realme, jenama telefon pintar yang berkembang pesat di peringkat global, melancarkan rangkaian produk AIoT terbaharu – realme Watch 5 dan realme Buds T200 – seiring pelancaran Siri realme 15.
Pelancaran ini menyerlahkan visi realme sebagai peneraju ekosistem teknologi, melangkaui peranan tradisional sebagai pengeluar telefon pintar.
realme Watch 5 menetapkan taraf baharu dalam segmen jam pintar mampu milik dengan gabungan teknologi canggih dan reka bentuk premium. Dilengkapi skrin AMOLED 1.97 inci dengan kecerahan puncak 600 nits dan bezel nipis, jam tangan pintar ini menawarkan pengalaman visual yang memukau.
Penutup kaca rata 2D, pelaras fungsi aloi aluminum, dan badan unibodi logam dengan lubang pembesar suara berpola sarang lebah mencerminkan keunikan yang biasanya digunakan bagi peranti boleh pakai kelas atasan.
GPS Bebas: Kebebasan Bergerak Tanpa Telefon

Memperkuatkan lagi kedudukannya bagi segmen bawah RM400, realme Watch 5 hadir bersama ciri GPS bebas dengan sokongan 5 sistem GNSS. Pengguna boleh menjejak laluan larian, pendakian, serta laluan berbasikal dengan ketepatan tinggi tanpa perlu membawa telefon pintar – satu kelebihan yang kebiasaannya hanya terdapat pada jam tangan pintar premium.
Dengan 108 mod termasuk panduan laluan larian, rutin regangan, dan pemantauan kesihatan harian secara menyeluruh seperti kadar denyutan jantung, paras oksigen darah, tidur, tekanan, serta kesihatan wanita, realme Watch 5 bertindak selaku pelatih kecergasan peribadi yang ideal.
Digandingkan dengan aplikasi realme Link, pengguna dapat menganalisis data kesihatan secara terperinci dan memantau kemajuan melalui 10 metrik utama.
Ketahanan Berpanjangan, Kebebasan Berlebihan
Dikuasakan bateri 460mAh, realme Watch 5 menawarkan penggunaan sehingga 16 hari, atau 20 hari dalam mod penjimatan tenaga. Dengan paparan sentiasa hidup, ia kekal berfungsi sehingga 6 hari, manakala IP68 menjamin ketahanan terhadap air dan debu untuk kegunaan harian tanpa bimbang.

Selain fungsi kecergasan, realme Watch 5 menyokong panggilan Bluetooth berkualiti tinggi, komunikasi interkom Bluetooth bebas, kemudahan NFC, mod ‘Game Guardian’, dan ruang penyimpanan muzik luar talian sebanyak 230MB. Dengan pilihan 300 muka jam, jam tangan pintar ini sesuai digunakan bagi pelbagai situasi, dari aktiviti sukan hingga tugasan profesional.
realme Buds T200: Audio Imersif dengan Kawalan Bunyi Pintar
realme Buds T200 menawarkan pengalaman audio yang memukau dengan teknologi pembatalan bunyi aktif 30dB (ANC) melalui sistem dwi-mikrofon, membolehkan pengguna menikmati muzik tanpa gangguan persekitaran. Mod Ketelusan memudahkan pengguna untuk beralih ke pendengaran persekitaran agar kekal peka terhadap bunyi sekeliling apabila perlu.
Dengan jangka masa main semula sehingga 40 jam dan 7 jam penggunaan berterusan setiap cas, realme Buds T200 direka untuk kegunaan harian berpanjangan. Teknologi pengecasan pantas menyokong 7 jam main semula dengan hanya tempoh pengecasan selama 10 minit, memastikan kelancaran muzik dengan masa rehat minimum.
Reka bentuknya yang menarik, ringan, dan ergonomik menjamin keselesaan untuk sesi pendengaran yang lama. Sarung dan fon telinganya hadir dalam kemasan bergaya yang menyokong gaya hidup harian moden.
Dilengkapi Bluetooth 5.3 dan mod permainan latensi rendah, realme Buds T200 menjamin keterhubungan stabil serta sinkronisasi audio-visual yang sempurna. Melalui aplikasi realme Link, pengguna boleh menyesuaikan tetapan kawalan, kesan bunyi, dan mengemas kini perisian tegar dengan mudah.
Pembekal Kuasa Berkabel 45W realme dengan Kapasiti Ultra-tinggi 20,000mAh

realme turut memperkenalkan pembekal kuasa berkapasiti 20,000mAh dengan keupayaan pengecasan 45W. Dilengkapi tiga port keluaran, ia sesuai digunakan bagi pelbagai peranti digital arus perdana, menawarkan penyelesaian pengecasan yang cekap dan serba guna.
Harga dan Ketersediaan
| Peranti | RRP | Platform | Promosi |
| realme Watch 5 Titanium Black, Titanium Silver |
RM399 | Kedai Jenama realme, Kedai Pengedar Sah, Shopee, Lazada dan TikTok Shop Rasmi | Tali Silikon Magnetik Percuma (bernilai RM79) |
| realme 45W Cabled Power Bank Obsidian Black, Glacier White |
RM199 | N/A | |
| realme Buds T200
Mystic Grey, Snowy White |
RM199 | Eksklusif Dalam Talian: Shopee, Lazada, dan TikTok Shop Rasmi | N/A |






































