Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) melancarkan Platform digital bersepadu, IKIMHub sebagai inisiatif strategik bagi memperkukuh ekosistem media Islam negara serta menyokong aspirasi Malaysia sebagai peneraju Global Halal Media Hub.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, yang menyifatkan pembangunan IKIMHub sebagai satu lagi langkah penting dalam transformasi digital dakwah negara selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan masyarakat.

“IKIMHub menghimpunkan keseluruhan ekosistem media dan komersial IKIM dalam satu platform yang membolehkan pengguna mengakses siaran langsung IKIMfm, tvIKIM, podcast, berita semasa, Video on Demand (VOD) serta platform e-dagang IKIMNiaga menerusi satu aplikasi,” katanya.

Selain menjadi medium penyebaran ilmu kepada umat Islam, beliau berharap IKIMHub dapat menjadi jambatan memperkenalkan keindahan Islam kepada seluruh masyarakat melalui pendekatan berteraskan ilmu, hikmah, dialog dan nilai Rahmatan lil ‘Alamin.

“IKIMHub membuktikan bahawa kemajuan teknologi digital mampu digerakkan seiring dengan pembangunan insan, pengukuhan nilai, integriti serta prinsip Maqasid Syariah. Ia menjadi platform yang menghubungkan ilmu, dakwah dan teknologi demi manfaat masyarakat,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini