Maxis meneruskan komitmen untuk memperkasakan rakyat dan perniagaan Malaysia
dengan salinghubungan dengan pelbagai cara, pada setiap masa, untuk semua komuniti,
dengan pelancaran kempen jenama terbaru, Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia (RKRM).

RKRM mewakili pengukuan tujuan jenama Maxis, Terus Menerajui yang dilancarkan pada
2020.

Kempen ini dipacu oleh evolusi Maxis daripada penyedia telekomunikasi mudah alih,
kepada pakar kesalinghubungan dan penyelesaian digital yang menawarkan pelbagai
penyelesaian untuk setiap segmen, dikuasi oleh rangkaian 4G terkemuka, liputan fiber serta inovasi 5G terbaik.

Maxis adalah jenama tempatan yang dikenali selama lebih dari dua dekad. Pelaburan dan
kerjasama berterusan kami telah menghasilkan rangkaian komuniti yang kukuh dan
rangkaian tertumpu yang paling meluas di negara ini.

Semangat RKRM adalah tentang meraikan kepelbagaian dan Maxis akan terus berkhidmat kepada orang ramai dari semua lapisan masyarakat berdasarkan setiap keperluan unik mereka.

Apabila semua rakyat Malaysia disambungkan dalam semua aspek, maka inovasi digital tercipta, dan kami mahu meningkatkan peranan kami dalam memperkasakan inovasi ini,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Di luar produk dan penyelesaian, Rangkaian Maxis menghubungkan rakyat Malaysia yang
pelbagai melalui inisiatif komunitinya – dari pembelajaran digital selepas sekolah, membina
kehadiran digital yang lebih besar untuk usahawan wanita, usaha kemanusiaan, serta melabur dalam generasi lelaki dan wanita akan datang, pendidikan STEM, dan bakat kepimpinan dan inovasi.

Untuk memahami Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia Maxis dengan lebih lanjut, Maxis juga melancarkan filem untuk mempamerkan inisiatif syarikat dalam menghubungkan rangkaian komuniti.