Pengguna yang memilih untuk memohon Aspirasi CashNow* akan menerima dana yang dikreditkan ke dalam Lazada Wallet mereka, bersama-sama dengan bayaran ansuran bulanan yang mudah dan mampu bayar.
Pembeli secara dalam talian yang mencari pilihan pembiayaan fleksibel, kini boleh memohon Aspirasi CashNow, satu penyelesaian pembiayaan digital sepenuhnya yang ditawarkan oleh Aspirasi iaitu penyedia perkhidmatan pembiayaan mikro dan insurans mikro di bawah Axiata Digital.
Boleh didapati di Lazada Malaysia, sebuah platform e-Dagang utama di negara ini,
permohonan untuk Aspirasi CashNow terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia
18 ke 65 tahun, yang mempunyai akaun Lazada Wallet yang aktif.

Aspirasi CashNow adalah patuh Shariah dan jumlah pembiayaannya bermula daripada
RM500 sehingga RM2,500, dengan kadar faedah rendah dan tempoh bayaran ansuran
bulanan* yang mudah.
Pembeli yang berminat untuk memohon boleh klik di sini di laman web atau aplikasi Lazada, sebelum melalui proses permohonan yang mudah dan pantas selama 3 minit di Aspirasi.
Individu yang layak akan menerima dana yang dikreditkan ke dalam Lazada Wallet dalam masa 48 jam, dan menikmati Aspirasi CashNow Protect, iaitu liputan insurans mikro secara percuma yang menyediakan faedah* kematian akibat kemalangan, kecacatan kekal dan perlindungan bil dalam talian.
Pengarah Eksekutif Aspirasi, Sheyantha Abeykoon berkata, ini bukanlah kali pertama
Aspirasi dan Lazada bekerjasama dalam membangunkan ekonomi digital Malaysia.
“Kami menyediakan sokongan pembiayaan digital kepada syarikat mikro dan peniaga
PKS di platform Lazada sejak suku keempat 2019.

“Pengenalan Aspirasi CashNow adalah lanjutan daripada perkhidmatan pembiayaan digital bagi menambahbaik infrastruktur kesalinghubungan untuk pengguna Lazada melalui capaian pembayaran digital yang lebih baik.
“Terdapat peningkatan minat dalam kalangan pengguna yang mencari pembiayaan fleksibel dan kemudahan ketika membeli-belah secara dalam talian, terutamanya sekarang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia, Sherry Tan berkata, sejak beberapa tahun ini, pihaknya terus melabur untuk membawakan pengalaman pelanggan yang berkualiti melalui kesenangan dan kemudahan.
“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Aspirasi untuk menyediakan pelanggan kami dengan pelbagai pilihan pembayaran dan pembayaran fleksibel alternatif sebagai sebahagian daripada pengalaman membeli-belah yang tiada had yang mereka jangkakan daripada Lazada.
“Di Aspirasi, kami menyelaraskan dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan ekonomi
digital dimanfaatkan oleh semua segmen masyarakat. Pelancaran inisiatif MyDigital
baru-baru ini menggambarkan kesediaan negara dalam melaksanakan pendekatan
baharu dan menyeluruh yang membolehkan semua rakyat Malaysia mendapat faedah
daripada perkhidmatan digital penting seperti e-Dagang, pembayaran tanpa tunai, dan
perkhidmatan kewangan,” katanya.
Teknologi kewangan terus berevolusi apabila lebih ramai pembeli yang duduk di rumah kerana kekangan berkaitan COVID-19 dan membeli hampir segala benda secara dalam talian. Aspirasi CashNow menangani keperluan penyediaan pembiayaan digital di negara ini.
Lazada Malaysia bekerjasama buat kali pertama dengan Aspirasi pada 2019 untuk menyediakan sokongan kewangan kepada syarikat mikro dan peniaga PKS di platform
e-Dagang.
Kerjasama ini menggunakan perkhidmatan kewangan digital menyeluruh Aspirasi yang menawarkan penyelesaian pembiayaan yang cepat dan mudah dalam usaha meningkatkan potensi pertumbuhan peniaga yang disenaraikan di Lazada Malaysia.
Melalui penyelesaian modal kerja Aspirasi, peniaga boleh menikmati pembiayaan mudah dengan insurans mikro sebagai faedah pilihan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Aspirasi CashNow, layari https://aspirasi.co/pasar/cashnow-lazada
*Tertakluk pada Syarat dan Peraturan.




































