Microsoft umumkan pembukaan pesanan awal untuk Surface Laptop 4 mulai 19 Mei 2021 di Malaysia

Microsoft mengumumkan bahawa pesanan awal bagi Surface Laptop 4 akan dibuka mulai 19 Mei 2021 di Malaysia menerusi wakil penjual sah komersial dan peruncit sah.

Surface Laptop 4, yang boleh didapati pada harga daripada RM4,599.00, dilengkapi dengan paparan skrin sentuh 13.5” atau 15”, serta pad jejak besar dengan sokongan gerak isyarat, dan pengalaman menaip yang menerajui industri.

Pengguna juga boleh memilih antara warna Alcantara (Platinum) atau kemasan logam (Hitam dan Platinum). Selain itu, aksesori PC terbaharu yang ditawarkan pada harga bermula daripada RM239.80 akan membolehkan pengguna mengoptimumkan pengalaman
digital maya – baik untuk bekerja mahupun bermain.

“Persekitaran kerja hibrid masa kini memerlukan peranti inovatif yang membolehkan pengguna bekerjasama secara selamat dan produktif.

“Kami melancarkan Surface Laptop 4 dengan aksesori baharu bagi mesyuarat dan kolaborasi daripada Microsoft untuk terus memenuhi keperluan pelanggan kami yang kian berubah, termasuk keperluan untuk meningkatkan daya pergerakan, meningkatkan prestasi dan menyediakan ciri-ciri keselamatan gred perusahaan.

“Peranti kami bukan semata-mata alat yang melakukan fungsi biasa – tetapi turut merangsang pancaindera pengguna dan mendorong mereka mencapai lebih lagi,” kata Michal Golebiewski, Ketua Pegawai Pemasaran & Operasi, Microsoft Malaysia.

Surface Laptop 4:

Pertama dan paling utama, Surface Laptop 4 telah dioptimumkan untuk pengalaman Microsoft.

Walaupun mengekalkan reka bentuk ikonik, perincian dan penggunaan bahan seperti model terdahulu, versi ini menyediakan paparan skrin sentuh berkontras tinggi 3:2 PixelSense yang tersendiri bagi model 13.5” atau 15”, dan juga speaker Dolby® Atmos™ Omnisonic.

Pengguna dapat menikmati pengalaman seperti di pawagam untuk tontonan filem dan rancangan kegemaran mereka dalam suasana selesa di mana-mana sahaja.

Surface Laptop 4 juga dilengkapi kamera HD menghadap depan dengan keupayaan luar biasa dalam cahaya rendah dan susunan mikrofon studio, untuk pengalaman mesyuarat lebih baik semasa bekerja.

Di samping itu, pad jejak besar dengan sokongan gerak isyarat membolehkan pengguna
menyesuaikan diri dengan mudah kepada kaedah kerja pilihan masing-masing.

Disediakan dengan pemproses Intel® Core™ Generasi Ke-11 atau pemproses mudah alih AMD Ryzen™ dengan Radeon™ Graphics Microsoft Surface® Edition (8 teras), peranti ini diperkasakan untuk memenuhi permintaan moden menyempurnakan berbilang tugasan baik di pejabat mahupun di ruang tamu, kedai kopi atau bilik darjah.

Dirangka untuk memenuhi keperluan keselamatan pelanggan kami, Surface Laptop 4 juga
menawarkan tahap keselamatan luar biasa dengan menggabungkan ciri-ciri keselamatan
perkakasan, perisian tegar, perisian biasa dan perlindungan identiti.

Para pengguna boleh mengawal maklumat sensitif dengan menyimpan data dalam cakera keras boleh alih 1 dan mendapatkan tahap keselamatan dan kawalan lebih tinggi dengan kaedah penggunaan dan pengurusan peranti yang mendahulukan awan, sehinggalah ke peringkat perisian tegar.

Peranti ini disediakan dalam warna Alcantara (Platinum) atau kemasan logam (Hitam dan Platinum) untuk model terpilih.