OPPO pada hari ini telah mengumumkan tambahan terbaharu kepada siri Reno popularnya, siri OPPO Reno8 T.

Siri ini memperkenalkan dua tambahan baharu – Reno8 T 5G dan Reno8 T 4G yang menawarkan rupa bentuk premium serba baharu.

Kamera Potret 108MP dan Sistem Pengimejan Sangat Jelas untuk penambahbaikan potret utama Reno8 T 5G mengimplementasikan Kamera Potret 108MP OPPO yang pertama, juga
menampilkan Lensa Mikro 40x dan sebuah Kamera Kedalaman 2MP bersama-sama dengan Kamera Swafoto 32MP untuk pengalaman fotografi yang dipertingkatkan sepanjang masa.

Dengan menggunakan teknologi binning NonaPixel Plus dan algoritma Resolusi Super Potret AI OPPO, Kamera Potret 108MP menangkap imej maha jelas, beresolusi tinggi dalam sebarang senario, memberikan pengguna lebih banyak kemungkinan dalam proses pemangkasan dan penyuntingan gambar.

Dilengkapi dengan ciri pembesaran sehingga 40 kali ganda, Lensa Mikro juga menawarkan butiran luar biasa kepasa para pengguna apabila menerokai dunia mikroskopik yang melangkaui pandangan mata kasar.

Pada varian 4G ialah Kamera Potret 100MP, yang ditampilkan bersama Kamera Swafoto
32MP dan Lensa Mikro 2MP dengan pembesaran 20x atau 40x.

Masih setia mengekalkan identitinya iaitu Pakar Potret, siri Reno8 T turut menyediakan pelbagai fitur potret, termasuklah HDR Swafoto, Potret Suar Bokeh, dan lebih lagi, setiap
satunya bakal memperkasakan para pengguna dengan kebolehan penangkapan foto
berkualiti profesional yang menyerlahkan gaya dan kreativiti mereka yang tersendiri.

Reka bentuk Dwi-Lengkung Mikro menyegarkan penampilan dan pengalaman visual Varian 5G untuk siri ini menawarkan yang terbaik dalam rekaan visual, keselesaan fizikal, dan tontonan kandungan dengan skrin melengkung 120Hz 3D dan kerangka belakang 3Dnya.

Menampilkan lengkungan 56 darjah yang tepat dan ketinggian arka sebanyak 1.9 mm, Skrin Melengkung 3D 120Hz tahap andalan mencapai keseimbangan sempurna di antara
memberikan pengalaman visual yang mengasyikkan dan cengkaman yang selesa sambil
mengurangkan salah sentuh skrin dan meminimumkan kerosakan skrin.

Paparan besar AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan nisbah skrin-ke-badan 93% dan bezel bawah bersaiz 2.32 mm juga memastikan lebih banyak pengalaman mengasyikkan bagi pengguna apabila melibatkan sebarang kandungan.

Dengan Kadar Segar Semula Ultra Tinggi 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 120Hz
yang boleh dipertingkatkan sehingga ke 1,000Hz bagi kadar pensampelan segera dalam
senario permainan tertentu, skrin adalah sangat lancar dan responsif. Paparan Warna 1
Bilion dan Resolusi FHD+ memberikan warna sangat realistik dan butiran lebih jelas.

Pengguna juga akan menikmati ketenangan fikiran tambahan sewaktu penggunaan harian oleh kerana penglibatan kaca pelindung DT-Star2 terbaja diperkukuhkan dua kali pada skrin hadapan yang telah melalui 23 ujian kebolehpercayaan meliputi 5 dimensi berbeza.

Telefon ini tersedia dalam dua kemasan warna — Sunrise Gold dan Midnight Black yang menggunakan proses ikonik OPPO Glow untuk menambahkan kesan kristal berkilauan pada kerangka belakang 3D sambil mengekalkan ciri bebas kesan cap jarinya.

Varian 4G pula didatangkan dalam Midnight Black, dan Sunset Orange – tona warna jingga yang terang dengan tekstur kulit premium direka menggunakan Rekaan Kulit Gentian Kaca yang dipertingkatkan.

Prestasi keseluruhan yang dikuasakan oleh penambahbaikan perkakasan dan perisian Penambahbaikan ketara dalam pengecasan kilat dan bateri bermakna Reno8 T 5G boleh
dicas sehingga 100% dalam 44 minit menggunakan 67W SUPERVOOC TM , manakala
pengecasan 5 minit sudah cukup untuk membolehkan anda menikmati 5.59 jam
panggilan telefon atau 3.56 jam video.

Selepas cas penuh, bateri besar 4,800mAh boleh menyediakan sehingga 389 jam siap sedia. Selain itu, Enjin Kesihatan Bateri yang dibangunkan sendiri oleh OPPO boleh memanjangkan jangka hayat bateri Reno8 T 5G sehingga 1,600 kitaran pengecasan, iaitu dua kali ganda purata industri semasa bagi 800 kitaran pengecasan.

