Menyusuli pelancaran globalnya, PICO 4 kini telah tiba di Malaysia. Menggandingkan reka bentuk minimalis dan teknologi tinggi, PICO, iaitu jenama realiti maya (VR) terkemuka dunia yang bertunjangkan inovasi bebas serta keupayaan R&D, menawarkan warga Malaysia pelbagai cara untuk menjalin hubungan, mengamati kehidupan dari sudut baharu dan merungkai aneka potensi yang tiada batasannya.
Berlatarkan penerimagunaan teknologi yang kian meningkat, VR telah menerima sambutan meluas dan menjadi trend dalam pelbagai industri seperti permainan video, kecergasan, dan hiburan antara lainnya.
Menurut kajian, pasaran realiti maya di Asia Pasifik diunjurkan mampu bertumbuh lebih 20% dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Sektor permainan video dan hiburan juga sedang menyaksikan kenaikan mendadak dalam penerimagunaan peralatan dan pengantaramuka teknologi VR bagi membekalkan pengalaman kepenggunaan yang lebih imersif dan memuaskan.

Justeru, ia telah membuka peluang buat para pengguna untuk memanfaatkan PICO 4 untuk mengamati sebuah dunia baharu di mana pengalaman yang lebih imersif, jitu, dan menyeronokkan dapat dirasai berlatarkan aneka komponen seperti visual, audio, dan haptik yang telah menginjak ke aras yang lebih tinggi.
“Kami benar-benar teruja untuk melancarkan PICO 4 di Malaysia,” kata Allen An, Pengarah Serantau, PICO Asia Tenggara.
“Misi kami adalah untuk menghubungkan orang ramai dengan dunia yang tiada batasannya, di samping menyuntik nafas ke dalam dunia maya menerusi sebuah perkakas yang memudahkan lagi menyelesakan.
Dengan PICO 4, pengguna dapat menikmati tahap keselesaan yang lebih tinggi menerusi rekaannya yang lebih ringan dan seimbang; gambar yang lebih berkualiti dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon XR2; paparan 4K+ 90Hz dan opsyen ‘pancake’ yang membawakan pandangan bersudut ultra lebar 105° di samping sistem penjejakan 6DoF (enam darjah kebebasan); dan lebih banyak hiburan menerusi permainan dan aplikasi 6DoF natif yang boleh didapati di PICO Store.
“Sebagai set kepala VR serba lengkap yang pertama diperkenalkan secara rasmi di pasaran Malaysia dan yang didatangkan bersama pasukan khas di Malaysia, agen-agen rasmi, dan rakan-rakan kongsi runcit arus perdana, kami ingin membekalkan orang Malaysia sebuah pengalaman VR yang tiada bandingannya dan memacu pembangunan industri VR di Malaysia, lalu membantu para insan di sini dan seluruh dunia mengamati bersama sebuah realiti yang tiada batasannya menerusi VR,” tambah beliau.
Malaysians can also get their hands on the 128GB and 256GB PICO 4 at RM1,699 and RM1,999 respectively from authorised PICO dealers, PICO flagship stores on Shopee and Lazada, as well as TikTok Shop!






































