Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung UMT, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan pertemuan dengan pengerusi madrasah pendidikan Wedo, Ustaz Ashari Ismail di Phum Thmey, Kemboja.

Beliau berkata, antara perkara yang disentuh meliputi isu memperkasakan pendidikan Islam termasuk bidang lain seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi keperluan umat Islam di masa depan.

Mustapha berkata, walaupun aspek penekanan kepada pengajian Agama Al-Quran dan Sunnah adalah asas namun, keperluan kepada golongan mualaf yang baru mengenal Islam perlu digandakan supaya mereka cepat memahami Agama Islam.

Sementara itu, Ustaz Azahari berkata, ramai penduduk kampung bukan Islam berdekatan dengan kampung itu telah memeluk Agama Islam dan kesukaran pihak kampung ini adalah mendapatkan guru-guru agama untuk pergi ke kampung berkenaan untuk mengajar.

 

“Mereka memerlukan sedikit bantuan untuk mengisi minyak motor atau kereta kerana harga petrol amat mahal dan lain-lain tetapi kerana semangat dan perjuangan Islam setakat ini, semua ustaz yang mengajar mualaf tidak dibayar apa-apa bayaran.

“Mereka mengajar atas keikhlasan untuk agama malah ramai juga anak-anak fakir miskin dan anak-anak yatim datang ke sekolah tidak mempunyai buku, alat tulis dan baju. Setakat ini, madrasah cuba bantu dengan sebaik mungkin kepada anak-anak tersebut bagi mendapatkan ilmu pengetahuan Islam yg sebaiknya,” katanya.

Mustapha berkata, beliau akan memanjang bantuan kepada penderma yg ingin membantu di Malaysia supaya hasrat yang murni pihak pendidikan Wedo dapat dilaksanakan dengan sebaik untuk kebaikan ummah sejagat.

Pendidikan Wedo banyak membantu anak-anak fakir miskin, anak yatim dan anak mualaf daripada segi pendidikan Islam malah diharapkan lebih ramai penderma sudi tampil membantu mualaf dan anak-anak mualaf yang serba kekurangan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini