Utama Blog Halaman 168

Jadi Yang Pertama Pandu Volvo EX30 di KL Base, Sungai Besi

Volvo Car Malaysia akan memberi peluang kepada pelanggan untuk berada di belakang stereng Volvo EX30 dalam satu pameran pelancaran yang besar dan pengalaman pemanduan yang pertama seumpamanya, yang akan berlangsung dari 26 hingga 29 September di KL Base, Sungai Besi.

Volvo EX30 Experience ini akan diadakan sejurus selepas pelancaran rasmi – yang dijadualkan pada 25 September – dan akan menawarkan peluang kepada pelanggan untuk
menjadi antara yang pertama untuk pandu SUV elektrik sepenuhnya yang terbaharu dari
Volvo.

Volvo EX30 padat dengan teknologi dan menampilkan sistem bantuan parkir baharu, Google Built-In, sistem Pilot Assist yang dinaik taraf dan kesedaran sekeliling 360° yang
lebih selamat dan dibantu oleh kamera, sensor dan radarnya.

Padat dengan teknologi dan sistem keselamatan, Volvo EX30 juga merupakan kereta terpantas daripada Volvo dan mempunyai jejak karbon terendah daripada mana-mana kereta Volvo sebelum ini.

Pelanggan yang hadir ke Volvo EX30 Experience akan dapat:
 Memahami pelbagai idea kecil, inspirasi, pengiraan dan ujian yang dilakukan untuk
memberikan impak besar dalam reka bentuk Volvo EX30.
 Melihat, menyentuh, mendengar, dan memandu sendiri Volvo EX30.
 Mempelajari teknologi canggih dan ciri keselamatan Volvo EX30 dalam satu sesi
pemanduan kereta yang interaktif.
 Merasai sendiri pecutan pantas dan pengendalian dinamik Volvo EX30 di landasan
lapangan terbang ikonik Sungai Besi.
 Menikmati pemanduan Volvo EX30 yang dilengkapi dengan reka bentuk yang mesra
bandar
 Nikmati layanan mesra Scandinavia yang diiringi oleh perunding berpengetahuan
dari pengedar sah Volvo.
 Volvo EX30 Experience akan berlangsung dari 10:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari
dan slot adalah terhad berdasarkan siapa cepat dia dapat. Daftar untuk acara ini di
https://forms.volvocarmalaysia.com/ex30.

TDA, KDN Anjur Persidangan Keselamatan Negara 2024 

Technology Depository Agency Berhad (TDA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN), telah menganjurkan Persidangan Keselamatan Dalam Negara 2024 pada 2 September 2024 dengan tema “Keselamatan Negara Tidak Dikompromi.”

Persidangan ini bertujuan mengenal pasti ancaman utama terhadap keselamatan dan ketenteraman di Malaysia berdasarkan data yang terkini, serta merangka pembangunan plan strategik bagi tahun 2026 sehingga 2030.

TDA memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan negara menjadi keutamaan dengan memupuk kerjasama dan pemindahan pengetahuan mengenai keselamatan di Malaysia melalui Program Kolaborasi Industri.

Inisiatif ini memanfaatkan kepakaran Kementerian Dalam Negeri, MINDEF, MKN dan agensi – agensi yang melibatkan keselamatan negara meliputi darat, laut dan udara dalam penganjuran persidangan dengan menekankan elemen-elemen kluster seperti Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Keselamatan Sempadan Negara, Keselamatan Siber, dan Keselamatan Sosial, di mana kehadiran terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi keselamatan dalam negara.

Persidangan ini bukan sekadar tentang kerjasama antara TDA dan KDN; ia mewakili visi bersama Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan keselamatan negara dipertingkatan di masa depan.

Dengan berkolaborasi bersama pelbagai kementerian, jabatan, agensi, institusi dan industri tempatan, kita berhasrat persidangan ini memberi ruang strategik dalam memperkukuhkan keselamatan Negara dengan mengambilkira pelbagai aspek termasuk dalam pembangunan teknologi dan industri tempatan.” kata Ketua Pegawai Eksekutif TDA, Dr. Sharoul Jambari.

Kerjasama antara TDA dan KDN ini dijangka akan memberi impak yang signifikan, selari visi dan misi Kerajaan, dalam usaha memastikan keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam ditingkatkan bagi tempoh 2026 hingga 2030.

