Predator Triton 500 SE yang anggun memaparkan rupa profesional dengan komponen terbaik dalam kelasnya dan banyak ruang bagi permainan, suntingan video dan hamparan kertas rumit

Komputer riba permainan Predator Helios 500 didatangkan dengan prestasi mirip komputer meja bagi mengendalikan judul-judul triple-A terbaharu

Predator Helios 300 ditambah baik dengan pemproses sehingga Generasi Ke-11 Intel® CoreTM i9 dan menawarkan paparan 15.6” atau 17.3” yang menyokong sehingga 360Hz kadar segar semula

Predator Launch_Helios 300_17-inch

Dengan himpunan hadiah RM57,000, Predator Championship terbuka kepada pemain permainan video di institusi pendidikan tinggi dan korporat untuk beradu di dalam Valorant atau Mobile Legends: Bang Bang

Acer Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan Predator Triton 500 SE (Special Edition) yang direka anggun, Predator Helios 500 dengan prestasi mirip komputer meja dan Predator Helios 300 yang cukup popular dalam kalangan pemain permainan video.

Bersama dengannya, Acer turut memperkenalkan dua monitor permainan 4K UHD, Predator Tribe dan barangan edisi terhad Predator Tribe di Malaysia.

Predator Triton 500 SE direka anggun

Menggabungkan pemproses sehingga Generasi Ke-11 Intel® CoreTM i9 dengan sehingga NVIDIA GeForce RTX 3080, Predator Triton 500 SE mengandungi komponen terbaik di dalam kelasnya di dalam chasis direka bersahaja tetapi tetap anggun.

Predator Launch_Triton 500 SE

Di dalam reka bentuk ‘incognito’ licin, Predator Triton 500 SE menggabungkan mobiliti dan kuasa untuk menjadikannya peranti ideal dengan rupa profesional untuk bekerja sementara membolehkan profesional menikmati permainan di waktu lapang mereka.

Dengan sehingga 32GB DDR4 RAM dan kelajuan tinggi 1TB PCIe Gen4 SSD, ia memberi banyak ruang untuk permainan, suntingan video dan hamparan kertas rumit.

Predator Triton 500 SE membolehkan pengguna menikmati permainan video, filem dan ruang bekerja lebih besar dengan 87% nisbah skrin ke badan paparan 16inci 16:10 WQXGA.

Bagi memastikan semua komponen bergerak dalam suhu dingin, Predator Triton 500 SE mengguna pakai reka bentuk penyejukan Acer’s Vortex Flow, memaparkan sistem penyejukan tiga ganda kipas, termasuk satu kipas generasi ke-5 dijurutera khusus AeroBladeTM 3D, lima paip bahang khas bagi CPU dan GPU, serta aliran masuk dan ekzos yang terletak secara strategik untuk secara berterusan membawa udara sejuk dan mengeluarkan udara panas.

Dengan hayat bateri sehingga 12-jam1, Predator Triton 500 SE memastikan semua prestasi di dalam chasis semua logam senipis 19.9mm dengan berat hanya 2.4kg.

Predator Launch_Helios 300 15-inch_i7

Sebagai tambahan, Intel® KillerTM E3100 Ethernet Controller, Intel® KillerTM Wi-Fi 6 AX1650i, dan KillerTM Intelligence Center memberikan pemain permainan video dengan pendaman rendah, sambungan boleh diharap yang diperlukan bagi menyingkirkan persaingan dalam talian.

Dua port USB Type-C 3.2 Gen2 sepenuhnya, menyokong ThunderboltTM 4 dan DisplayPort, dengan pembaca kad SD 7.0 memberikan pengguna kelajuan pemindahan yang pantas dan ruang yang banyak bagi semua peranti persisian.

Dengan adanya PredatorSenseTM, pengguna boleh memantau sistem mereka, menetap masa GPU dan mengubah kelajuan kipas kepada mod senyap, ekstrem atau turbo dengan mudah. Ia didatangkan dengan pilihan pemproses Generasi Ke-11 Intel® CoreTM i9 bersama NVIDIA GeForce RTX 3080 atau pemproses Generasi Ke-11 Intel® CoreTM i7 bersama NVIDIA GeForce RTX 3070, masing-masingnya berharga RM12,999 dan RM8,999.

Tempahan awal bagi Predator Triton 500 SE bermula 30 Oktober 2021 di kedai penjual bertauliah Predator, Flagship stor Acer di Shopee dan estore Acer Malaysia.(senarai di Jadual 1).

Predator Helios 500

Komputer Meja Bergerak – Predator Helios 500

Dijana oleh NVIDIA GeForce RTX 3080 dan pemproses sehingga Generasi Ke-11 Intel® CoreTM i9-11980HK, komputer riba permainan Predator Helios 500 menawarkan pemain lebih daripada cukup kuasa kuda bagi mengendalikan judul-judul permainan video triple-A terbaharu.

Dengan sehingga 64GB DDR4 RAM dan sehingga storan 2TB PCIe NVMe Gen 4 SSD dalam konfigurasi RAID0, Predator Helios 500 menawarkan pemain tegar ruang yang banyak bagi permainan generasi akan datang.

Panel paparan 17 inci Predator Helios 500 didatangkan di dalam dua konfigurasi:

    • Varian Intel® CoreTM i9 dilengkapi panel 4K Mini LED UHD 120Hz yang menyokong sepenuhnya pemalap tempatan. Bersama dengan gamut warna yang tinggi, ia adalah setara dengan VESA Display HDRTM 1000 dan memberikan ketepuan warna dan kontras yang terbaik.
    • Varian Intel® CoreTM i7 dilengkapi panel sangat pantas FHD 360Hz memberikan masa respons 3 ms untuk pemain yang mahukan imej yang cukup lancar.Bagi mengekalkan mesin itu berjalan secara optimum, Predator Helios 500 memiliki Predator PowerGemTM, teknologi dijurutera khusus diperbuat daripada polimer logam aloi, di atas CPU. Selain itu, teknologi Acer’s Vortex Flow menggunakan dua kipas, termasuk satu kipas generasi ke-5 AeroBladeTM 3D untuk mengalihkan aliran udara kepada komponen kritikal dan melonjakkan prestasi.Menepati DNA permainan videonya, kekunci WASD pada Predator Helios 500 boleh ditukar kepada kekunci Acer’s Racing atau MagForce, yang memaparkan suis mekanikal MagTek untuk melakukan fungsi kekunci utama seperti kawalan joystick.

Ini memberikan pemain kawalan secukupnya ke atas pergerakan avatar mereka. Menerusi PredatorSenseTM, pemain juga boleh menyusun mengikut pilihan sendiri cahaya di bawah pencahayaan Predator Pulsar dan mengatur sendiri cahaya papan kekunci RGB.

Bagi melengkapkan pengalaman permainan premium, Predator Helios 500 mengandungi pelbagai port seperti HDMI 2.1, mini-DP 1.4, USB Type-C ThunderboltTM 4, port USB 3.2 Gen2 yang menyokong pengecasan offline dan port RJ45.

Ia juga menawarkan pemain kesinambungan lebih baik dan pendaman lebih rendah dengan adanya Intel® KillerTM E3100G Ethernet Controller, Intel® KillerTM Wi-Fi 6 AX1650i dan KillerTM Intelligence Center. Sementara audio DTS:X Ultra dan bunyi 3D simulated surround membolehkan lebih lagi pengalaman permainan yang imersif.

Predator Helios 500 berharga dari RM13,999 dan tempahan awal bermula 30 Oktober 2021 di kedai bertauliah Predator, flagship stor Acer di Shopee dan estore Acer Malaysia(senarai di Jadual 1).

 

Siri Predator paling popular – Predator Helios 300

Predator Launch_Helios 300_17-inch

Predator Helios 300 yang popular ini dipertingkatkan lagi dengan pemproses sehingga Generasi ke-11 Intel® CoreTM i9 dan grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 3070 yang membolehkan semua prestasi yang diperlukan oleh pemain dilepaskan.

    • Dengan pilihan paparan 15.6 inci atau 17.3 inci, kedua-duanya mempunyai pilihan paparan 165Hz QHD IPS dengan gamut warna 100% DCI-P3 atau paparan 360Hz FHD IPS dengan gamut warna 100% sRGB bagi memenuhi keperluan pemain sebaiknya.

Predator Helios 300 memiliki sehingga 32GB DDR4 RAM dan sehingga 1TB PCIe NVMe SSD dengan slot tambahan HDD dan satu slot M.2 yang menyokong dua PCIe NVMe SSD dalam konfigurasi RAID0.

Memaparkan dua kipas AeroBlade 3D dengan aplikasi ikonik PredatorSenseTM, ia membolehkan pemain memantau dan menyusun sendiri Predator Helios 300 bagi memaksimumkan kecekapan penyejukan.

Predator Launch_Nito XV282K

Tempahan awal bagi Predator Helios 300 bermula sekarang di kedai bertauliah Predator, flagship stor Acer di Shopee dan estor Acer Malaysia (rujuk Jadual 1). Varian 17 inci bermula pada harga runcit RM7,999, sementara varian 15 inci bermula RM6,299.

Promosi Tempahan Awal

Bermula dari 30 September 2021 sehingga 6 October 2021, sebarang pembelian Preditor Helios 300 yang dipertingkatkan, layak untuk menerima hadiah percuma bernilai lebih daripada RM1,000 yang merangkumi Predator Gaming Utility Backpack, Predator Galea 350 Headset dan barangan edisi terhad.

Pemain yang membeli varian Intel® CoreTM i9 Predator Helios 300 (PH315-54-9763) layak menerima Predator Gaming Chair bernilai RM1,299.

Sementara itu, sebarang pembelian Predator Triton 500 SE atau Predator Helios 500 dari 30 Oktober 2021 sehingga 6 November 2021 layak menerima semua hadiah percuma yang disebut di atas dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih daripada RM2,000.

Predator Championship

Bersempena dengan pelancaran Predator, Acer Malaysia turut mengumukan Predator Championship 2021 – Komuniti dan Korporat.

Dengan himpunan jumlah keseluruhan hadiah sebanyak RM57,000, Predator Championship terbuka kepada para pelajar dari institusi pengajian tinggi dan kakitangan di dalam sektor korporat untuk bertanding di dalam Valorant atau Mobile Legends: Bang Bang.

Predator Launch_Predator Tribe_Merchandise

Kejuaraan tersebut akan diadakan secara dalam talian dari 6 November hingga 28 November 2021. Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 31 Oktober 2021; pemain boleh mendaftar di Planet9< https://bit.ly/3tVZ7fD> untuk beradu tenaga.

Selain himpunan hadiah bagi pasukan bertanding, Predator Malaysia juga menawarkan hadiah percuma dan cabutan bertuah bernilai RM10,000 kepada penyokong yang menonton siaran langsung bagi menyorak pasukan kegemaran, sahabat atau rakan sekerja mereka.

Planet9 merupakan platform eSports generasi seterusnya direka bagi menyediakan komuniti terbuka bagi pemain kasual yang mahu meningkatkan kemahiran mereka atau melangkah menjadi pro.

Platform ini membantu pemain untuk berhubungan dengan pemain lain dan meningkatkan kemahiran mereka menerusi maklum balas mendalam mengenai kaedah permainan dalam bentuk bimbingan dan statistik.

Planet9 turut merangkumi bilangan besar prasarana direka bagi menjadikan proses menganjur dan mengelola peraduan seberapa mudah yang boleh.

Antara muka pengguna yang luas dan ciri-ciri automasi seperti pendaftaran dan penguasaan lingkungan, meminimumkan masa hos pada tugas yang rencah, supaya mereka boleh menumpukan kepada penyediaan acara yang menyeronokkan.