Sempena menyambut ulang tahun ke-90 penubuhan Karcher Malaysia, Kärcher Cleaning Systems Sdn. Bhd. menegaskan komitmen globalnya terhadap kesejahteraan masyarakat dan pemeliharaan alam sekitar dengan menaja peralatan pembersihan profesional kepada Zoo Negara.

Majlis penyerahan yang berlangsung pada 19 Disember lalu, menandakan satu kerjasama penting yang bertujuan untuk meningkatkan piawaian kebersihan zoo melalui penyelesaian berprestasi tinggi yang mampan.

Peralatan yang ditaja — termasuk Mesin Pencuci Tekanan Tinggi HD 6/15 G Classic, Mesin blower daun LB 930/36 BP yang dilengkapi dengan bateri berprestasi tinggi, serta Set Troli Hos HT 3.420 Kit 5/8 — bernilai keseluruhan RM40,592.

Semua peralatan ini bertujuan menyokong kerja-kerja penyelenggaraan harian zoo negara dengan teknologi yang lebih cekap dan mesra alam. Mesin Pencuci Tekanan Tinggi HD 6/15 G Classic sesuai untuk kerja pembersihan luar dan digunakan untuk mencuci kandang haiwan, laluan pejalan kaki, serta kawasan perkhidmatan lain.

Ia menghasilkan air bertekanan tinggi yang beroperasi tanpa bekalan elektrik, menjadikannya sangat fleksibel untuk kawasan luar yang luas. Mesin blower daun LB 930/36 BP pula memberikan prestasi yang senyap tetapi berkuasa, sesuai untuk membersihkan daun kering dan sisa ringan di kawasan landskap tanpa mengganggu
haiwan.

Sementara itu, Set Troli Hos HT 3.420 Kit 5/8 memastikan pengurusan hos air yang kemas dan cekap bagi tugasan pembersihan yang kerap di seluruh kawasan zoo. Program ini bermula dengan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), di mana pasukan Kärcher Malaysia terlibat secara langsung dalam membersihkan beberapa bahagian zoo menggunakan mesin yang ditaja.

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kebersihan persekitaran zoo serta memperbaiki kualiti kehidupan haiwan. Usaha ini menunjukkan komitmen Kärcher Malaysia dalam memperkasakan pembersihan dengan menggunakan peralatan canggih bagi meningkatkan produktiviti dan keberkesanan kerja.

Selepas aktiviti CSR, majlis penyerahan rasmi telah diadakan dan dihadiri oleh tetamu
kehormat iaitu Dato’ Sr. Zaharin Md. Arif, Presiden Persatuan Zoologi Malaysia dan Datuk Rosly Lana, Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia.

Majlis tersebut turut diserikan dengan acara menandatangani buku pelawat oleh Puan Lydia Ng, Ketua Pemasaran Kärcher Cleaning Systems Sdn. Bhd., sebagai simbol semangat
kerjasama dan penghargaan bersama antara kedua-dua organisasi.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini