realme, jenama telefon pintar paling pantas berkembang di dunia, bakal merevolusikan kuasa telefon pintar mudah alih di Malaysia dengan memperkenalkan bateri 10,001mAh Titan Battery yang inovatif — bateri telefon pintar terbesar pernah dilancarkan di negara.
Pencapaian ini memperkukuhkan kedudukan realme sebagai perintis teknologi bateri dan membawa industri telefon pintar ke era baharu iaitu ketahanan bateri kelas melebihi 10,000mAh, sekali gus mentakrifkan semula jangkaan pengguna terhadap kuasa harian tahan lama.
Selaras dengan falsafah jenama “Make it real”, realme telah berjaya membawa bateri 10,001mAh ke peringkat pengeluaran berskala tinggi dalam masa singkat. Ini membuktikan komitmen jenama tersebut dalam memastikan inovasi baharu ini dapat dibina sebagai solusi praktikal dan berprestasi tinggi bagi generasi baharu.
Rekaan terbaru ini juga dilihat akan menyelesaikan masalah sebenar rakyat Malaysia, terutamanya golongan belia. Daripada pelajar universiti yang ingin menonton kuliah secara dalam talian dan melayani siri kegemaran secara berpanjangan, hingga golongan profesional yang sibuk mengurus kerja, mesej dan sesi permainan mudah alih serta pencipta kandungan yang merakam video sepanjang hari — kuasa bateri bakal dilancarkan ini bakal mempamerkan bagaimana realme benar-benar menghadirkan inovasi yang mengubah lanskap telefon pintar di Malaysia.
Di terasnya ialah bateri 10,001mAh Titan Battery — bateri telefon pintar 10,000mAh+ pertama dan terbesar di dunia. Bateri ini mampu bertahan sehingga 3.5 hari untuk penggunaan ringan dan seminggu bagi rutin harian biasa, sambil mengekalkan prestasi yang stabil sepanjang kitaran hayatnya.
Direka dengan seni bina keselamatan bateri termaju, teknologi kecerdasan jangka panjang, dan ketahanan selama 8 tahun (dengan kesihatan bateri kekal melebihi 80%), bateri Titan ini juga mencatatkan pencapaian luar biasa iaitu menjadi bateri telefon pintar 10,000mAh+ pertama di dunia yang berjaya lulus ujian ketahanan kejutan peringkat ketenteraan (MIL-STD 810H).
Diperkukuhkan lagi dengan Penarafan Keselamatan Bateri 5 Bintang TÜV Rheinland, pengecasan pantas 80W Ultra Charging dan 27W Reverse Charging, bateri ini dibina untuk kebolehpercayaan dan ketahanan jangka panjang, memastikan kuasa yang konsisten dan bebas kerisauan walaupun dalam keadaan yang ekstrem.







































