Sejumlah RM60,000 telah berjaya dikumpul oleh Hong Leong Assurance (HLA) dan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT), dengan sokongan Hong Leong Foundation (HLF), bagi membantu Children’s Home of Hope milik Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) melalui HLA-HLMT FiT Charity Run 2019.

HLA-HLMT FiT Charity Run 2019 menyaksikan lebih daripada 1,000 pelari bersemangat waja berkumpul dan dilepaskan pada awal pagi di laluan berbatu sepanjang 6km di Paya Indah Wetlands, Dengkil.

Quek Sue Yian, Pengarah Eksekutif HLF (kedua dari kanan), Loh Guat Lan, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLA (kedua dari kiri), dan Mohd Asri Omar, Ketua Pegawai Eksekutif HLMT (paling kiri) menyerahkan replika cek RM60,000 kepada Yeap Chong Wei, Direktor Pemasaran NCSM

Bertujuan untuk menggalakkan warga Malaysia menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif, dan di masa yang sama turut memainkan peranan untuk berbakti kepada yang kurang bernasib baik, HLA dan HLMT menyokong sepenuhnya usaha murni ini dengan menyumbang RM10 manakala Hong Leong Foundation menyamainya dengan menambah RM10 bagi setiap pelari yang berjaya menamatkan Larian mereka.

Kesemua pelari yang melintasi garisan penamat menerima pingat dan beg cenderahati yang disumbangkan oleh Garmin, Ultron, Delfi, Hikers, Optimax, Columbia Asia Hospital, MOMA, Kenny Rogers Roasters, Mighty White dan Zalora Ultron.

Hasil yang diperolehi daripada Larian ini disalurkan kepada Children’s Home of Hope yang menyediakan penginapan bagi kanak-kanak menghidap kanser yang sedang menerima rawatan kanser di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan juga untuk penjaga mereka.

HLA-HLMT FiT Charity Run 2019 diakhiri dengan majlis penyerahan cek di mana Quek Sue Yian, Pengarah Eksekutif HLF, Loh Guat Lan, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLA, dan Mohd Asri Omar, Ketua Pegawai Eksekutif HLMT menyerahkan replika cek RM60,000 kepada Yeap Chong Wei, Direktor Pemasaran NCSM.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini