Ramai usahawan terjejas khususnya usahawan Bumiputera semasa wabak pandemik COVID-19 melanda negara sejak awal bulan Mac lalu.

Pengerusi NGO Antarabangsa dan Penasihat NG0-NGO Malaysia, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, tempoh PKP disusuli PKPB bagi membendung penularan menyebabkan berapa sektor perniagaan terpaksa diberhentikan buat sementara waktu.

Beliau berkata, tidak dinafikan antara cabaran yang dihadapi mereka ialah keperluan untuk menjelaskan hutang, sewa permis, mengekalkan pekerja dan sebagainya.

“Keadaan yang sukar ini turut menyebabkan ada usahawan yang terpaksa menutup perniagaan kerana dibebani hutang yang banyak,” katanya.

Dr Mustapha (kanan) dan Fikri (kiri)

Dalam tinjauan yang dilakukan di Jalan Masjid India baru-baru ini mendapati keadaan amat berbeza tidak seperti sebelum pandemik COVID-19 berlaku. Umum mengetahui Jalan Masjid India menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli belah tetapi kini tiada ramai pengunjung seperti dulu.

Salah seorang ahli perniagaan muda warga tempatan yang ditemui, Fikri Nasrun membuka kedai menjual pakaian borong iaitu gedung pakaian muslim Lelaki/ wanita serta kanak kanak.

Selain itu beliau adalah pembekal sejadah, kopiah, telekung dan pelbagai pakaian baju kurung dan baju melayu serta pakaian untuk menunaikan haji dan umrah.

Fikri berkata, ketika berlaku wabak itu, beliau baru selesai membeli stok pakaian lelaki /wanita termasuk kain ihram untuk kegunaaan pengguna dalam jumlah yang besar.

“Bagaimanapun, akibat wabak itu, operasi perniagaan tergendala dan banyak barang-barangnya tidak laku, modal pusingan pun tidak ada sebab jualan terhenti sehingga sewa kedai tertungguk beberapa bulan dan beberapa orang pekerjanya terpaksa bekerja ditempat lain kerana beliau tidak mampu membayar gaji,” katanya.

Justeru, Mustapha meminta mana-mana pihak yang berminat untuk membuat kebajikan dan berniat membantu dengan membeli barang seperti sejadah, kopiah, kain pelekat, telekung dan sebagainya, bolehlah menghubungi terus Fikri di talian 019-9853211.

Semua barang-barang itu boleh diniatkan untuk menderma di masjid, surau, pusat-pusat tahfiz, rumah anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan.

“Saya juga menyeru pihak swasta, GLC Kerajaan dan individu yang ada lebihan peruntukan bolehlah membeli sambil membantu usahawan muda ini. Fikri mengambil alih perniagaan dari bapanya sejak 10 tahun lalu setelah menamatkan pengajian dari luar negara.

“Kesungguhan dan minat yang mendalam terhadap perniagaan harus dipuji kerana ingin berbakti kepada orang tua dan meneruskan legasi perniagaan keluarga di bandaraya tetapi kesan COVID-19 ini telah mengubah segalanya termasuk perniagaannya,” katanya.

Sementara itu, golongan peniaga terbabit sangat berharap agar ada bantuan jangka panjang daripada kerajaan.

Antaranya pinjaman untuk pusingan modal, insentif tertentu untuk menyelesaikan hutang mereka yang tertunggak kerana ketidakmampuan untuk membayar seperti biasa dan lain-lain bantuan khas yang lain.

“Saya mencadangkan agar kajian dibuat untuk peniaga yang terjejas supaya jalan terbaik dapat dicapai bagi membantu mereka.

“Kajian yang dilakukan ini juga boleh disalurkan kepada Pusat Mediasi Covid 19 (PMC-19) yang ditubuhkan dibawah Jabatan Perdana Menteri supaya satu jalan terbaik bagi membantu para perniaga yang bermasalah ini dapat diringankan bebanan ditanggung akibat pandemik yang melanda seluruh dunia,” katanya.