D’Jue Wellness Centre Bantu Rawat Pesakit Diabetes

Tiada siapa yang sangka pengasas pusat kesihatan alternatif D’Jue Wellness, Dr Siti Juariah Kusni atau lebih dikenali sebagai Dr Jue ini yang sentiasa melemparkan senyuman ceria ini sebenarnya pernah hampir muflis dalam perniagaannya.

Dr Jue yang juga pemilik Poliklinik Penawar berkata, beliau mula menceburi bidang perniagaan pada tahun 1993 dan ketika itu bergantung punca pendapatan dengan kliniknya untuk menampung kehidupannya.

Anak kelahiran Sungai Besar, Selangor ini berkata, pada ketika itu juga, beliau disahkan menghidap penyakit autoimmune yang memerlukan dirinya menerima rawatan perubatan disamping mengambil beberapa jenis ubat yang mengakibatkan dirinya mengalami simptom sampingan.

“Saya mengambil beberapa jenis ubat dengan jumlah yang banyak untuk merawat sakit yang saya hadapi, namun selepas setahun penyakit saya bertambah teruk dan seperti tidak nampak ia akan sembuh.

“Kemudian saya mengambil keputusan untuk berhenti mengambil ubat-ubatan dan mengamalkan amalan elak gula disamping berpuasa 16 jam, saya jaga apa sahaja jenis makanan yang diambil dan juga saya amalkan cara hidup sihat” katanya.

Tambahnya lagi, doktor menyarankan beliau mengambil beberapa jenis ubat termasuk cytotoxic dan steroid bagi merawat penyakitnya. Selepas setahun saya makan ubat tersebut, tubuh saya mula menunjukkan kesan sampingan.

Antara kesan sampingan yang saya hadapi ialah masalah bengkak hati, gastrik, obesiti, penyakit diabetes jenis 2, allergic rhinitis, refluks gastroesofageal (GERD), migrain dan prolapsed disc.

“Saya ambil keputusan untuk belajar tentang perubatan functional iaitu perubatan holistik untuk merawat setiap penyakit kronik dengan melihat semua punca dan akar umbinya. Melalui pengalaman sendiri, saya gunakan cara yang sama untuk merawat pesakit.

“Apabila konsep rawatan yang saya lakukan ini berkesan kepada diri saya dan mengubah kehidupan saya 360 darjah, jadi saya fikir untuk kongsikan kepada orang ramai dengan membuka pusat D’Jue Wellness pada tahun 2018” katanya.

Pada peringkat awal Dr Jue membuat siaran secara ‘live’ di Facebook rasminya berkenaan kesedaran kesihatan, ramai pengikutnya meminta beliau membuat seminar kesihatan. Terbaru beliau menggunakan platform Tiktok dengan membuat siaran ‘live’ disamping seminar kesihatan seluruh negara.

“Kini saya telah membantu hampir 4,000 orang pesakit diabetes dan pelbagai penyakit lain dengan mengamalkan konsep rawatan ini. Ramai antara pesakit yang mengikuti modul rawatan ini telah pun berhenti mengambil insulin dan semakin pulih,” katanya.

Beliau kini berjaya membuka tiga cawangan D’Jue Wellness Centre atas bimbingan dari RichWorks dan Dr Azizan Osman. D’Jue Wellness adalah pusat rawatan integrasi untuk penyakit kronik seperti diabetes, selain menjadi pusat rawatan alternatif dan jualan produk kesihatan bagi pesakit yang memerlukan modifikasi diet.

Membantu pesakit diabetes tahap 4

Ustaz Wan Hamidi Wan Mat, seorang pesakit diabetes berkongsi pengalamannya dalam merawat penyakit kroniknya tanpa perlu bergantung kepada ubat dan insulin.

Katanya, dia telah mengalami pelbagai komplikasi akibat diabetes, termasuk serangan jantung, strok, masalah mata, serta kerosakan saraf pada kaki dan tangan.

“Saya mula menghidap diabetes disebabkan faktor genetik. Ayah, datuk nenek saya semua ada diabetes, jadi ia mungkin tidak dapat dielakkan.

“Saya telah bertahun-tahun mengambil ubat, insulin, malah pernah menjalani pelbagai rawatan di hospital kerana komplikasi daripada penyakit ini,” katanya.

Setelah mengalami serangan jantung, menjalani rawatan belon jantung, dan mengalami masalah mata yang memerlukan rawatan berulang kali, Ustaz Wan Hamidi mendapati tiada penyelesaian jangka panjang untuk masalahnya.

Namun, segalanya berubah apabila beliau bertemu dengan Dr. Jue dari D’Jue Wellness.

“Saya pada mulanya ragu-ragu apabila Dr. Jue menyarankan agar saya berhenti mengambil insulin. Namun, setelah melalui sesi kaunseling dan memahami bagaimana diabetes berlaku serta cara mengawalnya, saya mula mengikuti nasihat beliau,” tambahnya.

Dr. Jue mencadangkan Ustaz Wan Hamidi mengikuti protokol kesihatan yang ketat, termasuk berpuasa, mengurangkan gula, mengelakkan protein haiwan, dan mengamalkan protein tumbuhan.

Selain itu, Dr. Jue juga mengesyorkan kaedah memasak nasi dicampur minyak kelapa dara lalu menyimpan nasi dalam peti ais selama 12 jam sebelum dimakan.

“Selepas mengikuti protokol tersebut, saya berhenti mengambil segala ubat dan insulin sepenuhnya. Bacaan gula darah saya yang dahulunya tinggi, kini berada pada tahap normal, malah doktor terkejut dengan perubahan ini,” katanya.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan rawatan alternatif D’Jue Wellness boleh hubungi 011-16329674 atau layari www.drjuemall.com.my

Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon Kunjungi Skyline Luge

Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mengadakan lawatan istimewa ke Skyline Luge Kuala Lumpur semalam, menandakan langkah signifikan dalam mengukuhkan hubungan antara New Zealand dan Malaysia.

Lawatan ini bersempena meraikan kejayaan Skyline Luge Kuala Lumpur yang berjaya mencapai 1 juta penunggang, dalam hanya sembilan bulan selepas pembukaannya pada Disember 2023.

Kerjasama antara New Zealand dan Malaysia melangkaui bidang tradisional seperti perdagangan dan pendidikan. Perdana Menteri Luxon menekankan kepentingan hubungan ini, dengan menyatakan betapa perniagaan New Zealand seperti Skyline Enterprises menyumbang kepada kerancakan industri pelancongan di Malaysia.

“New Zealand dan Malaysia telah menjalin kerjasama yang kukuh dan berterusan selama lebih enam dekad. Pengenalan Skyline Luge, sebuah tarikan dari New Zealand, ke Kuala Lumpur merupakan bukti kerjasama dan saling menghormati yang berterusan antara negara kita,” kata Perdana Menteri Luxon.

“Saya berbesar hati melihat Skyline Luge Kuala Lumpur bukan sahaja mewarnai landskap pelancongan tempatan malah membawa sebahagian daripada semangat New Zealand ke Malaysia,” katanya.

Skyline Luge Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah Gamuda Luge Gardens telah menjadi tarikan yang wajib dikunjungi dengan begitu pantas, menarik pengunjung daripada semua peringkat umur. Taman ini menampilkan lebih 1.6 kilometer trek yang mendebarkan, termasuk terowong terpanjang yang pernah dibina di Skyline Luge Park.

Kejayaan tarikan ini dalam tempoh yang singkat jelas membuktikan daya tarikannya di samping pertalian erat antara semangat inovatif New Zealand dengan sambutan hangat Malaysia terhadap pengalaman baharu.

Gavin Barnes, Pengurus Besar Skyline Luge Kuala Lumpur, menyatakan keterujaannya terhadap pencapaian 1 juta penunggang. “Kami amat teruja dengan kehadiran 1 juta penunggang ke Skyline Luge Kuala Lumpur dalam tempoh sembilan bulan sahaja dan kami amat berterima kasih atas sambutan luar biasa yang diterima di sini.

IJM Land Lancar Fasa Baharu Ridge View @ Puchong

IJM Land terus mencipta kejayaan gemilang dalam pembangunan hartanah di Puchong
dengan pelancaran fasa baharu Ridge View @ Puchong, sebuah projek kediaman mewah
yang amat dinanti-nantikan pasaran.

Fasa 2 pembangunan hartanah premium ini menawarkan unit terhad merangkumi 38 vila berangkai dua tingkat, lengkap dengan ciri kemewahan moden dan gaya hidup menenangkan, berlatarbelakangkan keindahan Hutan Simpan Ayer Hitam dan Laluan Mendaki Wawasan.

