IJM Land melancarkan Robin @ Rimbayu dengan seni bina sederhana namun moden berkonsepkan pelan terbuka
Walaupun pelaburan sektor hartanah tempatan terkesan berikutan pelaksanaan sekatan
pergerakan untuk mencegah pandemik Covid-19, namun permintaan untuk kediaman berkualiti masih meningkat.
Mengambil kira sambutan luar biasa bagi fasa kediaman Starling dan Uptown @ Rimbayu, Bandar Rimbayu, IJM Land telah melancarkan Robin.
Robin @ Rimbayu adalah sebahagian daripada perbandaran Bandar Rimbayu berkeluasan 1,879 ekar yang terdiri daripada 615 rumah berangkai dua tingkat membabitkan 3 jenis dan saiz yang berbeza yang dikelompokkan ke dalam Jenis A (177 unit), Jenis B (333 unit) dan Jenis C (105 unit).

Sejumlah 308 unit dari fasa 1 dan 2 dengan nilai pembanguan kasar (GDV) RM241 juta telah habis dijual dalam 28 minits pada hari pertama pelancaran. Mereka yang berminat diberikan peluang untuk memilih unit secara dalam talian melalui portal rasmi pemaju.
Terilham oleh burung spesies Robin yang melambangkan kehidupan meriah, optimis dan
bertenaga, projek Fasa 14 dirancang dengan mengetengahkan seni bina yang sederhana namun moden berkonsepkan pelan terbuka secara konsisten. Inovasi ini direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup kontemporari dan memastikan pemilik rumah dapat melalui perubahan positif dalam hidup selain dapat memenuhi pasaran sasaran yang berbeza melalui pelbagai binaan dan jenis rumah.
Perbandaran Hebat Untuk Permulaan Hidup Baru
Sebelum membangunkan kediaman Jenis A dan B, Robin @ Rimbayu telah mengambil kira
keperluan pembeli rumah baru dan muda susulan keadaan ekonomi dan pembelian rumah yang tidak berada dalam keadaan ideal.
Oleh itu, unit Jenis A pertengahan yang mempunyai ukuran tanah 18 x 65 dan binaan 1,535 kaki persegi diperkenalkan. Mengambil kira perubahan gaya hidup sepanjang tahun lalu kerana pandemik, tingkat bawah unit ini mempunyai konsep terbuka yang menawarkan fleksibiliti dan memberi kawalan kepada pemilik rumah untuk mengubah suai tempat tinggal mengikut keperluan yang sentiasa berubah di masa depan.

Bermula pada harga RM648,800, unit Jenis A dilengkapi dengan ruang yang luas termasuk
halaman belakang seluas 7 kaki, siling rumah tinggi dan balkoni di bilik tidur utama. Selain itu, penggunaan pintu gelangsar menjadikan pencahayaan dan pengudaraan dalaman lebih baik sekali gus memberi keselesaan kepada penghuni ketika berada di rumah.
Pembeli rumah juga mempunyai pilihan untuk mempertimbangkan unit Jenis B yang dibina di atas tanah seluas 18 x 65 membabitkan bangunan seluas 1,665 kaki persegi dengan harga bermula RM680,800.
Walaupun unit ini mengutamakan ruang dan konsep terbuka seperti unit Jenis A, rumah ini mempunyai kelebihan daripada segi kedalaman lantai yang lebih besar untuk menampakkan ruang yang lebih luas.
Kedua-dua unit Jenis A dan Jenis B di Robin @ Rimbayu masing-masing dilengkapi 3 bilik
tidur, 3 bilik mandi dan pintu gerbang mewah yang sesuai dengan konsep sederhana namun moden.
Lokasi Ketenangan Tanpa Kesibukan Hidup
Oleh kerana unit Jenis A dan Jenis B disediakan khas untuk pembeli rumah yang lebih muda, unik Jenis C menawarkan reka bentuk dan susun atur untuk keluarga yang sedang berkembang dan mempunyai warga emas sekali gus menjadikannya pilihan yang ideal sebagai rumah generasi.

Bermula dari RM881,800, unit ini mempunyai ukuran tanah 28 ’x 65’ dan binaan 2,009
kaki persegi yang besar.
Sebagai unit terbesar, unit ini dinamakan rumah teres dua tingkat separa berangkai yang
dilengkapi 4 bilik tidur, 3 bilik mandi, halaman belakang seluas 7 kaki, taman berukuran 8 kaki dan ruang tingkat bawah yang terbuka terus ke taman.
Ciri-ciri kediaman ini menjadikan ia sangat diminati oleh pembeli rumah berorientasi keluarga dengan memanfaatkan sepenuhnya ruang hijau dalam memupuk gaya hidup yang damai dan sihat.
Pemilik rumah juga boleh memanfaatkan ruang tambahan di kawasan beranda kereta, dengan mengubahnya menjadi taman yang dipenuhi pelbagai jenis tumbuhan.
Unit ini turut mengamalkan konsep pelan terbuka di tingkat bawah, di mana tiada dinding yang menghalang ruang tamu, ruang makan dan dapur. Terdapat juga ruang keluarga tambahan di tingkat bawah yang menghadap ke taman untuk ahli keluarga berkumpul bagi tujuan aktiviti kekeluargaan.
Perbandaran yang Komprehensif dan Nyaman.
Sebagai perbandaran yang telah memenangi anugerah, Bandar Rimbayu menawarkan pelbagai kemudahan gaya hidup termasuk restoran pandu lalu Starbucks dan Kenny Rogers yang menjadi lokasi tumpuan penduduk.
McDonalds juga mendirikan sebuah cawangan di bandar ini pada Oktober lepas. Quayside Mall dibuka pada akhir tahun 2020, juga menawarkan premis perniagaan yang selesa seperti Jaya Grocer, Mr DIY dan Harvey Norman.
Dalam usaha membina hubungan komuniti yang rapat, Robin juga menawarkan ruang terbuka seluas 8.6 ekar yang terancang untuk menjalankan pelbagai aktiviti termasuk gelanggang bola keranjang, gelanggang serbaguna, tempat permainan, taman permainan dan ruang bermain layang-layang.
Untuk menjadikan konsep hub komuniti selangkah lebih maju, Robin juga telah menyediakan kemudahan rekreasi untuk membantu penduduk menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan lestari.
Komuniti dapat berkumpul untuk menikmati keindahan alam semula jadi sambil belajar dari mana makanan diperoleh. Sebagai contoh, mereka boleh menjalankan aktiviti rekreasi di tapak perkemahan, tapak perkelahan dan taman hutan yang dipenuhi kanopi. Pada masa sama, ladang dan dusun turut disediakan supaya mereka boleh menanam makanan mereka sendiri.
Dari kawasan kejiranan yang dijaga sepenuhnya, komuniti boleh memasuki kawasan perbandaran ini melalui 4 pintu masuk dan keluar utama yang bersambung terus ke beberapa lebuh raya iaitu Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Kemuning – Shah Alam, Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang akan siap pada tahun 2024.
Secara keseluruhan, pembeli rumah Robin akan mendapat manfaat daripada Program Pemilikan Rumah (HOC) untuk membeli unit kediaman baru dengan menikmati potongan harga minimum 10% pada harga pembelian, pengecualian duti setem untuk Memorandum Pindah Milik (MOT) dan pinjaman.
Selain itu, pembeli tidak dikenakan yuran guaman untuk Perjanjian Jual Beli (SPA) dan pinjaman.






































