HONOR hari ini mempertontonkan hasil fotografi yang dirakam menggunakan telefon pintar flagship terbaharu HONOR Magic8 Pro yang direka untuk mengungguli fotografi pada waktu malam.
Gambar-gambar tersebut diambil oleh peminat fotografi mudah alih di sekitar Kuala Lumpur dan Kuching menggunakan Kamera Telefoto Malam Ultra 200MP yang mampu mengekalkan ketepatan warna serta perincian imej walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah.
Antara siri foto yang dikongsi termasuk rakaman foto panorama bandar Kuala Lumpur yang diterangi cahaya malam dengan beberapa mercu tanda ikonik yang menonjolkan ekspresi, suasana dan emosi dengan kejelasan mengagumkan.
Telefoto 200MP berkuasa, memberikan kejelasan pegun dengan CIPA Tahap-5.5
Sistem kamera HONOR Magic8 Pro menandakan satu lonjakan besar dalam keupayaan fotografi mudah alih. Ia hadir dengan sensor telefoto 200MP terbesar dalam industri, digabungkan dengan saiz sensor 1/1.4-inci dan bukaan apertur f/2.6 yang luas.
Konfigurasi ini membolehkan lensa menangkap butiran halus dari jarak jauh sambil mengekalkan pengambilan cahaya yang optimum.

Lebih mengagumkan, kamera telefoto turut menyokong penstabilan imej optik (OIS) bertaraf CIPA Tahap-5.5 yang paling stabil dalam industri bertujuan mengurangkan gegaran tangan dan kekaburan pergerakan, terutamanya ketika melakukan zum 10x atau sehingga 100x.
Sama ada merakam panorama bandar atau langit malam dengan cahaya bulan, HONOR Magic8 Pro mampu menghasilkan kejelasan yang nyata serta julat dinamik yang seimbang pada setiap tangkapan, sekaligus menetapkan penanda aras baharu untuk fotografi mudah alih.
Potret malam yang hidup dan sempurna
HONOR Magic8 Pro bukan saja hebat dalam fotografi waktu malam, bahkan amat menonjol dalam fotografi potret malam. Ia didorong oleh algoritma AI yang lebih maju, bersama Kamera Utama Malam Ultra 50MP dengan bukaan f/1.6 dan sokongan OIS.
Melalui pembahagian segmen AI dan kawalan pencahayaan pintar, peranti ini dapat menghasilkan tona kulit semula jadi serta penyerlah lebih halus untuk menghasilkan potret dengan bokeh yang tampak hidup. Walaupun subjek dirakam dari jarak yang lebih jauh dalam keadaan cahaya rendah, imej tetap kelihatan jelas, berwarna terang, dan seakan realiti.
Jurufoto puji fotografi cahaya rendah dan zum mengagumkan
Prestasi Kamera Telefoto Malam Ultra 200MP HONOR Magic8 Pro ini telah menerima pujian jurufoto bebas tempatan Nazer Noor dan Ahmad Baser yang menjadi antara yang terawal mencuba peranti ini di Malaysia.

Kedua-duanya kagum terhadap keupayaan kamera peranti ini dalam menghasilkan imej yang tampak hidup dengan kejelasan serta perincian sangat baik, walaupun dirakam dalam keadaan cahaya malap atau pada jarak jauh.
“Fotografi malam HONOR Magic8 Pro memang mengagumkan! Walaupun dalam pencahayaan yang sangat rendah, imej dihasilkan tajam, jelas, dan terperinci. Saya telah meneroka beberapa tempat yang popular di Kuala Lumpur pada waktu malam dengan telefon ini dan hasil gambar menampakkan bandar raya ini kelihatan hidup. Sudah tentu peranti ini antara kamera malam terbaik yang pernah saya cuba!” kata Ahmad Baser.
“Secara jujurnya, saya kagum dengan sejauh mana HONOR berjaya meningkatkan keupayaan kamera Magic8 Pro. Kejelasan serta ketepatan warnanya memang ketara dengan hasil gambar yang ditangkap nampak hidup, macam melihat semula momen itu depan mata.
“Fungsi zum telefoto peranti ini pun lancar, stabil dan tajam walaupun pada jarak jauh. Anda memang nampak betapa jelas perbezaan naik taraf daripada model sebelum ini!” kata Nazer.
Siap sedia untuk previu HONOR Magic8 Pro 10 November ini!
Debaran semakin memuncak dan HONOR akan mendedahkan lebih banyak lagi maklumat tentang Magic8 Pro pada 10 November ini. Nantikan kehebatan pengimejan dan reka bentuk premium peranti tersebut.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic8 Pro, sila kunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/.





