“Pembangunan Fasa 2 meneruskan kejayaan luar biasa daripada Fasa 1 yang dilancarkan
pada Mac dengan kadar tempahan 85 peratus. Sejak pelancarannya pada 29 Jun lalu, Fasa
2 sudah merekodkan kadar tempahan sebanyak 70 peratus, sekali gus mencerminkan
permintaan kukuh terhadap Ridge View @ Puchong dengan menarik pembeli pintar yang
mahukan eksklusitiviti dan persekitaran hidup yang harmoni,” kata Datuk Chai Kian Soon,
Pengurus Besar Kanan IJM Land.

Pembangunan Fasa 2 Ridge View @ Puchong dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar
(GDV) RM55,813,400 dilihat meningkatkan lagi tahap gaya hidup mewah.

Ditawarkan pada harga dari RM1,308,800 dan ke atas, kediaman ini menyediakan peluang luar biasa kepada penghuni untuk menikmati pengalaman hidup yang tenang dan penuh mewah dalam persekitaran alam yang mendamaikan, gabungan mantap antara kemudahan moden dan ketenangan alam semula jadi.

Visi Baharu Seni Bina

Ridge View @ Puchong melambangkan gaya hidup yang elegan dan tenang. Kediaman dalam projek ini direka untuk menawarkan pengalaman hidup tiada tandingan dengan
pembangunannya terletak 152 meter di atas paras laut, yang menawarkan pandangan
panoramik menarik pembangunan pesat daerah Puchong yang lebih menyeluruh.

Diinspirasikan daripada konsep istana bersejarah yang terletak secara strategik di kawasan
bertingkat telah menawarkan sudut visual yang menarik, selain unsur privasi dan aspek
eksklusitiviti yang semula jadi. Pendekatan yang diilhamkan oleh IJM Land ini telah
meningkatkan daya tarikan pembangunan tersebut, seterusnya menjadi penanda aras unik
dan mercu tanda di kawasan terbabit.

Menerusi konsep “Terrace Garden”, Ridge View @ Puchong digambarkan sebagai sebuah kawasan subur menghijau yang menawarkan ruang yang dapat meningkatkan kesejahteraan penghuni. Penghuni bakal menikmati rutin harian mendamaikan dengan
landskap yang menenangkan, kualiti udara yang baik, dan pemandangan persekitaran
tropika Malaysia yang asli.

Dalam Fasa 2, Ridge View @ Puchong menawarkan tiga reka bentuk vila berbeza iaitu
Jenis E, F, dan G dengan setiap pilihan direka dengan penuh ketelitian bagi memenuhi
kepelbagaian gaya hidup bandar. Bagi unit Jenis E menawarkan ruang yang lebih besar,
berukuran 3,213 hingga 3,313 kaki persegi dengan saiz tanah 22.6 x 80 kaki, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang menghargai ruang hidup yang luas dan bebas yang bergabung dengan alam sekitar.

Susun atur vila-vila yang ditawarkan ini melengkapkan keperluan antara kehidupan di dalam dan luar kediaman, sekali gus membolehkan penghuni menikmati keindahan alam di sekeliling mereka.

Jenis F, dengan berkeluasan antara 2,530 dan 2,806 kaki persegi terbentang di atas tanah
bersaiz 22.6 x 70 kaki, menampilkan reka bentuk lebih terbuka yang menghubungkan ruang tamu ke taman peribadi, mewujudkan aliran ruang yang bebas untuk keluarga berkumpul dan melaksanakan aktiviti.

Jenis G pula berukuran antara 2,123 hingga 2,281 kaki persegi yang dibangunkan di atas tanah seluas 22.6 x 80 kaki. Unit ini menawarkan halaman depan dan belakang yang seimbang, serta tingkap besar yang menjemput pencahayaan semula jadi menerangi
kediaman, memberikan suasana lebih segar kepada penghuni serta tetamu.

Terletak secara strategik berhampiran Hutan Simpan Ayer Hitam dan Laluan Mendaki Wawasan, pembangunan ini menawarkan penghuninya akses mudah kepada keindahan
alam semula jadi, sama ada untuk berjoging, mendaki, atau bersiar-siar santai.

IJM Land ini bertujuan untuk memastikan setiap aspek keperluan komuniti dipenuhi dalam
usaha mewujudkan persekitaran hidup harmoni. Pembangunan ini turut mendekatkan
penghuni dengan alam semula jadi, memberikan ketenangan yang mendamaikan daripada
kesibukan bandar moden.

Kelengkapan Moden

Setiap vila di Ridge View @ Puchong bukan sekadar menterjemahkan bahasa reka bentuk
yang elegan serta menekankan sentuhan dan ketelitian rekaan yang luar biasa. Bahagian
hadapan kediaman yang mengetengahkan warna putih mencerminkan keanggunan
kontemporari dengan gabungan lengkap struktur intuitif bagi meningkatkan kecekapan
tenaga dengan mengurangkan keperluan pendingin hawa.

Selain itu, langkah IJM Land melengkapkan ketersediaan untuk kenderaan elektrik (EV)
menunjukkan komitmen pemaju hartanah terkemuka ini untuk menyepadukan amalan
mampan dan ESG dalam ekosistem kehidupan moden lebih meluas dengan menyokong
pengangkutan mesra alam.

Ridge View @ Puchong juga meneruskan kecemerlangannya menjangkaui aspek
pembinaan kediaman elegan dengan pelbagai kemudahan yang memenuhi gaya hidup moden. Ia bermula dari pusat komuniti di rumah kelab, yang menjadi hab kepada aktiviti dan santai.

Michelin Malaysia, KTM Asia Bekerjasama Pacu Sukan Permotoran di Asia Tenggara

Michelin Malaysia dan KTM Asia mengumumkan kerjasama mereka yang rasmi di Asia Tenggara, dijalin untuk memacu kecemerlangan sukan permotoran dengan mencabar batasan prestasi, inovasi, dan daya tahan.

Usaha sama luar biasa antara dua peneraju industri ini akan dirungkaikan di acara Rimba Raid edisi 2024 yang dinanti-nantikan ramai, iaitu perlumbaan kembara motosikal terbesar di dunia yang mengambil tempat di Lembah Lenggong, Malaysia yang indah, dari 25 hingga 29 September.

Tahun ini, Rimba Raid akan mempamerkan integrasi yang sempurna antara teknologi tayar bertaraf dunia Michelin dan motosikal prestasi berkuasa tinggi oleh KTM serta slogan “READY TO RACE” mereka.

Kolaborasi ini akan diketengahkan oleh sebuah pasukan handal yang dianggotai lima pelumba elit dari Singapura, Malaysia, dan Korea Selatan.

Pasukan berkenaan akan menunggang motosikal KTM 890 ADVENTURE R yang dimuatkan dengan tayar MICHELIN Enduro Medium yang popular daripada Michelin, dirumus untuk kawalan yang cemerlang dengan blok bunga tayar berekaan rumit bagi menjamin cengkaman dan kestabilan di atas landasan yang mencabar.

Berpegang kepada falsafah KTM, motosikal ini akan tampil di garisan permulaan dalam hampir bentuk yang asal, membawakan penambahbaikan KTM POWERPARTS secara terus daripada katalog rasmi.

Jentera yang mengagumkan ini akan dibelakangi oleh sebuah pasukan teknikal dari pihak Michelin dan juga KTM Asia, memastikan prestasi yang optimum sepanjang acara tersebut.

Prichapakorn Dangrojana, Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei, menyatakan “Di Michelin, tayar kami melambangkan prestasi dan daya tahan tinggi yang dikehendaki bagi mengharungi landasan-landasan yang paling mencabar.

Acer Introduces the Iconia X12 AMOLED Tablet for Entertainment and Productivity On-the-Go

Acer today introduced the new Iconia X12 (X12-11), an AMOLED-display tablet designed to boost productivity and entertainment experiences.

Users can maximize the split-screen feature for work, high color contrast for content, and smooth frames when playing on its massive 12.6-inch AMOLED (2560X1600) panel with a fast 60 Hz refresh rate and 400 nits brightness.

The Acer Iconia X12 is also equipped with quad stereo speakers for rich, immersive audio. The tablet’s usability is further enhanced with a series of accessories that boost productivity and creativity, including an option for an aluminum stylus pen, a portfolio case with a stylus slot and adjustable, multi-angle stand, plus a detachable Bluetooth keyboard with trackpad for added typing/scrolling options.

The Iconia X12 also features a front 8 MP camera and a back 13 MP camera with flash and autofocus for great video calling and image capturing with true-to-life color reproduction. It runs on Android 14 and is powered by a MediaTek Helio G99 processor,
built on a highly efficient 6 nm chip to enable fast display, smooth streaming, and reliable connectivity.

The device sports a sophisticated but durable thin-and-light aluminum alloy chassis, weighing just 600 g and 6.7 mm thin, and draped in an olivine black colorway. Along with its 10,000 mAh battery capacity and quick-charging capability, the Iconia X12 is a trendy and convenient digital companion that can be easily carried and used within the environment.

With 8 GB LPDDR4X RAM, up to 256 GB UFS storage, and a microSD slot of up to 1 TB, the Iconia X12 maintains responsive performance and provides plenty of memory space for storing files and data. It also supports Wi-Fi 5, GPS, Bluetooth 5.2, and USB Type-C for reliable connectivity.

Pricing and Availability
The Acer Iconia X12 (X12-11) will be available in North America in January 2025, starting at USD 349; in EMEA in January 2025, starting at EUR 369; and in China in January 2025, starting at RMB2,688.

Exact specifications, prices, and availability will vary by region. To find out about availability, product specifications and prices in specific markets, please contact your nearest Acer office or retailer via www.acer.com.

Special First Launch Promo During 9.9 Campaign with RM500 Off

In conjunction to celebrate the launch, REDMAGIC is offering an exclusive promotion during the 9.9 campaign. From 8:00 PM on 8th September until 11:59PM on 11th September, customers can enjoy a special discount RM500 discount, final promotion price will be RM3,299.

This limited-time offer will be available on REDMAGIC official stores on  Shopee and Lazada.

Don’t miss out on this opportunity to grab the REDMAGIC 9S Pro in the stunning Frost colour at an unbeatable price!

Stay tuned and visit REDMAGIC Website, REDMAGIC Malaysia Official Facebook (REDMAGIC Malaysia MY) and Instagram (redmagic.my) for more surprising updates!

REDMAGIC 9S Pro Unleash the Warrior Within!

HONOR Malaysia Lancar Tablet Flagship MagicPad 2 Dikuasakan AI dan Komputer Riba MagicBook Art 14 

HONOR Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran dua peranti flagship terkininya iaitu tablet HONOR MagicPad 2 dan komputer riba HONOR MagicBook Art 14.

Dikuasakan oleh AI, HONOR MagicPad 2 menampilkan 12GB + 8GB RAM dan 256GB ROM. Berharga RM2,799, tablet yang anggun dan tahan lasak ini didatangkan bersama pensil HONOR Magic Pencil 3 dan papan kekunci HONOR Magic Keyboard PERCUMA, dengan jumlah keseluruhan bernilai RM898.

Mulai hari ini, HONOR MagicPad 2 boleh dibeli di laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/ dan akan berada di kedai seluruh negara pada 13 September 2024.

Komputer riba HONOR MagicBook Art 14, yang dikenali dengan rekaan ultra ringan dan nipis, beserta kamera magnetic AI berinovatif untuk privasi, juga akan dijual di pasaran Malaysia.

Tersedia dalam RAM 16GB dan ROM 1TB, komputer riba ini akan berada di pasaran mulai 20 September 2024 pada harga RM5,999. Ia didatangkan bersama pakej hadiah percuma yang mengandungi HONOR Backpack, Waranti Lanjutan 1+2 Tahun serta Langganan Percuma Satu Tahun Microsoft 365 dengan jumlah keseluruhan bernilai RM1,106.

HONOR MagicPad 2 

Paparan OLED 3K Peneraju Industri

Menampilkan Paparan Keselesaan Mata HONOR OLED 3K 12.3 inci dengan kadar segar semula tinggi pada 144Hz dan nisbah skrin ke badan menarik 92%, HONOR MagicPad 2 memberikan pengalaman paparan terbaik bagi segmen tablet 12 inci dan ke atas. Sama ada untuk bekerja atau berhibur, pengguna boleh menikmati pengalaman menonton dengan visual yang menawan dan lancar.

Tambahan lagi, HONOR mengutamakan kesihatan pengguna dengan teknologi penjagaan mata termaju pada tablet tersebut, termasuklah paparan AI Defocus Display yang pertama dalam industri, Pemalapan PWM 4320Hz, Paparan Malam Sirkadia, dan Pemalapan Dinamik.

Dengan pensijilan TÜV Rheinland Flicker-Free Certification dan TÜV Rheinland Hardware-level Low Blue Light Certification, HONOR MagicPad 2 memastikan perlindungan dan keselesaan yang optimum untuk mata walaupun dengan penggunaan yang lama.

Produktivit AI Yang Dipertingkatkan

HONOR MagicPad 2 menawarkan ciri-ciri pejabat dikuasakan AI yang termaju untuk pengurusan tugas yang lebih cekap dan lancar. Dengan HONOR Notes, pengguna boleh mengkategorikan nota mereka di beberapa tahap dan mendapat faedah daripada keupayaan AI Voice to Text, AI Realtime Translation, AI Handwriting Beautification, dan AI Formula Recognition, untuk meningkatkan produktiviti.

Ciri HONOR Docs meringkaskan pengendalian dokumen, menjadikannya lebih lancar bagi pengguna yang terlibat dengan tugasan secara bergerak atau pembelajaran atas talian. Tambahan kepada ciri AI ini adalah Background Noise Reduction, yang membolehkan bunyi di latar belakang disisihkan secara cekap agar suara penutur boleh didengari secara jelas semasa mesyuarat atas talian.

Dengan perisian terkini MagicOS 8.0, HONOR MagicPad 2 memberikan pengalaman yang lebih pintar dan praktikal berbanding sebelum ini. Tambahan pula, pengguna boleh menikmati pengalaman tablet yang diperibadikan dan pintar dengan rangkaian ciri-ciri pintar termasuklah Magic Portal, Magic Capsule, Magic Ring, dan HONOR Global Favorites Space.

Ciri-ciri Flagship

Dengan profil ultra nipis hanya setebal 5.8mm dan rekaan ringan seberat hanya 555g, HONOR MagicPad 2 mendefinisikan semula pergerakan tanpa menjejaskan ketahanannya. Dibina dengan bahan-bahan gentian ringan yang termaju, ianya merupakan tablet pertama dalam industri yang telah memperolehi pensijilan Five-star Anti-bending Certification yang berprestij daripada SGS.

HONOR MagicPad 2 juga menetapkan standard baharu dalam kehebatan audio, menampilkan sistem persekitaran lapan pembesar suara berkuasa dengan pensijilan IMAX Enhanced Certification, memberikan pengalaman audio visual sinematik yang mengagumkan.

Diperhebatkan oleh teknologi HONOR Spatial Audio Technology, tablet ini memiliki medan bunyian 25% yang lebih luas untuk pengguna lebih menghayati pengalaman mendengar yang menghidupkan konten.

Prestasi dan Bateri

Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 8s Gen 3, HONOR MagicPad 2 menawarkan prestasi yang cemerlang. Dilengkapi dengan bateri besar 10050mAh dan pengecasan berwayar 66W Wired HONOR SuperCharge, HONOR MagicPad 2 memberikan pengguna penggunaan tanpa gangguan sepanjang hari.

Tablet ini meningkatkan lagi produktiviti dengan pensil HONOR Magic-Pencil 3 dan papan kekunci HONOR MagicPad 2 Smart Bluetooth Keyboard agar pengguna boleh menulis dengan lancar dan menaip dengan selesa.

HONOR MagicBook Art 14 

Komputer Ultra Ringan dan Amat Nipis

HONOR MagicBook Art 14 ialah komputer riba dengan teknologi termaju yang mentakrif semula ciri ringan dan rekaan ultra nipis. Dengan hanya setebal 1cm dan seberat 1kg, ianya merupakan komputer riba HONOR yang paling nipis dan ringan pernah dihasilkan.

Menampilkan Struktur Ringan Topologi yang pertama dalam industri, HONOR MagicBook Art 14 menggabungkan badan aloi magnesium dengan papan kekunci titanium untuk binaan yang amat ringan tanpa menjejaskan ketahanannya.

Sistem Penyejukan Vapour dan Rekaan Antena Bersepadu yang maju memastikan pelepasan haba secara cekap dan pengalaman atas talian yang lancar, meningkatkan lagi ciri mudah alih dan prestasinya.

Walaupun dengan profil menarik, HONOR MagicBook Art 14 dilengkapi dengan pelbagai jenis port termasuk USB-C, USB-A, HDMI, dan bicu headphone/mikrofon 3.5mm, memberikan pengalaman yang serba boleh dan mudah kepada pengguna.

Skrin Sentuh OLED 3.1K 14.6 inci Yang Pertama Dalam Industri

HONOR MagicBook Art 14 menetapkan penanda aras baharu dalam kecemerlangan visual dengan Skrin Sentuh OLED 3.1K 14.6 inci yang mengagumkan. Paparan ini bukan sahaja mempersembahkan teknologi penjagaan mata yang termaju dalam industri – Pemalapan Bebas Kerlipan PWM 4320Hz, Pemalapan Dinamik, dan Mod E-book – tetapi juga membawa pensijilan berprestij TÜV Rheinland Low Blue Light Certification dan TÜV Rheinland Flicker-Free Certification, bagi memastikan mata pengguna dilindungi dan pengalaman menonton yang tiada tandingan.