Bukan itu sahaja, Perlindungan Pengecasan 5 Lapisan memastikan pengecasan maha pantas adalah lebih selamat untuk digunakan.

Dari segi prestasi, Reno8 T 5G dilengkapi dengan 8GB RAM dan 256GB storan serta menyokong penambahan kad SD sehingga 1TB. RAM maya tambahan sehingga 8GB juga boleh ditambah menggunakan fungsi Penambahan RAM OPPO untuk memastikan pengalaman yang lancar apabila menggunakan berbilang aplikasi atau aplikasi sarat memori.

Dikuasakan oleh Platform Mudah Alih Qualcomm® Snapdragon™ 695 5G, Reno8 T 5G
memberikan prestasi 5G yang berkuasa dan cekap untuk kegunaan harian.

Reno8 T 4G menampilkan sebuah bateri 5,000mAh dan teknologi pengecasan 33W SUPERVOOC TM , Reno8 T boleh dicas sehingga 100% dalam 67 minit atau menawarkan
2.01 jam waktu berbual dengan hanya 5 minit cas.

Dari segi storan, telefon ini tiba dengan 8GB RAM serta 256GB ROM sebagai spesifikasi standard, dengan pilihan untuk memperkembangkan RAM sehingga 8GB RAM menggunakan teknologi Penambahan RAM OPPO.

Turut memberikan hiburan visual yang luar biasa pada Reno8 T ialah paparan AMOLED 6.4 inci dengan kadar segar semula 90Hz.

Prestasi menyeluruh siri Reno8 T turut dilengkapi dengan Enjin Pengkomputeran Dinamik yang dibangunkan sendiri oleh OPPO, memastikan pengalaman pengguna yang lebih lama lagi stabil biarpun di bawah beban pengkomputeran yang berat.

Kelancaran jangka panjang ini juga telah melepasi Ujian Perlindungan Kelancaran 48 Bulan di Makmal OPPO.

Pengalaman pintar dan keselamatan dengan ColorOS 13 yang baharu

Diprapasang dengan ColorOS 13 terkini, siri Reno8 T memberikan pengalaman Android
yang pintar dan selamat terus dari kotak. Pengguna kini boleh mengawal Spotify melalui
Paparan Sentiasa Kekal Pintar (untuk muzik) tanpa perlu menyahkunci telefon.

Apabila berbicara soal privasi, Kawalan Akses 5-Gred dengan satu set merangkumi fitur
mudah untuk penggunaan memberikan para pengguna kawalan jelas ke atas kebenaran
privasi untuk siri Reno8 T.

Pikselasi Auto boleh mengenalpasti dan mengaburkan nama pengguna dan avatar di tangkap layar ruang sembang dengan hanya satu ketukan, dan Ruang Simpanan Privasi yang dipertingkatkan juga menawarkan tingkat keselamatan lebih hebat untuk data yang dilindungi kata kunci.

Terima kasih kepada fitur-fitur ini, telefon ini telah diiktiraf oleh pihak ketiga yang berkelayakan seperti ISO, TRUSTe dan ePrivacy.

OPPO Enco Air3

Dilancarkan bersama Siri OPPO Reno8 T ialah OPPO Enco Air3. Dengan reka bentuk penutup sarung jeli yang dipertingkatkan, Enco Air3 memperkenalkan pod pengecas
magnet terbuka-lebar 110° untuk memberikan pengguna fleksibiliti yang lebih baik dan
mudah menanggalkan serta menggantikan fon telinga dengan satu tangan.

Dilengkapi dengan Alive Audio serba baharu OPPO untuk fon telinga OPPO, Enco Air3 memberikan pengalaman audio yang lebih mendalam. Oleh kerana OPPO Alive Audio dikendalikan cip fon telinga secara bebas, anda boleh menikmati audio surround sound 3D gred pawagam ini dengan mana-mana telefon pintar.

Kualiti audio yang luar biasa memerlukan perkakasan yang berkuasa. Fon telinga Enco
Air3 kini dilengkapi dengan pemproses isyarat digital (DSP) buat kali pertama.

Ketersediaan

Pratempahan untuk Reno8 T 5G bermula dari 7 Februari 2023 dan tersedia dalam Sunrise Gold and Midnight Black pada harga RM 1,799. Pembelian menerusi pra-tempah layak untuk menerima hadiah-hadiah percuma bernilai RM 377.

Hadiah percuma merangkumi Enco Buds2, perlindungan kerosakan skrin 1 tahun, dan waranti lanjutan 1 tahun. Pra-tempah boleh dibuat di semua MY OPPO Space, Kedai Jenama OPPO, Kedai Atas Talian Rasmi OPPO, Rakan e-Dagang dan pengedar sah.

Sementara itu, Reno8 T 4G akan tersedia dalam Sunset Orange dan Midnight Black pada RM1,399. Enco Air3 berharga RM 249 dan didatangkan dalam warna Putih.

Kedua-dua Reno8 T 4G dan Enco Air3 akan tersedia untuk pembelian bermula dari 11 Februari 2023.