Malaysia kini terus berdepan dengan peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan lain-lain penyakit.

Oleh itu, kepentingan untuk penjagaan kesihatan pencegahan kini menjadi lebih penting berbanding sebelum ini. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, NCD merupakan antara punca utama kematian dan ketidakupayaan di negara ini, serta merangkumi hampir 72% daripada semua kes kematian pramatang (kematian yang berlaku lebih awal daripada jangka hayat purata).

Seiring dengan peningkatan kesedaran rakyat Malaysia terhadap kepentingan penjagaan kesihatan, teknologi kini memainkan peranan penting dalam membantu untuk memahami dan mengurus kesihatan mereka.

Dengan Malaysia menduduki 10 negara teratas di dunia untuk penggunaan jam tangan pintar dengan peratusan sebanyak 31.3%, peranti ini kini dijadikan sebagai alatan digital
seharian untuk memantau tanda-tanda vital, menggalakkan gaya hidup aktif, serta mengesan risiko kesihatan dengan lebih awal.

Menyedari potensi teknologi dalam memperkukuh penjagaan kesihatan, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) telah berkolaborasi dengan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd (Samsung Malaysia) untuk memperkenalkan Pakej Saringan Kesihatan Galaxy Watch8 — sebuah pengalaman saringan kesihatan eksklusif yang direka khas untuk melengkapi ciri-ciri siri Samsung Galaxy Watch8 yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Kolaborasi ini menggabungkan bidang penjagaan kesihatan dan teknologi bagi menawarkan pendekatan yang lebih holistik dan saling berhubung dalam pengurusan kesihatan rakyat Malaysia.

Dengan mengintegrasikan data masa nyata (real-time insights) daripada jam tangan pintar Galaxy Watch8 bersama kepakaran perubatan SMCV, kolaborasi ini membolehkan rakyat Malaysia untuk mengetahui dan bertindak berdasarkan data kesihatan mereka dengan sokongan profesional perubatan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini