HONOR secara rasminya telah mengesahkan telefon pintar flagship terbaharu HONOR Magic8 Pro, bakal tiba ke Malaysia tidak lama lagi. Peranti ini telah menerima pujian global yang signifikan atas kemampuan kamera dan pengimejan selepas dilancarkan di China, bulan lalu.
Susulan itu, pengguna di Malaysia sudah tidak sabar menantikan peningkatan yang bakal ditawarkan peranti ini, terutamanya pada ciri-ciri kamera.
Telefon pintar fotografi rasmi Gegar Vaganza 2025
HONOR turut mengumumkan Magic8 Pro dipilih sebagai peranti fotografi mudah alih rasmi rancangan realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza 2025. Peranti ini dipilih secara khusus atas reputasi Siri Magic yang terkenal dengan sistem kamera yang berkuasa. Dengan ciri-ciri hebat ini, HONOR Magic8 Pro amat sesuai untuk merakam persembahan peserta, detik-detik tumpuan, dan perjalanan mereka sepanjang pertandingan tersebut.
Ciri-ciri dipertingkat menjanjikan pengalaman flagship lebih hebat
HONOR Magic8 Pro bakal tiba lengkap dengan ciri-ciri yang dinaik taraf, menggabungkan perkakasan berkuasa dan kemampuan AI yang dipertingkat, sistem kamera dan teknologi pengimejan termaju, bateri lebih besar, serta perisian terkini bagi memberikan pengalaman flagship yang optimum. Telefon pintar ini turut menjanjikan pengalaman yang lebih hebat untuk peminat fotografi dan pengguna harian.
Lebih banyak bakal diperkenalkan!
Dengan debaran yang semakin memuncak, HONOR akan berkongsi lebih banyak maklumat mengenai ciri-ciri HONOR Magic8 Pro dalam minggu akan datang. Untuk maklumat terkini, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau kunjungi www.honor.com/my/.


