Bingkai ultra sempit komputer riba berukuran 2.2 mm ini dan nisbah skrin ke badan 97% memberikan paparan FullView yang imersif dalam mentransformasikan kerja dan hiburan anda kepada satu perjalanan visual yang amat diingati. Setiap butiran dihidupkan dengan kejelasan nyata dan terperinci hebat, menjadikan HONOR MagicBook Art 14 peranti yang membawakan keajaiban bagi teknologi paparan.

Stesen Kerja AI Magic 

Dihasilkan untuk membuka potensi kreatif sambil mengutamakan privasi bertaraf tinggi kepada pengguna, HONOR MagicBook Art 14 menampilkan Kamera Magnetik AI yang pertama dalam industri yang boleh ditanggalkan dan diletakkan secara magnetic di atas skrin.

Selain itu, komputer riba dilengkapi dengan Perlindungan Privasi Pintar untuk Pencerminan Skrin (Screen Mirroring), membolehkan pengguna untuk memilih jendela yang ingin dipaparkan serta meningkatkan privasi semasa membuat pembentangan.

Untuk kelancaran semasa bermesyuarat atas talian, ciri AI Bidirectional Noise Cancellation menyisihkan bunyian latar belakang dengan pintar, memastikan suara penutur kekal jelas dan boleh didengari.

Bagi meningkatkan produktiviti, HONOR MagicBook Art 14 didatangkan dengan ciri-ciri pintar seperti Multi-screen Collaboration, HONOR Connect, AI HONOR Notes, dan AI Global Favorites.

Di samping itu, HONOR MagicBook Art 14 disertakan dengan Microsoft Copilot, pembantu AI termaju yang membantu carian maklumat dengan lebih pantas, menulis emel, menghasilkan kesimpulan, mencipta imej daripada prompt teks, serta pengekodan.

Ini menjadikan HONOR MagicBook Art 14 pilihan ideal bagi pekerja yang bertugas di luar pejabat dan pelajar atas talian yang memerlukan fungsi multitugas cekap dan kesambungan lancar merentasi peranti.

Untuk prestasi hebat semasa melaksanakan tugasan berat seperti bermain permainan maya dan membuat konten, HONOR MagicBook Art 14 dilengkapi dengan prosesor Intel® Core™ Ultra 5 125H dan kad grafik Intel® Arc™ Graphics.

HONOR MagicPad 2 didatangkan dalam dua warna yang menawan iaitu Moonlight White and Black. Manakala warna Emerald Green untuk HONOR MagicBook Art 14.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com.my 

Enjoy Prices from as Low as RM265 This 9.9 with vivo Malaysia

vivo Malaysia is gearing up for the biggest shopping season of the year with incredible deals on a wide range of smartphones during the upcoming Lazada 9.9 Mega Brands Sale and Shopee 9.9 Mega Sale running from 8 – 13 September!

From powerful flagships to budget-friendly options, vivo has something for everyone at unbeatable prices. Save up to 54% with vivo during the Lazada 9.9 Mega Brands Sale with:

On top of that, join the exciting Guess & Win Contest on Lazada’s FB page for a chance to win a stylish Watch 3! That’s not all, every purchase of the V40 series during the 9.9 Mega Sale will receive free gifts worth up to RM999*. Wait, there’s more!

As a vivo member, you can enjoy even more savings with member-exclusive vouchers and exciting point redemption gifts – join now and unlock a world of rewards. Free gifts are available in limited quantities, so grab yours before they’re gone!

Purchase the vivo V40 series and stand a chance to win a Dreame Hair Glory. You can also enjoy these incredible freebies with your V40 Series purchase:
● V40 5G: Free vivo selection smartwatch, Merdeka gift box, 1-year extended warranty, and 180-day screen crack warranty.
● V40 PRO 5G: Free DJI Osmo Mobile SE, Merdeka gift box, 1-year extended warranty, and
180-day screen crack warranty.

Discover incredible deals on the V30 Series and X100 Series during the Shopee 9.9 Mega Sale, exclusively available from 12-2 AM! Additionally, maximise your savings with store vouchers of up to RM340 OFF.

Don’t miss out on these limited-time offers! Terms and conditions apply. For more information on the Lazada 9.9 Mega Brands Sale and Shopee 9.9 Mega Sale, head on over
to vivo Malaysia’s official website, social media pages, as well as Lazada and Shopee.

Post Menarik