Sempena meraikan ulang tahun ke-115 perlawanan bola sepak yang pertama di Old Trafford, HONOR mengumumkan ciri penambahbaikan gambar AI baharu pada HONOR Magic7 Pro dan dikuasakan oleh Snapdragon 8 Elite Mobile Platform.

Ciri termaju ini telah memberikan nafas baru kepada gambar-gambar ikonik bersejarah stadium lagenda milik Manchester United yang juga dikenali sebagai Theatre of Dreams. Sejak 1910, Old Trafford telah menjadi pentas kepada banyak perlawanan kenangan dalam arena bola sepak dunia. Kini, teknologi AI HONOR mampu membaik pulih, meningkatkan kejelasan dan butiran gambar-gambar yang bernilai ini ke alaf baru.

Sejarah dari 1910 hingga ke 2025 dengan HONOR AI Upscale

HONOR Magic7 Pro menawarkan rangkaian ciri Fotografi AI yang berkuasa, daripada AI Super Zoom dan AI Enhanced Portrait ke AI Motion Sensing Capture.

Ciri AI Upscale dibangunkan sendiri oleh HONOR merupakan tambahan baru pada HONOR Magic7 Pro bagi membolehkan pengguna membaik pulih gambar-gambar potret lama yang rosak atau pudar dengan membuang kesan calar, menaikkan resolusi dan meningkatkan kejelasan untuk mengimbau semula kenangan indah.

AI Upscale telah membaik pulih dan menambah baik lebih 40 gambar daripada arkib Old Trafford, menjadikan gambar-gambar tinggalan yang semakin pudar kepada paparan yang sesuai untuk abad ke-21 ini bagi memperlihatkan teknologi serta penajaan inovatif Qualcomm Technologies bersama kelab ini dalam menyampaikan pengalaman peminat bersama rakan kongsi mereka.

“Gambar-gambar yang telah dibaik pulih ini adalah sumbangan yang tidak ternilai kepada sejarah Manchester United, memberikan sepintas lalu saat-saat permulaan kelab ini di Old Trafford,” kata Jason Leach, sejarawan kelab Manchester United.

“Ciri AI Upscale HONOR amat hebat. Ianya seperti melangkah semula ke masa lampau, membolehkan kami untuk melihat semula gambar-gambar ini dengan kejelasan mengagumkan. Butiran yang ditelan zaman kini boleh dizahirkan semula dengan jelas, menghidupkan semula suasana perlawanan pertama pada 1910 kepada peminat moden. Sememangnya ini satu cara menarik meraikan sejarah ke-115 tahun Theatre of Dreams.”

“Old Trafford ialah simbol tradisi dan kecemerlangan. Kami amat teruja dengan teknologi AI HONOR yang boleh memainkan peranan dalam memelihara legasi stadium ini,” kata Wei Luo, Ketua Arkitek Pengimejan HONOR.

“AI Upscale pada HONOR Magic7 Pro bukan sekadar membaik pulih gambar, bahkan menghubungkan insan dengan saat-saat indah dari masa lampau. Kami percaya AI boleh menjadi alat berkuasa untuk memulihara warisan budaya, dan projek tersebut contoh terbaik terhadap potensi ini. Kami amat seronok untuk peminat-peminat melihat gambar-gambar yang dibaik pulih dan menyaksikan sejarah Old Trafford dalam perspektif baru.”

“Amat mengujakan untuk melihat sejarah tersohor Manchester United dihidupkan semula melalui teknologi ini,” kata Judd Heape, Naib Presiden Pengurusan Produk, Qualcomm Technologies, Inc.

“ISP AI kami yang termaju ini membolehkan ciri-ciri fotografi yang dikuasakan AI membantu pengguna merakam dan mengabadikan detik-detik indah dalam kehidupan mereka dengan lebih mudah.

Kolaborasi kami bersama HONOR dan Manchester United mengetengahkan secara kukuh bagaimana ciri-ciri AI generatif pada peranti membenarkan sistem kamera HONOR Magic7 Pro memberikan fotografi potret ultra-jelas agar peminat Manchester United di seluruh dunia boleh menikmatinya.”

Terokai kehebatan ciri AI Upscale HONOR Magic7 Pro dan lihat banyak lagi gambar sejarah Old Trafford yang dibaik pulih di SINI.

Sementara itu, ciri AI Upscale akan tersedia pada HONOR Magic7 Pro di Malaysia akhir Mac 2025. Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau kunjungi laman sesawang HONOR di https://www.honor.com/my/.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini