa kejutan dengan trend kecantikan terkini, memberi peluang tanpa had
kepada pengguna untuk bereksperimen, meneroka dan berkarya mengikut gaya mereka sendiri.

“Jadi, tidak hairanlah salah satu slogan paling berkuasa di dunia masih utuh hingga kini – Maybe she’s born with it, maybe it’s Maybelline.” Lebih daripada sekadar acara kecantikan, SUNKISSER LIVE! merupakan suatu sambutan yang dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada barisan artis antarabangsa dan tempatan serta bintang TikTok yang sedang melonjak naik,” katanya.

Henry Moodie memukau penonton dengan melodi penuh emosi, sementara kumpulan sensasi DOLLA menutup tirai acara hujung minggu ini dengan persembahan yang amat bertenaga.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini