Seiring tablet menjadi peranti penting untuk bekerja, belajar dan berhibur, rakyat Malaysia kini semakin mengutamakan peranti yang menawarkan produktiviti premium, hiburan imersif dan ketersambungan lancar dalam satu pakej.

Seiring peningkatan permintaan ini, HONOR terus mengekalkan kedudukannya sebagai jenama tablet Android No.1 di Malaysia berdasarkan jumlah jualan, dengan mencatatkan syer pasaran tertinggi sebanyak 32 peratus dan menduduki tempat teratas selama 27 bulan berturut-turut, menurut International Data Corporation (IDC). Ini bermakna satu daripada setiap tiga tablet Android yang dijual di Malaysia ialah tablet HONOR.

Dari suku kedua 2024 hingga suku kedua 2026, HONOR secara konsisten menerajui pasaran tablet Android di Malaysia, didorong oleh permintaan yang kukuh merentas segmen tablet peringkat asas, pertengahan dan mercu.

Kejayaan berterusan ini mencerminkan keyakinan rakyat Malaysia yang semakin meningkat terhadap portfolio tablet HONOR. Meneruskan momentum ini, HONOR MagicPad 4 yang baru dilancarkan memperkenalkan dwi-sistem operasi PC AI dan tablet 2-dalam-1 yang pertama dalam industri.

Peranti ini turut mencatatkan jualan lebih dua kali ganda berbanding model terdahulu, sekali gus menjadikannya pelancaran tablet mercu HONOR paling berjaya setakat ini.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen HONOR dalam menawarkan teknologi inovatif dan nilai luar biasa, di samping terus mengembangkan portfolio tabletnya untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang sentiasa berubah.

Daripada pelajar yang mengikuti kelas dalam talian dan membuat nota digital, golongan profesional yang memerlukan peranti yang cemerlang untuk produktiviti, keluarga yang menikmati hiburan imersif, hinggalah golongan kreatif yang mencari kanvas lebih luas untuk menzahirkan idea, tablet kini menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian.

HONOR berjaya memenuhi perubahan gaya hidup ini dengan membangunkan tablet yang menggabungkan prestasi berkuasa, jangka hayat bateri yang panjang, produktiviti bertaraf PC, ciri AI termaju dan pengalaman multimedia premium pada harga yang kompetitif.

HONOR turut menekankan peningkatan keyakinan rakyat Malaysia terhadap ekosistem berkuasa AI yang semakin berkembang. Seiring evolusi ekosistem ini, HONOR meruntuhkan batasan antara peranti dengan membolehkan ketersambungan lancar merentas telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakainya, di samping meluaskan keserasian kepada peranti Mac dan iPhone. Ini membolehkan pengguna menikmati pengalaman yang lebih terhubung, produktif dan intuitif merentas sistem operasi yang berbeza.

Siri HONOR Pad 20 Baharu Bakal Tiba di Malaysia

Susulan kejayaan Pad 10, HONOR bakal memperkenalkan Siri Pad 20 baharu di Malaysia, sekali gus memperkukuh portfolio tabletnya menerusi rangkaian serba lengkap yang direka untuk menjadikan teknologi berinspirasikan peranti mercu lebih mudah dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Direka untuk gaya hidup digital masa kini yang semakin dinamik, Siri HONOR Pad 20 menawarkan keseimbangan antara produktiviti, hiburan dan kepelbagaian kegunaan harian. Berbanding model terdahulu, siri baharu ini menawarkan peningkatan ketara dalam keseluruhan pengalaman pengguna, termasuk paparan canggih, ciri produktiviti AI bertaraf mercu, prestasi dipertingkatkan, kapasiti bateri besar dan sistem pembesar suara yang dinaik taraf.

Semua peningkatan ini membolehkan pengguna melakukan lebih banyak perkara sambil menikmati pengalaman hiburan imersif di mana-mana sahaja.

Seiring pengguna semakin mencari peranti yang lebih serba boleh dan menjimatkan kos untuk memenuhi keperluan pengkomputeran harian, tablet kini muncul sebagai alternatif praktikal kepada komputer riba konvensional, khususnya untuk pelajar universiti, golongan profesional muda dan pengguna dengan keperluan produktiviti yang lebih ringan.

Dilengkapi PC Mode dan rangkaian ciri yang memfokuskan produktiviti, Siri HONOR Pad 20 bertujuan untuk merapatkan jurang antara kemudahalihan tablet dengan produktiviti seperti PC. Ini membolehkan pengguna belajar, bekerja, berkarya dan menikmati hiburan dengan lancar melalui satu peranti.

Butiran lanjut, termasuk harga dan spesifikasi rasmi, akan diumumkan tidak lama lagi. Nantikan perkembangan terkini menerusi laman web rasmi dan saluran media sosial HONOR Malaysia.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini