Malaysia semakin pesat menerima penggunaan kenderaan elektrik (EV), dengan EV dijangka mencakupi 20% daripada jumlah volum industri (TIV) bagi kenderaan penumpang dan komersial menjelang tahun 2030.

Menurut Portal Data Terbuka Rasmi Malaysia, jumlah EV di jalan raya telah meningkat dengan ketara, daripada lebih 3,000 unit pada 2022 kepada lebih 13,300 unit pada 2023, dan hampir 22,000 unit pada 2024.

Bagi menyokong pertumbuhan penggunaan EV di Malaysia, kerajaan juga menyasarkan
pemasangan 10,000 pengecas EV di seluruh negara menjelang tahun 2025. Selama lebih sedekad, Continental telah menerajui pembangunan penyelesaian tayar canggih untuk kenderaan elektrik (EV).

Memanfaatkan teknologi Jerman dan pembangunan R&D yang kukuh, Continental memenuhi keperluan khusus EV seperti kapasiti beban yang lebih tinggi, tahap bunyi yang rendah, dan prestasi yang lancar.

Di seluruh dunia, 10 pengeluar Kenderaan Elektrik (EV) sepenuhnya dengan jumlah pengeluaran tertinggi bergantung pada tayar Continental sebagai Original Equipment (OE) mereka.

Berdasarkan pengalamannya yang luas, Continental memastikan setiap tayarnya dalam
pelbagai segmen direka khas untuk keserasian penuh dengan kenderaan elektrik (EV) serta
disesuaikan bagi memenuhi keperluan prestasi uniknya.

SportContact SC7 menawarkan keyakinan pemanduan dan prestasi yang luar biasa.
MaxContact MC7 menekankan kawalan dan pengendalian yang tepat.
UltraContact UC7 sesuai untuk pemandu yang mencari keselesaan serta cengkaman luar
biasa di permukaan basah.
ComfortContact CC7 menonjol dengan keselesaan unggul dan pemanduan yang senyap.
EcoContact EC6/EC6 Q direka bentuk untuk kecekapan tenaga maksimum, sekaligus
memanjangkan jarak pemanduan dengan sekali cas.

“Dalam era peralihan menuju mobiliti elektrik, Continental kekal komited menerajui pasaran dengan penyelesaian tayar yang inovatif. Tayar kami bukan sahaja direka untuk meningkatkan prestasi tetapi juga memenuhi keperluan unik sistem pemanduan alternatif.

Barisan produk Continental AG kami merangkumi pelbagai jenis kenderaan, termasuk yang menggunakan bahan api, hibrid, dan elektrik sepenuhnya, dengan teknologi canggih yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan khusus pasaran Malaysia.

“Misi kami adalah memastikan setiap rakyat Malaysia menikmati pengalaman pemanduan yang selamat, selesa, dan cekap,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini