vivo Malaysia dengan bangga mengumumkan bahawa vivo V80 Lite 5G yang bakal dilancarkan telah mencipta rekod baharu GUINNESS WORLD RECORDS™ bagi siaran langsung ujian produk elektronik paling lama, sepanjang 32 jam 37 minit yang mengagumkan.
Direkodkan oleh Pasukan vivo V80 Lite 5G (China) dan disahkan di Chiang Mai, Thailand pada 11 Ogos 2026, rekod ini membuktikan ketahanan luar biasa dengan bateri telefon pintar terbaru vivo.
Lebih daripada sekadar siaran langsung, pencapaian ini turut menyaksikan telefon pintar tersebut menjalani ujian dunia sebenar yang berpanjangan bagi menonjolkan keupayaan baterinya yang berkuasa tinggi.
Dilengkapi dengan Bateri BlueVolt 10,000mAh iaitu bateri terbesar dan terkuat yang pernah digunakan dalam telefon pintar vivo. Direka khas untuk pengguna yang sentiasa bergerak, telefon pintar ini menawarkan bekalan kuasa tahan lama untuk kerja, hiburan, permainan dan sambungan harian, tanpa perlu kerap mencari pengecas.
Dibina dengan mengambil kira cuaca panas Malaysia, vivo V80 Lite 5G turut membekalkan kuasa stabil pada suhu sehingga 45°C, membantu mengurangkan penggunaan bateri berlebihan apabila digunakan dalam keadaan panas.
Keupayaan ini menjadikan vivo V80 Lite 5G teman yang boleh dipercayai untuk pengguna yang memerlukan prestasi bateri yang tahan lama, sama ada ketika menjalani hari yang sibuk, melakukan aktiviti luar atau terus berhubung sehingga lewat malam.
Sempena pelancaran akan datang, vivo Malaysia bakal menghidupkan mesej “10,000mAh Always Powered” pada vivo V80 Lite 5G menerusi Glass Box Showcase di Lot 10, Bukit Bintang. Bersama paparan LED khas di Lot 10, instalasi ini akan mengetengahkan ketahanan bateri luar biasa peranti tersebut di tengah-tengah tumpuan kota.
Glass Box Showcase ini akan dibuka kepada orang ramai di Lot 10, Bukit Bintang dari 29 Ogos hingga 3 September 2026, sebelum kemuncaknya pada hari terakhir dengan pelancaran rasmi vivo V80 Lite 5G di Malaysia. Sepanjang tempoh pameran, orang ramai dijemput untuk berkunjung, merasai pengalaman interaktif yang disediakan serta menghasilkan kandungan mereka sendiri untuk dikongsi di media sosial.
Pelanggan juga boleh menikmati hadiah eksklusif pra-tempahan bernilai sehingga RM1,145, termasuk Smart Projector bernilai RM699, Backpack, V Selection Earbuds dan Card Holder bernilai RM119.
Selain itu, pelanggan turut menerima manfaat vivo Care, termasuk jaminan bateri selama empat tahun, jaminan lanjutan selama 365 hari serta jaminan perlindungan penutup belakang selama satu tahun.
Nantikan lebih banyak perkembangan daripada vivo Malaysia menjelang pengenalan vivo V80 Lite 5G, telefon pintar yang direka untuk memberikan kuasa tahan lama sehingga anda tidak lagi perlu bergantung pada power bank.






































